Pilot Testing

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1. Sebelum membuat temu bual sebenar, adakah anda melakukan pilot testing.

Ceritakan bagaimana anda melakukan pilot testing dan apa penambahbaikan


yang anda dapati daripada pilot testing tersebut. (Sekiranya anda tidak
melakukan pilot testing, cadangkan bagaimana anda akan lakukan pilot
testing)

Ujian rintis atau pilot testing adalah merupakan satu mekanisme untuk
mengenal pasti masalah yang mungkin timbul sepanjang menjalankan sesuatu
kajian sebenar (Ghazali & Sufean, 2016). Apabila saya menjalankan temu bual bagi
menyempurnakan tugasan kualitatif dengan tajuk, mengapakah guru-guru
menyambung pelajaran?, perkara pertama yang saya lakukan ialah melaksanakan
ujian rintis bagi memastikan alat instrumen iaitu temu bual yang bakal dilaksanakan
pada keadaan sebenar akan mempunyai soalan-soalan atau item-item yang boleh
digunakan bagi memberikan data-data yang menepati dalam kajian tersebut.

Pada permulaannya, saya telah membuat protokol temu bual yang berkaitan
dengan mengapakah guru-guru menyambung pelajaran. Protokol temu bual ini turut
sama akan diberikan kepada informan yang sebenar dalam kajian ini. Seterusnya,
saya telah memilih informan yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan
informan sebenar. Setelah melaksanakan ujian rintis, baharulah saya sedar bahawa
terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu saya laksanakan terutamanya
berkaitan dengan penambahbaikan item-item soalan yang mengelirukan. Selain itu,
melalui ujian rintis ini, ia sedikit sebanyak membantu saya dalam melaksanakan
temu bual yang sebenar berdasarkan kepada pengalaman semasa ujian rintis
dilaksanakan.

Melalui ujian rintis ini, saya dapat mengenal pasti beberapa kesalahan yang
perlu saya perbaiki sebelum menjalankan temu bual yang sebenar. Iaitu:

a) Kesalahan tatabahasa

b)Mengetahui kekeliruan yang berpunca daripada soalan temu bual yang


bermasalah.

c) Penambahbaikan item-item agar item tersebut dapat menepati objektif kajian.


d) Mengetahui soalan-soalan susulan yang boleh ditambah bagi memperoleh
huraian kepada jawapan yang tidak lengkap.

Setelah ujian rintis ini selesai dilaksanakan, saya yakin dan bersedia untuk
menjalankan temu bual yang sebenar dengan penambahbaikan yang bertitik tolak
daripada ujian rintis yang dijalankan sebelum ini. Maka, sepanjang temu bual yang
sebenar, saya dapati ianya berjalan dengan lancar dan data yang diperolehi dapat
menepati objektif kajian.

2. Bagaimana anda memilih informan. Apakah jenis persampelan yang anda


gunakan. Apakah penambahbaikan yang anda lakukan bagi meningkatkan lagi
kredibiliti kajian anda? (Sekiranya anda tidak melakukan pilot testing,
cadangkan bagaimana anda akan memilih informan)

Sampel kajian kualitatif disebut sebagai informan (Ghazali & Sufean, 2016).
Sampel yang terbaik adalah dengan cara memilih informan kajian yang mempunyai
ciri-ciri persamaan atau persampelan homogenus (Patton, 1990). Ini bertujuan bagi
memperoleh data secara lebih berfokus dan mendalam. Informan yang bakal dipilih
perlulah berpengetahuan, mengalami situasi yang ingin dikaji, mempunyai maklumat
berkaitan topik yang dikaji, bersifat terbuka, sanggup berkongsi maklumat dengan
tepat dan berpengalaman dengan tajuk kajian.

