Program 3k

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PROGRAM 3K - KECERIAAN SEKOLAH

Program 3K melibatkan faktor keselamatan , keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah. Sekolah yang
ceria dan kondusif dapat menarik minat pelajar datang ke sekolah setiap hari dan dapat membentuk nilai
sayang , bangga dan cintakan sekolah. Gambaran awal terhadap imej sesebuah sekolah terletak
pada keindahan persekitarannya dan wajah bangunan yang seronok mata memandang. Untuk mencapai
hasrat ini , pihak pengurusan sekolah harus melihat faktor berikut :
1. Keciaan kawasan persekitaran sekolah
2. Keceriaan bangunan
3. Keceriaan landskap
4. Keceriaan kantin
5. Keceriaan bilik darjah
6. Kemudahan pasarana
Program 3K dibawah Unit Hal Ehwal Murid yang mana unit ini menubuhkan Ahli Jawatankuasa Program
3K peringkat Sekolah. Ahli jawatan kuasa terdiri dari pihak sekolah dengan agensi luar yang terlibat
anataranya Pasukan Bomba dan Penyelamat , Polis DiRaja Malaysia , pengusaha bas sekolah , Majlis
Perbandaran , Pejabat Kesihatan Daerah , Persatuan ibubapa dan komuniti setempat. Mereka harus
mengadakan mesyuarat sekurang - kurangnya 2 kali setahun.

KECERIAAN KAWASAN PERSEKITARAN


Persekitaran yang ceria dapat menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah setiap hari. Mereka merasa
seronok ketika berada dalam kawasan sekolah. Dam Haji Gergasi ini dapat menarik minat mereka
datang awal ke sekolah dan bermain bersama rakan - rakan mereka dalam keadaan yang riang. Air
terjun dan kolam ikan membuatkan mereka asyik melihat ikan - ikan berenang bebas dan mendengar
derunan air yang terjun jatuh ke dalam kolam. Pondok sehat yang disediakan membolehkan mereka
belajar bersama - sama sebelum sekolah bermula. Untuk mengindahkan kawasan persekitaran sekolah
memerlukan kos dan masa untuk melaksanakannya. Untuk tujuan itu pihak sekolah boleh :
1. Mengadakan aktiviti gotong royong menceriakan kawasan sekolah
2. Mengadakan usahasama dengan pihak pibg
3. Mendapatkan sumbangan dana dari pihak luar
4. Sumbangan ikhlas dari ibubapa pelajar
5.
KECERIAAN BANGUNAN SEKOLAH

Mural pada dinding bangunan sekolah ditempatkan di temapt yang strategik menjadikan wajah sekolah
bertambah cantik dan menarik. Ia ibarat bangunan yang disaluti dengan pakaian yang cantik dan
menarik. Dari jauh sudah kelihatan keindahan dan keunikannya. Bangunan sekolah yang malap akan
mengakibatkan
1. Kelihatan kurang daya tarikan awal
2. Menggambarkan imej awal pihak pentakbiran sekolah
3. Keseronokan tidak wujud diperingkat awal lagi
4. Pesepsi yang kurang baik dari pandangan orang luar serta ibubapa pelajar
5. Wujudnya perasaan malas pelajar untuk datang ke sekolah kerana tidak ada daya
tarikan
KECERIAAN LANDSKAP SEKOLAH
Sekolah yang berkonsepkan sekolah dalam taman memerlukan keceriaan landskap yang tersusun dan
menarik. Kaedah sagmen ( sudut ) dan lorong boleh digunakan sebagai strategi susun atur. Wujudkan
taman sains , taman herba , kebun buah - buahan , kebun sayur , taman kektus dan dataran
kemerdekaan. Kejayaan pihak sekolah membangunkan keceriaan landskap banyak bergantung kepada
hubungan dengan pihak :
1. Kontraktor pembersihan sekolah
2. Persatuan ibubapa dan guru
3. Kelab dan persatuan di sekolah
KECERIAAN KANTIN SEKOLAH
Kantin yang ceria dan selesa menambah seri sesebuah sekolah. Kemudahan asas hendaklah lengkap ,
dalam keadaan baik dan teratur.Manu makanan haruslah dipelbagaikan terutama barang makanan yang
berkhasiat. Keceriaan dan keselesaan ini boleh dibantu oleh pengusaha kantin dan kekerapan ahli
jawatankuasa kantin menilai tahap kebersihan , keceriaan dan keselamatan pelajar. Laporan mingguan
harus diteliti dan jika ada sebarang isu atau pandangan , hendaklah diambil tindakan pantas. Faktor
penting adalah keselesaan dan keselamatan pelajar.

KECERIAAN BILIK DARJAH


Kelas yang ceria dan selesa serta bersih dapat meransang minda pelajar untuk belajar dalam suasana
yang kondusif. Maklumat - maklumat yang ditampal pada papan kenyataan harus menarik dan
diselenggara selalu supaya dikemaskini. Untuk tujuan ini pihak sekolah harus mengerakkan :
1. Penglibatan guru darjah dan seluruh warganya
2. Mengadakan program pertandingan keceriaan kelas setiap minggu
3. Memberi pengiktirafan berstatus bintang yang dilekatkan pada papan kenyataan dalam
kelas yang bertujuan untuk memberi ransangan supaya terus berusaha mengekal dan
mempertingkatkan keceriaan kelas mereka.
4. Penglibatan pihak persatuan ibubapa serta ibubapa pelajar kelas tersebut dengan cara
memberikan bantuan dari aspek pembelian cat dan kain langsir.
Asas utama kepada kejayaan program ini adalah kerjasama yang bersepadu serta seronok
melaksanakan keceriaan dengan bantuan pelbagai pihak. Penat lelah akan terubat jika segala usaha
yang dijalankan mendapat sokongan dari pelbagai pihak khasnya ibubapa pelajar itu sendiri.

KEMUDAHAN PRASARANA SEKOLAH


Bilik - bilik khas dan podok rehat adalah merupakan sebahagian daripada prasarana sekolah yang boleh
membantu meningkatkan suasana kecerian sesebuah sekolah. Prasarana yang lengkap dan
diselenggara dengan baik serta sentiasa dimunafaatkan demi kemenjadian pelajar.

PENGURUSAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Kesihatan melibatkan 3 elemen penting yang harus diberikan perhatian sama penting dengan akademik
pelajar. Tiga faktor yang harus diberikan perhatian iaitu :
1. Kesihatan fizikal yang melibatkan jasmani
2. Kesihatan mental yang melibatkan rohani
3. Kesihatan sosial atau gaya hidup
Pentakbir sekolah harus peka dengan perkembangan kesihatan yang melibatkan guru dan juga pelajar
kerana jika diabaikan ia mengundang masalah tekanan , ketidak selesaan dan ketegangan @ ketidak
tenteraman. Ia juga boleh mengakibatkan kemurungan atau kecelaruan jiwa jika dibiarkan berpanjangan.
Persekitaran kerja yang tidak kondusif atau gaya kepimpinan yang tidak bersesuaian boleh menjadi
faktor penyumbang. Persekitaran pembelajaran yang tidak harmoni dan kurang menarik menyebabkan
pelajar menjadi bosan atau tertekan.

You might also like