Tugasan Kemahiran Belajar Untuk Abad Ke-21

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN

DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER JANUARI 2021

OUMH1603

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

NO. MATRIKULASI : 840526055447001

NO. KAD PENGENALAN : 840526-05-5447


NO. TELEFON : 012-5282605

E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA
ISI KANDUNGAN
BIl Perkara M/S

1.0 Pengenalan 1

2.0 Bahagian A 2
Pemanasan Global

3.0 Bahagian B
Video mengenai 3 Dimensi Konsep Utama 4
Video mengenai Pemanasan Global 5
Perbincangan Secara Kreatif dan Kritikal mengenai Pemanasan Global dan 6
GCED

4.0 Bahagian C
Faedah GCED Kepada Masyarakat Dalam Mengatasi isu Pemansan Global 7

Cara Menyelsaikan Masalah Pemanasan Global 9

5.0 Kesimpulan 10

6.0 Refleksi Kendiri 10

7.0 Rujukan 11
1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara mempunyai komuniti dunia yang membangun dengan
pesatnya. Malaysia juga sebuah negara yang tidak terlepas daripada amcaman isu-isu alam
sekitar, negara global juga menghadapi masalah yang sama dan isu ini semakin meruncing
kesan daripada gaya hidup manusia dan pembangunan negara. Berlaku pelbagai kesan yang
jelas dapat kita lihat iaitu perubahan iklim dunia yang menyebabkan ketidakstabilan
ekosistem , keadaan ini berlaku kesan daripada perluasan penempatan dan perkembangan
teknologi yang tidak mengikut garis panduan dan akhirnya merosakkan kelestarian alam
sekitar. Apa yang jelas kita dapat lihat ialah kemusnahan atau kerosakan alam sekitar
berpunca daripada kurangnya ilmu pengetahuan dan pendidikan alam sekitar serta sikap
manusia itu sendiri. Disebabkan sikap alpa dan tidak mengambil berat tentang alam sekitar,
masyarakat global telah menerima kesan dari perbuatan manusia. Tiada pendekatan untuk
proses melihara dan memulihara alam sekitar malahan mengabaikan anugerah ciptaan tuhan.
Akibat daripada perbuatan tersebut berlakulah kerosakan alam yang memusnahkan alam atau
lebih dikenali sebagai bencana alam contohnya seperti kerosakan harta benda, kemusnahan
tumbuhan-tumbuhan serta habitat haiwan dan keadaan ini menyebabkan ancaman kesihatan
serta boleh meragut nyawa manusia.

Berikutan keadaan alam sekitar yang semakin meruncing, kesedaran wujud dalam diri
pemimpin global dan salah satu cara yang paling berkesan adalah melalui pendidikan alam
sekitar. Oleh itu Pendidikan kewarganegaraan Global telah diperkenalkan atau yang dikenali
sebagai Global Citizenship Education (GCED), ianya mengambil tanggungjawab untuk
mnyelesaikan isu kelestarian alam sekitar serta memberi penekanan dan kesedaran kepada
masyarakat global daripada pelbagai sudut seperti sosio ekonomi, kefahaman dan
tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Ilmu berkaitan pendidikan alam sekitar merupakan proses pembelajaran untuk


menyedarkan masyarakat global betapa pentingnya alam sekitar dalam pengurusan kehidupan
seharian dan ianya untuk menyampaikan kepada masayarakat global bahawa alam ini adalah
milik semua dan tanggungjawab bersama. Pendidikan alam sekitar adalah satu usaha yang
telah disusun rapi yang mana tujuannnya adalah untuk mendidik masyarakat sama ada secara
formal atau tidak formal supaya kesejahteraan dan kelansungan hidup masyarakat terpelihara
dan berkekalan (Haliza Abd Rahman, 2017). Dapat kita lihat di dalam seminar latihan alam
sekitar anjuran Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan bangsa-bangsa bersatu

1
(UNESCO) pada tahun 1991 telah mngesyorkan tujuan utama pendidikan alam sekitar adalah
membantu masyarakat global menyedari dan memahami isu alam sekitar.

