Esei Kerajaan Melayu
Esei Kerajaan Melayu
Esei Kerajaan Melayu
1.0 PENGENALAN
Esei ini akan berfokuskan kepada kronologi kedatangan kolonial British ke Tanah
Melayu yang menyebabkan terhakisnya kedudukan raja-raja Melayu. Bermula apabila
Perak menjalankan dasar ‘buka pintu’ dan kemudian wujudnya sistem residen yang
telah mengubah corak pemerintahan di Tanah Melayu hingga menyebabkan
berlakunya beberapa pemberontakan, peperangan dalam kalangan pembesar dan
rakyat.
2
Sistem politik pada zaman mesopolitik dan neolotik menunjukkan zaman yang
paling mudah iaitu tidak merumitkan. Pada zaman dahulu, komuniti masyarakat
berada dalam keadaan yang kecil. Pemimpin yang dilantik adalah lebih tua, setiap
kumpulan memilih pemimpin sendiri tetapi pemimpin-pemimpin ini tidak berkaitan
dengan apa-apa bentuk yang berkaitan dengan struktur berpusat. Pada zaman melayu
melaka, menunjukkan kemuncak kerajaan Melayu lama. Pada zaman ini beralih
kepada zaman kompleks. Sultan Melaka sangat berkuasa dan dihormati oleh semua
pembesar-pembesar. Baginda mempunyai ramai pemerintah kecil di bawahnya. Pada
zaman ini, wujudnya sistem hierarki atau hampir dengan sistem pemerintah feudal.
1
Secara teorinya, sistem pemerintahan raja-raja dahulu bersifat feudal iaitu raja
mempunyai kuasa mutlak dengan mitos dan mempunyai konsep daulat iaitu rakyat
2
tidak boleh menderhaka kepadanya. Pemerintahan beraja ini muncul ketika zaman
kesultanan Melayu Melaka yang bermula daripada pengaruh Sriwijaya iaitu Sistem
Beraja Multak, dan Sistem Pembesar Empat Lipatan. 3Di bawah Sistem Pembesar
Empatan ini mempunyai Bendahara, Laksamana, Shahbandar dan Temenggung.4
Raja juga sebagai ketua agama Islam dan diberi gelaran Sultan. Gelaran Sultan ini
telah memperkukuhkan konsep daulat seseorang rakyat kepada raja. Budaya politik
Melayu tradisional dahulu adalah bersandarkan kepada konsep agrarian, patron-client,
pasif, non-political, setia, sensitif dengan darjat dan daulat pemimpin iaitu raja/sultan.
5
Sebelum kedatangan kolonial British juga, bentuk politik di Tanah Melayu bersifat
1
S.Husin Ali, The Malays Their Problem and Future,Kuala Lumpur Heinermann Asia Singapore Hong
Kong, 1981, p.24,25
2
Mohamad Saleeh Rahamad, Oksidentalisme Dalam Sastera Melayu: Sebelum Merdeka Hingga Era
Mahathir Mohamad, Institut Terjemahan&Buku Malaysia Berhad,2014, p.93
3
Gambaran Kebudayaan melayu dalam institusi politik, ekonomi, sosial , bahasa dan kesusateraan
http://www.academia.edu/5033905/Assigment_bmm_3114 [1 November 2016].
4
Ibid, The Malays Their Problems And Future,1981. p.25,26
5
Ibid, http://www.academia.edu/5033905/Assigment_bmm_3114 [1 November 2016].
3
6
Gambaran Kebudayaan melayu dalam institusi politik, ekonomi, sosial , bahasa dan kesusateraan
http://www.academia.edu/5033905/Assigment_bmm_3114 [1 November 2016].
