Jawapan Budaya Dan Pembelajaran
Jawapan Budaya Dan Pembelajaran
Jawapan Budaya Dan Pembelajaran
SOALAN 1
Profesion keguruan merupakan antara salah satu bidang yang terpenting di
dalam membina sesebuah tamadun bangsa. Hal ini kerana bidang ini mentik
beratkan konsep memanusiakan manusia. Tugas guru ialah mendidik pelajar
dengan memberi maklumat sehinggalah dapat melahirkan seorang insan
yang kreatif dan kreatif serta mempunyai ilmu untuk menghadapi kehidupan
dan cabaran yang sebenar.
Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli
akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti di dalam sesebuah
kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang
dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi
pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu
pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap
sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan
corak pembelajaran mereka. Setelah guru mampu memahami serta
mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas, impaknya pelajar boleh
mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
NO. ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP3073
Menurut Syed Ismail Syed Mustapa (2012) aspek bahasa harus diberi
pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum pastilah menyebabkan berlakunya dialek bahasa yang sedikit
sebanyak akan memberi impak kepada pembelajaran. Jurang yang berlaku
akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan.
RUJUKAN
Abd Rahim Abd Rashid (2001), Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan, Kuala
(Semester 1), Shah Alam Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Terbitan
Pertama.
Koo Kee Peng dan Tan Chee Yee (1990), Pendidikan Moral, Subang Jaya,
Edisi ke-8.
Zulhilmi Paidi dan Rohani Abbdul Ghani (2003), Pendidikan Negara Bangsa,
SOALAN 2
NO. ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP3073
Antara program yang telah diwujudkan ialah, bermula 2008, secara rasmi
kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memulakan Program Kelas Dewasa Bagi Ibubapa Murid Orang Asli dan
Penan (KEDAP KPM) yang kemudiannya dinamakan sebagai Kelas Dewasa
Bagi Ibubapa Murid Orang Asli dan Peribumi, bertujuan untuk memberi
pendidikan literasi kepada ibubapa pelajar Orang Asli (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2008). Di samping itu, di bawah inisiatif Jabatan Kemajuan Orang
Asli, pendidikan dewasa Orang Asli telah diperluaskan lagi dengan
terlaksananya dua program pendidikan Orang Asli dewasa iaitu Program
Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) yang telah dimulakan mulai 2009 dan
Program Kelas Dewasa Orang Asli Peribumi (KEDAP JAKOA) bermula pada
tahun 2013 (JAKOA, 2013a; JAKOA, 2013b). Bagi Program Latihan
Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), ia memfokuskan kepada Orang Asli dewasa
untuk memperolehi pendapatan . Penganjuran kursus-kursus yang memberi
NO. ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP3073
kemahiran kepada belia dan Orang Asli dewasa seperti Kursus Asas Tukang
Kayu, Kursus Asas Rotan, Kursus Asas Perubatan untuk belia dan beliawanis
Orang Asli (JHEOA, 1985), program latihan kraftangan, perkhidmatan
pengembangan pertanian (khidmat nasihat) dan kegiatan koperasi (Razali
Tumirin, 1986). Walau bagaimanapun ia kurang mendapat penyertaan Orang
Asli dewasa dan di antara sebabnya adalah kerana Orang Asli pada masa itu
menilai sesuatu program yang dianjurkan berdasarkan ganjaran yang boleh
diperolehi mereka dari JHEOA, pengaruh kehidupan dan alam sekitar
mereka, lambat menerima pembaharuan dan perubahan yang dibawa dan
kegagalan pihak JHEOA sendiri untuk menentukan kehendakbagai
kemahiran yang kemudiannya memberi mereka peluang pekerjaan
berdasarkan kemahiran yang diperolehi manakala bagi Program Kelas
Dewasa Asli Peribumi ia memfokuskan kepada kemahiran literasi dan
numerasi kepada Orang Asli dewasa.
rakyat Malaysia yang sihat dan harmoni melalui pendidikan yang diberi.
Matlamat pendidikan SBJK adalah untuk mengembangkan potensi murid
secara menyeluruh melalui kemahiran asas vokasional, mengamalkan jati diri
untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai pembelajaran
sepanjang hayat mereka. Matlamat tersebut boleh dicapai dengan
menggunakan kurikulum perdana yang dimodifikasikan (KPM, 2013b). Adalah
diharap dengan tertubuhnya sekolah-sekolah seperti ini dapat membantu
mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan penduduk Malaysia dan
memberi peluang untuk laluan kerjaya bagi kanak-kanak jalanan dan
terpinggir agar dapat meneruskan kehidupan mereka mengikut laluan kerjaya
yang lebih baik. Hal ini adalah selari dengan matlamat PPPM 2013-2025 yang
bermatlamat untuk menyediakan kesamarataan peluang pendidikan kepada
semua
RUJUKAN
Abdul Rahman Ahmad, 2006. Pembangunan Modal Insan: Apa dan Kenapa
Perlu Dalam Konteks Organisasi di Malaysia. Kuala Lumpur,
Penerbit Human Resources Academy.
Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa, 1994. Falsafah dan Konsep
Pendidikan. Selangor, Penerbit Fajar Bakti.