Perlembagaan-Kelab Seni Foto

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PERLEMBAGAAN KELAB SENI FOTO

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN POKOK SENA 2,


TAMAN BANDAR BARU, 06400 POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) KELAB

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U.
(A) 196 bertarikh 21 hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) Kelab Seni
Foto Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2 yang selepas ini disebut sebagai “kelab” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan : Kelab Seni Foto


Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2

b. Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2


Taman Bandar Baru, 06400 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman

PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli lebih terpimpin dalam menimba ilmu dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin
diri.

3.2 Ahli-ahli akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang
diceburi.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil
bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

PERATURAN 6 : AHLI JAWATANKUASA


6.1 Dilantik semasa mesyuarat agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
6.5 Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
peletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung kepada keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang)

PERATURAN 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua


mesyuarat.

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil
tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaa pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli.

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.


7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.

7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

PERATURAN 8 : KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa mesyuarat agung dan
telah diluluskan sebanyak RM5.00 seorang setahun.

8.2 Persatuan juga boleh memperoleh sumber kewangan melalui aktiviti.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan

besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat
kebenaran Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab.
Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal
berbuat demikian.

PERATURAN 10 : AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 11 : PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tataterbit.

PERATURAN 12 : TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang
ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran Lisan

12.2.2 Amaran Bertulis

12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat
persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau
pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan ahli jawatankuasa akan dibincangkan
cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 14 : PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 15 LARANGAN

15.1 Kegiatan yang tiada kaitan dengan objektif mahupun yang tidak diluluskan oleh pengetua sekolah tidak
boleh dijalankan.
15.2 Persatuan ini tidak boleh bergerak di luar kawasan sekolah ini dan setiap kegiatan yang diadakan di luar
hendaklah mendapat kelulusan pihak sekolah terlebih dahulu.

15.3 persatuan ini tidak boleh berhubung terus dengan mana-mana pihak diluar sekolah tanpa/ melalui dan/
dengan kebenaran pihak sekolah.

15.4 Kegiatan yang melanggar peraturan-peraturan sekolah mahupun undang-undang negara tidak boleh
dijalankan.

15.5 Kegiatan persatuan tidak boleh dijalankan tanpa kehadiran guru penasihat yang dilantik oleh pihak sekolah.

15.6 Penceramah /pembantu dari luar boleh dijemput setelah mendapat persetujuan daripada pengetua sekolah.

15.7 Ahli-ahli yang ingin menyertai sebarang kegiatan di luar sekolah hendaklah juga mendapat keizinan daripada
penjaga secara bertulis (dapatkan borang kebenaran penjaga daripada pejabat sekolah )

PERATURAN 16 RANCANGAN KEGIATAN / AKTIVITI

16.1 AJK yang dipilih akan merancang kegiatan tahunan / semester / mingguan dalam masa dua minggu
setelah dilantik. Rancangan ini hendaklah dikemukakan kepada pihak sekolah untuk diluluskan sebelum
dilaksanakan.

PERATURAN 17 PAKAIAN DAN KETERTIBAN

17.1 Semua peraturan sekolah berkuatkuasa bagi semua kegiatan persatuan dijalankan.

17.2 Jika pakaian seragam diluluskan bagi kegiatan ini, semua ahli wajib memakainya, pakaian
seragam sekolah hendaklah digunakan tanpa rintangan, pakaian bebas cuma dibenarkan berpakaian T
shirt berkolar putih, T Shirt uniform apabila mendapat keizinan daripada pengetua sekolah untuk
sesuatu kegiatan.

17.3 Tidak dibenarkan ahli memakai selipar dalam perjumpaan persatuan.

17.4Tidak dibenarkan membawa handphone / telepone bimbit dalam perjumpaan persatuan.

17.5 Ahli perempuan diwajibkan memakai tudung dalam sebarang aktiviti dan perjumpaan persatuan atau
mewakili sekolah.

17.6 Ahli perempuan dan lelaki mesti memakai seluar panjang, trick shirt warna hitam atau biru tua
atau seluar sekolah atau seluar uniform dalam setiapkali perjumpaan persatuan

PERATURAN 18 PENILAIAN KEAHLIAN

18.1 AJK dengan bimbingan guru penasihatnya akan menyediakan satu laporan lengkap
tentang segala akitiviti persatuan , keadaan kewangan dan sebarang pencapaian/ kecemerlangan yang
diperolehi sepanjang tahun semasa.

18.2 AJK dan guru penasihat akan menyampaikan satu senarai para pelajar yang mencapai kecemerlangan
dalam kegiatan persatuan pada akhir bulan Julai setiap tahun kepada pihak sekolah. Penilaian ini akan
diselaraskan oleh pihak sekolah untuk dicatatkan dalam sijil Berehnti Sekolah /Surat akuan ahli berkenaan.

18.3 AJK dan guru penasihat akan menilai semua ahli persatuan mereka sepanjang tahun semasa dan
melaporkan kepada penolong kanan ko kurikulum mengenai, kehadiran, penglibatan , pencapaian dan
jawatan yang disandang oleh ahli dalam bentuk laporan bercetak dan markah ko kurikulum
18.4 Sekiranya terdapat ujian bagi tahap-tahap pencapaian ahli, ujian-ujian tersebut dijalankan bagi
kecemerlangan ahli dan penyerahan sijil/ anugerah / pangkat atau seumpamanya hendaklah dilakukan
selepas ujian dilaksanakan.

PERATURAN 19 PENDAFTARAN PERSATUAN

19.1 Persatuan ini didaftarkan oleh pengetua sekolah

SMK POKOK SENA 2


TAMAN BANDAR BARU,
06400 POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN.

