Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4
4.
Perak
A. Bendera negeri Perak
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna
berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
B. Jata negeri Perak
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga Padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri. C. Lagu Kebangsaan negeri Perak - Allah Lanjutkan Usia Sultan
Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan Dita'ati rakyat kiri dan kanan Iman yang solleh Allah kurniakan Allah berkati Perak Ridzuan Allah selamatkan Negeri dan Sultan
Lagu Rasmi Negeri Perak ini pada asalnya merupakan sebuah
lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ini telah diperkenalkan oleh sebuah kumpulan pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mah¨¦ yang terletak dalam Kepulauan Seychelles. Raja Muda Perak, Raja Abdullah Muhammad Shah ibni Al-Marhum Sultan Ja'afar Safi ud-din Mu'azzam Shah yang telah dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, telah memperkenalkan lagu yang diberi nama Trang Bulan sekembalinya semula baginda ke negeri Perak. Raja Muda Raja Abdullah telah dikenakan tindakan buang negeri oleh kerajaan British pada 30 Mac 1877 kerana didakwa terlibat dalam peristiwa pembunuhan Residen British JWW Birch di Pasir Salak. Sebagai seorang peminat seni, baginda terus mengasah bakat sebagai penggubah lagu ketika berada dalam buangan. Baginda telah menulis seni kata lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" yang disesuaikan dengan irama lagu Trang Bulan dan kemudian menjadikannya sebagai lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. Irama lagu ini kemudiannya telah dipilih sebagai irama lagu kebangsaan negara Malaysia, Lagu Negaraku.
D. Keistimewaan negeri Perak
Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan
merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) (lihat peta). Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang).
Sultan Negeri Perak merupakan Ketua Perlembagaan Negeri.
Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO). EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan. Tempat menarik mengikut kawasan * Tapah * Batu Gajah * Bota Kanan * Bukit Gantang * Gerik * Lenggong * Ipoh * Chemor * Tambun * Kuala Kangsar * Matang * Parit * Pasir Salak * Pulau Pangkor * Lumut * Semanggol * Sungai Siput * Sungkai * Taiping * Teluk Intan
Peta ini menunjukkan kedudukan negeri Perak di Malaysia.