Metodologi Kajian
Metodologi Kajian
Metodologi Kajian
Pengenalan
Metodologi penyelidikan merujuk Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud & Faizah Ahmad (2002),
merupakan suatu kajian yang berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk
mendapatkan maklumat. Pengumpulan maklumat melibatkan proses yang memerlukan tempoh
masa yang agak panjang, rumit serta mahal. Oleh itu, kegagalan menggunakan kaedah
pengumpulan data secara efisien akan menghasilkan maklumat yang kurang relevan serta akan
meningkatkan perbelanjaan sesuatu penyelidikan. Sehubungan itu, bab ini akan membincangkan
reka bentuk untuk kajian yang telah dijalankan, populasi dan sampel yang terlibat dalam kajian
yang telah dijalankan, instrumen kajian yang telah digunakan dalam kajian, prosedur-prosedur
dalam menjalankan kajian ini serta penganalisisan data iaitu bagaimana data dianalisis selepas
kerja lapangan dijalankan.
Reka bentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperoleh
maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Khususnya, rekabentuk sesuatu
penyelidikan membincangkan bagaimana untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan.
Rekabentuk merupakan keseluruhan rangka projek penyelidikan yang menyatakan apakah corak
jenis kajian yang hendak dilaksanakan, jenis maklumat yang perlu dikumpul, daripada mana
sumber maklumat boleh didapati dan dengan kaedah apa maklumat boleh diperolehi. Reka
bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu
kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Di samping itu, maklumat yang dikumpul akan diperolehi
dengan kaedah yang paling berkesan (Mohd. Majid Konting, 2005). Reka bentuk kajian ini
dibuat dengan cara mengumpulkan maklumat atau data-data tentang penggunaan Interactive
Powerpoint dalam Mengajar Past Continuous Tense.
Menurut Mohd. Majid Konting (2005), reka bentuk kajian ini adalah bersifat kuantitatif dan
mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang merujuk kepada ketekalan maklumat yang
diperolehi daripada responden. Selain itu, kaedah ini juga lebih cepat dari segi masa pengutipan
data serta penyiapan tinjauan. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah
tinjauan dan deskriptif. Kaedah tinjauan adalah satu cara yang spesifik untuk mengumpulkan
maklumat mengenai populasi. Kaedah tinjauan sering dijalankan dalam penyelidikan pendidikan.
Dua jenis tinjauan yang penting dan sering dilakukan dalam bidang pendidikan ialah tinjauan
sekolah dan tinjauan komuniti (Mohd. Majid Konting, 2000). Kaedah tinjauan digunakan kerana
kajian ini memfokus kepada pemboleh ubah yang dianggap boleh diukur. Selain itu, data yang
akan perolehi adalah bersifat empirikal. Melalui kaedah tinjauan, dengan melibatkan sekumpulan
elemen yang kecil dan terperinci, maka maklumat yang banyak boleh dikumpul dan direkodkan.
Walau bagaimanapun data yang lengkap atau mendalam jarang sekali dapat dihasilkan namun
data yang dikumpulkan adalah tepat. Strategi tinjauan ini juga sesuai digunakan kerana
penyelidikan yang dijalankan ini hanyalah untuk membuat kenyataan umum tentang sesuatu
populasi (Mohamad Najib Ghaffar, 1999). Justeru, pengkaji menyelaraskan teknik tinjauan
terlebih dahulu untuk menentukan cara dan alat penyelidikan yang sesuai dengan praktikal
dengan mengambil kira beberapa kriteria seperti faktor masa, kos dan peraturan-peraturan
organisasi tempat kajian dijalankan.
Sebelum memilih sampel, populasi kajian ditentukan terlebih dahulu. Populasi ialah satu
kumpulan perkara yang mengandungi unsur, objek, individu atau ciri-ciri yang dipertimbangkan
dalam suatu kajian yang ingin di ambil oleh penyelidik (Azhar Harun dan Nawi Abdullah,
2004:52). Dalam kajian ini pengkaji telah memilih kaedah persampelan rawak mudah (Simple
Random Sampling). Dalam kaedah ini kebiasaannya dengan menggunakan nombor rawak atau
angka rawak sama ada bercetak atau digunakan secara elektronik. Teknik ini dipilih kerana
jumlah populasi yang sedikit dan mempunyai variasi yang kecil di antara unit-unit dalam
populasi. Ini bermakna perbezaan yang terdapat antara ahli dengan ahli yang lain adalah tidak
ketara. Oleh itu, mana-mana ahli yang dipilih sebagai sampel mampu mewakili ciri-ciri
populasinya. Tiap-tiap ahli dalam populasi berkenaan mempunyai kebarangkalian yang sama
untuk dipilih sebagai sampel.
