Bilik Darjah Mesra Budaya

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang terdapat perbezaan


yang mampu kita lihat bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi,
kebudayaan dan agama. Namun begitu, semua rakyat Malaysia hidup bersama
secara aman dan damai. Itulah uniknya negara kita Malaysia yang bukan sahaja
menjadi contoh, malah disegani dan dihormati oleh dunia luar. Integrasi antara kaum
ini seterusnya membentuk budaya Malaysia.

Seperti sedia maklum sebuah etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang
lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk
mencapai perpaduan. Justeru itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif, adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran
bilik darjah yang mesra budaya. Menurut Montgomery (2001), persekitaran yang
mesra budaya adalah penting bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif, tenteram dan berkesan kepada semua murid.

DEFINISI PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Bilik darjah adalah satu tempat di mana murid-murid dan guru berinteraksi
secara formal dan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dalam interaksi
tersebut (Burden, 2004). Persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-
unsur fizikal yang dapat dilihat dengan mata semata-mata seperti ruang bilik darjah
serta peralatan di dalamnya. Sebaliknya, persekitaran bilik darjah turut melibatkan
unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan.

Perkataan mesra menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan.


Kemesraan wujud dan terjalin apabila manusia berhubungan dan dalam hubungan
tersebut nilai-nilai murni menjadi pegangan dan amalan (Hasani, 2006). Seterusnya
terbinalah persefahaman, toleransi dan hormat-menghormati. Budaya pula dapat
difahami sebagai suatu nilai amalan dan perlakuan yang diterima pakai oleh
sekelompok masyarakat yang memenuhi kehendak rohani dan jasmani sehingga
wujud kesejahteraan bagi kelompok tersebut.

Justeru, dalam konteks bilik darjah, keselesaan dan kegembiraan itu


diwujudkan oleh guru dan murid melalui perlakuan yang positif sewaktu
berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran.

1
LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA

a. Pengurusan Persekitaran Fizikal

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid dari
pelbagai latar belakang etnik. Persekitaran fizikal adalah suasana di bilik darjah yang
terdiri daripada kriteria-kriteria fizikal seperti pelan lantai, kebersihan, pencahayaan
dan pengudaraan, susunan kerusi dan meja murid, susunan perabot dan peralatan,
hiasan bilik darjah, sudut dan ruang bacaan dan sebagainya. Menurut Woolfolk (2001),
pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran
yang positif dan produktif. Pengurusan persekitaran fizikal memaparkan sejauh mana
guru memiliki sikap prihatin dan profesional terhadap tugasnya sebagai pengurus bilik
darjah.

Pelan Lantai

Dalam pengurusan persekitaran fizikal, satu daripada aspek penting yang


harus diberi perhatian adalah pelan lantai. Seseorang guru boleh menyediakan pelan
lantai dan memaksimumkan ruang bilik darjah sebaik mungkin. Dalam penyediaan
pelan lantai bilik darjah, guru perlu mengambil kira keluasan bilik darjah, susun atur
perabot dan peralatan lain yang perlu disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid
serta gaya pembelajaran mereka. Guru perlu merancang susun atur ruang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan proses pembelajaran yang
berkesan. Contohnya bagi bilik darjah Tahap Satu, guru perlu merancang ruang
pembelajaran yang berbagai-bagai seperti ruang bacaan, ruang aktiviti serta ruang
bekerja dalam kumpulan. Selain itu, ruang yang disediakan juga harus mengambil kira
juga unsur-unsur hubungan sosial dan pemupukan nilai-nilai perpaduan dan
persefahaman antara pelbagai kaum.

Kebersihan, Pencahayaan Dan Pengudaraan

Selain itu, aspek kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan juga memainkan


peranan yang penting dalam menguruskan persekitaran fizikal bilik darjah. Kebersihan
fizikal mempengaruhi kebersihan mental dan jiwa manusia (Noriati, 2011). Ruang dan
persekitaran yang bersih menimbulkan kedamaian dan keselesaan di samping
menjadi tarikan kepada murid untuk menjalani proses pembelajaran dengan ceria.