19.2 Dengan syarat pendaftaran ini boleh ditarik balik oleh pihak sekolah jika perlu, Pihak sekolah juga berhak
untuk menambah / meminda mahupun memansuhkan mana-mana peraturan dalam perlembagaan
apabila perlu.

19.3 Persatuan / badan Beruniform yang perlu didaftarkan kepada suruhanjaya daerah/ negeri hendaklah
berbuat demikian setelah memaklumkan kepada pihak sekolah.

19.4 Keahlian dan yuran pendaftaran persatuan hendaklah dibayar dan diperbaharui setiap tahun.

PERATURAN 20 : HAL-HAL LAIN

20.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

20.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

20.3 Jika ada sebarang butiran lain khas bagi persatuan ini hendaklah dikepilkan bersama perlembangan induk
ini.
PERMOHONAN MENDAFTARKAN PERSATUAN

Kami seperti nama dibawah ini memohon pihak sekolah mendaftarkan persatuan ini menurut perlembangaan
persatuan yang ditetapkan / dipinda secara rasminya :

..................................................... ......................................................
(NUR ATIQAH IDAYU BT ISHAK) (MOHD FITRI B MOHD ZAMRI)
Setiausaha, Pengerusi,
Kelab Seni Foto , Kelab Seni Foto ,
Tingkatan 5 Arif Tingkatan 4 Akaun

Disemak oleh:

...................................................
(TENGKU FARIZA BT TENGKU IBRAHIM)
Guru Penasihat
Kelab Seni Foto
SMK Pokok Sena 2

_____________________________UNTUK KEGUNAAN PENTADBIR _________________

1. Permohonan diterima : _________________________

2. Tarikh didaftarkan :__________________________

3. Kod Persatuan / Ruj Tuan

Disahkan oleh

................................................... ....................................................
(HAJI MAZLAN BIN MAT ISA) (NOOR ASHIKIN BT YUSOFF)
Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Kokurikulum
b/p Pengetua SMK Pokok Sena 2
SMK Pokok Sena 2
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
KELAB SENI FOTO
SMK POKOK SENA 2

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan Mo. 41, Perundangan (A): P.U.
(A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab Seni Foto SMK
Pokok Sena 2 yang selepas ini disebut sebagai ”kelab” sahaja.

1. Pengerusi MOHD FITRI BIN ZAMRI (TINGKATAN 4 AKAUN)


2. Naib Pengerusi MUHAMMAD NABIL FIKRI BIN ABD.RAHIM (TINGKATAN 4 AKAUN)
3. Setiausaha NUR ATIQAH IDAYU BT ISHAK (TINGKATAN 5 ARIF)
4. Bendahari NUR’AIN BT HAMID (TINGKATAN 5 ARIF)
5. Pen. Bendahari RABIATUL ADAWIYAH BT ABD. LATIFF (TINGKATAN 4 AKAUN)
6. Ahli Jawatankuasa DURRA ADRIANA BT IDRIS (TINGKATAN 1 ARIF)
NURUL QUTREEN NADA (TINGKATAN 2 ARIF)
MUHAMMAD IZZAT DHIAURRAHIM BIN MANSOR (TINGKATAN 3 BESTARI)
AJRUN AZHIM BIN ZAINOL (TINGKATAN 4 AKAUN)
AMPHILAD A/P WAN (TINGKATAN 5 ARIF)

Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas adalah mematuhi
Subseksyen 6.1.1 dalam Artikel Enam dan perlantikan mereka mematuhi Subseksyen 6.1.2 dalam
artikel yang sama seperti dalam Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Persatuan.

..................................... ................................................
(NUR ATIQAH IDAYU BT) (FITRI B MOHD ZAMRI)
Setiausaha, Pengerusi,
Kelab Seni Foto , Kelab Seni Foto ,

Tarikh: ................................. Tarikh: .................................

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas dan perlantikan mereka
adalah mengikut Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) KELAB SENI FOTO
SMK POKOK SENA 2.

...................................................
(TENGKU FARIZA BT TENGKU IBRAHIM)
Guru Penasihat
Kelab Seni Foto
SMK Pokok Sena 2

Tarikh: .................................
SENARAI AKTIVITI UTAMA
KELAB SENI FOTO
SMK POKOK SENA 2

SENARAI AKTIVITI UTAMA PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U.
(A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai Aktiviti Utama Kelab Seni Foto SMK Pokok
Sena 2 yang selepas ini disebut sebagai ”kelab” sahaja.

1 Program seni Visual : 1.1 Kemahiran menggunakan kamera


1.2 Latihan mengambil gambar

2. Aktiviti Seni Visual : 2.1 Kursus Asas Fotograf


2.2 Kemahiran menggunakan kamera
2.3 Lawatan
2.4 Kursus Penyuntingan Imej
2.5 Pameran

3. Aktiviti Kependidikan : 3.1 Ceramah


3.2 Kursus asas fotograf
3.3 Bengkel penyuntingan imej

Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa aktiviti dan program yang disenaraikan di atas adalah aktiviti
dan program sebenar yang akan dianjur dan dikelolakan oleh persatuan ini.

..................................... ................................................
(NUR ATIQAH IDAYU BT) (FITRI B MOHD ZAMRI)
Setiausaha, Pengerusi,
Kelab Seni Foto , Kelab Seni Foto ,

Tarikh: ......................... Tarikh: ...........................

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai Aktiviti Utama di atas adalah sesuai dengan tujuan
dan matlamat penubuhan Kelab Seni Foto SMK Pokok Sena 2.

..............................................................
(TENGKU FARIZA BT TENGKU IBRAHIM)
Guru Penasihat
Kelab Seni Foto
SMK Pokok Sena 2

Tarikh: .......................

You might also like