Peraturan Mesyuarat PDF

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG 

KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA 

AM 

1.  Membentangkan  peraturan  Mesyuarat  Agung  Tahunan,  Mesyuarat 


Agung Khas dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang meliputi perlantikan Yang 
Dipertua,  aturan mesyuarat,  hak  menghadiri  mesyuarat,  keperluan  mesyuarat, 
kuasa pengerusi serta kaedah pencalonan dan pengundian. 

TAKRIF 

2.  Bagi penggunaan dan kehendak Peraturan Mesyuarat, takrif yang 
digunapakai adalah seperti berikut: 

a.  “KSSKA” ertinya Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan Angkatan 
Tentera Malaysia. 

b.  “Peraturan” ertinya Peraturan Mesyuarat. 

c.  “Pencadang” ertinya ahli yang membawa sebarang cadangan. 

d.  “Penyokong” ertinya ahli yang menyokong sebarang cadangan. 

e.  “Penaung” ertinya Penaung KSSKA. 

f.  “Yang Dipertua” ertinya Yang Dipertua KSSKA. 

g.  “Naib Yang Dipertua” ertinya Naib Yang Dipertua KSSKA. 

h.  “Wakil” (proksi) ertinya seorang yang dipilih menjadi ahli 
Mesyuarat Agung KSSKA. 

i.  “AJK Biasa” ertinya Ahli Jawatankuasa Biasa. 

j.  “LLP” ertinya Lain­Lain Pangkat untuk menjawat AJK Biasa. 

k.  “Perlembagaan” ertinya Perlembagaan KSSKA. 

l.  “Undi Pemutus” ertinya keputusan muktamad daripada Pengerusi 
untuk menentukan pemenang sebarang pemilihan. 

KUASA PERATURAN 

3.  Pengurusan  dan  tertib  melaksanakan  mesyuarat  hendaklah  menurut 


Peraturan  ini.    Jika  berbangkit  sebarang  masalah,  maka  Penaung  berkuasa 
membuat keputusan dan keputusannya itu muktamad. 

4.  Jika  Mesyuarat  Agung,  Mesyuarat  Agung  Khas    atau  mana­mana 


mesyuarat  jawatankuasanya  didapati  gagal  mematuhi  Peraturan  Mesyuarat


maka ini hendaklah dikira sebagai suatu perkara luar aturan dan ianya tidaklah 
boleh membatalkan perjalanan mesyuarat atau keputusan yang telah dibuatnya. 

PELANTIKAN YANG DIPERTUA 

5.  Yang  Dipertua  dan  Naib  Yang  Dipertua  akan  dilantik  oleh  Penaung 
secara giliran tiap­tiap dua (2) tahun sekali  mengikut Fasal 22 Perlembagaan. 

6.  Yang Dipertua hendaklah menjadi Pengerusi dalam sebarang mesyuarat 
melainkan  jika  Yang  Dipertua  itu  tidak  hadir  maka  Naib  Yang  Dipertua 
hendaklah  mengambil  tempatnya  ataupun  mereka  bolehlah  bergilir­gilir 
mempengerusikan  mesyuarat  yang  sama  dan  sekiranya  kedua­dua  Yang 
Dipertua  dan  Naib  Yang  Dipertua  tidak  hadir,  maka  mesyuarat  itu  hendaklah 
ditangguhkan. 

7.  Jika  kedua­dua  Yang  Dipertua  dan  Naib  Yang  Dipertua  berhenti 
serentak  maka  Setiausaha  hendaklah  mencadangkan  kepada  Penaung  agar 
membuat perlantikan Yang  Dipertua dan Naib Yang Dipertua yang baru. 

MESYUARAT 

8.  Mesyuarat  Agung,  Mesyuarat  Agung  Khas  dan  Mesyuarat  Ahli 


Jawatankuasa hendaklah diadakan menurut Perlembagaan. 

9.  Bahasa yang digunakan dalam mesyuarat ialah Bahasa Melayu. 

TEMPAT DAN MASA 

10.  Mesyuarat  Agung  hendaklah  dimulakan  pada  hari  dan  waktu  di  tempat 
yang ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa. 

NOTIS MESYUARAT 

11.  Setiausaha  hendaklah  memberitahu  kepada  ahli  dengan  bertulis 


sekurang­kurangnya  empat  belas  (14)  hari  kerja  terlebih  dahulu  daripada  hari 
diadakan  Mesyuarat  Agung  Tahunan  tetapi  jika  ada  sesuatu  yang  mustahak, 
Yang  Dipertua  berkuasa  memanggil  Mesyuarat  Agung  Khas  dengan 
mengeluarkan  pemberitahuan  di  dalam  tempoh  tidak  kurang  daripada  empat 
belas (14) hari kerja. 