2
Guru haruslah menyusun dan menyediakan jadual bertugas harian di dalam bilik
darjah. Guru perlu selalu mengingatkan murid supaya bertanggungjawab menjalankan
tugas yang diberi untuk menjaga kebersihan bilik darjah. Hal ini secara tidak langsung
dapat memupuk budaya menjaga kebersihan bilik darjah dalam kalangan murid.

Guru juga perlu memastikan sistem pencahayaan dalam bilik darjah adalah
sesuai bagi menyediakan suasana yang selesa kepda murid apabila menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran. Pencahayaan bilik darjah seharusya dalam keadaan
tidak terlalu terang atau terlalu suram kerana keadaan tersebut akan menimbulkan
ketidakselesaan dan mengurangkan minat murid untuk belajar. Jika suasana dalam
bilik darjah terlalu suram, murid akan mudah hilang perhatian untuk belajar kerana
suasana tersebut akan menyebabkan murid mengantuk. Untuk menyelesaikan
perkara ini, guru boleh membuka tingkap atau membuka lampu untuk mendapatkan
sumber cahaya yang cukup.

Begitu juga dengan sistem pengudaraan, guru haruslah memastikan bekalan


udara dalam bilik darjah adalah sentiasa bersih dan segar. Contohnya dalam bilik
darjah yang tidak mempunyai pendingin hawa, tingkap-tingkap haruslah dibuka bagi
memastikan udara dari luar dapat memasuki bilik darjah. Keadaan ini akan
membekalkan udara yang segar kepada murid-murid dan ini dapat memberi satu
keadaan yang selesa kepada murid untuk belajar.

Sudut dan Ruang Bilik Darjah

Seterusnya, sudut pembelajaran dan ruang bacaan adalah penting dalam


mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Bilik darjah sepatutnya
menjadi tempat di mana berlakunya galakan budaya membaca dalam kalangan murid.
Ruang bacaan yang disediakan dalam bilik darjah perlu mengandungi buku-buku
cerita dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Cina atau Bahasa Tamil supaya dapat meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
dalam kalangan murid. Selain itu, ruang bacaan juga boleh disediakan dengan
pelbagai komik dan majalah pendidikan untuk membolehkan murid-murid mencari
maklumat dan menambah pengetahuan. Secara tidak langsung, ruang tersebut dapat
mendorong budaya membaca dalam kalangan murid. Selain itu, bagi murid-murid
prasekolah dan Tahap Satu, guru boleh menggantung kad-kad bacaan yang tertera
perkataan atau nota-nota ringkas di atas dinding. Kad-kad yang berwarna-warni dan
dalam pelbagai bentuk memang dapat menarik minat murid untuk membaca.

3
Selain itu, guru juga boleh menyediakan ruang dan sudut multimedia bagi
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Sudut dan ruang
multimedia adalah sesuai dengan perkembangan semasa yang mengutamakan
pemikiran kreatif dan kritis. Bahan multimedia yang boleh disediakan di sudut tersebut
adalah seperti komputer dan televisyen. Guru boleh menggunakan bahan-bahan
multimedia tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya hasil
pembelajaran dapat dicapai.

Bahan bantu mengajar seperti video, audio, animasi, gambar dan sebagainya
dapat dipersembahkan melalui komputer. Penggunaan bahan bantu mengajar dan
media pengajaran tersebut dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif
dalam kalangan murid. Hal ini kerana semua murid diberi peluang untuk melibatkan
diri dalam aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru. Dengan penggunaan bahan
bantu mengajar seperti gambar, video dan slaid power point, proses pembelajaran
akan menjadi lebih menyenangkan dan mudah diterima oleh murid. Hal ini dapat
menghasilkan suasana kelas yang lebih hidup dan menarik. Secara tidak langsung,
keadaan yang ceria dalam kelas dapat memudahkan guru untuk mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Jika dilihat dari segi interaksi pula, penggunaan bahan bantu mengajar yang
berpusatkan murid ini akan menggalakan interaksi yang lebih berkesan antara murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu
dengan murid lain sebaliknya mereka akan sentiasa mencuba segala aktiviti yang
diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid-murid
akan tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menyelesaikan
kerja kumpulan yang diberikan oleh guru. Hal ini secara tidak langdung dapat
mengeratkan hubungan antara murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Selain itu,
murid akan lebih berkeyakinan dan berani untuk bertanya kepada guru sekiranya
mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar.

