Wa0044
Wa0044
Wa0044
8. Terang 2 keadaan saling kebergantungan antara ketiga-tiga badan eksekutif, perundangan dan
kehakiman di Malaysia.
- Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua bagi badan eksekutif, perundangan dan
kehakiman
- Perdana Menteri dan menteri menjalankan fungsi-fungsi eksekutif dan pada masa yang
sama merupakan ahli parlimen yang terlibat dalam penggubalan undang-undang.
[email protected] Page 1
9. Apakah maksud perlembagaan?
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sesebuah negara.
14. Nyatakan 4 perkara yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja apabila Parlimen ingin
meminda perlembagaan.
- Kewarganegaraan
- Hasutan dan Kebebasan Bercakap
- Majlis Raja-raja
- Keutamaan Raja dan Yang di-Pertuan Negeri
- Bahasa Melayu sebagai bahasaKebangsaan
- Kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain
serta hak yang sah bagi kaum-kaum lain.
- Keistimewaan parlimen dan Dewan Undangan Negeri
- Kedaulatan Raja-raja Melayu
15. Nyatakan 4 perkara yang memerlukan sokongan majoriti mudah di Majlis Parlimen
untuk pindaan Perlembagaan.
- Bentuk sumpah dan ikrar
- Pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara
- Persempadanan semula kawasan pilihan raya
- Peruntukan tambahan kewarganegaraan
- Bertujuan untuk mewujudkan keseragaman undang-undang antara negeri
[email protected] Page 2
17. Nyatakan 4 sebab penubuhan Malaysia
- Mempercepatkan proses kemerdekaan untuk Singapura, Sabah, Sarawak dan
Brunei.
- Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dengan bukan penduduk bumiputera.
- Membawa kemajuan dan kerjasama ekonomi yang lebih pesat
- Menyekat pengaruh komunis.
18. Nyatakan 2 kebebasan asasi rakyat sebagaimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan
- Tiada warganegara boleh diambil nyawa kecuali menurut undang-undang
- Tiada mana-mana warganegara boleh ditahan sebagai abdi
- Tidak boleh ditahan melebihi 24jam
- Seseorang tidak didiskriminasikan dari segi agama, keturunan, tempat lahir atau jantina.
- Seseorang warga negara bebas bergerak dan bermastautin di mana-mana bahagian
Persekutuan Malaysia
- Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
- Kebebasan beragama
- Kebebasan memiliki harta
19. Jelaskan 2 cara kedudukan Bahasa Melayu dipelihara dalam Perkara 152
- Menggunakan Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi kerajaan
- Mendakwa sesiapa yang didapati menghina dan mempersoal kedudukan Bahasa Melayu
di bawah Akta Hasutan 1984
20. Huraikan 2 keadaan Bahasa Inggeris boleh digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi megikut
peruntukan Perkara 152.
- Bahasa Inggeris boleh digunakan apabila berurusan dengan negara luar seperti
menghantar perutusan ke negara luar atau organisasi antarabangsa
- Latihan, kursus atau program yang dijalankan oleh pakar-pakar luar negara kepada
kakitangan awam
-
21. Nyatakan 4 hak seseorang individu di bawah perkara kebebasan diri
- Tiada seseorang boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali
menurut menurut undang-undang
- Seseorang tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam.
- Seseorang yang ditahan berhak diberitahu tentang kesalahannya.
- Seseorang yang ditahan berhak untuk mendapat peguam bela.
- Seseorang berhak memohon habeas corpus apabila merasakan ia ditahan secara tidak
sah oleh pihak berkuasa.
[email protected] Page 3
24. Nyatakan 4 syarat untuk memohon kewarganegaraan secara naturalisasi
- Telah bermastautin di Persekutuan sekurang-kurang genap 10 tahun dalam tempoh
12 tahun sebelum tarikh permohonan
- Berniat untuk bermastautin tetap di Persekutuan
- Berkelakuan baik
- Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai
- Berumur 21 tahun dan ke atas
28. Nyatakan 2 kriteria yang diambil kira oleh kerajaan Persekutuan untuk memberi peruntukan
kepada kerajaan negeri.
- Berasaskan bilangan penduduk
- Berdasarkan panjang jaringan jalan raya negeri
- Peruntukan Pembangunan Khas
29. Nyataka 3 syarat yang diperlukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan permohonan
penolakkan kewarganegaraan
- Pemohon berumur 21 tahun dan ke atas
- Pemohon seorang yang sempurna akal
- Tidak berlaku peperangan di dalam negara ketika permohonan penolakan dibuat.
