Sej p1
Sej p1
Sej p1
SEJARAH
SEJARAH DUNIA (1500 – 1955 )
KERTAS 1
( Dua jam )
STPM 940/1
[ Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
SULIT
1. Huraikan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 sehingga abad
ke-19 Masihi. [ 20 ]
4. Bincangkan sumbangan Adam Smith dalam bidang ekonomi di Eropah pada abad
ke-18 Masihi. [ 20 ]
940/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
1. Huraikan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke 18 sehingga abad ke
19 Masihi .
Pengenalan
Isi jawapan
1. Kegiatan ekonomi
Kemajuan dalam pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah, misalnya
melalui penemuan Humphry Davy (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam mengatasi
masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840 pula, saintis Jerman, Justus von
Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan (kimia)
Selain itu petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak
lembu dengan diselangi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.
3. Perkembangan bidang perindustrian
Pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia telah mendorong
kepada kewujudan masyarakat industri. Kemunculan pengusaha terkemuka seperti Alfred
Krupp telah berjaya mengeluarkan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
Kemajuan dalam industri kulit melahirkan perubahan dalam gaya hidup mewah dan
kehidupan yang lebih sihat . Pada tahun 1870-1914 , Jerman telah mengambil tempat
England dalam industri kulit.
Kemajuan dalam industri tekstil tertumpu di wilayah Rhineland , Saxony dan Selesia .
Bandar Berlin berperanan dalam meningkatkan pengeluaran tekstil di Jerman dengan
menggunakan mesin-mesin moden .
Ciptaan-ciptaan baru mulai berkembang di Jerman . Ianya telah mencetuskan inovasi baru
dalam teknologi di Jerman seperti kemunculan Syarikat kimia dan elektrik telah menjadi
perintis kepada pembangunan perusahaan kimia dan elektrik. Ianya juga membawa kepada
kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman. Syarikat Siemens dan Martin juga telah
meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta
tan. .
Bantuan modal telah membolehkan pihak bank mempunyai kuasa mengawal perusahaan
yang dijalankan oleh syarikat-syarikat industri. Bantuan modal juga mempercepatkan
perkembangan industri di Jerman pada tahun 1870an. Hal ini menggalakkan pertumbuhan
industri perlombongan arang batu , keluli , kapas dan kain bulu serta kemajuan sistem
pengangkutan darat dan laut . Selain itu penubuhan kartel di Jerman juga membantu
perkembangan industri apabila menguasai bekalan dan harga jualan bagi produk-produk.
7. Dasar kerajaan
Kewujudan masyarakat industri di Jerman juga dirangsang oleh dasar kerajaan Jerman
Pada tahun 1879 Jerman telah menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan
dasar melindungi industri. Hal ini membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran
Jerman antara tahun 1872 sehingga tahun 1910. Bismarck telah memperkenalkan undang-
undang insuran sosial pada tahun 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat
perlindungan. Kerajaan Jerman juga menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal untuk
melahirkan ramai tenaga mahir. Selain itu banyak pusat-pusat kesihatan dibina yang mana
kos pembiayaan 2/3 ditanggung oleh oleh pekerja dan selebihnya oleh majikan. Kerajaan
juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai satu langkah mengawal pemikiran rakyat.
Seterusnya kerajaan Jerman mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-
bank. Kerajaan Jerman fokus kepada kilang pengeluaran peralatan tentera dan senjata di
Eropah. Kerajaan juga telah mengenakan tarif ke atas barangan import agar ianya tidak
bersaing dengan barangan tempatan dan mengekalkan nilai mata wang.
8. Kejuruteraan manusia
Jerman menghasilkan pelbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala
besar. Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal
penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli imia dan fizik terlatih daripada universiti.
Beberapa perbadanan Jerman telah memberi sumbangan besar mencipta teknik baru
dengan menjalinkan teknik penyelidikan saintifik dengan amalan kerja biasa di kilang.
Menjelang akhir abad ke 19 , industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.
Kesimpulan
Masyarakat industri di Jerman merupakan masyarakat yang gigih berusaha dalam memajukan
ekonomi negara mereka. Perkembangan perindustrian yang pesat di Jerman telah
menyebabkan Jerman muncul sebagai kuasa imperialis untuk mendapatkan lebih banyak
bahan mentah seterusnya menjadikan Jerman sebuah Negara perindustrian yang disegani di
Eropah.