Selain daripada sudut-sudut yang tersebut di atas, guru juga boleh


mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-
sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam,
kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara kita. Murid akan
lebih memahami cara hidup, adat resam, pantang larang dan perayaan kaum-kaum
lain di negara kita. Secara tidak langsung, ini dapat membina sifat keterbukaan dan
toleransi dalam diri murid-murid. Oleh itu, murid-murid akan lebih menghormati dan
menghargai budaya setiap kaum di Malaysia.

4
b. Pengurusan Persekitaran Sosioemosi

Dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya, pengurusan persekitaran
sosioemosi juga harus diberi perhatian oleh guru. Perkataan sosioemosi terdiri
daripada dua perkataan, iaitu sosial dan emosi. Perkataan sosial merujuk ciri-ciri
kehidupan manusia yang membentuk masyarakat. Perkembangan sosial merupakan
proses kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat
diterima oleh masyarakat dan budayanya (Aida, 2004). Ia bermula sejak alam kanak-
kanak bagi setiap individu dan akan mempengaruhi kehidupan individu itu seterusnya.
Menurut Asmah (2012), emosi pula ialah satu perasaan dan juga gerak hati yang
dialami oleh seseorang individu yang akan terpapar melalui tindak balas fisiologi
sekiranya berlaku rangsangan terhadap emosi dalam sesuatu keadaan.

Pengurusan persekitaran sosioemosi adalah penting bagi mewujudkan peserkitaran


bilik darjah yang mesra budaya kerana perkembangan sosial yang positif dapat
membantu seseorang murid itu sentiasa mempertimbangkan emosinya dengan
mengawal emosinya dengan bijak. Oleh itu, guru haruslah membina persekitaran
sosioemosi yang positif dalam diri murid-murid seawal peringkat kanak-kanak lagi. Bak
kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Guru Sebagai Model Kepada Murid

Bagi membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menjadi
model utama kepada anak muridnya. Hal ini kerana kanak-kanak akan
mengembangkan sosioemosinya melalui pemerhatian dan peniruan. Maka, guru
haruslah sentiasa sedar bahawa segala tingkah laku dan perlakuanya akan diperhati
dan ditiru oleh murid-murid secara tidak langsung. Oleh itu, guru berperanan untuk
menjadi model perlakuan yang baik, menunjukkan sifat penyayang terhadap murid,
dapat mengurus emosi sendiri dengan berkesan dan mempunyai kemahiran sosial
yang tinggi.

Guru perlu memaparkan amalan-amalan yang santun tersebut dalam


kehidupan hariannya terutamanya apabila guru berinteraksi dengan anak murid
mereka. Guru haruslah mengelakkan diri daripada menggunakan perkataan yang
kasar dalam percakapannya dengan murid. Contohnya, apabila mengajar murid-murid
yang kurang cerdik dalam pelajaran, guru haruslah mampu mengawal emosi diri. Guru
haruslah bercakap dengan menggunakan suara yang lebih lemah lembut dengan
penuh kasih sayang walaupun hendak mengulang-ulang isi pembelajaran kepada
murid yang lemah dalam pelajaran mereka. Murid-murid memang akan dapat merasai

5
mereka adalah individu yang disayangi oleh guru mereka walaupun lemah dalam
pelajaran. Secara tidak langsung, keyakinan diri dalam murid-murid tersebut dapat
dibina dan membantu mereka untuk menjalin hubungann yang erat dengan kawan-
kawan lain di dalam bilik darjah.

Selain itu, guru juga perlu sentiasa memperhatikan setiap perlakuan murid dan
perlakuan murid yang menepati kehendak sosial perlu diberikan ganjaran. Contohnya,
seorang murid yang mengajar kawannya yang berlainan kaum untuk membuat kerja
rumah harus diberi ganjaran. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada murid itu
bahawa perbuatan yang baik hati dan tidak mementingkan diri sendiri tersebut adalah
betul dan boleh diterima oleh guru. Perkara ini juga dapat membantu murid tersebut
untuk terus berkelakuan baik dan sentiasa mengulangi perbuatan tersebut dalam bilik
darjah. Murid lain juga akan mencontohi perlakuan tersebut selepas melihat ganjaran
yang diterimanya. Secara tidak langsung, amalan tolong-menolong tanpa mengira
bangsa antara murid dapat dibina. Akhirnya, persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya dapat dibina.