Teknik persampelan yang digunakan adalah teknik persampelan bertujuan


(purposive sampling). Persampelan bertujuan adalah bermaksud sampel bertujuan
atau yang benar-benar dipilih kerana memenuhi segala kriteria, sifat dan
mengandungi maklumat yang dikehendaki dalam kajian. Menurut Cresswell (2008),
pemilihan sampel bertujuan amat baik dan sesuai dalam kajian kualitatif kerana
sampel yang dipilih mempunyai maklumat yang ingin diketahui oleh penyelidik. Oleh
itu dalam kajian ini, saya telah memilih informan dikalangan guru yang menyambung
pelajaran diperingkat sarjana. Maka, kaedah persampelan bertujuan dipilih kerana
ianya dapat membantu saya dalam mendapatkan data yang tepat serta mereka
berkeupayaan memberi maklumat sehingga mencapai tahap tiada lagi maklumat
baharu atau maklumat yang bertindan.
Bagi meningkatkan kredibiliti kajian, temubual yang dijalankan adalah
merupakan aspek penting bagi memastikan maklumat yang diperolehi daripada
temubual boleh dipercayai. Menurut Maykut & Morehouse (1994), pemilihan dan
penggunaan teknik pelbagai pungutan data digunakan untuk mencapai tahap
pemahaman terhadap informan yang lebih baik dan untuk meningkatkan kualiti dan
kredibiliti dapatan kajian. Maka, terdapat beberapa elemen penting yang perlu dititik
beratkan untuk meningkatkan kredibiliti kajian iaitu:
a) Penyelidik mestilah seorang yang mahir dan cekap dalam menggunakan bahasa.
b) Penyelidik perlu mengetahui bahawa ia bertindak sebagai instrumen kajian itu
sendiri.
c) Penyelidik perlu berpengetahuan dan berkemahiran untuk berhubung dengan
manusia yang berada di sekelilingnya.
d) Tatacara pemerolehan data mestilah mengikut prosedur-prosedur.

3. Bagaimanakah anda melakukan probing? Berikan satu contoh di mana anda


melakukan probing dalam temubual anda. Sertakan transkrip perbualan yang
menunjukkan bagaimana anda melakukan probing. (Sekiranya anda tidak
melakukan pilot testing, cadangkan bagaimana anda akan melakukan probing)

Semasa menjalankan temu bual, saya dapati informan tidak dapat memberikan
jawapan yang jelas. Maka, pendekatan yang telah saya buat adalah dengan cara
melakukan probing yang bertujuan agar informan dapat menjelaskannya dengan
lebih lanjut sekali gus memberikan data yang bermakna kepada saya. Berikut adalah
transkrip perbualan yang menunjukkan saya melakukan probing:

Penyelidik: So, ustazah ada sebut tiga perkara yang pertama berkaitan semangat
dan keluarga, contoh kepada anak-anak serta untuk profesion . Selain daripada itu,
ada sesuatu yang lagi melonjakkan semangat ustazah tak, untuk meneruskan
pengajian selain tiga faktor tadi. (Probing)
4.Berikan contoh kepada jenis-jenis penyoalan berikut. (Sekiranya anda tidak
melakukan pilot testing, cadangkan contoh-contoh)
4.1 Hypothetical questions

 Sekiranya cikgu menjadi Guru Cemerlang bagi subjek Sains, apakah


pembaharuan yang akan cikgu laksanakan?
 Apakah tindakan yang wajar anda lakukan sekiranya anda menjadi pemgetua
di sekolah tersebut?

4.2 Devil advocate questions

 Tapi cikgu, terdapat sesetengah guru muda berpendapat bahawa guru


veteran didapati kurang mahir dalam penggunaan ICT semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di kelas mereka?
 Terdapat individu menyatakan bahawa teknik pembelajaran secara koperatif
adalah kurang sesuai dilaksanakan bagi subjek PJK, apa pendapat cikgu?

4.3 Ideal position questions

 Sekiranya, anda mempunyai dana yang mencukupi, apakah yang akan anda
laksanakan?
 Cikgu selaku guru disiplin dan mempunyai kuasa di sekolah ini, apakah
tindakan yang wajar cikgu laksanakan dalam membanteras masalah disiplin
di kalangan pelajar?

4.4 interpretive questions

 Seperti yang cikgu katakan tadi, faktor utama cikgu menyambung pelajaran
adalah disebabkan sokongan ibu bapa, sokongan suami dan laluan kerjaya
profesional. Selain itu, adakah terdapat faktor-faktor sampingan yang lain
memberikan semangat kepada cikgu untuk terus menuntut ilmu?
 Pelajar merokok disebabkan pengaruh rakan, sikap ingin mencuba dan untuk
bergaya. Boleh cikgu terangkan apakah yang dimaksudkan untuk bergaya?

5.Berikan contoh kepada jenis-jenis penyoalan yang perlu dielakkan seperti


berikut di mana anda telah melakukan kesilapan tersebut. (Sekiranya anda
tidak melakukan pilot testing, cadangkan contoh-contoh)
5.1 Multiple questions

 Apakah cabaran, usaha dan perancangan masa depan yang akan cikgu
laksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang?
 Bagaimana cikgu menilai kemahiran proses sains dan kemahiran saintifik
dikalangan pelajar tingkatan satu, dua dan tiga?

5.2 Leading questions

 Mesti puan merasa sedih diperlakukan sebegitu. Apakah yang akan puan
lakukan?
 Encik mesti rasa susah untuk menyesuaikan diri. Apakah langkah-langkah
yang akan encik lakukan apabila perasaan sebegitu hadir?

You might also like