Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1
KAJIAN KES
KPJ HEALTHCARE BHD
KPJ HEALTHCARE BHD
KPJ Healthcare Bhd (KPJ) merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan terbesar di Malaysia dengan mempunyai lebih daripada 20 buah rangkaian hospital swasta di seluruh negara. Kumpulan KPJ lebih memberi tumpuan kepada golongan kelas pertengahan berpendapatan sederhana yang kian cenderung untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Bagi mengukuhkan kedudukannya di pasaran, KPJ bakal mewujudkan lima buah hospital baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang. Pada masa ini KPJ telah mempunyai lebih 8000 orang pekerja dan 800 orang doktor pakar. Kira-kira 3000 peluang pekerjaan lagi bakal diwujudkan apabila lima buah hospital baharu dibina dalam tempoh tiga tahun akan datang. Pengarah Urusan KPJ, Datin Paduka Siti Sadiah Sheikh Bakir berkata, KPJ juga akan menyumbang kepada pendapatan kasar negara menjelang tahun 2020 sebanyak RM1.2 billion. Pada masa ini perolehan kumpulan KPJ mencecah RM1.86 billion, keuntungan sebanyak RM190 juta serta modal pasaran sebanyak RM3 billion. Jumlah pesakit yang dirawat di KPJ kini mencecah 2 juta orang. KPJ memberi penekanan terhadap perkhidmatan berkualiti dan terbaik kepada pesakit-pesakit terutama dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pelanggannya. Sebagai strategi untuk menyaingi pesaing, KPJ mengembangkan sayap perniagaannya dengan menyediakan perkhidmatan penjagaan orang tua di Malaysia. Menurut Datin Paduka Siti Sadiah lagi, KPJ telah mengenalpasti dua lokasi untuk membangunkan perkhidmatan tersebut di Malaysia dan ia akan dimulakan pada tahun ini.Selaras dengan dasar KPJ untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, tiga buah kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ memberi latihan kepada tenaga kerja di hospital-hospital di bawah pengurusannya. (Sumber: Malaysian Business, Utusan Malaysia, 2012, 2011) a) Jelaskan asas segmentasi pasaran yang digunakan oleh syarikat KPJ Healthcare Bhd. b) Apakah strategi yang diambil oleh KPJ untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran. c) Berdasarkan kes di atas, jelaskan tanggungjawab KPJ Healthcare Bhd (KPJ) terhadap pihak berkepentingan.