12.  Mesyuarat Agung yang telah ditetapkan boleh ditangguh ke suatu tarikh 
dan  masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa sekiranya ada sesuatu perkara 
yang tidak dapat dielakkan. 

13.  Bagi  Mesyuarat  Jawatankuasa  notis  mengenai  mesyuarat  hendaklah 


disampaikan  kepada  semua  ahli  jawatankuasa  sekurang­kurangnya  tiga  (3) 
hari sebelum hari mesyuarat.


HAK  MENGHADIRI  MESYUARAT  AGUNG  DAN  MESYUARAT  AGUNG 
KHAS 

14.  Hanya  ahli  yang telah  menjelaskan  yuran  pada tahun lalu berhak  hadir 


dan mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat. 

15.  Seseorang  yang  telah  diisytiharkan  muflis  oleh  mahkamah  boleh 


menghadiri  Mesyuarat  Agung  sekiranya  ia  telah  membayar  denda  yang 
dikenakan  ke  atasnya.    Bagi  ahli  yang  dikenakan  tindakan  di  bawah  Akta 
Pertubuhan,  ia  hilang  hak  untuk  hadir  dan  mengambil  bahagian  dalam 
mesyuarat  sebelum  cukup  lima  (5)  tahun  keluar  dari  penjara  atau  tarikh  ia 
dikenakan denda. 

16.  Setiap  ahli  hendaklah  mengesahkan  kehadiran  untuk  hadir  menyuarat 


melalui perkhidmatan masing­masing. 

ATURAN MESYUARAT 

17.  Setiausaha hendaklah memberitahu dengan bertulis kepada semua ahli 
sekurang­kurangnya  empat  belas  (14)  hari  terlebih  sebelum  tarikh  mesyuarat 
beserta  agenda  dan  cadangan.  Jika  ada  sebab  yang  mustahak  pada  fikiran 
Jawatankuasa, agenda mesyuarat ini bolehlah dihantarkan tidak lewat daripada 
tiga (3) hari. 

18.  Urusan  Mesyuarat  Agung  hendaklah  didahulukan  daripada  urusan­ 


urusan  lain  dan  urusan  Mesyuarat  Agung  hendaklah  diaturkan  mengikut 
sebagaimana  yang  baik  pada  pertimbangan  Pengerusi  tetapi  dengan  tidak 
mengendahkan  sebarang  syarat  lain  dalam  Peraturan    Mesyuarat  boleh 
menentukan  sesuatu  kerja  itu  didahulukan  dengan  tidak  mengikut  susunan 
yang telah ditetapkan. 

PEMBERITAHUAN USUL 

19.  Apa­apa  usul  yang  hendak  dikemukakan  semasa  mesyuarat  perlu 


dimajukan kepada Jawatankuasa dalam tempoh tidak kurang dari sepuluh (10) 
hari  kerja,  kecuali  jika  usul  tersebut  dibuat  oleh  mana­mana  AJK,  tempoh 
memajukan usul adalah tidak kurang dari tujuh (7) hari bekerja. 

20.  Jika pada fikiran Pengerusi, sesuatu usul yang diterima oleh Setiausaha 
itu  melanggar  sebarang  syarat  Peraturan  Mesyuarat  ini  Pengerusi  bolehlah 
memerintah notis itu dipinda atau ditolak. 

21.  Dengan  tertakluk  kepada  syarat  usul  atau  pindaan  hendaklah 


diserahkan  kepada  Setiausaha  dengan  bertulis.  Contoh  format  usul  adalah 
seperti di Kembaran A. 

KUORUM 

22.  Kuorum  bagi  Mesyuarat  Agung ialah satu  perdua (1/2)  daripada jumlah 


ahli  yang  berhak  mengundi  atau sekurang­kurangnya  dua  (2)  kali  jumlah  Ahli 
Jawatankuasa.


23.  Sekiranya tidak cukup bilangan selepas setengah jam lamanya daripada 
waktu  yang ditetapkan,  maka  Pengerusi hendaklah menangguhkan mesyuarat 
itu  kepada  satu  masa  yang  lain,  tetapi  sekiranya  ada  sebab  yang  mustahak 
Pengerusi  bolehlah  menjalankan  persidangan  itu  setelah  berunding  dengan 
Penaung dan keputusan Pengerusi adalah muktamad. 

