0% found this document useful (0 votes)
344 views30 pages

Kajian Mengenai Bahan Peninggalan Kaum Melanau Sebelum Abad Ke-19 Di Kampung Kekan, Dalat, Sarawak

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1/ 30

TESIS MINI

PROGRAM PENGGAYAAN SEM


MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUKAH, SARAWAK

TAJUK :
KAJIAN MENGENAI BAHAN PENIGGALAN KAUM MELANAU SEBELUM ABAD
KE-19 DI KAMPUNG KEKAN, DALAT, Sarawak


(KATEGORI SAINS SOSIAL)
KUMPULAN: THE WEJ
NUR HAZWANI AQILAH BINTI DAIRY 131017
EUNICE JOHNEY 131014
JOSEPHINE ELVINA BINTI SUCHING 131062

FASILITATOR
PUAN MAZUIN BINTI DERAHIM



2


PENGAKUAN PENULIS
Kami akui laporan projek ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Pelajar : ........................
(EUNICE JOHNEY)
No. maktab : .
Tarikh : .

Pelajar :
(NUR HAZWANI AQILAH BINTI DAIRY)
No. maktab : ...
Tarikh :

Pelajar :
(JOSEPHINE ELVINA BINTI SUCHING)
No. maktab :
Tarikh : ..







3

PENGESAHAN FASILITATOR
Saya sebagai fasilitator kepada kumpulan ini mengesahkan bahawa mereka telah
menjalankan satu kajian yang bertajuk Kajian Bahan Peninggalan Sebelum Abad
Ke-19 Di Kampung Kekan, Dalat, Sarawak. Tesis mini ini adalah hasil usaha pelajar-
pelajar tersebut untuk memenuhi isyarat graduasi mereka.



Fasilitator :
(MAZUIN BINTI DERAHIM)
Tarikh : ..














4

PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Segala puji bagi Allah S.W.T yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat
dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Syukur ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan izin-Nya maka dapatlah kami menghasilkan tugasan ini dengan
jayanya. Justeru, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada fasilitator kami Cikgu Mazuin binti Derahim kerana telah
memberi bimbingan, tunjuk ajar serta nasihat yang amat berguna sepanjang kami
menghasilkan tugasan ini.
Penghargaan ini juga saya tujukan kepada pihak Maktab Rendah Sains Mara
Mukah, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
kerana telah memberi sokongan yang sepenuhnya bagi membantu kami dalam
tugasan ini.
Kepada rakan-rakan yang sama berjuang ,terima kasih di atas segala bantuan yang
diberikan terutamanya di dalam menyumbangkan idea dan kesempatan masa yang
amat diperlukan dalam memperoleh lebih banyak input untuk tugasan ini. Jasa
kalian tidak akan kami lupa dan InsyaAllah akan kami balas seadanya.











5

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN PENULIS 2
PENGESAHAN FASILITATOR 3
PENGHARGAAN 4
ISI KANDUNGAN 5 - 6
ABSTRAK 7

BAB 1 : PENDAHULUAN 8
1.1 : LATAR BELAKANG MASALAH 9
1.2 : OBJEKTIF KAJIAN 9
1.3 : TUJUAN KAJIAN 10
1.4 : PERANAN PENGKAJI 10

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 11
2.1 : KAJIAN LAMPAU / PERBINCANGAN UMUM 12-14

BAB 3 : KAEDAH KAJIAN / METODOLOGI 15
3.1 : SKOP / TEMA KAJIAN 16
3.2 : FOKUS KAJIAN 16
3.3 : BAHAN RUJUKAN (METODOLOGI) 16-17

