Kata Bantu

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Kata Bantu

Kata Bantu Aspek


1. Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama, iaitu menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu / ragam.

2. Kata Bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bentuk
ragam.

i) Kata Bantu Aspek


- Kata bantu aspek memberitahu sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dibuat.

-Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada lampau, kini atau masa
hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, baru, pernah, sedang, masih, akan dan belum.

ii) Kata Bantu Ragam.


- Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait
dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.

- Kata bantu ragam menerangkan perasaan dan pendapat orang yang melakukan perbuatan ini.
Kata Penguat

1. Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk
menguatkan maksud terkandung dalam kata adjektif.

2. Terdapat 3 jenis kata penguat iaitu:

a. Kata Penguat Hadapan.

Kata penguat hadapan Contoh

terlalu Baju di pasar raya itu terlalu mahal.

paling Sambal tumis itu paling sedap

agak Jalan di kawasan itu agak bahaya.

b. Kata Penguat Belakang

Kata penguat belakang Contoh

sekali Hujah murid itu bernas sekali.

nian Nyaman nian udara di puncak pusat


peranginan tanah tinggi itu.

benar Cantik benar rantai mutiara itu.

betul Besar betul rumah Ah Meng.

c. Kata Penguat Bebas

Kata penguat bebas Contoh

amat 1. Kraf tangan itu amat cantik.

2. Kraf tangan itu cantik amat.

sangat 1. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangatberat.

2. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria beratsangat.

sungguh 1. Kereta yang dipandu oleh Osman sungguhlaju.

2. Kereta yang dipandu oleh Osman lajusungguh.


KATA PEMERI
1. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
i. ialah
ii. adalah

2. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.

3. ialah
- menunjukkan persamaan
- hadir di hadapan frasa nama
1. Rumah yang cantik itu ialah rumah En. Mazlan.
2. Emak ialah seorang guru.
3. Agama rasmi Negara ialah agama Islam.
4. Adalah
- menunjukkan huraian atau keterangan.
- Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi
1. Meja yang dibeli itu adalah daripada kayu jati.
2. Warna kasut abang adalah hitam.
3. Tujuan pertandingan itu diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru.

Kata Penegas

1. Kata penegas atau partikel ialah perkataan yang digunakan sebagai penegas/pengasas dalam sesuatu
pernyataan. Kata penegas atau partikel ialah perkataan kecil yang tidak membawa makna penuh atau
lengkap kecuali hanya untuk menentu-kan makna ayat. Kata penegas terbahagi kepada dua jenis.
2. Kata penegas - yang hanya menegaskan frasa predikat (cerita).
CONTOH BENTUK PARTIKEL Kata penegas -kah , -lah , dan -tah ditulis bercantum pada akhir perkataan. -
kah -lah -tah pun
3. Partikel -kah digunakan untuk menegas-kan sesuatu pernyataan atau memberi penekanan kepada
sesuatu ayat tanya dan ayat seruan .
CONTOH : 1) Apa kah yang kamu bawa di dalam beg plastik itu?
2) Oh, alang kah bertuahnya kamu kerana mempunyai keluarga yang bahagia!
4. Partikel -lah digunakan untuk menegas-kan sesuatu suruhan , permintaan , doa atau pernyataan.
CONTOH : 1) Pemuda itu lah yang telah menghantar saya ke hospital semalam.
2) Buat lah seperti yang telah dirancang-kan jika kamu ingin berjaya.
5.Partikel -tah digunakan untuk menegas-kan sesuatu pernyataan , keadaan harian dan situasi tidak
sabar .
CONTOH : 1) Siapa tah yang suka membuang sampah sarap di kawasan ini.
2) Bila tah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu.
6. Partikel pun digunakan untuk menegas-kan atau memberi penekanan kepada ayat penyata .
CONTOH : 1) Guru besar pun terlibat dalam gotong-royong semalam.
2) Mazlan pun menutup televisyen setelah disuruh oleh ayahnya.
Kata Nafi

