Pengertian Wuduk

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

PENGERTIAN WUDUK:

Dari segi bahasa wuduk bermaksud menggunakan air pada anggota-anggota


tertentu manakala dari segi istilah syarak pula wuduk ditakrifkan sebagai membasuh
atau menyapu anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air mutlak dimulai
dengan niat kerana Allah S.W.T.

Berwuduk adalah wajib apabila seseorang mengerjakan solat, tawaf, sujud


syukur, tilawah, dan memegang al-Quran. Tanpa wuduk ibadat yang dilakukan tidak
sah. Hal ini dijelaskan oleh oleh Allah S.W.t di dalam al-Quran.

Maksudnya: Wahai orang-orang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat,


hendaklah basuh muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku. Dan sapulah kepala
kamu dan kedua-dua kaki kamu hingga ke buku lali.....
Selain itu terdapat juga keutamaan berwuduk adalah sebagaimana yang dinyatakan
Nabi sebagai berikut:

“Dari Abu Hurairah r.a. Bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Bila seseorang
Muslim atau Mukmin berwuduk, lalu ia basuh mukanya, maka keluarlah dari
mukanya semua kesalahan yang dilihat dengan dua matanya bersama air atau akhir
titisan air wuduknya. Maka ia boleh dibasuh tangannya, keluarlah semua kesalahan
yang dibuat oleh dua tangannya bersama air atau akhir titisan air wuduknya. Maka
apabila ia basuh dua kakinya bersama air atau akhir titisan air wuduknya, sehingga
ia keluar bersih dari segala dosa.”

(Diriwayatkan oleh Muslim)


RUKUN-RUKUN WUDUK

1.Berniat di dalam hati akan berwuduk untuk mengerjakan ibadat solat dan lain-
lainnya, sambil mengambil air dengan tangan, dengan gayung dan lain-lainnya.

Dalam hadis dinyatakan sebagai berikut:

“Dari Umar bin Khattab r.a katanya: Pernah aku mendengar Rasulullah S.A.W
bersabda: “Amal ibadat itu hanya sah dengan berniat dan tiap-tiap manusia itu diberi
ganjaran menurut apa yang diniatkan.”

2. Membasuh muka dengan sempurna. Adapun batas muka itu ialah antara tempat
tumbuh rambut kepala dan antara hujung dagu( tempat tumbuh janggut) dan antara
dua telinga.

3. Membasuh dua tangan, hingga basah kedua mata siku

4. Menyapu sebahagian kepala

5. Membasuh dua kaki hingga basah kedua buku lali.

Allah berfirman di dalam al-Quran:

“Hai orang-orang beriman! Bila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka


basuhlah mukamu dan kedua tanganmu hingga kedua mata siku dan sapulah
kepalamu dan kedua kakimu hingga dua buku lali,”

(Surah al-Maidah, ayat 6)


6. Tertib, ertinya mendahulukan mana yang patut didahulukan dan mengemudiankan
mana yang patut kemudian menurut aturan-aturan yang telah diberikan Tuhan
dengan firman-Nya diatas itu. Sebagaimana yang telah disebut oleh hadis ini yang
berbunyi:

“Dari Jabir r.a mengenai sifat haji Rasulullah S.A.W, beliau bersabda, “Mulailah
olehmu dengan apa yang telah dimulai oleh Allah.”

(Diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai)

PERKARA SUNAT KETIKA BERWUDUK

1. Membaca Bismillah
2. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan tangan
3. Membasuh anggota wuduk tiga kali berturut-turut
4. Berkumur-kumur
5. Memasukkan air ke dalam hidung kemudian dihembus keluar
6. Mendahulukan membasuh anggota yang kanan
7. Membasuh kedua-dua belah telinga
8. Menyelat celah-celah jari
9. Menyapu semua bahagian kepala
10. Mualat, iaitu melakukan semua perbuatan secara berturut-turut
11. Berdoa setelah selesai mengambil wuduk

PERKARA MAKRUH KETIKA WUDUK

1. Menggunakan air secara berlebihan


2. Membasuh anggota wuduk lebih daripada tiga kali
3. Mendahulukan membasuh anggota sebelah kiri
4. Memasukkan air ke dalam mata
5. Bercakap-cakap ketika berwuduk

PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

1. Keluar sesuatu dari salah satu saluran iaitu qubul dan dubur
2. Tidur dalam keadaan punggung yang tidak tetap
3. Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit
4. Bersentuh antara kulit lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim tanpa
berlapik. Tidak kira sentuhan itu menimbulkan syahwat atau tidak
5. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan. Sekiranya berlapik, tidak batal.
Menyentuh kemaluan dengan belakang tangan juga tidak batal.