BAB 4 : KEPUTUSAN 18
4.1 : HASIL PEMBELAJARAN YANG 19-20
DIPEROLEH DARIPADA KAJIAN




6

BAB 5 : PERBINCANGAN 21
5.1 : HURAIAN BATASAN KAJIAN 22
5.2 : IDEA BAGI MEMPERBAIKI KAJIAN 22

BAB 6 : KESIMPULAN 23
6.1 : RUMUSAN KAJIAN 24

BIBLIOGRAFI 25-27
LAMPIRAN 28-30
















7

ABSTRAK
Kampung Kekan, Dalat, Sarawak adalah sebuah kampung yang terdapat
bahan peninggalan yang dibiarkan. Kami ingin mengkaji bahan peninggalan ini
kerana ingin mengetahui lebih lanjut tentang bahan peninggalan ini serta ingin
memperkenalkan bahan peninggalan kaum Melanau ini kepada pelajar MRSM
Mukah. Selain itu, kisah mengenai bahan peninggalan ini menimbulkan misteri
bagi kami. Kami telah melakukan kajian kualitatif menggunakan kaedah temu
bual dan pemerhatian. Hasil yang telah kami peroleh ialah masyarakat di
Kampung Kekan, Dalat dahulu menggunakan segamut, suleng, piring dan
belanai sebagai hantaran untuk perkahwinan. Bagi acara pengebumian pula, si
mati akan ditanam bersama dengan pinggan mangkuk dan barang milik si mati.
Hal ini kerana, masyarakat dahulu belum mempunyai kepercayaan sendiri atau
lebih dikenali sebagai pagan. Corak pada pinggan tersebut juga mempunyai
kaitan dengan negara China. Bahan-bahan peninggalan ini dipercayai sudah
berusia lebih beratus tahun. Kami juga mengetahui bahawa SK St Jude iaitu
sekolah rendah di Kampung Kekan, Dalat merupakan tempat perkuburan lama
yang kini telah terhakis.



8

Bab 1
PENDAHULUAN












9

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Kajian mengenai bahan peninggalan kaum Melanau sebelum abad ke-19 di
Kampung Kekan, Dalat, Sarawak ini menimbulkan beberapa masalah bagi
kumpulan kami.

Masalah yang paling utama ialah, ramai yang tidak mengetahui tentang
bahan peninggalan di kampung tersebut. Mereka tidak mengetahui asal usul
dan bagaimana bahan ini wujud.

Selain itu, bahan peninggalan yang terdapat di kawasan ini kurang diambil
perhatian oleh masyarakat. Ketika melalui kawasan sekolah Kampung
Kekan, Dalat, kami ternampak bahan-bahan peninggalan seperti pinggan,
cawan dan mangkuk di tepi tebing sungai apabila air sungai surut.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian mengenai bahan peninggalan ini menggariskan beberapa objektif
kajian yang amat penting seperti berikut:-

1. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang bahan peninggalan kaum
Melanau di Kampung Kekan, Dalat, Sarawak
2. Untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih
menghargai bahan peninggalan yang masih ada.
3. Ingin memperkenalkan bahan peninggalan kaum Melanau di
Kampung Kekan, Dalat sebelum abad ke-19 kepada pelajar-
pelajar.



10

1.3 TUJUAN KAJIAN
Antara tujuan kajian ini ialah yang pertama, kami ingin memberi
kesedaran kepada pelajar agar lebih menghargai bahan peninggalan ini.
Seterusnya, kami ingin menjadikan tesis ini sebagai bahan rujukan
mengenai bahan peninggalan kaum Melanau sebelum abad ke-19 di
Kampung Kekan, Dalat, Sarawak.
Selain itu, kami menjalankan kajian ini agar dapat mengetahui lebih
lanjut tentang bahan peninggalan kaum Melanau yang terdapat di Kampung
Kekan, Dalat, Sarawak.

1.4 PERANAN PENGKAJI
Di dalam kajian ini kami perlu memainkan peranan penting, antaranya
ialah kami perlu mencari bahan peninggalan yang asli di Kampung Kekan,
Dalat , Sarawak.
Selain itu, kami juga perlu memastikan bahawa maklumat yang telah
kami perolehi adalah sah dan sahih.
Seterusnya, kami bertiga perlu mengkaji asal-usul bahan peninggalan
kaum Melanau di kampung tersebut.









11



Bab 2
TINJAUAN LITERATUR









12

2.1 Kajian Lampau
2.1.1 Maksud Artifak
Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia (terutama alat perkakas
dan senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Tempoh
prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal
penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan
berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun
1400. Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak prasejarah
termasuk barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat
daripada batu dan besi. Kebanyakan artifak, termasuk kawasan perkuburan.
Menurut Jabatan Muzium Malaysia artifak bermaksud peralatan atau barang-
barang buatan manusia peninggalan sesuatu zaman dahulu. Contoh;
tembikar,senjata dan duit kijang emas. Arkeologi pula merupakan kajian purba
mengenai asal-usul sesuatu kebudayaan (terutamanya kebudayaan manusia
prasejarah) dengan cara-cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan
tinggalan prasejarah; ahli ~ orang yang pakar dalam bidang arkeologi.
2.1.2 SUMBER SEJARAH
Beberapa pendapat dari ahli

a) R. Moh Ali

Sumber sejarah adalah sesuatu yang wujud dan tidak wujud serta
digunakan bagi penelitian sejarah sejak zaman Purba sampai sekarang.

b) Zidi Gozalba

Sumber sejarah adalah warisan yang berbentuk lisan, bertulis, dan
visual.