Dua objektif kepada tugasan saya yang pertama ialah memberi kefahaman kepada
masyarakat global berkaitan Pendidikan Kewarganegaraan Global atau dikenali sebagai
GCED yang mana tujuannya adalah untuk memupuk nilai murni dalam masyarakat yang
mana dapat dipupuk melalui pendidikan alam sekitar yang bermula dari kanak-kanak
hinggalah warga emas. Dengan mengamalkan nilai-nilai murni ini dapat membina rasa
tanggungjawab terhadap alam sekitar iaitu dengan menghormati alam sekitar dan penggunaan
sumber alam dengan rasional.

Objektif kedua ialah memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan isu-isu alam
sekitar dalam dunia, dan bagaiman cara menggunakan pendekatan Pendidikan
Kewarganegaraan Global dapat membantu untuk menyelesaikan berkaitan isu alam sekitar
global. . Dengan ilmu GCED murni ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat global
bagaimana cara memelihara dan ,melindungi alam sekitar.

BAHAGIAN A: PEMANASAN GLOBAL

Dalam takrifan pemansasan global atau dikenali sebagai pemanasan sejagat adalah berkaitan
dengan pengingkatan suhu dunia. Menurut Intergovernmental Panel on Climate change
(IPCC), pemanasan global ini berlaku disebabkan situasi dimana peningkatan suhu bumi.
Keadaan ini berlaku apabila kepanasan matahari terperangkap di udara dan bahang kepanasan
ini tidak dapat dibebasakan ke ruang atmosfera.(Riebeek, 2020) pembakaran bahan bakar fosil
telah menyebabkan peningkatan suhu yang tinggi dipermukaan bumi dan berlaku secara luar
biasa pada abad lepas dan disebabkan oleh gas rumah hijau.

2
Gambar 1: Punca kepada Pemanasan global

Gas rumah hijau ialah gas atmosfera yang menyerap serta memancarkan radiasi pada
lingkungan haba inframerah. Proses ini merupakan penyebab utama kesan rumah hijau. Gas-
gas utama rumah hijau yang terdapat dalam atmosfera bumi ialah wap air, karbon dioksida,
metana, nitro oksida dan ozon. Bumi adalah planet yang dikelilingi oleh satu lapisan gas
semulajadi. Proses rumah hijau terjadi apabila tenaga matahari sampai terus ke bumi, dan
tenaga tersebut di serap oleh bumi, sebahagiaan tenaga pula dilepaskan ke ruang
angkasa.Lapisan gas atmosfera juga menyerap sebahagain dari tenaga solar dan membentuk
satu lingkaran yang memanaskan bumi.

Sebab utama saya memilih isu pemanasan global dalam penulisan ini adalah kerana
isu ini semakin kritikal dari hari ke hari dan dipandang serius oleh dunia. Kenaikan suhu
dunia ini berpunca daripada kegiatan manusia, terutamanya kegiatan perindustrian yang
membebaskan gas rumah hijau. Oleh itu pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) perlu
diberi penekanan untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab pada masyarakat dunia
untuk mengatasi masalah pemanasan global. Punca utama masalah pemanasan global ini
berlaku ialah kerana aktiviti manusia yang tidak terkawal contohnya penerokaan hutan yang
berleluasa dan pertanian pindah, pembakaran terbuka dan pelepasan gas-gas dari kenderaan
serta bahan bakar dari kilang. Satu lagi penyumbang kepada kesan rumah hijau ini ialah
bilangan penduduk bumi yang semakin meningkat. Peningkatan ini telah menggalakkan lagi
aktivit-aktivi yang saya sebutkan diatas. Semua faktor-faktor penyebab ini perlu dicegah
melalui pembelajaran GCED. Satu kajian yang telah dijalankan di Malayasia oleh sebahagian
penyelidik dari Unversiti Kebangsaan Malaysia mendapati pengingkatan yang nyata dan suhu
purata tahunan terletak antara 0.99℃ ke 3.44℃ bagi 100 tahun, hasil kajian mendapati
peningkatan suhu yang paling tinggi ialah ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur.