7
Ringkasan Sejarah Malaysia, http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-
sejarah-malaysia.html [11 November 2016]
8
S.Husin Ali, The Malays Their Problem and Future,Kuala Lumpur Heinermann Asia Singapore Hong
Kong, 1981, p.27
4
9
Arena Wati, Sejarah tanah melayu dan sekitarnya, Penerbitan Pustaka Antara, 1969, p.129
10
Ibid, Sejarah tanah melayu dan sekitarnya,p.129
5
merupakan agen perubahan dalam membentuk birokrsi pentadbiran corak Barat dan
pelaksana dasar-dasar kerajaan.11 Menurut asas pentadbiran british di negeri-negeri
Melayu dapat ditemukan dalam petikan utama (fasal VI) dlm perjanjian pangkor yang
mana negeri Perak telah menyerahkan kepada Sir Andrew Clarke. Berikut merupakan
petikan yang ditulis dalam fasal VI Perjanjian Pangkor 1874 :
Segala perkara berkaitan pemungutan dan kawalan ke atas semua hasil dan
pentadbiran am negeri haruslah dikawal selia oleh penasihat residen seperti yang
tertulis di dalam fasal X dlm perjanjian Pangkor. 12
Perak ke 23 mangkat pada 1866. Raja Muda ketika itu ialah anaknya yang bernama
Raja Abdullah. Kemangkatan Sultan Jaa’far ini iaitu ayah kepada Raja Abdullah
digantikan dengan saudara sepupunya iaitu Sultan Ali Muhammad Shah. Ketika itu
juga, Raja ismail merupakan seorang kerabat diraja dan merupakan raja bendahara.
Namun begitu, apabila Sultan Ali mangkat, digantikan pula dengan Raja Ismail dan
telah tercetusnya satu perasaan ketidakpuasan hati daripada Raja Abdullah. Raja
Abdullah telah meminta bantuan Inggeris agar baginda dapat menjadi Sultan
disebabkan baginda merupakan anak kepada Allmarhum Sultan Jaa’far. Raja
Abdullah telah meminta bantuan dengan pihak Inggeris melalui tulis surat kepada
Gebanor Negeri-negeri Selat di Singapura iaitu Sir Harry Old. Namun begitu, Inggeris
tidak dapat menunaikan permintaannya pada awalnya kerana Gabenor belum lagi
mempunyai kuasa yg muktamad untuk membuat keputusan walaupun pihak Inggeris
tahu ini adalah satu peluang yang terbaik buat mereka berkuasa di Tanah Melayu.
Maka, pada zaman Sir Andrew Clarke menjadi gabenor, barulah permintaan Raja
Abdullah ditunaikan dengan melalui beberapa persetujuan dan syarat. Antara
syaratnya ialah Inggeris harus mempunyai Residen di Perak.13
Selain itu, kesan daripada perjanjian pangkor ini telah menetapkan bahawa Sultan
Abdullah berjaya menjadi Sultan Perak yang diiktiraf oleh Sir Andrew Clarke
sebagaimana yang telah dijanjikan oleh beliau. JW.W Birch pula dihantar ke Perak
sebagai residen Inggeris yang pertama seperti mana yang telah dijanjikan oleh Raja
Abdullah sekiranya baginda ditabalkan menjadi raja, syaratnya ialah baginda harus
menerima seorang Residen di negeri baginda. 14
13
Arena Wati, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya,Hlmn 131
14
Ibid, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya, Hlmn.131,132
7
15
Arena Wati, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya,Hlmn 131
16
J.M Gullick, Malaysia, p. 59
17
Ibid, Malaysia, p.59
18
Chai Hon Chan, The Development Of British (1896-1909),1964,p.5
8
Secara teorinya, British telah mula memasuki Tanah Melayu pada 1786 tetapi
tidak menggunakan kekerasan seperti penjajah lain iaitu Belanda dan Portugis.