30. Huraikan 2 keadaan di mana Kerajaan Persekutuan berhak campurtangan berkaitan dengan
senarai negeri.
- Apabila Kerajaan Persekutuan ingin menjalankan apa-apa siasatan, tinjauan dan
pengumpulan data terhadap Kerajaan Negeri
- Apabila Kerajaan Persekutuan ingin menjalankan penyelidikan, memberinasihat dan
bantuan teknikal kepada Kerajaan Negeri.
- Apabila Kerajaan Persekutuan ingin memeriksa kegiatan-kegiatan jabatan negeri dengan
tujuan membuat laporan tentang kegiatan itu kepada Kerajaan Persekutuan
32. Nyatakan 2 tujuan Kumpulan Wang Yang disatukan Persekutuan digunakan oleh kerajaan
pusat.
- Membayar semua hutang Kerajaan Persekutuan
- Membayar pencen, pampasan, ganjaranatau saraan yang menjadi tanggungjawab
Kerajaan Persekutuan
[email protected] Page 4
33. Nyatakan 4 kuasa yang terletak di bawah senarai bersama
- Kebajikan masyarakat
- Biasiswa
- Ternakan binatang
- Perumahan
- Kutu rayau dan penjaja-penjaja beredar
34. Nyatakan kuasa tambahan bersama bagi negeri Sabah dan Sarawak
- Perkapalan
- Air dan eletrik
- Wasiat
- Pencemaran makanan
- Perkahwinan, nafkah, penjagaan anak dan anak angkat
37. Nyatakan 4 negeri yang tidak mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awamnya sendiri.
- Melaka
- Pulau Pinang
- Perlis
- Negeri Sembilan
[email protected] Page 5
- Menentukan tarikh pilihan raya (penamaan calon dan hari pengundian) untuk
pilihanraya umum dan pilihan raya kecil
- Mengkaji hal-hal tentang persempadanan kawasan pilihanraya sekurang-
kurangnya sekali dalam tempoh 8 tahun .
42. Terangkan 2 keadaan yang membolehkan badan kehakiman mengisytiharkan sesuatu undang-
undang yang digubal oleh Parlimen tidak sah.
- Apabila undang-undang yang digubal di parlimen dengan jelas bertentangan dengan
Perlembagaan Persekutuan
- Apabila Parlimen mengubal undang-undang diluar dari bidang kuasannya seperti
menggubal undang-undang di bawah senarai negeri
46. Huraikan 2 perbezaan antara syarat-syarat untuk menjadi ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan
Negara.
- Umur - Dewan Rakyat berumur tidak kurang 21 tahun manakala Dewan Negara
berumur tidak kurang 30 tahun
- Tempoh memegang jawatan - Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun
dan manakala ahli Dewan Negaraselamaa 3 tahun.
- Pembubaran parlimen - Dewan Rakyat terlibat dengan pembubaran parlimen manakala
Dewan Negara tidak terlibat dengan pembubaran parlimen
48. Berikan 4 peranan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker Dewan Rakyat)
- Mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat
- Memastikan tatatertib dan peraturan Dewan Rakyat dipatuhi
- Mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli yang tidak mematuhi peraturan
- Menjadi jurucakap Dewan Rakyat
- Memaklumkan kekosongan luar jangka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