13

c) Muhyamin

Sumber sejarah adalah kumpulan benda kebudayaan untuk
membuktikan sejarah.

Dapat disimpulkan bahawa sumber sejarah adalah segala warisan kebudayaan yang
berbentuk lisan, bertulis, visual serta dapat digunakan untuk mencari kebenaran.

Sumber sejarah terbahagi kepada 3 iaitu:

a. Sumber bertulis

Sumber bertulis adalah segala keterangan dalam bentuk laporan tertulis
yang memuat fakta-fakta sejarah secara jelas. sumber ini dapat ditemui pada batu,
kayu, kertas atau dinding gua.

b. Sumber lisan

Sumber lisan adalah segala keterangan yang dituturkan oleh pelaku atau
saksi peristiwa yang terjadi di masa lalu. Sumber ini merupakan sumber pertama
yang digunakan manusia dalam mewariskan suatu peristiwa sejarah namun kadar
kebenarannya sangat terbatas kerana bergantung pada kesan, ingatan, dan tafsiran
si pencerita.

c. Sumber benda

Sumber benda adalah segala keterangan yang dapat diperoleh dari benda-
benda peninggalan budaya atau lazim dinamakan benda-benda purbakala atau
kuno. sumber ini dapat ditemukan pada benda-benda yang terbuat dari batu, logam,
kayu atau tanah.
14

2.1.3 BUKTI SEJARAH
Bukti sejarah terbagi menjadi:

a. Bukti bertulis

Bukti bertulis mirip dengan sumber bertulis pada sumber sejarah yang
memuat fakta-fakta sejarah secara jelas.

b. Bukti tidak bertulis

Bukti tidak bertulis adalah mengandung unsur-unsur sejarah
tetapi tidak wujud dalam bentuk barang atau peralatan.













15


Bab 3
KAEDAH KAJIAN /
METODOLOGI









16

3.1 SKOP/TEMA KAJIAN
Tema bagi kajian ini ialah sejarah bahan peninggalan. Melalui kajian ini, kami
akan mengkaji dari mana asalnya bahan peninggalan tersebut. Selain itu,
kami juga akan mengkaji tradisi penduduk setempat pada suatu ketika dahulu
melalui barang peninggalan.

3.2 FOKUS KAJIAN
Dalam kajian ini, kami fokuskan kepada beberapa perkara iaitu:-
Bahan peninggalan milik Kaum Melanau
Kawasan di sekitar Kampung Kekan, Dalat, Sarawak
Kesahihan sumber

3.3 BAHAN RUJUKAN (METODOLOGI)
Untuk mendapatkan maklumat yang tepat, beberapa metodologi kajian telah
kami gunakan. Justeru, untuk kajian ini penyelidikan yang kami gunakan
adalah seperti berikut:
1. Temu bual
Kami telah menemu bual tiga orang penduduk Kampung Kekan,
Dalat untuk mendapat maklumat tentang bahan peninggalan yang
terdapat di situ.

2. Pemerhatian
Kami telah membuat pemerhatian terhadap bahan peninggalan
yang ditemui oleh salah seorang penduduk Kampung Kekan dan
bahan peninggalan yang diwarisi oleh keluarga oleh salah seorang
lagi penduduk Kampung Kekan. Kami juga membuat pemerhatian
di kawasan tanah kubur lama Kampung Kekan, Dalat , Sarawak.



17

3. Rujukan Kepustakaan
Kami telah membuat rujukan kepustakaan melalui laman sesawang
untuk mencari bahan kajian lampau berkaitan bahan peninggalan
atau bahan artifak.





















18


Bab 4
KEPUTUSAN









19

4.1 HASIL PEMBELAJARAN YANG DIPEROLAH DARIPADA
KAJIAN

Melalui temu bual yang telah kami lakukan, kami mendapat pelbagai jenis
maklumat daripada sumber. Rata-rata sumber menyatakan bahawa maklumat
tersebut diperolehi daripada ibu bapa dan datuk nenek mereka. Sumber-sumber
juga telah menunjukkan beberapa bahan peninggalan ada yang telah mereka temui
sendiri dan bahan peninggalan yang diwarisi keluarga secara turun-temurun.

Kami juga memperoleh pengetahuan sejarah seperti SK St Jude adalah
sebuah sekolah yang terletak di Kampung Kekan, Dalat, Sarawak. Kita dapat
melihat bahan peninggalan di tebing sungai kawasan ini ketika air surut. Kawasan ini
dahulu sebenarnya merupakan kawasan tanah perkuburan lama yang tidak
digunakan lagi selepas abad ke-19 kerana kawasan ini semakin terhakis disebabkan
ombak sungai.