Pengenalan
Persekutuan ialah gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas tetapi
menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.Pemerintahan persekuatuan
merupakan satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa antara kerajaan pusat
dengan kerajaan negeri. Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa
masing-masing.
Pada 4 Julai 1776, kongres dalam persidangan yang diadakan di Philadelphia meluluskan
Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan. Melalui pengisytiharan ini, 13 buah koloni
digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka. Sistem pemerintahan kerajaan
persekutuan Amerika Syarikat berasaskan perlembagaan dan mempunyai badan-badan yang
memerintahAmerikaSyarikat seperti eksekutif , perundangan dan kehakiman.
Isi jawapan
Pada tahun 1789 draf perlembagaan akhir telah diterima selepas mengadakan
perbincangan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan persekutuan pada peringkat awal.
Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam penyediaan perlembagaan ialah Benjamins
Franklin , George Washington , John Adams dan lain-lain.
PerlembagaanAmerika Syarikat memperuntukan penubuhan sebuah kerajaan persekutuan
dan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan pusat
menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri , pertahan , cukai dan mata
wang. Manakala kerajaan negeri pula bertanggungjawab menggubal undang-undang
berkaitan adat dan budaya tempatan mereka.
Perlembagaan telah menggariskan bahawa struktur kerajaan terdiri daripada tiga
bahagian iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman
3. Badan Eksekutif
Badan eksekutif diketuai oleh seorang Presiden. Presiden boleh dilantik semula untuk
penggal kedua selama empat tahun selepas tamat tempoh. Semua undang-undang yang
diluluskan oleh Kongres mesti ditandatangani oleh Presiden. Presiden boleh menolak
daripada menandatangani sesuatu undang-undang. Presiden merupakan Ketua Turus
Angkatan Tentera
4. Badan Perundangan
Badan perundangan Amerika Syarikat dikenali sebagai Kongres yang terdiri daripada
Dewan Senat dan Dewan perwakilan. Kongres berfungsi untuk menggubal undang-
undang dan mengimbangi kusa Presiden yang memiliki kuasa veto dalam membatalkan
undang-undang. Namun begitu, melalui dua pertiga undian kongres, kedua-dua dewan
dapat mengatasi kuasa veto Presiden. Ahli Dewan Senat dan Dewan Perwakilan dipilih
oleh rakyat. Setiap negeri akan memilih dua ahli Dewan Senat dan Dewan Perwakilan
mengikut jumlah penduduknya.
5. Badan Kehakiman
Kesimpulan.
Pendahuluan:
Sejarah Portugal sebagai sebuah Negara Eropah bermula sejak awal Zaman
Pertengahan. Pada abad ke-15 dan ke-16 Portugal berubah menjadi status kuasa dunia
semasa Zaman penerokaan di Eropah krrana Portugal Berjaya membina sebuah
empayar besar di Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Australia. Perkembangan
perdagangan di Portugal dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya galakan Putera
Henry, keadaan politik, Perang Salib, kemajuan dalam penemuan baru dan kemunculan
tokoh pelayar Portugal.
Isi-Isi jawapan :
2. Keadaan Politik
Keadaan politik dan kekuasaan Raja-raja Portugal turut membantu perkembangan
perdagangan dan perniagaan pada abad ke-16 berbanding Negara-negara Eropah yang
lain. Sejarah membuktikan bahawa raja-raja Portugal dari Dinasti Avis (1383-1577)
telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan memberi galakan kepada
rakyat Portugal untuk meneroka bidang perdagangan dan perkapalan. Sumbangan
pemimin Portugal ini menyebabkan berlakunya perkembangan yang pesat dalam
penjelajahan dan penerokaan.
3. Perang Salib
Perang Salib turut membantu perkembangan penjelajahan dan penerokaan Portugal.
Ekoran Perang tersebut, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan sepenuhnya
Semenanjung Iberia. Keadaan ini melahirkan masyarakat Eropah yang berfikiran
terbuka, mempunyai cara pemikiran yang baharu, gaya hidup yang suka bersiar-siar
dan belayar. Penaklukan wilayah Islam menyebabkan ilmu pelayaran Islam sampai
kepada masyarakat Eropah dan membantu mereka menjelajah dunia luar.