[email protected] Page 6
49. Nyatakan 3 kuasa budi bicaraYang di-Pertua Dewan
- Menangguhkan sesuatu persidangan dewan
- Membenarkan atau menolak soalan yang dikemukakan oleh ahli dewan
- Menyingkir atau melarang ahli dewan daripada menghadiri persidangan dewan
56. Nyatakan sebab luar jangka yang membolehkan pilihanraya kecil dilangsungkan.
- Ahli dewan meninggal dunia
- Ahli dewan meletakkan jawatan
- Ahli dewan hilang kelayakan seperti muflis, tidak sempurna akal dll
- Ahli dewan dibatalkan kemenangannya oleh mahkamah
[email protected] Page 7
58. Terangkan 2 keadaan yang menunjukkan kuasa Dewan Rakyat lebih banyak berbanding
Dewan Negara
- Rang undang-undang perbekalan dan kewangan mestilah dikemukakan di Dewan Rakyat
terlebih dahulu
- Rang undang-undang yang telah dilulus di Dewan Rakyat tidak boleh ditolak dan dipinda
oleh Dewan Negara
60. Nyatakan 3 agenda utama yang perlu dirangka oleh Parlimen selepas pilihan raya selesai
- Merangka taqwin Parlimen
- Melantik Yang diPertua Dewan dan timbalan
- Melaksanakan upacara mengangkat sumpah oleh ahli-ahli dewan
63. Nyatakan 4 pihak yang terlibat dalam proses pengiraan undi selepas pengundian tamat
- Ahli-ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
- Pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
- Kerani mengira undi
- Calon, wakil, dan ejen mengira undi
64. Terangkan 2 keadaan yang menunjukkan peringkat Bacaan Kedua merupakan peringkat yang
paling penting dalam penggubalan undang-undang di Dewan Rakyat.
- Peringkat usul dibincang dan dibahas dengan lebih terperinci dengan penjelasan yang
lebih mendalam dibuat oleh menteri yang mengusulkannya
- Semua ahli dewan akan mengundi samada menerima atau menolak usul tersebut. Jika
ditolak maka usul berkenaan akan terhenti setakat itu sahaja.
[email protected] Page 8
- Bacaan Kedua - peringkat ini merupakan peringkat yang paling penting- rang undang-
undang akan dibahaskan dengan mendalam dan menyeluruh oleh kedua-dua dewan -
menteri berkenaan bertanggungjawab utk menjawab soalan atau pertanyaan tentang rang
undang-uandang itu undian sama ada menolak atau menerima sesuatu rang undang-
undang dibuat (hanya DR berhak menolak) Jika perlu dan dipersetujui oleh kedua-dua
dewan, rang undang-undang akan diserahkan ke peringkat Jawatankuasa.
- Peringkat Jawatankuasa
- Bacaan ketiga
67. Nyatakan 4 perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong
- Tidak boleh menjalankan apa-apa tugas sebagai raja di negeri baginda kecuali sebagai
ketua agama Islam, meminda Perlembagaan Negeri dan melantik seorang pemangku raja.
- Tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain yang mempunyai apa-apa ganjaran wang.
- Tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dalam apa-apa syarikat perniagaan dan parti
politik.
- Tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolument /saraan dari negeri baginda
- Tidak boleh keluar negara melebihi 15 hari tanpa keizinan Majlis Raja-raja kecuali untuk
urusan rasmi.
70. Huraikan 2 perbandingan antara 2 kuasa budibicara Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-
Pertuan Negeri
- Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik Perdana Menteri manakala Yang di-Pertuan
Negeri melantik Ketua Menteri
- Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk mempersetujuai atau tidak mempersetujuan
permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen manakala Yang di-Pertuan
Negeri untuk membubar Dewan Undangan Negeri
71. Nyatakan 4 peranan/tugas utama Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perlembagaan
Persekutuan
- Melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta menjaga hak dan
kepentingan sah kaum bukan Melayu
[email protected] Page 9
- Menjadi Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak beraja dan negeri baginda sendiri
- Berkuasa memperkenankan undang-undang yang telah diluluskan di Dewan Rakyat dan
Dewan Negara.
- Bertanggungjawab mengisytiharkan darurat apabila berlaku sesuatu yang mencemaskan
negara di bawah Perkara 150.