Kebanyakan keranda-keranda lama telah dihanyutkan sungai tetapi masih
ada sisa-sisa bahan peninggalan di kawasan ini. Bahan peninggalan ini
kebanyakannya barang-barang milik si mati. Adat resam ini diamalkan kerana
masyarakat Kampung Kekan, Dalat pada waktu itu belum mempunyai agama sendiri
(pagan). Ketika dikebumikan, pinggan akan diletakkan di setiap sudut tubuh si mati
seperti di kepala, siku dan hujung kaki. Antara pinggan yang ditemui ialah emperor
plate atau pinggan maharaja yang diperbuat daripada porcelyn dan diperoleh dari
China berdasarkan corak pada pinggan tersebut. Pinggan ini dipercayai sudah
berusia lebih 150 tahun.

Kami juga memperoleh maklumat mengenai bahan peninggalan milik seorang
wanita yang diwariskan kepadanya. Bahan peninggalan tersebut digunakan untuk
hantaran perkahwinan. Bahan peninggalan tersebut dipercayai sudah berusia
beratus tahun. Bahan peninggalan tersebut pernah dijadikan hantaran semasa
perkahwinan beliau sewaktu ketika dahulu. Ibu bapa dan datuk nenek beliau juga
pernah menjadikan bahan peninggalan tersebut sebagai hantaran perkahwinan
20

mereka. Antara bahan-bahan peninggalan dan fungsi sebenar selain dari hantaran
serta ciri-cirinya adalah seperti berikut :-
Belanai tempat menyimpan ikan (tanah liat)
Segamut (tembaga)
Suleng tempat menyimpan sagu (tembaga)
Piring tempat menyimpan barang kemas



















21

Bab 5
PERBINCANGAN











22

5.1 HURAIAN BATASAN KAJIAN
Sepanjang menjalankan kajian ini, kami menghadapi beberapa batasan yang
tidak dapat kami elakkan. Antaranya ialah semasa membuat tinjauan di kawasan
perkuburan lama Kampung Kekan, Dalat, Sarawak, kami tidak dapat mengambil
gambar bahan peninggalan yang berada di situ kerana air sungai pada waktu itu
pasang. Seterusnya, di Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) pula buku rujukan yang
berkaitan dengan tajuk kami tidak ada. Hal ini menyukarkan kami untuk mencari
maklumat lebih lanjut mengenai kajian kami.
5.2 IDEA BAGI MEMPERBAIKI KAJIAN
Pada pendapat kami, kajian ini boleh diperbaiki apabila kami membuat
tinjauan ke kawasan kajian adalah pada masa yang bersesuaian / tepat agar kami
dapat mengambil gambar dengan lebih dekat lagi. Di samping itu, kami juga perlu
mengetahui daripada penduduk kampung masa air sungai pasang dan surut bagi
memudahkan kami membuat kajian secara lebih terperinci lagi. Selain itu, buku
rujukan yang kami maksudkan tiada di PSP adalah mengenai kajian peninggalan
bahan artifak di Mukah secara khasnya.






23



Bab 6
KESIMPULAN






24

6.1 RUMUSAN KAJIAN
Kesimpulannya, kami telah berjaya membongkar bagaimana bahan
peninggalan ini wujud di Kampung Kekan, Dalat, Sarawak iaitu melalui pengebumian
masyarakat terdahulu dan bahan peninggalan yang diwariskan. Selain itu, kami juga
telah mengetahui bahawa masyarakat di Kampung Kekan dahulu tidak mempunyai
agama sendiri dan kaum Melanau pada zaman dahulu mengamalkan adat hantaran
semasa perkahwinan.


















25

BIBLIOGRAFI
1. INTERNET
http://www.jmm.gov.my/ms/glosari

2. ORANG SUMBER

Puan Flora Louis Lang, 46 tahun, Kampung Kekan, Dalat, Sarawak
Encik Albert Bin Lang, 34 tahun, Kampung Kekan, Dalat, Sarawak
Puan Margaret Binti Ripin, 65 tahun, Kampung Kekan, Dalat, Sarawak