HIKMAT WUDUK

1. Mengembalikan kesegaran pada tubuh badan dan menambahkan semangat


untuk beribadat kepada Allah S.W.T
2. Menunujukkan kesopanan hamba semasa menghadap penciptanya iaitu Allah
S.W.T yang Maha Agung
3. Dapt menghilangkan segala kekotoran yang terdapat pada anggota wuduk
kerana anggota tersebut sering terdedah kepada kekotoran
4. Membersihkan jiwa daripada sifat-sifat yang tidak baik
5. Dapat menghadap Allah S.W.T dalam keadaan suci, bersih, dan sempurna
6. Menggugurkan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota-anggota wuduk.

ANTARA HADIS-HADIS WUDUK DI DALAM IBADAH

Hadis riwayat Usman bin Affan r.a

Bahawa Ia (Usman ra.) minta air lalu berwuduk. Beliau membasuh kedua telapak tangannya
tiga kali lalu berkumur dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian membasuh wajahnya
tiga kali, lantas membasuh tangan kanannya sampai siku tiga kali, tangan kirinya juga
begitu. Setelah itu mengusap kepalanya, kemudian membasuh kaki kanannya sampai mata
kaki tiga kali, begitu juga kaki kirinya. Kemudian berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw.
berwudu seperti wuduku ini, lalu beliau bersabda: Barang siapa yang berwudu seperti cara
wuduku ini, lalu salat dua rakaat, di mana dalam dua rakaat itu ia tidak berbicara dengan
hatinya sendiri, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.

Al-Hakim meriwayatkan dari ‘Aisyah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:


Terjemahan: “Berwuduk sebelum makan adalah satu kebjukan dan selepas makan
dua kebajikan.

Ath-Thabarani meriwayatkan dari ibnu Abbas r.a., bahawa Rasulullah S.A.W


bersabda:

Terjemahan: “Berwuduk sebelum makan dan selepas makan akan menolak


kepapaan dan dia adalah sebahagian dari sunnah para Rasul

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Terjemahan: “Berwuduk sebelum makan akan menolak kepapaan dan sesudah


makan akan menolak penyakit gila dan menyihatkan pandangan(mata)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:


Terjemahan: “Barangsiapa menyediakan untuk saudaranya sebuah kendi untuk
berwuduk, maka seakan-akan ia menyediakan seekor kuda yang dilengkapi dengan
pelana dan tali kekangnya untuk berperang di jalan Allah,”

Al-Hakim meriwayatkan dari Anas r.a., bahawa Rasulullah bersabda:

Terjemahan: “Berwuduk sebelum makan dan sesudahnya melapangkan rezeki dan


menolak tradisi syaitan.”

Ad-Dailami meriwayatkan dari ‘Ali r.a., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Terjemahan: “Bersuci tiga kali,tiga kali adalah wajib dan menyapu kepala sekali

Ad-Daruquthni meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W


bersabda:
Terjemahan: “Hendaklah kamu menyilati di antara jari-jari kamu supaya Allah tidak
menyilati dengan neraka pada hari kiamat.”

Ath-Thabarani meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud r.a., bahawa Rasulullah S.A.W


bersabda:

Terjemahan: “Hendaklah kamu menyilati kerana ia adalah kebersihan dan


kebersihan membawa kepada Iman dan Iman bersama dengan tuan empunyanya
dalam syurga.”

Ibnu Majah meriwayatkan dari ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Terjemahan: “Ini adalah wuduk yang paling sempurna, iaitu wudukku dan wuduk
Khalilullah Ibrahim. Barangsiapa berwuduk seperti ini, yakni; tiga, tiga kali dan
kemudian di waktu selesainya ia membaca dua kalimah syahadah, nescaya
dibukakan baginya lapan pintu syurga yang ia boleh masuk dari pintu mana sahaja
yang ia suka.”

Ath-Thabarani meriwayatkan dari Abu Umamah r.a., katanya:

Terjemahan: “Adalah Rasulullah S.A.W tidak berwuduk kerana kekotoran yang


dipijak di jalan.”

Ibnu Majah meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., katanya

Terjem
ahan: “Adalah Rasulullah S.A.W tidak meminta bantuan seseorangpun dalam
berwuduk dan bersedekah tetapi beliau sendirilah yang menguruskannya tanpa
bantuan orang lain.”
Ad-Daruquthni dan ath-Thabarani meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda:

Terjemahan: “Apabila seseorang kamu keluar darah dari hidungnya dalam solat
hendaklah ia keluar dari solat dan membasuh darahnya kemudian hendaklah ia
mengulangi wuduknya dan mengadap solatnya.”

You might also like