72. Nyatakan 3 tugas yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana
Menteri
- Melantik menteri-menteri kabinet
- Melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-hakim Besar,
Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim-
hakim Mahkamah Tinggi
- Baginda menjalankan tugas sebagai Ketua Negara atas nasihat kabinet yang diketuai oleh
Perdana Menteri
73. Huraikan 2 kuasa budibicara seorang Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri
- Melantik Menteri Besar/Ketua Menteri yang mendapat sokongan majoriti dari kalangan
ahli Dewan Undangan Negeri
- Bersetuju atau tidak mempersetujuipermintaan Menteri Besar/ Ketua Menteri untuk
membubarkan Dewan Undangan Negeri sebelum tamat tarikh pembubaran
[email protected] Page 10
79. Nyatakan 4 tugas seorang Perdana Menteri
- Menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong
- Menamakan senarai menteri kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
- Menyelaraskan dan membuat keputusan tentang semua dasar kerajaan
- Menjadi jurucakap dalam hal ehwal antarabangsa dan dalam negara
84. Jelaskan 2 keadaan penglibatan pegawai ex-officio dalam Dewan Undangan Negeri
- Kesemua ahli ex-officio di negeri beraja boleh mengambil bahagian dalam prosiding
Dewan Undangan Negeri tetapi tidak boleh mengundi
- Hanya Pegawai Penasihat Undang-undang negeri sahaja yang boleh mengambil bahagian
dalam prosiding tetapi tidak boleh mengundi di Dewan Undangan Negeri di Negeri
Melaka dan Pulau Pinang
- Kesemua pegawai ex-officio tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam prosiding
Dewan Undangan Negeri di negeri Sabah dan Sarawak
86. Nyatakan 3 peranan Pejabat Setiausaha Kerajaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak
- Mengurus hal-hal berkaitan pegawai-pegawai perkhidmatan awam di negeri Sabah dan
Sarawak
- Mengeratkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan serta
memupuk perpaduan
- Menyelaraskan aktiviti agensi-agensi Kerajaan Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak
- Mengurus dan menjaga harta benda serta kepentingan kerajaan Persekutuan di Sabah dan
Sarawak
[email protected] Page 11
88. Nyatakan 3 peranan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
- Membuat dasar-dasar Kerajaan Negeri
- Melaksanakan kuasa eksekutif Kerajaan Negeri
- Menasihat Raja/Sultan/Yang di-Pertuan Negeri dalam memerintah negeri
- Merangka rang undang-undang dibawah senarai negeri dan bersama untuk dibentang di
Dewan Undangan Negeri
90. Nyatakan 4 tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah
- Memugut hasil cukai bagi pihak Kerajaan Negeri
- Mentadbir dan merancang pembangunan daerah secara menyeluruh
- Memajukan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat
- Menghubungkan antara Kerajaan Negeri melalui pelaksanaan dan penyelarasan projek-
projek kerajaan
- Menjadi urus setia kepada perancangan dan pembangunan tanah
93. Huraikan 2 perbezaan antara badan berkanun dan badan tidak berkanun
- Badan berkanun ditubuhkan dibawah akta Parlimen atau Ordinan/Enakmen negeri
manakala badan tidak berkanun ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965
- Badan berkanun bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi rakyat manakala
badan tidak berkanun bermotif keuntungan.
- Badan berkanun dikawal oleh menteri secara longgar manakala badan tidak berkanun
dikawal oleh menteri secara tidak langsung
94. Huraikan 2 cara penyelarasan pentadbiran antara kerajaan persekutuan dan kerjaan Negeri
- Melalui mesyuarat 4 majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu Majlis
Raja-raja. Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara dan Majlis Negara bagi
Kerajaan Tempatan
- Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri yang dipengerusi oleh Ketua Setiausaha Negara
- Melalui Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri yang dipengerusi
oleh Perdana Menteri
- Melalui Majlis - majlis dan Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan
95. Nyatakan 4 badan berkanun yang berkaitan dengan luar bandar dan wilayah
- Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
- Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan FECRA
- Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
[email protected] Page 12
96. Nyatakan 3 kriteria yang diambil kira oleh Kerajaan Persekutuan untuk memberi peruntukkan
kepada Kerajaan Tempatan
- Bilangan penduduk
- Luas kawasan
- Jumlah hasil kutipan tahunan
[email protected] Page 13
105. Nyatakan jenis-jenis Kerajaan Tempatan
- Dewan/Majlis Bandaraya
- Majlis perbandaran
- Majlis Daerah
106. Terangkan dua situasi Kerajaan Persekutuan melakukan pengawalan terhadap Kerajaan
Tempatan
- Apabila Parlimen menggubal dasar atau undang-undang untuk keseragaman contoh Akta
Kerajaan Tempatan 1971
- Apabila Kerajaan Persekutuan ingin memberi peruntukan kewangan kepada Kerajaan
Tempatan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan
109. Terangkan dua keadaan Majlis Kewangan Negara membantu Kerajaan Pusat atau Negeri
dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kewangan negara
- Apabila menasihat Kerajaan Persekutuan mengenai urusan dan pentadbiran samada
kewangan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
- Apabila menasihat Kerjaaan Persekutuan mengenal jumlah wang yang akan diberikan
kepada Kerajaan Negeri serta pembahagian cukai dan royalti.
111. Nyatakan 4 Agensi Pusat yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri
- Perbendaraan Negara
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Unit Perancang Ekonomi (UPE)
- Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP)
- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan pengurusan Negara (MAMPU)
- Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
- Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU)
- Unit Inovasi Khas (UNIK)
113. Nyatakan 4 langkah yang dilaksanakan bagi Agensi Pusat bagi memastikan ketelusan dalam
perbelanjaan negara.