3
Kesan dari pemanasan global ini selain dari muka bumi yang semakin panas yang
menyebabkan kemarau, kenaikan paras air laut juga berlaku disebabkan oleh pencairan
ketulan ais. Akhirnya berlaku banjirdi kawasan-kawasan persisiran pantai terutamanya. Selain
itu kesan rumah hijau ini juga menyebabkan gangguan kepada kesihatan masyarakat global,
contohnya perubahan suhu menyebabkan berlakunya renjatan haba terutamanya kepada
golongan warga tua dan boleh membawa kepada kematian. Kegiatan harian manusia juga
turut terjejas contohnya apabila berlaku banjir banyak penempatan terpaksa dipindahkan dan
ini mengganggu aktiviti seharian manusia. Jelas disini bahawa kesan rumah hijau adalah
penyumbang utama kepada pemansan global.

Kajian juga mendapati bahawa 98% punca pemanasan global ialah pelepasan karbon
dioksida akibat dari pembakaran bahan bakar fosil yang berlaku semenjak abad ke-18,
manakala perubahan penggunaan tanah adalah penyumbang 30% pelepasan karbon dioksida.
Dan akhir sekali adalah kesan rumah hijau yang semakin meningkat dan tidak dapat dikawal.

BAHAGIAN B : ULASAN VIDEO

3.1 Video mengenai 3 Dimensi Konsep Utama

Vedio 1: 3 Dimensi Konsep Utama

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=uP_DRUn0CS4

4
Di dalam video ini adalah berkaitan dengan 3 konsep dimensi Pendidikan
Kewarganegaraan Global yang mana menghuraikan secara terperinci berkaitan kemahiran,
emosi, kognitif dan tingkah laku. Sumber video ini adalah dari YouTube (
https://www.youtube.com/watch?v=uP_DRUn0CS4). Hasil dari tontonan dari suntingan
video tersebut, apa yang dapat saya rumuskan bahawa dimensi kognitif membawa maksud
mendapat pengetahuan dan seterusnya menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan
isu global berkaitan alam sekitar. Dengan ilmu dan kefahaman yang ada masyarakat global
mendapat kesedaran bersama dan sekaligus menjadi contoh kepadda masyarakat global yang
lain bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar adalam tanggungjawab bersama.
Seterusnya dimensi yang kedua ialah emosi, ianya mengupas tentang hasil dari rasa
tanggungjawab yang ada pada setiap diri manusia. Masyarakat global haruslah mempunyai
nilai murni, rasa empati, solidariti, rasa cinta serta menghormati perbezaan yang wujud dalam
masyarakat global. Dimensi konsep yang ketiga ialah tingkah laku, di dalam konsep ini
menerangkan dari sudut tindakan seseorang atas dasar tanggungjawab, samada pada peringkat
tempatan, kebangsaan dan global agar situasi alam sekitar global berada dalam keadaan yang
terkawal.

3.2 Video mengenai Pemanasan Global

Video 2: Pemanasan Global

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=PqxMzKLYrZ4

Video yang saya pilih adalah berkaitan isu Pemanasan Global melalui pautan YouTube
(https://www.youtube.com/watch?v=PqxMzKLYrZ4) . Video tersebut menerangkan seorang

5
kanak-kanak lelaki yang ingin membeli ais krim namun apabila ais krim tersebut keluar
daripada tempat simpan beku, dalam masa yang singkat, ais krim tersebut menjadi cair,
kanak-kanak tersebut kecewa kerana tidak dapat menikmati kelazatan ais krim tersebut.
Keadaaan tersebut berlaku kerana pemanasam global. Kanak-kanak tersebut meneruskan
perjalanan dengan rasa hampa.Tiba-tiba muncul 3 gas karbon dioksida (CO2), metana (CH4),
dan dinitrogen oksida(N2O) dan menyatakan mereka bertanggungjawab dengan kesan rumah
hijau. Apa yang berlaku selepas itu video ini menerangkan punca-punca dan kesan pemanasan
global berlaku contohnya asap kenderaan , asap yang dilepaskan dari kilang telah
meningkatkan ketiga-tiga jenis gas karbon dioksida, metana dan dinitrogen oksida. Disini
jelas dapat kita lihat bahawa bumi dikelilingi oleh ketiga-tiga gas ini dan lapisan tebal telah
terhasil kesan gas rumah hijau ini dan telah memerangkap haba. Ini menyebabkan suhu bumi
meningkat menjadi lebih panas. Langkah terbaik perlu difikirkan untuk menyelamatkan bumi
dari terus mengalami masalah pemanasan global. Andainya tiada langkah drastik yang
diambil apa yang akan berlaku ialah semua yang ada di bumi iaitu manusia, tumbuh-
tumbuhan dan binatang akan musnah. Diakhir video ini turut menerangkan, masyarakat global
perlu mengambil serius isu alam sekitar ini dan mengambil tindakan contohnya dengan
melakukan penanaman pokok, mengamalkan proses kitar semula,mematikan peranti yang
tidak digunakan dan yang paling penting sekali ialah menanamkan dan menyebarkan
kesedaran kepentingan menjaga bumi dari tercemar dan boleh mengurangkan kesan gas
rumah hijaui. Hasilnya pemanasan global dapat dikurangkan dan kita semua dapat hidup
dalam keadaan yang lebih selesa.