Namun begitu, tahun 1874 menyaksikan bermulanya sistem pemerintahan residen di
Negeri-negeri Melayu, manakala Residen-residen Inggeris yang telah dilantik
menjalankan kekuasaan mereka. Antara negeri-negeri yang menerima residen ialah
Perak, Selangor, dan Sungai Ujong pada akhir tahun 1874. Pemerintahan Sistem
Residen seterusnya berkembang di Negeri Sembilan pada 1895 dan diikuti Pahang
19
pada tahun 1888. Pegawai British yang dilantik ini harus menasihati para
pemerintah negeri-negeri tentang bagaimana untuk memperbaiki pentadbiran negeri
mereka.20 Residen dan orang bawahannya akan dihantar ke setiap negeri Melayu
untuk memujuk raja-raja untuk menerima garis panduan yang dibawa oleh British.
Walaubagaimanapun, residen membenarkan agar sultan untuk mengamalkan cara
tradisional dalam mentadbir sesebuah negeri.21
Antara tugas-tugas lain residen ialah menjalankan perkara-perkara yang menurut
dasar Inggeris dan ditentukan oleh Inggeris samada dalam bentuk perniagaan
mahupun pertahanan. Maka, tugas-tugas residen ini adalah untuk mencipta undang-
undang yang bertujuan untuk menghancurkan perlawanan-perlawanan anak negeri.
Maka, untuk menjayakan semua rancangan ini, residen-residen itu bukan sahaja
menjadi penasihat sultan, malah mereka juga kadang kala bertindak seperti
pemerintah. Termasuk juga hal-hal berkaitan perbelajaan bagi pentadbiran, mereka
telah menjalankan pemungutan cukai untuk membangunkan negeri-negeri itu sesuai
dengan kepentingan modal dan kekuasaan Inggeris. Walaubagaimanapun, residen
akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan dan kesalahan. Secara teorinya,
residen-residen ini lah yang memerintah dengan menggunakan sultan sebagai perisai
19
Arena Wati, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya,Hlmn 155,156,157
20
N.J.Ryan, A History Of Malaya And Singapore, Oxford Uni. Press (London New York Melbourne) 1976,
p.158,159
21
Ibid, A History Of Malaya And Singapore, p.158,159
9
dari anak mata negeri. Namun begitu, anak negeri tidak henti-henti menentang hingga
timbul banyak pemberontakan dan pembunuhan sebagaimana yang berlaku di Perak,
pembunuhan Residen Inggeris iaitu J.W.W Birch yang menunjukkan ketidakpuasan
hati oleh rakyat dan pembesar2 di Perak.22
Hugh Low merupakan Residen pertama di perak yang menjalankan pemerintahan
yang agak lama iaitu pada 1877 sehingga 1889. Beliau telah menemui satu jalan
penyelesaian kepada masalah sultan kerana sultan ketika itu kehilangan kuasa.
Melalui persetujuan Perjanjian Pangkor, maka dalam hal berkaitan negeri-negeri
melayu pada tahun 1874, fasal yg dikeluarkan oleh Sultan Perak itu tidak boleh
diguna pakai kerana akan menyebabkan beberapa masalah. Antara masalah yang
pertama ialah Sultan tidak akan mempunyai kuasa dalam pentadbiran. Yang kedua ,
masalah dari segi pendapatan apabila segala hasil pendapatan dan pengumpulan akan
di kawal dibawah sistem Residen (penasihat residen). Beliau mencadangkan untuk
mewujudkan kerajaan yang pertama yang mempunyai penasihat residen di setiap
negeri.23
Melalui sistem residen ini juga ,Sultan wajib menerima segala nasihat daripada
residen. Jika sultan tidak mengambil nasihat daripada residen, maka tiada cara lain
iaitu residen akan memaksa dan menghantar tentera iaitu mungkin dilakukan secara
kekerasan. Residen sebenarnya mempunyai tugas yang agak berat kerana dia terpaksa
bekerja hampir sepenuhnya terhadap raja. Kejayaan atau kegagalan bergantung
kepada pengaruhnya terhadap sultan dan pembesar.24
Semua residen yang dilantik ini pada tahun 1870, mempunyai 3 matlamat umum