- Menjalankan pemeriksaan belanjawan
- Menjalankan pemeriksaan perkhidmatan
- Menguatkuasakan peraturan-peraturan kewangan dan perkhidmatan
- Menyelaras pembentukan dasar dan pelaksanaannya
[email protected] Page 14
114. Nyatan 4 jenis undang-undang bertulis
- Akta
- Ordinan
- Enakmen
- Undang-undang kecil/perundangan subsidiary
115. Nyatakan tiga criteria yang diambil kira dalam pembahagian bidang kuasa mahkamah awam
di Malaysia
- Berat kes
- Jenis kes
- Jumlah tuntutan dalam kes perbicaraan
[email protected] Page 15
122. Nyatakan 2 contoh kes yang dibicarakan di mahkamah-mahkamah khas
- Kesalahan disiplin yang dilakukan oleh anggota tentera dibicarakan di Mahkamah
Tentera
- Kesalahan melanggar adat kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dibicarakandi
Mahkamah Bumiputera
- Pertikaian antara majikan dan pekerja dibicarakan di Mahkamah Perindustrian
126. Terangkan 2 pendekatan Mahkamah Juvana dalam memelihara masa depan pesalah kanak-
kanak
- Perbicaraan - Perbicaraan dijalan secara tertutup daripada awam dan identiti pesalah
juvana tidak didedahkan kepada pihak umum
- Kesalahan -Kesalahan yang disabitkan terhadap pesalah juvana tidak direkodkan oleh
pihak mahkamah dan tidak dipenjarakan sebaliknya dihantar ke pusat pemulihan akhlak
atau ibubapa dikenakan bon.
127. Terangkan 2 tindakan yang boleh diambil oleh mahkamah terhadap pihak yang kalah dalam
kes sivil
- Pihak defenden yang kalah dikehendaki membayar ganti rugi dan tuntutan pihak tertuduh
- Pihak yang gagal samada pihak plantif dan defenden dikehendaki membayar kos
perbicaraan
-
128. Nyatakan 3 golongan banduan yang tidak boleh dihukum sebat/rotan
- Banduan wanita
- Banduan yang akan dihukum gantung sampai mati
- Banduan warga emas/berumur 60 tahun ke atas
[email protected] Page 16
130. Nyatkan 3jenis akta bagi kes jenayah yang boleh membawa hukuman mati mandatori
- Akta Dadah Merbahaya 1952, seksyen 39B
- Akta Penculikan 1961
- Akta Senja Api 1971
133. Huraikan 2 cara seseorang boleh dihadapkan ke mahkamah bagi kes jenayah
- Melalui surat saman - Surat saman mengandungi kesalahan, tarikh dan waktu untuk
hadir ke mahkamah.
- Melalui waran tangkap - Apabila orang kena tuduh tidak hadir di mahkamah pada tarikh
dan waktu yang ditetapkan maka waran tangkap akan dikeluarkan
- Tangkap tanpa waran - Keadaan ini berlaku apabila tertuduh tertangkap ketika
melakukan jenayah atau tangkapan yang perlu disegerakan.
134. Nyatakan 3 jenis kes sivil yang boleh dibicarakan di mahkamah awam
- Perebutan harta
- Perkahwinan , pertunangan, penceraian bukan Islam
- Hal berkaitan anak
- Pencerobohan
- Tidak menepati janji
- Kecuaian
- Gagal membayar hutang
[email protected] Page 17
139. Huraikan 2 kesan buruk globalisasi kepada ekonomi negara
- Monopoli syarikat muttinasional - Syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan dan tidak
mampu bersaing dengan syarikat besar
- Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan
- Penghakisan kedaulatan ekonomi negara
141. Senaraikan 4 tindakan susulan untuk memperbaiki sistem penyampaian dan perkhidmatan
awam.
- Pembangunan sumber manusia
- Pemantapan sistem dan prosedur kerja
- Pengemaskinian undang-undang dan data
- Penggunaan ICT dalam sistem penyampaian
[email protected] Page 18
- Kurang penguatkuasaan.
SEKIAN
DISEDIAKAN
NAPI BIN AB KADIR
SMK CHERANG RUKU
PASIR PUTEH
KELANTAN
2017
[email protected] Page 19