3.3 Perbincangan Secara Kreatif Dan Kritikal Mengenai Pemanasan Global Dan (GCED)

Pemansan global ini adalah berpunca daripada aktivi manusia yang menyebabkan
suhu bumi semakin panas.Ianya menyebabkan kesan lansung dan tidak lansung kepada dunia.
Rentetan daripada itu berlakulah perubahan iklim seperti kemarau, peningkatan permukaan
laut dan gangguan ekologi. Masyarakat global perlu mengambil tindakan melalui Global
Citizen Education dengan mengambil kira 3 aspek iaitu kemahiran kognitif, sosio emosi dan
tingkah laku.

Aspek pertama ialah Kognitif yang memberi maksud ilmu pengetahuan, kefahaman
dan pemikiran kritis berkaitan situasi yang berlaku pada persekitaran dan saling bergantung
dengan dunia. Pada bahagian ini juga turut memperkenalkan nilai-nilai penting, persepsi,

6
kecekapan dan asas pengetahuan bagi setiap perlaksanaan GCED untuk di implimentasikan
dalam kehidupan seharian. Untuk isu pemanasan global, melalui dimensi kognitif pelbagai
persoalan timbul berkaiaan situasi pemanasan global terkini dan dan apakah yang berlaku
pada mas hadapan? Diamanakah masyarakat global boleh mendapatkan maklumat berkaitan
pemanasan global?. Ianya mengajak masayarakat global berfikir secara kritis, adakah
permasalahan ini dapat diselesaikan dalam jangka masa yang singkat, serta memikirkan cara
terbaik untuk mengatasi isu pemanasan global ini. Pada keadaan ini dapat kita lihat dengan
jelas hubungan diantara dimensi yang pertama dan kedua iaitu emosi di dalam Pendidikan
Kewarganegaraan Global.

Pada dimensi kedua iaitu sosio emosi, dimensi ini mengajak manusia menjiwai rasa
kepuyaan antara manusia, berkongsi segala yang ada di dalam dunia, rasa empati sesama
manusia dan persekitaran serta menghormati segala perbezaan dan kepelbagaian yang wujud
di dunia. Oleh itu warganegara global harus bertanggungjawab untuk mencerminkan sikap
nilai-nilai murni dalam diri. Bagi isu pemanasan global ini,sosio emosi penting dalam
memotivasikan seseorang individu untuk mengubah tingkah laku yang baik. Pada dimensi
tingkah laku pelajar bertindak dengan lebih bertanggungjawab pada peringkat kebangsaan dan
seterusnya global agar kelestarian dan keamanan dunia dapat dicapai.

4.0 DIMENSI KONSEP UTAMA GCED

Keadaan dunia kini semakin mencabar dan bergerak pantas. Warganegara global perlu
sedar kepentingan Pendidikan Kewarganegaraan Global dan peka terhadap isu semasa dan
perubahan dalam situasi dunia tanpa sempadan. Setia manusia harus timbul kesedaran
tentang kelestarian global dari aspek sosial ekonomi dan alam sekitar agar dapat
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan untuk global player yang
berkesan. Sehubungan dengan itu satu tindakan telah dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) dengan melancarkan matlamat global yang dikenali sebagai
Sustainable Development Goals pada 2015. Ianya bertujuan untuk memastikan bumi
sentiasa terpelihara dan memastikan warga bumi dapat menikmati kehidupan yang
sejahtera. Selain dari itu, ia juga menerapkan nilai-nilai, sikap dan tindakan pri laku dalam
diri pelajar serta mengajak warganegaraan global untuk menjadi lebih bertanggungjawab
seperti kreativiti, inovasi, dan komitmen terhadap perdamaian, hak asasi manusia dan
pembangunan yang mampan. Terdapat 3 dimensi utama dalam GCED iaitu kemahiran

7
kognitif, sosio emosi dan tingkah laku. GCED memainkan peranan penting dalam
mendidik dan mengekalkan persekitaran yang lestari sebagai persediaan menghadapi
masalah seperti pemanasan global.