24.  Hanya  ahli  yang  hadir  pada  mesyuarat  tahun  yang  lepas  dibenarkan 
membuat pengesahan minit. 

KEPERLUAN MESYUARAT AGUNG 

25.  Mesyuarat  Agung  hendaklah  diadakan  secepat  mungkin  selepas 


penutupan  tahunan  kewangan  tetapi  tidak  lewat  dari  30  April  setiap  tahun. 
Tarikh serta masa hendaklah ditetapkan oleh AJK.  Perkara berikut hendaklah 
dilaksanakan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan: 

a.  Mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat yang lepas. 

b.  Membincangkan perkara berbangkit. 

c.  Membentangkan Laporan AJK berkenaan kegiatan/aktiviti  bagi 


tempoh berakhir pada 31 Disember. 

d.  Membentangkan  laporan  kewangan  bagi  tempoh  berakhir  pada 


31 Disember. 

e.  Meluluskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan. 

f.  Membincangkan dan memutuskan usul. 

g.  Melantik  Ahli  Jawatankuasa  Biasa  bagi  tempoh  dua  (2)  tahun 
tertakluk kepada Fasal 22 Perlembagaan. 

h.  Melantik  pemeriksa  kira­kira  dan  menetapkan  ganjaran 


khidmatnya setiap dua (2) tahun. 

i.  Hal­hal lain. 

26.  Pengundi oleh proksi tidak dibenarkan. 

27.  Dalam  semua  Mesyuarat  Agung,  Mesyuarat  Agung  Khas  atau 


Mesyuarat Jawatankuasa, segala keputusan hendaklah dijalankan dengan cara 
undian terbanyak.  Pengerusi mempunyai Undi Penentu.  Mesyuarat hendaklah 
menentukan  sama  ada  undi  itu  dijalankan  secara  mengangkat  tangan  atau 
dengan menggunakan kertas undi. 

28.  Perlantikan AJK Biasa hendaklah dilantik setiap dua tahun sekali secara 
undi sulit dalam Mesyuarat Agung.  AJK Biasa hendaklah mengandungi lima (5) 
ahli  terdiri  daripada  dua  (2)  pegawai  dan  tiga  (3)  LLP  (3  AJK  daripada  TD,  1


AJK daripada TLDM dan 1 AJK daripada TUDM).  Pengundian tentang isu lain 
hendaklah dibuat secara mengangkat tangan oleh majoriti ahli yang hadir. 

KEPERLUAN MESYUARAT AGUNG KHAS 

29.  Jawatankuasa  boleh,  pada  bila­bila  masa  dan  boleh  atas  sebab  yang 
tertentu  mengadakan  Mesyuarat  Agung  Khas  dan  hendaklah  juga  berbuat 
demikian dalam  tempoh  30 hari  dari  tarikh  penerimaan  bertulis  beramai­ramai 
yang ditandatangani oleh sekurang­kurangnya satu perlima (1/5) daripada ahli 
yang    berkelayakan  untuk  mengundi.  Tiada  isu  lain  yang  boleh  dibincangkan 
dalam  sesuatu  Mesyuarat  Agung  Khas  kecuali  perkara  yang  dimaksudkan 
sahaja.    Ahli­ahli  hendaklah  diberi  notis  sekurang­kurangnya  seminggu 
sebelum Mesyuarat Agung Khas diadakan. 

PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG 

30.  Pengerusi  dengan  restu  mana­mana  Mesyuarat  Agung  yang  sah  boleh 
menangguhkan  sesuatu  Mesyuarat  Agung  dari  satu  masa  ke  satu  masa  lain 
seperti  yang  telah  diputuskan  dan  bolehlah  menguruskan  mesyuarat  yang 
berikutnya  yang  ditangguhkan  itu  demi  membincangkan  perkara  yang  belum 
terlaksana  seperti  ketetapan  mesyuarat  yang  ditangguhkan  sebelumnya  dan 
perkara  lain yang  tidak  boleh  dibincangkan  semasa  mesyuarat  tertangguh itu. 
Notis  peringatan  penangguhan  mesyuarat  dan  urusan  perkara  yang  akan 
dibincangkan  tidak  perlu  dikeluarkan  lagi.  Sekiranya  mesyuarat  itu  hendak 
ditangguhkan ke satu jangkamasa yang melebihi tiga puluh (30) hari, notis bagi 
mesyuarat yang ditangguhkan itu hendaklah dikeluarkan. 