3. TEMU BUAL

Temu bual bersama Puan Flora Louis Lang

a) Adakah puan tahu mengenai bahan peninggalan yang terdapat di
Kampung Kekan, Dalat, Sarawak?
Ya, saya tahu.
b) Bolehkah puan cerita serba sedikit tentang bahan peninggalan yang
terdapat di Kampung Kekan, Dalat, Sarawak?
Boleh. Bahan peninggalan di kampung ini kebanyakannya ditemui di
kawasan tebing sungai SK St Jude iaitu sebuah sekolah yang terletak
di kampung ini. Kawasan ini dahulu sebenarnya tanah perkuburan
lama yang tidak digunakan lagi. Bahan peninggalan ini ialah barang
milik si mati yang dikebumikan bersama si mati suatu masa dahulu.
Tradisi pengebumian ini diamalkan kerana penduduk Kampung Kekan
dahulu tidak mempunyai agama sendiri(pagan).
c) Kenapa tanah perkuburan lama itu tidak digunakan lagi?
Tanah perkuburan lama ini terletak di tepi sungai Kampung Kekan,
Dalat, Sarawak. Kubur lama ini semakin terhakis disebabkan
ombak sungai menyebabkan keranda yang ditanam dihanyutkan
oleh sungai.
26


d) Bilakah tanah perkuburan lama itu tidak digunakan lagi?
Sebelum abad ke-19.
e) Dari manakah puan memperoleh pengetahuan sejarah ini?
Saya selalu mendengar cerita ibu dan datuk nenek saya sewaktu
saya masih kecil.

Temu bual bersama Encik Albert Bin Lang
a) Adakah encik tahu mengenai bahan peninggalan yang terdapat di
Kampung Kekan, Dalat, Sarawak?
Ya. Saya juga ada menyimpan barang-barang peninggalan
yang saya temui sendiri di kampung tersebut.
b) Apakah bahan peninggalan yang encik temui?
Pinggan
c) Di manakah encik menemui pinggan tersebut?
Di tebing sungai di kawasan SK St Jude iaitu sebuah sekolah di
kampung tersebut. Saya menemuinya ketika saya masih bersekolah di
sana.
d) Seperti di dalam temubual saya bersama Puan Flora, adakah pinggan
ini ada perkaitan dengan pengebumian penduduk Kampung Kekan,
Dalat pada masa dahulu?
Ya.
e) Boleh encik ceritakan sedikit tentang bahan peninggalan yang telah
encik temui?
Pinggan ini ialah pinggan maharaja. Semasa pengebumian,
pinggan ini diletakkan di kepala, siku dan hujung kaki si mati. Pinggan
ini juga berasal dari China dan diperbuat daripada porcelyn. Pinggan
ini dipercayai sudah berusia lebih 150 tahun.
f) Dari manakah encik memperoleh pengetahuan sejarah ini?
Daripada datuk dan nenek saya.


27


Temu bual bersama Puan Margaret Binti Ripin

a) Adakah puan tahu mengenai bahan peninggalan yang terdapat di
Kampung Kekan, Dalat, Sarawak?
Ya. Saya juga ada menyimpan bahan peninggalan yang diwarisi
oleh keluarga selain bahan peninggalan yang terdapat di kawasan
tebing sungai di SK St Jude.
b) Bolehkah puan ceritakan sedikit tentang bahan peninggalan tersebut?
Bahan peninggalan yang kini diwarisi oleh saya bahan
peninggalan yang digunakan untuk hantaran perkahwinan pada zaman
dahulu. Bahan peninggalan ini juga mempunyai fungsi tersendiri.
Bahan peninggalan ini pernah digunakan sebagai hantaran
perkahwinan semasa perkahwinan saya dahulu.
c) Apakah nama bahan peninggalan yang masih puan simpan?
Segamut, suleng, belanai dan piring hantaran.
d) Bolehkah puan nyatakan fungsi dan ciri-ciri bahan peninggalan
tersebut?
Segamut diperbuat daripada tembaga dan fungsinya hanyalah
sebagai hantaran perkahwinan. Suleng pula dijadikan tempat
menyimpan sagu dan diperbuat daripada tembaga. Belanai diperbuat
daripada tanah liat dan digunakan untuk menyimpan ikan. Piring
hantaran pula dijadikan tempat meletak barang kemas sewaktu
perkahwinan.
e) Dari manakah puan memperoleh pengetahuan sejarah ini?
Daripada ibu bapa saya dan sebahagiannya pengetahuan
umum.




28


LAMPIRAN






Pinggan Maharaja Pinggan Maharaja

Pinggan yang ditemui oleh Encik Albert Lang di kawasan SK St Jude ketika beliau
masih bersekolah di sana.










Bukti kajian oleh pengkaji
29



















Bekas kawasan tanah perkuburan lama Kampung Kekan, Dalat , Sarawak sebelum
abad ke-19 kini merupakan sebuah sekolah.




30








Suleng Belanai





Piring Segamut

Bahan peninggalan milik Puan Margaret Binti Ripin yang kini diwariskan kepada
beliau. Dahulu digunakan untuk hantaran perkahwinan.

You might also like