Persekitaran dan Pengalaman

Persekitaran dan pengalaman juga memainkan peranan yang penting dalam


usaha untuk mewujudkan peserkitaran yang mesra budaya. Selain ibu bapa yang
menjadi model kepada kanak-kanak, guru dan rakan-rakan di sekolah juga
berperanan besar dalam proses perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Guru
haruslah mementingkan aktiviti berkumpulan dalam perancangan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah supaya dapat mengeratkan hubungan antara murid
dengan murid.

Melalui aktiviti berkumpulan, murid-murid akan mendapat pengalaman bekerja


dalam sebuah pasukan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Melalui interaksi
dan komunikasi yang terdapat dalam aktiviti kumpulan, murid-murid akan lebih
memahami antara satu sama lain. Murid akan menyedar bahawa apa perbuatan atau
perkataan yang harus dielakkan kerana akan mendatangkan ketidakselesaan atau
apa perbuatan yang boleh dikekalkan kerana dapat mewujudkan suasana yang selesa
dalam sesuatu kumpulan. Penyediaan persekitaran yang mendedahkan pengalaman
kepada murid dalam berkomunikasi dengan rakan-rakan ialah pengalaman awal yang
dilalui dalam memastikan murid mampu membezakan bentuk komunikasi yang
disenangi oleh orang lain terhadap dirinya. Jelaslah bahawa melalui aktiviti kumpulan
yang dikendalikan, ia dapat memberikan pengalaman kepada murid untuk memahami

6
perasaan murid lain dan cuba untuk mengubah tingkah laku sendiri supaya dapat
disenangi dan diterima oleh ahli kumpulannya.

Walaupun murid-murid mempunyai bahasa ibunda masing-masing yang


dipertuturkan dalam rumah, tetapi murid-murid perlu didedahkan dengan pengalaman
berkomunikasi dalam bahasa rasmi iaitu Bahasa Malaysia serta Bahasa Inggeris yang
digunakan atas keperluan global. Maka, para guru hendaklah bertanggungjawab untuk
menyediakan persekitaran yang dapat memberikan peluang kepada murid-murid
untuk berkomunikasi dengan betul. Cara ini dapat membolehkan murid berinteraksi
sesama mereka tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Jelaslah bahawa murid-murid perlu diberi peluang untuk bergaul dengan


rakan-rakan yang berbeza etnik supaya dapat membina hubungan erat antara mereka.
Kemahiran dalam berkomunikasi mendorong ke arah terbinanya satu hubungan sosial
yang harmoni.

RUMUSAN

Kesimpulannya, kemahiran guru menggunakan kreativiti serta


mengaplikasikan pengetahuan dan teknik yang bersesuaian amatlah penting dalam
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Gabungan elemen-elemen
fizikal dan sosioemosi dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni yang
membantu ke arah pencapaian objektif pembelajaran. Jika seseorang guru tersebut
berjaya mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya, maka guru tersebut
secara tidak langsung berjaya membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta
menjunjung masa hadapan yang dikongsi bersama.

7
RUJUKAN

Aida, S. W. (2004). Hakikat bahasa menurut Chomsky dan Al-Attas: Satu tinjauan
perbandingan. Jurnal Kesturi, 2, 14-16.

Asmah, H. A. (2012). Peranan Guru dalam Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah


yang Mesra Budaya. Diakses daripada
http://members.tripod.com/siti_2/01/84.html

Burden, P. R. (2004). Methods for Effective Teaching. Boston: Allyn and Bacon.

Hasani, M. D. (2006). Asas Pengurusan Tingkah Laku Guru Novis di Bilik Darjah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum


dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepada. Diakses daripada
http://eprints.utm.my/10727/1/Tahap_Perpaduan_Pelajar_Pelbagai_Kaum_
alam_Mata_Pelajaran_Kemahiran_Hidup_Bersepadu.pdf

Montgomery, W. (2001). Creating culturally responsive, inclusive classroom.


Teaching Exceptional Children, 33(4), 4-9.

Noriati, A. R. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Woolfolk, B. Y. (2001). Educational Psychology. Boston: Allyn and Bacon.

You might also like