31.  Fasal  19  di  dalam  Perlembagaan  Kelab  berkenaan  penangguhan 


Mesyuarat  Agung  boleh  digunakan  untuk  Mesyuarat  Agung  Khas,  tetapi 
dengan  syarat  jika  kuorum  tidak  mencukupi  selepas  setengah  (1/2)  jam  dari 
waktu  yang  ditetapkan  bagi  Mesyuarat  Agung  Khas  atas  permintaan  ahli  itu, 
maka  enam  (6)  bulan  dari  tarikh  ini,  Mesyuarat  Agung  Khas  atas  permintaan 
ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. 

MENANGGUHKAN  MESYUARAT  KERANA  MEMBAHAS  PERKARA 


MUSTAHAK 

32.  Seorang  ahli  dengan  kebenaran  Pengerusi  boleh  mencadangkan 


supaya  mesyuarat  itu  ditangguhkan  kerana  hendak  membahaskan  sesuatu 
perkara yang mustahak. 

33.  Ahli  itu  hendaklah  menyatakan  perkara  itu  dan  menyerahkan  satu 
kenyataan  bertulis  kepada  Pengerusi  atas  perkara  yang  hendak  dibahaskan 
dan  jika  Pengerusi  mendapati  perkara  yang  dikemukakan  oleh  ahli  itu 
mustahak  hendaklah  Pengerusi  meminta  ahli­ahli  yang  menyokong  bangun  di 
tempat  masing­masing  dan  jika  tidak  kurang  daripada  satu  perempat  (1/4) 
daripada  jumlah  ahli  yang  hadir  bangun menyokong  maka Pengerusi  bolehlah 
membenarkan perkara itu dibahaskan pada waktu yang ditetapkan olehnya. 

USUL


34.  Usul yang dikemukakan oleh ahli, atas budi bicara YDP/NYDP dan AJK 
boleh  ditolak  dan  tidak  dikemukakan  di  dalam  mesyuarat  sekiranya  usul 
tersebut  tiada  kaitan  dengan  Kelab.    Walau  bagaimanapun  Setiausaha  perlu 
memberi maklumbalas semua usul yang telah ditolak. 

PINDAAN USUL 

35.  Pada  masa  sesuatu  usul  itu  dalam  pertimbangan  mesyuarat  atau 
jawatankuasa bolehlah dicadangkan pindaan­pindaan jika itu berkaitan dengan 
usul itu. 

36.  Pindaan itu pula dipinda jika berkaitan dengan pindaan asal. 

37.  Sesuatu  masalah,  apabila  dikemukakan  oleh  Pengerusi,  bolehlah 


dipinda menurut semua mana­mana jua cara yang tersebut di bawah ini: 

a.  Dengan  dipotong  apa­apa  perkataan  supaya  dapat  dimasukkan 


perkataan lain. 

b.  Dengan dipotong apa­apa perkataan. 

c.  Dengan dimasukkan atau ditambah perkataan lain. 

MENYOKONG USUL DAN PINDAAN 

38.  Dalam mesyuarat sesuatu usul atau pindaan itu tidak akan dikemukakan 
oleh Pengerusi kecuali jika usul atau pindaan itu telah disokong. 

39.  Dalam Mesyuarat Jawatankuasa, penyokong usul tidak diperlukan. 

PINDAAN USUL DENGAN BERTULIS 

40.  Sesuatu  pindaan  usul  yang  telah  dikemukakan  dalam  mesyuarat  atau 
dalam  jawatankuasa,  hendaklah  diserahkan  kepada  Setiausaha  kecuali  jika 
Pengerusi membenarkan sebaliknya. 

MENARIK BALIK USUL 

41.  Sesuatu usul atau pindaan jika diminta oleh pencadangnya dan diizinkan 
oleh Pengerusi atau jawatankuasa boleh ditarik balik. 

42.  Apabila  pindaan  ke  atas  sesuatu  usul  atau  pindaan  telah  dikemukakan 
kepada Pengerusi maka usul atau pindaan yang hendak dipinda itu tidak boleh 
ditarik  balik  sehingga  pindaan  kepada  usul  atau  pindaan  ke  atas  pindaan  itu 
telah diputuskan. 

