100% found this document useful (2 votes)
478 views

Nota Kata Hubung

Kata hubung digunakan untuk menghubungkan perkataan, rangkai kata, ayat dan klausa. Terdapat tiga jenis kata hubung iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan. Kata hubung digunakan untuk menyambung ayat dan memberi maksud hubungan antara bahagian ayat.

Uploaded by

Yin Yen
Copyright
© © All Rights Reserved
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
100% found this document useful (2 votes)
478 views

Nota Kata Hubung

Kata hubung digunakan untuk menghubungkan perkataan, rangkai kata, ayat dan klausa. Terdapat tiga jenis kata hubung iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan. Kata hubung digunakan untuk menyambung ayat dan memberi maksud hubungan antara bahagian ayat.

Uploaded by

Yin Yen
Copyright
© © All Rights Reserved
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 6

KATA HUBUNG

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk:


a) Menggabungkan perkataan dengan perkataan.
b) Rangkai kata dengan rangkai kata.
c) Ayat dengan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:


(a)

kata hubung gabungan.

(b)

kata hubung pancangan.

- Kata hubung pancangan relatif


- Kata hubung pancangan komplemen
- Kata hubung pancangan keterangan
(c)

kata hubung berpasangan.

Kata hubung gabungan


Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan,
sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:

Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.

Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung, katanya.

Dia mengelak, lantas menikam.

Kata hubung pancangan


a) Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini
menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:

Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.

Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.

Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.


1

b) Kata hubung pancangan komplemen


Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen
bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata
hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:

Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.

Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.

Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

c) Kata hubung pancangan keterangan


Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung
itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika,
jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:

Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat

Saya berkawan dengannya semenjak kecil

KATA HUBUNG BERPASANGAN


Kata hubung berpasangan
Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan
kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialahbaik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah,
entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula,
semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, danwalaupun...namun..
Contoh-Contoh Ayat:
Contoh

Ayat Contoh

Baik - mahupun

Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama


bergotong royong membersihkan balai raya itu.

Baik- baik

Baik Daud baik adiknya sama-sama pintar.

bukan sahaja malah

Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng


sekolah.

entah

entah

Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah


tidak.

Jangan pun

Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.

Kian kian

Kian lama kian banyak orang yang ke sana.


2

Sama ada ataupun

Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu


murid hadir ke Sekolah.

sedangkan...inikan pula

Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan


pula Bukit Larut.

semakin...semakin

Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.

sungguhpun...tetapi

Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.

walaupun...namun

Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

Senarai KATA HUBUNG:1. Apabila


Ayat contoh:
a. Semua murid berdiri tegak apabila bendera Malaysia dinaikkan.
b. Apabila hujan reda,perlawanan itu pundisambung semula.
2. Atau
Ayat contoh:
a. Kamu suka minum teh atau kopi?
b. Gadis itu kehilangan rantai atau cincin?
3. Dan
Ayat contoh:
a. Ali dan Muthu bermain badminton di situ.
b. Saya membasuh muka dan menggosok gigi.
4. Jikalau/jika/kalau
Ayat contoh:
a. Jikalau kamu belajar dengan bersungguh-sungguh tentu kamu akan berjaya.
b. Jikalau kamu gagal,cubalah lagi.
5.Kecuali/melainkan
Ayat contoh:
a. Seng Chong suka makan semua jenis buah-buahan teempatan kecuali langsat.
b. Semua orang hendak pergi kecuali Ahmad.
6.Lalu
Ayat contoh:
a. Dia mengambil galah lalu menjolok buah mangga itu.
b. Dia masuk ke dalam bilik itu lalu memasang lampu.
7.Sebab/kerana
3

Ayat contoh:
a. Adik saya menangis sebab perutnya lapar.
b. Anjing itu mati sebab dilanggar lori.
8.Sebelum
Ayat contoh:
a. Kerja kamu mestilah siap sebelum pukul 5.00 petang.
b. Sebelum menjawab,dia menjawad soalan-soalan dengan teliti.
9.Tetapi
Ayat contoh:
a. Pokok mangga itu sudah besar tetapi masih belum berbuah.
b. Dia ingin membeli sebuah rumah tetapi tidak mampu.
10.Sambil
Ayat contoh:
a. Abang mendengar muzik sambil menulis surat.
b. Sambil berbual-bual,mereka bergurau senda.
11.Supaya/agar
Ayat contoh:
a. Bacalah dengan kuat supaya dapat didengar oleh semua murid.
b. Dia membubuh baja agar pokok itu cepat membesar.
12.Setelah/selepas
Ayat contoh:
a. Selepas membuat eksperimen,perbincangan pun diadakan.
b. Dia berasa letih selepas sibuk bekerja sepanjang hari.