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian ini di Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Populasi kajian adalah pelajar yang mengambil kursus
Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup di universiti
tersebut dan sampel kajian terdiri daripada pelajar Program Kemahiran Hidup yang berada dalam
semester empat yang pernah mengambil kursus Simpankira / Pendidikan Perakauan. Saiz sampel
bagi kajian ini adalah 60 orang pelajar yang dipilih secara rawak dalam semester yang
dinyatakan. Maka, jumlah keseluruhan responden dalam kajian ini ialah 60 orang pelajar dari
Program Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan.
Instrumen penyelidikan yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soalan soal selidik yang
ditadbirkan kepada 60 orang pelajar Program Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus
Simpankira / Pendidikan Perakaunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebanyak 60 set soal
selidik diedarkan kepada responden. Soal selidik merupakan alat untuk mengumpul data bagi
penyelidik sains sosial. Soal selidik sebenarnya tidak lebih daripada satu borang yang dibentuk
khusus untuk mengisi maklumat yang diberikan oleh setiap responden dalam temu bual (Ahmad
Mahdzan Ayob, 2005). Bagi satu-satu kajian, satu soal selidik yang sama hendaklah digunakan
untuk semua responden. Ini bagi memastikan keseragaman dalam jawapan yang diberikan.
Keseragaman bermaksud semua mereka memberi jawapan yang sama, tetapi jawapan itu
diletakkan di ruang yang sama bagi membolehkan pemprosesan data melalui komputer. Soalan
itu juga dikemukakan mengikut urutan yang sama (Ahmad Mahdzan Ayob, 2005).
Dalam kajian ini, soal selidik yang dibuat adalah diambil daripada soalan-soalan yang terdapat di
dalam jurnal dan kajian yang dikaji oleh pengkaji. Soal selidik tersebut terdiri daripada empat
bahagian. Bahagian A mengandungi maklumat responden yang terdiri daripada 4 soalan yang
berbentuk nominal iaitu yang berkaitan diri responden mengikut jantina dan opsyen. Bahagian B,
C dan D ialah soal selidik berkenaan empat faktor yang diandaikan oleh pengkaji yang dapat
mempengaruhi keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar
Program Kemahiran Hidup seperti pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi.
Bahagian B soal selidik ialah bagi faktor yang pertama iaitu pengurusan oleh fakulti dalam
meningkatkan keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di kalangan
pelajar Progaram Kemahiran Hidup. Bahagian ini adalah soalan berbentuk ‘checklist’ di mana
pelajar dikehendaki memberikan jawapan sama ada ‘Ya’ atau ‘Tidak’ bagi setiap pernyataan
yang telah diberikan. Bahagian C pula adalah soalan-soalan berkaitan faktor kemahiran dan
pengetahuan. Di bahagian ini pengkaji ingin melihat tahap pengetahuan kemahiran dan
pengetahuan para pensyarah serta pelajar terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran kursus ini. Dalam kajian soal selidik bahagian C ini pengkaji menggunakan kod
skala Likert, dan sebagai contoh respon yang disediakan ialah :
Sila bulatkan nombor jawapan. Pilihan anda mengikut skala berikut sekiranya anda:
Sangat
1 2 3 4 5
Akhir sekali, dalam bahagian D terdapat 14 soalan yang berkisarkan faktor teknologi. Di
bahagian ini responden perlu membuat pilihan berdasarkan penyataan yang diberikan sama ada
teknologi menjadi penghalang atau tidak kepada mereka untuk menggunakan TMK.
Bagi kaedah analisis data ia bermula di mana borang soal selidik akan diedarkan untuk
mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Sebelum
memulakan analisis, borang-borang soal selidik akan ditapis dahulu bagi memastikan hasil yang
diperolehi adalah tepat dan menjawab persoalan kajian.
Untuk soal selidik, data-data yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis secara prosedur
statistik deskriptif. Skor-skor mentah akan dianalisis menggunakan kekerapan, peratus, min dan
sisihan piawai untuk menentukan keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program
Kemahiran Hidup.