PERKARA YANG DITEGAH 

43.  Seseorang  ahli  tidak  boleh  menyentuh  dalam  ucapannya  perkara­ 


perkara yang tersebut di bawah ini:


a.  Perkara yang tidak berkaitan dengan usul. 

b.  Perkara yang sedang dalam perbicaraan mahkamah. 

c.  Membangkitkan  semula  apa­apa  perkara  yang  telah  diputuskan 


oleh  mesyuarat  kecuali  dengan  mengemukakan  usul  bersendirian  bagi 
membatalkan keputusan mesyuarat berkenaan dengan perkara itu. 

d.  Menggunakan bahasa yang kasar atau tidak beradab. 

e.  Mempunyai prasangka ke atas lain­lain ahli. 

KUASA PENGERUSI 

44.  Pengerusi hendaklah menjalankan tugas secara adil dan berkecuali. 

45.  Pengerusi dalam mesyuarat atau dalam mesyuarat jawatankuasa adalah 
bertanggungjawab  menjaga  peraturan  mesyuarat  dipatuhi  dan  keputusan 
berkenaan  dengan  apa­apa  jua  perkara  tidak  boleh  dipertimbangkan  semula 
dan  tidak  boleh  diulangkaji  oleh  mesyuarat  kecuali  dengan  dikeluarkan  usul 
bersendiri  kerana  itu.    Usul  demikian  ini  tidak  berkehendak  dikeluarkan 
pemberitahu lebih dahulu. 

46.  Dalam  masa  mesyuarat,    Pengerusi  berkuasa  memerintah  mana­mana 


ahli yang degil atau tidak patuh kepada arahannya atau yang membuat kacau­ 
bilau keluar mesyuarat untuk tempoh baki hari itu dan jika ahli itu enggan keluar, 
maka  pengerusi  berkuasa  memerintah  pegawai  atau  kakitangan  mesyuarat 
yang berada di dalam mesyuarat itu membawa wakil itu keluar. 

47.  Pengerusi tidak boleh mengundi untuk sebarang undian sama ada untuk 
pemilihan  AJK  Biasa  atau  sebarang  usul  kecuali  untuk  tujuan  keputusan 
pemutus. 

GANGGUAN MESYUARAT 

48.  Sekiranya  berlaku  sebarang  gangguan  yang  boleh  memudaratkan 


perjalanan  mesyuarat,  Pengerusi  boleh  menangguhkan  mesyuarat  berkenaan 
dan  menentukan  tarikh  dan  masa  yang  bersesuaian  untuk  meneruskan 
mesyuarat tersebut. 

MEMUTUSKAN MASALAH PENGUNDIAN 

49.  Keputusan ke atas suatu perkara atau usul adalah berdasarkan kepada 
undian  terbanyak  dan  jika  berlaku  undian  sama  banyak,  Pengerusi  boleh 
menggunakan undi pemutus untuk menentukan keputusan muktamad. 

50.  Jika berlaku undian sama banyak semasa pemilihan AJK Biasa, undian 
kali  kedua hendaklah diadakan. Sekiranya keputusan undian kali kedua masih 
sama,  Pengerusi  boleh  menggunakan  undi  pemutus  untuk  menentukan 
keputusan muktamad.


51.  Sesuatu perkara itu adalah selesai dikemukakan bagi diputuskan apabila 
Pengerusi telah mengambil undi­undi yang bersetuju dan yang tidak bersetuju. 

52.  Apabila  perkara  itu  telah  dikemukakan  oleh  Pengerusi  kepada 


mesyuarat  bagi  diputuskan  setelah  tamat  perbahasan  maka  keputusan 
hendaklah diambil menurut undi suara “setuju” atau “tidak” dengan mengangkat 
tangan dan keputusan itu hendaklah diumumkan oleh Pengerusi. 

53.  Undi  sulit  di  atas  sebarang  usul  yang  dikemukakan  boleh  diadakan 
dengan kehendak Pengerusi atau dengan kehendak Penaung. 

KAEDAH PENCALONAN DAN PENGUNDIAN 

54.  Pencalonan.  Peraturan yang ditetapkan adalah seperti berikut: 

a.  Sebuah  Jawatankuasa  Pemilihan  yang  bebas  hendaklah 


ditubuhkan  selaras  untuk  mengendalikan  pemilihan  bagi  jawatan  yang 
dipertandingkan. 

b.  Hak  seseorang  untuk  dicalonkan  tidak  boleh  dinafikan.    Jika 


seseorang itu tidak bersetuju dirinya dicalonkan bagi sesuatu jawatan, ia 
tidak boleh dipaksa menerima pencalonan. 

c.  Mana  ahli  yang  tidak  dapat  menghadiri  mesyuarat  semasa 


pemilihan  berlangsung  kerana  sebab  tertentu,  adalah  layak  bertanding 
setelah memberi surat menyatakan persetujuannya. 

d.  Ahli yang dicalonkan untuk bertanding hendaklah ada pencadang 
dan  penyokong.    Pencalonan  hanya  boleh  ditutup  apabila  nama  calon 
dibaca  dan Pengerusi  Mesyuarat  berpuas hati  setelah semua  ahli  yang 
ingin bertanding sudah dicalonkan. 