13.Sungguhpun/walaupun
Ayat contoh:
a. Sungguhpun cuaca kurang baik,pertandingan itu tidak ditangguhkan.
b. Dia tidak berputus asa walaupun dia sudah gagal.

14.Sejak/semenjak
Ayat contoh:
a. Sejak bangunan yang baru didirikan,murid di sekolah itu bertambah ramai.
b. Semenjak diberi nasihat,sikapnya telah berubah.
15.Serta
Ayat contoh:
a. Mereka minum teh serta makan nasi lamak.
b. Orang itu tamak serta kedekut.
4

16.Hingga/sehingga
Ayat contoh:
a. Dia memaluular itu hingga mati
b. Kami akan menunggu di sini sehingga dia datang.

17.Sementara
Ayat contoh:
a. Mereka berbual-bual di situ sementara menunggu hujan reda.
b. Kami menyajikan makanan di atas meja sementara menunggutetamu datang.
18.Manakala
Ayat contoh:
a. Dia rajin manakala adiknya malas.
b. Gajah hidup di darat manakala ikan hidup di dalam air.
19.Tentang
Ayat contoh:
a. Mereka sedang berbincang tentang hal yang amat penting.
b. Beliau akan bercakap tentang kemajuan sekolah ini.
20.Yang
Ayat contoh:
a. Pemuda yang berjaja buah-buahan itu sangat rajin.
b. Dia mendapat hadiah yang istimewa.
21.Lagi
Ayat contoh:
a. Murid itu bijak lagi rajin.
b. Istana itu besar lagi cantik.
22.Selain
Ayat contoh:
a. Selain menternak ayam,Puan Wong juga menanam sayur-sayuran.
b. Selain menjemput saudara mara, dia juga menjemput semua kawannya.
23.Maka
Ayat contoh:
a. Disebabkan kesombongannya ,maka dia dibenci orang.
b. Dengan keberanian pemuda itu maka budak yang hampir mati lemas itu diselamatkan.
24.Malah/malahan
Ayat contoh:
a. Selepas makan ubat,pesakit itu tidak sembuh, malah keadaannya bertambah tenat.
5

b. Dia bukan sahaja bijak, malahan rajin pula.


25.Sedangkan
Ayat contoh:
a. Bagaimana pencuri memasuki rumah, sedangkan pintu rumahnya dikunci.
b. Wai Kong tidak mahu makan ubat,sedangkan dia belum sembuh lagi.
26.Bahawa
Ayat contoh:
a. Budak itu menyatakan bahawa keluarganya miskin.
b. Kami mengetahui bahawa dia berbohong.
27.Bahkan
Ayat contoh:
a. Bukan kami sahaja ,bahkan murid yang terbijak pun tidak dapat menjawab soalan itu.
b. Datuk saya bukan sahaja tidak tahu menulis,bahkan tidak tahu membaca.
28.Selagi
Ayat contoh:
a. Kanak-kanak itu dibenarkan masuk sekolah rendah,selagi umurnya belum cukup enam tahun.
b. Talian telefon di rumahnya tidak akan disambung semula selagi bil telefonnya belum dibayar.
29Asalkan
Ayat contoh:
a. Kanak-kanak boleh masuk ke kawasan itu asalkan diringi oleh orang dewasa.
b. Kamu boleh meminjan buku itu asalkan tidak mengotorkannya.
30.Padahal/walhal
Ayat contoh:
a. Mengapa dia hendak membeli pakaian yang mahal-mahal walhal dia bukan orang kaya.
b. Kami ingat dia lembap walhal dia murid yang amat bijak.

You might also like