yang harus mereka capai melalui nasihat mereka iaitu yang pertama, untuk
memulihkan, mengekalkan keamanan, dan menetapkan peraturan-peraturan untuk
memelihara undang-undang. Kedua, untuk memastikan pembangunan sumber-sumber
22
Arena Wati, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya,Hlmn, 155,156,157
23
J.M Gullick, Malaysia, p. 55
24
N.J.Ryan, A History Of Malaya And Singapore, p.158,159
10
kekayaan negeri ini boleh digunakan dengan betul. Yang ketiga, terdapat penubuhan
satu sistem cukai supaya kekayaan negeri itu boleh membangun dengan sebaiknya.25
Petikan di atas membawa maksud bahawa setiap residen yang dilantik haruslah
menjalankan kuasa mereka berdasarkan apa yang ditetapkan sahaja. Mereka tidak
boleh masuk campur dalam hal ehwal berkaitan kerajaan secara melebihi. Tugas
utama mereka hanyalah menjaga keamanan negeri serta undang-undang yang
ditetapkan. Cukai pula haruslah mengikut kekayaan negeri tersebut. Namun begitu,
25
N.J.Ryan, A History Of Malaya And Singapore p.158,159
26
Ibid, A history of Malaya and Singapore p.158,159
27
Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Penerbitan Pustaka Antara Kuala Lumpur, 1981,
Hlmn 9
11
selepas dua tahun kemudian suatu perintah baharu dikeluarkan oleh British kepada
residen-residen ini iaitu :
“…sekiranya mereka itu melanggar perintah ini dengan sekehendak hati mereka
itu sendiri, tertanggunglah di atas mereka itu jika berbangkit sesuatu pergaduhan
yang terbit daripada kelalaian atau kesalahan mereka itu sendiri…”
Maksudnya, jika residen gagal menuruti segala perintah ini, maka mereka harus
menanggung jika berlakunya pemberontakan daripada golongan rakyat di negeri-
negeri tersebut. Walaubagaimanapun, semua peraturan dan perintah yang diberikan
kepada residen ini didapati berjalan dengan baik. 28
Selain perak, negeri lain yang menerima sistem residen ini ialah Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang. Di Selangor, seorang Residen Inggeris dihantar sekitar tahun
1875 sebagai penasihat dan membantu Sultan ketika itu. Sultan dinasihatkan agar
meminta bantuan inggeris apabila berlaku perebuatan kuasa serta huru-hara. Rentetan
daripada itu dan persetujuan sultan, pada 25 Januari 1875 Gabenor Inggeris telah
mengeluarkan satu pengisytiharan bahawa sultan telah meminta seorang pegawai
Inggeris untuk membantu baginda membuka serta menyelia negeri.29 Di Negeri
Sembilan pula, seorang residen telah diminta oleh Dato’ Kelana Sungai Ujong dalam
thn 1874 dan 1889 apabila raja-raja melayu setiap negeri (sebelum terbentuknya
negeri sembilan) telah bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi konfederasi.
30 31
Konfederasi ini membawa maksud pergabungan. Mereka juga menyatakan
kehendak mereka itu agar negeri-negeri mereka mendapat bantuan daripada seorang
residen Inggeris dalam pentadbiran kerajaan konfederasi yang akan ditubuhkan itu. Di
Pahang, pada tahun 1887, sultannya telah dipengaruhi oleh Inggeris supaya menerima
28
Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Hlmn .9
29
Zaini Nasohah, Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia sebelum dan menjelang Merdeka, hlmn.27
30
Ibid, pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia sebelum dan menjelang Merdeka, hlmn 27
31
Definisi Konfederasi,Pusat Rujukan Persuratan Melayu,
http://prpm.dbp.gov.my/search.aspx?k=konfederasi [15 November 2016]
12
suatu triti atau perjanjian pertahanan bersama. Selain itu, seorang ejen Inggeris yg
mempunyai tugas yang serupa dgn tugas seorang pegawai konsul hendaklah dilantik.
Pada peringkat awal, sultan agak keberatan untuk menerima cadangan perjanjian itu.