PERKARA KETERANGAN

Kata Nafi Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu frasa
predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi. Terdapat dua
bentuk kata nafi, iaitu:

i) Bukan ii) Tidak

Bukan Digunakan untuk menafikan unsur frasa nama dan frasa sendi nama bagi predikat
dalam sesuatu ayat.
Contoh:
Budak kecil itu bukan adik saya.
(adik saya = frasa nama)
Hadiah yang saya beli ini bukan untuk kamu.
(untuk kamu = frasa sendi)
Tidak Digunakan untuk menafikan unsur frasa kerja dan frasa adjektif bagi predikat dalam
sesuatu ayat.
Contoh:
Ayah tidak pergi ke pejabat kerana keretanya rosak.
(pergi ke pejabat = frasa kerja)
Baju yang dibelinya tidak cantik walaupun mahal harganya.
(cantik = frasa adjektif)
Peringatan:-
Kata nafi tidak perlu digunakan bagi frasa sendi yang membawa maksud kata kerja
atau frasa kerja.
Contoh:
Ayah tidak ke pejabat kerana keretanya rosak.
(ke pejabat frasa sendi tetapi membawa maksud kata kerja pergi ke pejabat
yang mengalami pengguguran)
Ayah bukan ke pejabat kerana keretanya rosak. (salah)
Walau bagaimanapun, kata nafi tidak yang hadir untuk menafikan frasa adjektif dan
frasa kerja perlulah digantikan dengan kata nafi bukan sekiranya kedua-dua frasa itu
mendukung maksud pertentangan maklumat yang biasanya ditandai dengan
kata tetapi.

Contoh:
Ayah bukan pergi ke pejabat tetapi ke pasar. (betul)
Ayah tidak pergi ke pejabat tetapi ke pasar. (salah)
Budak baharu itu bukan pandai tetapi sangat rajin. (betul)

Budak baharu itu tidak pandai tetapi sangat rajin. (salah)


Kata Seru

1. Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang
seperti geram, hairan, marah, takut, sakit, dan sebagainya.

2. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh


1. Aduh, sakitnya kakiku!
menyatakan perasaan sakit atau
aduh hairan
2. Aduh, indah sungguh kawasan
ini!
menyatakan perasaan mengejek, 1. Cih, bedebah betul budak ini!
cih / cis tidak suka, atau marah 2. Cis, nyah engkau dari sini!
1. Eh, bila kamu sampai!
menyatakan perasaan hairan atau
eh terkejut
2. Eh, dulu kawasan ini semak-
samun.
1. Hai, jangan duduk di situ!
untuk menarik perhatian atau untuk
hai menegur seseorang
2. Hai, lama saya tidak melihat
kamu!
untuk menarik perhatian atau 1. Nah, itu orangnya!
nah memberikan sesuatu 2. Nah, terimalah habuanku!
menyatakan perasaan hairan, 1. Oh ibu, ampunilah dosaku!
oh terkejut, kecewa, dan sebagainya 2. Oh, kamu rupanya!
wah menyatakan perasaan kagum Wah, bijak sungguh budak itu!
1. Amboi, murah betul barang-
amboi menyatakan rasa hairan atau kagum barang ini!
2. Amboi, manja budak ini!
1. Ah, saya tidak akan pergi!
untuk menyatakan tidak setuju atau
ah menolak sesuatu
2. Ah, saya tidak akan menurut
kata-katanya itu!
1. Wahai anakku, bertaubatlah!
untuk menyatakan perasaan sedih
wahai atau untuk menarik perhatian
2. Wahai orang-orang yang
beriman, kerjakanlah sembahyang!

Kata Tanya

APA

- Untuk menanyakan benda, haiwan, atau tempat

1.Apakah benda di dalam kotak itu?

2.Apakah warna jalur gemilang?


3.Apakah makanan kegemaran awak?

MENGAPA

-Untuk menanyakan sebab

1.Mengapakah awak tidak hadir ke sekolah?

2.Mengapakah anak-anak itu didera?

3.Mengapakah Syafikah menangis?

BILA

-Digunakan untuk menanyakan masa

1.Bilakah projek tersebut akan siap?

2.Bilakah pameran seni khat di muziumitu akan berakhir?

3.Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?

SIAPA

-Untuk menanyakan manusia

1.Siapakah yang terlibat dalam konspirasi itu?

2.Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?

3.Siapakah nama ibu kamu?

BERAPA

-Menanyakan masa atau bilangan

1.Pukul berapakah pengantin lelaki akan sampai?

2.Berapakah jumlah pelajar di kelas Tahun Enam Bestari?

3.Berapakah harga sepasang kasut sukan itu?

BAGAIMANA

-Menanyakan keadaan atau cara

1.Bagaimanakah dia menjalani kehidupan tanpa tempat bergantung?

2.Bagaimanakah kemalangan itu berlaku?

3.Bagaimana pelangi terjadi?


MANA

- Menanyakan tempat atau arah

1.Di manakah lombong bijih timah mula-mula dibuka di Tanah Melayu?

2.Di manakah rumah Ahmad?

3.Di manakah Jalan Abdul Rahman?

You might also like