1 Latihan Asas Perakaunan Pengurusan

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BAB 1 PENGGAL 2

ASAS PERAKAUNAN PENGURUSAN DAN KOS

STPM 2003 (S1)

1 (a) Perihalkan tiga kepcntingan perakaunan pengurusan. [3]

(b) Syarikat Bibi Berhad yang mengeluarkan pakaian kanak-kanak telah mcmberikan
maklumat kos bagi bulan Mei 2003 scpcrti yang berikut.

(1) Kos papan tanda di hadapan bangunan ialah RM4,000. Kos ini dianggap sebagai
bclanja untuk bulan Mei.

(2) Upah yang dibayar kepada pekerja luar yang membaiki mesin jahit syarikat ialah
RM800.

(3) Kos kain yang digunakan untuk membuat pakaian ialah RM7,000.

(4) Upah tukang jahit ialah RM5,000.

(5) Bclanja utiliti di bahagian jahitan ialah RM1,300.

(6) Gaji kakitangan jualan ialah RM4.500.

(7) Susut nilai mesin jahit ialah RM600.

(8) Sewa bangunan perniagaan ialah RM3,800. Tingkat bawah digunakan sebagai pejabat
pentadbiran jualan dan stor penyimpanan pakaian siap, manakala tingkat satu digunakan sebagai
tempat membuat pakaian dan stor bagi kain ela dan bahan jahitan yang lain.

(9) Kos pengiklanan ialah RM 1,000.

(10) Kos insurans pekerja pengeluaran ialah RM300.

Dikehendaki:

Berdasarkan maklumat kos di atas, hitung yang berikut.


(i) Kos tetap (ii) Kos berubah
(iii) Kos tempoh (iv) Kos keluaran
(v) Kos bahan langsung (vi) Kos buruh langsung
(vii) Kos overhed perkilangan [8]

FAUZIAHBINTIOTHMAN08012017
BAB 1 PENGGAL 2

STPM 2009 (S1)

(c) Yang berikut ialah penerangan yang berkaitan dengan item kos yang terlibat dalam
Syarikat Bersepadu sepanjang tahun 2007:

(1) Kos latihan untuk penyelia syarikat ialah RM500 seorang. Sebanyak 20 orang
penyelia telah dilatih pada tahun berkenaan.

(2) Gaji pengurus kilang ialah RM5,000 sebulan.

(3) Pada bulan Jun, pengurus besar syarikat telah pergi ke Jepun selama tujuh hari atas
urusan perniagaan. Kos meletakkan kereta di lapangan terbang yang dikenakan kepada pengurus
itu ialah RM50 sehari pada tiga hari pertama, dan RM30 sehari bagi tempoh selanjutnya.

(4) Syarikat menggunakan perkhidmatan Syarikat Pengangkutan Bistari untuk


mengangkut barang siap ke pusat jualan. Kos pengangkutan dihitung berdasarkan bilangan lori
yang digunakan.

(5) Syarikat menyewa sebuah gudang seluas 20,000 meter persegi untuk menyimpan
inventori barang siap sebelum barang itu dipasarkan. Ruang tambahan disewa mengikut kadar
tertentu bagi setiap meter persegi untuk menempatkan inventori yang berlebihan.

(6) Syarikat membayar tuntutan perjalanan pengurus jualan pada kadar RM0.50 per
kilometer dengan tuntutan maksimum yang dibenarkan ialah 1,000 kilometer sebulan. Tuntutan
beliau pada bulan semasa ialah 1,500 kilometer.

Dikehendaki:

Berdasarkan setiap situasi di atas,

(i) nyatakan jenis kos mengikut tingkah laku, [3 markah]

(ii) lakar graf untuk menunjukkan keluk tingkah laku kos. [12 markah]

FAUZIAHBINTIOTHMAN08012017
BAB 1 PENGGAL 2

STPM 2011 (S1)

1 (a) Jelaskan bagaimana pengekosan dapat mcmbantu pcngurusan melaksanakan fungsi


membuat keputusan dan menilai prestasi pekerja. Nyatakan dua contoh bagi setiap fungsi itu.
[5 markah]

(b) Penyata pendapatan Perniagaan Amrah bagi bulan Oktober 2010 adalah seperti yang
berikut:

Perniagaan Amrah
Penyata Pendapatan bagi Bulan Berakhir31 Oktober 2010

RM RM
Jualan 24,000
Tolak kos dan belanja berubah:
Buruh langsung 2800
Bahan mentah 2400
Overhed perkilangan 1600
Jualan dan pengedaran 3200
Pentadbiran 800 10800
13200
Tolak kos dan belanja tetap:
Overhed perkilangan 2600
Jualan dan pengedaran 1800
Pentadbiran 800 8400
Pendapatan bersih 4800

Dikehendaki:

Hitung yang berikut:

(i) Kos keluaran [2 markah]

(ii) Kos prima [1 markah]

(iii) Kos penukaran [2 markah]

(iv) Kos tempoh [1 markah]

FAUZIAHBINTIOTHMAN08012017
BAB 1 PENGGAL 2

STPM 2012 (S1)

1 (a) Puan Siti bekerja sebagai pegawai tadbir di sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur dan
menerima gaji bulanan sebanyak RM3,500. Pada akhir tahun 2011, beliau mengambil keputusan
berhenti bekerja untuk membuka perniagaan mengeluar dan menjual kit pendidikan berjenama
Kreatif.

Jumlah pengeluaran dan jualan Kreatif bagi tahun 2012 ialah 1,000 unit. Operasi
pengeluaran dijalankan di sebuah premis yang disewa pada kadar RM 1,500 sebulan. Sebuah
mesin pencetak yang mempunyai susut nilai tahunan RM3,000 digunakan untuk pengeluaran
Kreatif.

Kos bahan mentah yang diperlukan untuk mengeluarkan seunit Kreatif ialah RM6.50. Upah
pekerja percetakan dan pembungkusan ialah RM 15.00 seunit manakala seorang penyelia
pengeluaran dilantik dengan bayaran gaji sebanyak RM 1,200 sebulan.

Sebuah agensi pengiklanan dipilih oleh Puan Siti untuk mengendalikan urusan promosi
produk yang dikeluarkan. Kos pengiklanan dianggarkan berjumlah RM500 sebulan. Selain itu,
komisen jurujual sebanyak RM 10.00 diberikan bagi setiap unit Kreatif yang dijual. Pembelian
alat tulis bagi kegunaan pejabat setahun ialah RM2,500.

Dikehendaki:

Bagi setiap item kos di atas, hitung jumlah kos bagi tahun 2012 mengikut jadual pengelasan kos
seperti di bawah.
Kos Kos produk
Kos Kos
Kos berubah tetap Kos Kos tak Kos lepas
(RM) langsung langsung tempoh (RM)
(RM) (RM) (RM) (RM)
Gaji pegawai tadbir
Sewa premis
Belanja susut nilai mesin
Kos bahan mentah
Upah pekerja percetakan
dan pembungkusan
Gaji penyelia pengeluaran
Belanja pengiklanan
Komisen jurujual
Alat tulis
Jumlah

[ 15 markah ]

FAUZIAHBINTIOTHMAN08012017
BAB 1 PENGGAL 2

STPM 2013 (S1)

1 (a) Jelaskan dua fungsi perakaunan pengunisan yang perlu dilaksanakan untuk mencapai
objektif sesebuah peraiagaan. [3 markah]

(b) Nyatakan dua tujuan pengumpulan kos. [2 markah]

(c) Maklumat perakaunan bagi Peraiagaan Maju Jaya bagi tahun berakhir 31 Disember 2012
adalah seperti yang berikut:
RM
Jualan 176,500
Belian bahan langsung 67,000
Buruh langsung 52,300
Susut nilai peralatan kilang 45,500
Susut nilai perabot pejabat 12,500
Belanja utiliti pejabat 3,400
Bahan tak langsung yang digunakan 9,300
Belanja latihan kakitangan pentadbiran 12,400
Belanja gaji kakitangan pejabat 42,200
Belanja penyelenggaraan kilang 22,600
Belanja gaji penyelia dan pengurus pengeluaran 3 39,300
Belanja komisen jualan 12,400
Belanja insurans kilang 6,500
Inventori bahan langsung pada 1 Januari 2012 42,000
Inventori kerja dalam proses pada 1 Januari 2012 54,000
Inventori barang siap pada 1 Januari 2012 65,000
Inventori bahan langsung pada 31 Disember 2012 49,500
Inventori keija dalam proses pada 31 Disember 2012 61,000
Inventori barang siap pada 31 Disember 2012 76,200

Dikehendaki:
(1) Hitung
(i) kos prima [3 markah]
(ii) kos overhed perkilangan [3 markah] ,
iii) kos penukaran [1 markah]
(iv) kos tempoh [3 markah]

FAUZIAHBINTIOTHMAN08012017

You might also like