4.1 Faedah Pendidikan Kewarganegaraan Global Kepada Masyarakat Berkaiatan Pmanasan


Global

Tiga dimensi konsep utama GCED dapat membawa faedah kepada masyarakat bagi
menyelesaikan masalah persekitaran seperti pemanasan global. Konsep pertama GCED
adalah kognitif bermaksud mempunyai pengetahuan tentang persekitaran yang berlaku di
dunia ini. Kognitif ini memperkenalkan nilai-nilai penting, persepsi, kecekapan dan
pengetahuan yang menjadi asas bagi pelaksanaan GCED secara praktikalnya (Sitorus, 2005).
Sebagai contoh, bagi isu-isu persekitaran seperti dimensi kognitif pemanasan global
memberi manfaat kepada masyarakat dengan mewujudkan pengetahuan dan penyebaran
pengetahuan. Ianya merupakan dimensi penting bagi konsep pendidikan. Mengaplikasi
pengetahuan akan memainkan peranan penting dalam aspek sosio-emosi. Sebagai contoh,
berkaitan masalah pemanasan global, teori kognitif akan membuat orang berfikir mengenai
status pemanasan global sekarang dan masa depan, 'di mana kita boleh mendapatkan
maklumat mengenai pemanasan global'? 'Betapa seriusnya pemanasan global sekarang'?
serta pemikiran kritis mengenai bagaimana isu tersebut dapat diselesaikan atau tidak.

Seterusnya, faedah dalam pendidikan GCED adalah konsep emosi yang mempunyai
rasa empati terhadap apa yang sedang berlaku dan merasakan bahawa kita mempunyai
tanggungjawab bagi memastikan dunia sebagai tempat tinggal yang baik dan selamat.
Menurut Maryono, 2015 adalah penting untuk mengetahui apa yang memotivasi seseorang
untuk berkelakuan dengan cara tertentu dan apa yang dapat memberi inspirasi kepada
mereka bagi mengubah tingkah laku. Sebagai contoh, dalam isu pemanasan global ini,
emosi penting untuk memotivasi seseorang bagi berkelakuan dengan cara tertentu dan
memberi inspirasi kepada mereka untuk mengubah tingkah laku yang akan membawa
kepada dimensi ketiga iaitu konsep tingkah laku. Sebagai contoh, GCED penting bagi
masyarakat untuk bersikap emosional terhadap keadaan bumi dan empati untuk mengambil
tindakan bagi mengurangkan pemanasan global daripada terus meningkat. Contohnya, di
Tulungrejo pelajar mula menunjukkan sikap mengambil berat terhadap orang lain dengan
mengajak mereka melindungi persekitaran dan mencegah dari merosakkan alam sekitar

8
(Mukminin, 2014).

Akhir sekali, GCED tidak akan sempurna tanpa dimensi tingkah laku. Walaupun kita
mempunyai kognitif dan emosi, tetapi tanpa aspek tingkah laku, GCED pada masyarakat
dan persekitaran tidak akan berubah. Ia memberi manfaat kepada masyarakat dengan
menekankan tindakan yang betul dan perlu diambil bagi memastikan kelestarian
persekitaran. Sebagai contoh, Nigeria telah memperkenalkan pendidikan alam sekitar
kepada warga sekolah dengan mengadakan pelbagai aktiviti sehingga mereka mudah ingat
dan peka pada sasaran. Aktiviti tersebut merangkumi pertandingan fotografi bertema alam
sekitar, pengkomposan, dan penulisan mengenai pemanasan global (Rahmawati &
Suwanda, 2015)