Kemunculan tokoh pelayaran Portugal terulung seperti Diego Cam dan Bartholomew
Diaz. Diego Cam yang Berjaya belayar sejauh 1 400 batu sepanjang pantai Barat Afrika
antara tahun 1482 hingga tahun 1484 menjadikan Portugal sebagai negara yang
memiliki pakar-pakar pelayaran yang boleh menjelajah dunia. Pada tahun 1487,
Bartholmew Diaz telah memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan mengelilingi
Tanjung Pengharapan. Vasco da Gama pula melancarkan ekspedisi ke Timur dengan
empat buah kapal seberat 120 tan dan 180 orang pelaut. Pada tahun 1497, Vasco da
Gama Berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan dan belayar sepanjang pantai Timur
Afrika hingga ke Malindi. Kejayaan Vasco da Gama menyebabkan banyak kapal
Portugis belayar ke Timur untuk memperolehi lada hitam, sutera, batu permata, dan
rempah-ratus.
Kesimpulan
Pengenalan
Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah Scotland. Semasa
berusia 14 tahun, Adam Smith memasuki Universiti Glasgow dan mempelajari bidang
falsafah moral. Beliau kemudiannya menjadi professor di situ. Pihak Universiti Glasgow
telah menganugerahkan beliau gelaran Doktor Undang-undang dan beliau pernah
memegang jawatan sebagai Rektor Universiti Glasgow. Adam Smith terkenal kerana
pengaruh bukunya, “The Wealth Of Nations” dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi
Moden.
Isi-isi Penting
Beliau telah memperkenalkan teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina
kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada kerajaan.
Menurut beliau, sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas. Beliau juga
mengetengahkan idea mengakhiri sistem feudal, polisi merkantilisme, monopoli negara, dan
memperkenalkan kerajaan laissez-faire, iaitu kerajaan berasaskan pasaran bebas.
Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa maksud “biarkan keadaan seperti yang
sedia ada”. Konsep ini merujuk kepada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang
mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan. Doktrin ini
kemudiannya dikembangkan oleh Adam Smith di England dan beliau berpendapat kerajaan
tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi, sebaliknya membiarkan sistem ekonomi
berfungsi seperti biasa. Dengan cara ini, sistem ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap
dan memaksimumkan kebajikan rakyat.
Beliau mengkritik dasar merkantilisme, iaitu apabila tindakan kerajaan mengawal koloni.
Menurut beliau, koloni hanya akan berkembang pesat apabila diberi kebebasan menjalankan
aktiviti mengikut pilihan sendiri. Tindakan mengawal koloni secara politik akan
membebankan negara dari segi kewangan. Kritikan ini turut ditujukan kepada monopoli
yang dilakukan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris.
4. Teori percukaian
Teori percukaian menurut Adam Smith ialah kerajaan hanya patut mengenakan cukai
dengan cara tidak menggugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat sesebuah negara. Rakyat
patut menyokong negara yang memberi kebebasan mengikut kebolehan sendiri. Menurut
beliau kekayaan negara dinilai dari segi stok emas dan perak yang ada. Mengimport
barangan dari luar negara di anggap merosakkan kerana kekayaan mesti dilepaskan untuk
membayar barangan tersebut. Mengeskport barangan dianggap baik kerana kekayaan akan
kembali kepada negara. Oleh itu negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas dan
perak serta mengenakan cukai atas barangan import, memberikan subsidi kepada
pengeksport dan melindungi industri domestik.
5. Amalan perdagangan
Adam Smith berpendapat pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan.
Mengimport dan mengeksport barangan hendaklah memberi keuntungan kepada kedua-dua
pihak. Bagi Adam Smith faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak. Semua
pihak perlu meningkatkan kemakmuran sama seperti pertanian atau pembuatan.
Menurutnya kekayaan sesebuah negara bukan dalam kuantiti emas dan perak di dalam bilik
kebal, tetapi bergantung kepada jumlah pengeluaran dan perdagangannya.