55.  Pengundian.  Peraturan yang ditetapkan adalah seperti berikut: 

a.  Pemilihan  Jawatankuasa  hendaklah  dijalankan  dengan  cara 


mengangkat tangan. 

b.  Tiap­tiap  ahli  yang  mengundi  diwajibkan  mengundi  mengikut 


jumlah  bilangan  jawatan  sebagaimana  yang  dikehendaki  oleh 
Perlembagaan.    Undi  yang  tidak  cukup  atau  lebih  daripada  bilangan 
jawatan yang dikehendaki itu dikira tidak sah. 

c.  Seseorang ahli  yang tidak  hadir di  tempat  mesyuarat tidak  boleh 


mewakilkan undinya kepada ahli lain. 

d.  Seseorang  yang  dikenakan  tindakan  di  bawah  Akta  Pertubuhan 


atau  diisytiharkan  muflis  oleh  mahkamah  atau  keahliannya  digantung 
sementara tidak dibenarkan bertanding untuk sebarang jawatan.


e.  Seseorang  ahli  yang jawatannya  lucut  kerana disytiharkan muflis 
oleh  mahkamah  tidak  boleh  memegang  jawatannya  kembali  sehingga 
pemilihan akan datang, walaupun kesnya selesai. 

f.  Kertas  yang  sudah  dipakai  hendaklah  disimpan  oleh 


Jawatankuasa  Pemilihan  selama  satu  bulan untuk  tujuan  semakan  jika 
timbul  kemusykilan  dan  boleh  dimusnahkan  setelah  tamat  tempoh 
tersebut. 

MEMBERHENTIKAN SEMENTARA KUATKUASA PERATURAN 

56.  Peraturan  ini  boleh  digantung  kuatkuasanya  dan  diberhentikan 


sementara dengan sesuatu cadangan yang dipersetujui oleh Penaung dengan 
tidak  payah  diberitahu  terlebih  dahulu  dengan  syarat  cadangan  itu  hendaklah 
dipersetujui oleh Mesyuarat Agung. 

57.  Sekiranya  cadangan  itu  dipersetujui  oleh  Mesyuarat  Agung  maka 


Peraturan  ini  hendaklah  diberhentikan  kuasanya  selama  tempoh  yang  perlu 
bagi menyempurnakan tujuan cadangan itu. 

58.  Cadangan  bagi  menggantungkan  kuatkuasa  Peraturan  ini  tidak  boleh 


dibahaskan. 

PAKAIAN 

59.  Jawatankuasa berkuasa membuat peraturan mengenai pakaian semasa 
mesyuarat. 

MEMINDA PERATURAN 

60.  Peraturan Mesyuarat yang baru bolehlah diperbuat bila­bila dikehendaki 
ataupun  Peraturan  Mesyuarat  yang  ada  sekarang  boleh  dipinda  atau 
dimansuhkan  dengan satu  ketetapan  menurut  cara­cara  yang  ditentukan  oleh 
Perlembagaan. 

MINIT MESYUARAT 

61.  Segala  perkara  yang  dibincangkan  dan  diputuskan  semasa  mesyuarat, 


Setiausaha  hendaklah  mencatatkan  mengikut  peraturan  minit  mesyuarat  iaitu 
segala usul mesti merangkumi nama pencadang, penyokong dan keputusan. 

62.  Minit mesyuarat hendaklah diagihkan kepada semua ahli melalui saluran 
tertentu dalam tempoh 30 hari selepas tarikh mesyuarat.


KEMBARAN A 

FORMAT USUL 

MARKAS/PASUKAN/UNIT 

Bil  No/Pkt/Nama  Jawatan  Usul  Justifikasi/ulasan 


terhadap usul 
1. 

2. 

……………………………….  ……………………… 
Disahkan Oleh  Disahkan Oleh 

……………………………….  ………………………................... 
Cop Rasmi Markas/Pasukan/Unit  Cop Rasmi Markas/Pasukan/Unit 

Tarikh: ………………………………  Tarikh : ……………………….

10 

You might also like