4.2 Cara Penyelesaian Masalah Pemanasan Global

GCED memainkan peranan yang penting dalam membantu menyelesaikan masalah


persekitaran seperti pemanasan global. Usaha yag telah dilakukan oleh GCED untuk
menyelesaikan masalah ini contohnya Suruhanjaya Austria UNESCO, melalui aktiviti
pengajaran dan pembalajarannnya telah melaksanakan pendidikan perubahan iklim. Oleh itu
sukatan pelajaran perlu dipertingkatkan untuk membantu mengatasi pengurangan risiko
bencana. Sebagai contoh, di Afrika Selatan kaedah bengkel latihan, panduan sumber dan
pertandingan antara sekolah diadakan dengan menggunakan kempen media sosial. Mereka
menggabungkan sukatan pelajaran dan mengaitkan dengan keadaan global semasa untuk
memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memenuhi aspek kognitif GCED.

Masalah persekitaran juga dapat diatasi berdasarkan GCED serta mempraktikkan


dalam Pendidikan bukan formal. Aktiviti selepas waktu sekolah dapat memberi peluang
kepada murid untuk berkomunikasi dengan persekitaran melalui aktiviti lawatan sambal
belajar, projek-projek penyelidikan dan menzahirkannya melalui tindkan iaitu dengan
mernerapkan apa yang dipelajari dalam Pendidikan formal. Sebagai contoh, untuk mengatasi

9
masalahpemansan global,murid harus didedahkan dengan kesan dari pemanasan global
melalui projek sains untuk mendapatkan kefahaman dan gambaran yang lebih jelas.

Menurut Empowering Care of Global Citizenship Through Implementation


Environmental Education Development in the School oleh Universiti of South Korea, isu atau
masalah global dapat dielakkan melalui cara dengan meningkatkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Disini guru perlu menjadi fasilitator dalam mengadakan pelbagai
program untuk memberi Pendidikan berdasarkan modulyang merangkumi perubahan iklim,
Pendidikan alam sekitar dan pembangunan lestari. Guru perlu mempunyai daya inovatif
dengan mewujudkan aspek sosio emosi dan tingkahlaku agar murid dapat memahami
tanggungjawab terhadap alam sekitar. Contohnya, guru menyediakan modul latiha yang
menjelaskan penanaman tanaman-tanaman di sekitar kawasan sekolah, ini dapat membantu
menyelesaikan isu pemanasan global.

Seterusnya, untuk memastikan kelestarian global terjamin, pembangunan sekolah hijau


perlu dilaksanakan bermula darinegara kita sendiri. Ini dapat memupuk tanggungjawab dan
kefahaman konsep rumah hijau dalam kalangan murid. Mereka dapat memahami cara
menggunakan sumber semulajadi dengan berhemah dan efisien. Ini secara tidak lansung dapat
menghadirkan rasa sedar dan tanggungjawab dalam diri pelajar untuk lebih bertanggungjawab
terhadap sosial, alam sekitar dan ekonomi. Contohnya, untuk mengatasi isu pemansan global
ini, sekolah hijau perlu menitikberatkan konsep penggunaan air dan tenaga yang minima dan
efisien serta menggunakan bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan tidak mengeluarkan
toksik.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, tujuan GCED adalah untuk memberi sokongan kepada pelajar untuk menjadi
warganegara dunia yang berilmu serta menampilkan pemikiran kritikal dan sifat kepekaan
terhadap manusia. Pemanasan global adalah perubahan iklim yang menunjukkan ancaman
hebat terhadap persekitaran pada abad ini. Oleh itu sebagai warganegara global haruslah
memikirkan cara terbaik untuk mengatasi masalah pemanasan global ini dan seterusnya
mengambil tindakan berdasarkan tiga dimensi GCED. Ia mengambil kira pengetahuan
(kognitif) segala apa yang berlaku pada persekitaran, sifat empati (sosio emosi) terhadap
persekitaran yang mana sentiasa merasakan tanggungjawab menjaga alam sekitar dan
memastikan dunia berada dalam keadaaan selamat untuk di diami. Seterusnya tindakan

10
(tingkah laku) yang perlu di ambil untuk memastikandunia berada dala keadaan damai dan
lestari. Oleh itu GCED memainkan peranan yang penting untuk menyelesaikan masalah
berkaiatan alam sekitar seperti pemanasan gobal dengan mengaplikasikan Pendidikan
perubahan iklim, Pendidikan tidak formal, melatih guru dan pembangunan sekolah hijau
sebagai salah satu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah alam sekitar.