Adam Smith menentang teori ekonomi lama yang menekankan perlunya negara memiliki
jongkong emas yang banyak. Beliau juga menolak pandangan yang mengatakan bahawa
tanah merupakan sumber utama. Sebaliknya beliau menekankan kepada tenaga buruh.
Menurut beliau peningkatan pengeluaran dapat dicapai melalui pembahagian kerja. Beliau
menentang peraturan usang dan campur tangan pemerintah yang menghalang
perkembangan dan perluasan industri. Pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara
automatik. Di mana pengeluar mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat
dan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat. Harga barang akan meningkat
jika barang yang diperlukan itu adalah kurang dalam pasaran. Ini akan menyebabkan
keuntungan kepada pengeluar barangan tersebut.
7. Pengumpulan modal
Proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu daripada pembahagian kerja.
Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi,
Adam Smith menyatakan bahawa pelaburan dilakukan kerana pemilik modal mengharapkan
keuntungan. Secara ringkasnya tiada siapa yang akan menjalankan perniagaan sekiranya
mendapat kerugian. Pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan. Modal
ini boleh diguna untuk perdagangan dan pertumbuhan stok dalam modal membawa kepada
persaingan antara pengusaha. Apabila modal sudah berkembang maka terjadilah
peningkatan dalam kemakmuran.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Adam Smith telah banyak memberi sumbangan daalm bidang ekonomi
yang digunapakai hingga hari ini. Sumbangan beliau membawa kepada pembentukan
ekonomi moden dan perdagangan bebas. Malah pandangan dan pemikiran Adam Smith
dalam bidang ekonomi telah mempercepatkan pertumbuhan Revolusi Industri di Eropah.
Kemajuan dalam bidang perindustrian memberi kemakmuran kepada sesebuah negara.
5. Sejauhmanakah perbezaan undang-undang merupakan faktor utama
tercetusnya Perang Candu pada tahun 1839 – 1842 di China .
PENGENALAN
Perang Candu merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah negara China yang
merupakan titik permulaan dari zaman tradisional ke era pemodenan. Perang ini juga
dikenali sebagai peperangan Inggeris – China Pertama yang berlaku pada tahun 1939
dan berakhir tahun 1842. . Faktor utama perang ini meletus berpunca daripada
perbezaan undang-undang China dan Barat . Terdapat juga faktor lain antaranya
hubungan tegang yang berlaku antara kuasa barat dengan kerajaan Manchu di China ,
pertembungan dua kebudayaan yang bertentangan , kemasukan candu dan juga konsep
perdagangan yang berbeza . Peperangan ini telah menyebabkan bermulanya pertapakan
kuasa-kuasa barat di China.
ISI JAWAPAN
Orang Barat menganggap undang-undang China tidak adil dan amat kejam . Pada tahun
1874 tercetusnya peristiwa ‘Kapal Lady Hughes’ . Seorang kelasi kapal telah dikenakan
hukuman dicekik sehingga mati oleh kerajaan China tanpa sebarang perbicaraan atas
kesalahan melepaskan tembakan hormat apabila sampai di Whampoa yang
mengakibatkan seorang Cina terbunuh. Hubungan bertambah tegang pada bulan julai
1839 apabila keengganan British menyerahkah pesalah kelasi-kelasi Inggeris yang
mabuk dan telah membunuh seorang China bernama Lin Wei Hsi . Peristiwa ini
menyebabkan hubungan yang tegang antara British China yang membawa kepada
tercetusnya perang.
Disamping itu juga , tindakan kerajaan China yang telah mengenakan cukai yang tinggi
telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada pedagang asing. Sekatan
perdagangan kerajaan Manchu ke atas pedagang asing terutamanya orang Barat telah
mencetuskan peperangan .
Kerajaan China enggan mengadakan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf
dengan kuasa Barat. China menggelar dirinya sebagai ‘Chung Kao’ atau pusat dunia
yang bertamadun mtau middle kingdom . Maharaja China sebagai ‘son of heaven’ atau
anak syurga dan pemerintah sejagat . Orang China menganggap orang Barat sebagai
barbarian atau orang gasar yang tidak bertamadun dan bertaraf rendah Semua duta
Barat dianggap pembawa ufti yang harus melakukan amalan ‘kowtow’ , iaitu melutut
tanda hormat di hadapan Maharaja . Beberapa utusan Barat yang dihantar ke China
seperti George Macartney tahun 1793 dan Lord Amherst tahun 1816 dihantar ke Peking
untuk menuntut perwakilan diplomatic dan syarat-syarat perdagangan yang liberal
menemui kegagalan . Keengganan kerajaan China mengadakan hubungan diplomatic
atas dasar sama taraf telah memaksa Britain menggunakan kekerasan melancarkan
peperangan ke atas China .
5. Masalah Candu
Tindakan orang Inggeris membawa masuk bekalan candu ke Negara China merupakan
faktor serta merta tercetusnya Perang Candu . Keengganan China membeli barangan
dari Britain menyebabkan wujudnya perdagangan satu hala yang merugikan pihak
British terutamanya kesukaran untuk mendapatkan sutera dan teh yang amat diperlukan
di negara Eropah . Bagi mengimbangi perdagangan yang berat sebelah ini, pedagang
Barat mencari alternatif dengan membawa masuk candu dari India. Lama kelamaan
candu menjadi barang kegemaran masyarakat China yang menyebabkan pengeluaran
wang perak yang terlalu banyak kos mengimport candu sehingga melebihi kos
mengeksport teh dan sutera. Keadaan ini telah merugikan China dan ekonomi China
mulai merosot dan ia ditentang hebat oleh kerajaan Manchu. Maharaja China , Tao
Kuang telah mengeluarkan surat perintah untuk pengharaman candu, tetapi kegiatan
penyeludupan candu semakin berleluasa. Antara tahun 1821 sehingga 1839 , jumlah
candu yang diimport telah meningkat daripada 4244 buah peti kepada 40 200 buah peti
. Keadaan ini amat membimbangkan kerajaan China
Lin Tsu Hse telah dilantik sebagai pesuruhjaya imperial untuk mengawal kemasukan
candu di pelabuhan Canton . Beliau telah mengambil tindakan drastik meminta orang
asing menyerahkan semua candu dan memberi akuan untuk tidak membawa masuk
lagi candu ke China . Keengganan British berbuat demikian telah menyebabkan Lin
Tsu Hse bertindak mengawal kediaman orang asing. Bagi menjamin keselamatan orang
asing , British telah menyerahkan candu dan meminta ganti rugi kemusnahan candu.
Malangnya pihak China tidak menghiraukan tuntutan ganti rugi British. Hubungan
bertambah buruk apabila Lin Tsu Hse telah dibunuh oleh beberapa kelasi kapal British
yang mabuk. Kapten Charles Eliot enggan menyerahkan kelasi kapal kepada China
kerana bimbang insiden kapal Lady Hughes berulang lagi. Situasi ini membawa kepada
berlakunya Perang Candu .
KESIMPULAN
Peristiwa Perang Candu memberi impak yang besar kepada kerajaan China . Perang
ini berakhir dengan termeterainya Perjanjian Nangking 1842 . Kekalahan China di
tangan British telah mendedahkan kelemahan pemerintahan Manchu dan juga telah
menjatuhkan imej negara China sekali gus menandakan bermulanya kemerosotan
Dinasti Manchu.
Pengenalan:
Isi jawapan
PBB telah mengatasi masalah perlumbaan senjata nukleaar dan kimia. PBB
mengambil langkah menyekat penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang
dapat meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang. Contohnya PBB
berjaya mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat agar mengundurkan
peluru berpandu dalam krisis Cuba.
2. Masalah pelarian
3. Dasar Aparteid
PBB telah menubuhkan jawatankuasa khas menangani masalah aparteid yang
berlaku di Afrika Selatan pada tahun 1963. Perhimpunan Agung PBB meluluskan
perisyhtiharan pembasmian segala bentuk diskriminasi ras.
4. Hak Asasi Sejagat
PBB menggubal Perisyhtiharan Hak Asasi Sejagat pada tahun 1948. Pada tahun
1966 , Majlis Perhimpunan PBB meluluskan dua perjanjian berhubung dengan
hak asasi sejagat iaitu Perjanjian Antarabangsa berhubung hak Awam dan Politik
dan Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Ekonomi , Sosial dan Kebudayaan
sejagat .
Kesimpulan :