6.0 REFLEKSI KENDIRI

Subjek Kemahiran belajar untuk abad ke -21 adalah subjek yang wajib saya ambl bagi
semester 1/ 2021. Ianya juga merupakan subjek wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar
program Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan dengan Kepujian di Open University
Malaysia (OUM). Mempelajari subjek ini saya memerolehi banyak ilmu tentang kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis, numerik, celik digital dan kemahiran berfikir secara reflektif.
Sepanjang saya membuat tugasan ini, perbincangan tugasan dijalankan melalui ruang forum
yang disediakan di my inspire. Ianya sangat membantu saya dan rakan-rakan untuk berkongsi
idea untuk melaksanakan tugasan, memandangkan sesi pembelajaran sepanjang pendemik
covid 19 dijalankan secara maya. Ianya agak merumitkan namun begitu lama kelamaan hasil
sokongan dari bantuan rakan-rakan dan tenaga pengajar sesi pembelajaran dapat dijalankan
dengan baik dan tugasan ini dapat dapat diselesaikan walaupun terdapat kekangan. Saya
menggunakan sumber internet untuk mencari jurnal, artikel dan maklumat berkaitan dengan
isu yang saya pilih iaitu pemanasan global. Saya juga belajar cara menghasilkan yang baik
mengikut panduan yang diberikan. Hasil daripada penulisan ini juga, saya dapat
meningkatkan dan meluaskan lagi ilmu pengetahuan berkaitan Pendidikan Kewarganegaraan
Global, ini memberi banyak kesedaran kepada saya dalam menguruskan kehidupan seharian
berkaitan dengan alam sekitar. Di samping itu saya dapat mengaplikasikan 3 dimensi utama
GCED iaitu kognitif, sosio emosi dan tingkah laku, ianya dapat memberi kesedaran pada diri
saya dan masyarakat betapa pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar seterusnya
menghasilkan persekitaran yang lestari.

Kesimpulannya, saya teruja dengan kursus ini kerana saya dapat mempelajari
kemahiran berfikir abad ke 21 dan ianya menimbulkan kesedaran serta tanggungjawab pada
diri saya sebagai salah seorag penduduk di muka bumi ini. Saya akan kongsikan segala ilmu
yang dipelajari bersama dengan masyarakat setempat agar dapat meningkatakan lagi
kesedaran dan rasa tanggungjawab pada diri terhadap bumi.

11
(3060 Patah Perkataan)

RUJUKAN

Aumsum. (2015,May 28). Global Warming


Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=PqxMzKLYrZ4

Fatimah Ismail. (2020, Disember 3).3 Dimensi Konsep Utama Pendidikan


Kewarganegaraan Global(GCED)
Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=uP_DRUn0CS4

Katherine, AG. (2014). The ipact of environmental education on youth and their
environmental awarness. Environmental studies undergraduate student theses. University of

Nebraska- Lincoln. Spring 5-2014.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), Panduan Pelaksanaan Kelestarian Global,


Bahagian Pembangunan Kokurikulum.

12
Maryono. (2015). The implementation of the environmental education at “adiwiyata”
schools
in pacitan regency (an analysis of the implementation of grindle model policy).
Journal of education and practice. 6(17), 31-42

Mukminin, Amirul.(2014). Strategies to educate Global Citizenship Education.

Ta’dib. XIX(02), 227-252.

Rahmawati, ira & Suwanda, I made. (2015). Environmental education principal methode
and application. Plenum press. New york and london.

Sitorus, Acelina Banguniati. (2005). Global citizhenship education: citizhenship


education for globalizing societies. Incooperation with the Autrian for UNESCO.

Tawil. (2013). Education for global citizenship: a framework for discussion. UNESCO
Education research and foresight (ERF) working papers series. 7. Paris UNESCO).

UNESCO. (2017). Measurement strategy for SDG Target 4.7. proposal by GAML
Task Force 4.7. Global Alliance for monitoring learning fouth meeting. Madrid. Spain.

13

You might also like