Namun pada 1888, telah berlaku satu pembunuhan ke atas seorang rakyat Inggeris.
Kesan daripada peristiwa itu, telah membuka ruang lebih terbuka di samping alasan
kukuh untuk Inggeris memaksa sultan menerima seorang residen supaya boleh
membantu mereka dalam perkara-perkara yg serupa dengan sistem yang wujud di
negeri-negeri melayu di bawah naungan Inggeris. 32
Seterusnya, negeri Terengganu, Kedah dan Perlis juga menerima residen tetapi
mereka agak lewat dalam penerimaan sistem residen. Di Terengganu, penerimaan
penasihat Inggeris berlaku pada tahun 1919. Duli Yang Maha Mulia Sultan
Terengganu akan menerima dan mengadakan tempat kediaman yang sesuai untuk
seorang pegawai Inggeris (penasihat Inggeris) dan beliau hendaklah tinggal di dalam
negeri Terengganu serta nasihatnya mestilah diminta dan diikuti dalam semua perkara
yang menyentuh pentadbiran am negeri dan semua hal lain kecuali yang berkaitan
agama Islam.33 Di Kedah dan Perlis pula, perjanjian serta penerimaan penasihat
Inggeris telah dibuat pada tahun 1923 di Kedah, dan 1930 di Perlis. 34Dlm perjanjian-
perjanjian tersebut juga mengandungi isu sama seperti yang diberi kepada negeri
Terengganu bahawa sultan harus menerima kedatangan sistem residen, menyediakan
tempat tinggal, menerima nasihat dan sebagainya.
32
Zaini Nasohah, Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia sebelum dan menjelang Merdeka, hlmn.27
33
Ibid, Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia sebelum dan menjelang Merdeka, hlmn.27
34
Ibid, Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia sebelum dan menjelang Merdeka, hlmn 28
13
35
Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Hlmn .9
36
Arena Wati, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya, Hlmn.157
37
Ibid, Sejarah tanah melayu dan sekitarnya, Hlmn.157
14
pertanian, perusahaan, pelajaran. Maka dalam menjalankan kerja kerja ini, Residen
Jeneral dibantu oleh seorang setiausaha yang menangani masalah orang-orang Cina.
Tiap-tiap negeri diberikan ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang ahlinya dilantik oleh
kerajaan Inggeris. Ahli Majlis Mesyuarat inilah yang berkuasa dalam pentadbiran
kewangan negeri masing-masing dan pada tiap-tiap tahun akan ada satu peruntukan
wang diberikan kepada kerajaan Pusat bagi menjalankan pemerintahan pusat. Sultan
Idris daripada Perak tidak berpuas hati dan menentang keras cara pemerinatahn pusat
negeri-negeri Melayu Bersekutu itu kerana segalanya tertumpu di Kuala Lumpur dan
baginda menganggap bahawa tindakan itu telah mencabul kehormatan dan kuasa-
kuasa Sultan dan residen. 38
Pada tahun 1909, Inggeris mengadakan Majlis Mesyuarat Persekutuan untuk
mempermudahkan lagi jalan mereka untuk mentadbir dan memperkuat dasar
kekuasaan Inggeris. Ahli-ahlinya terdiri daripada Residen Jeneral yang kemudian
menjadi Setiausaha, empat orang sultan dan empat orang residen, serta ditambah lagi
empat orang yang dilantik oleh kerajaan bagi mewakili badan-badan perniagaan,
perusahaan ladang getah dan lombong bijih timah. Kuasa Majlis Mesyuarat ini
antaranya merangkakan anggaran belanja dan penghasilan tiap-tiap negeri bagi
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan menggubal undang-umdang.39
Antaranya anggaran yang dibuat antaranya ialah kerajaan akan dibayar secara
bulanan sebagai pampasan bagi kehilangan pendapatan. Kekayaan yang semakin
meningkat di negara ini memungkinkan untuk membayar elaun pada skala yang
banyak. Yang kedua, 'Majlis Negeri' telah diwujudkan di mana Raja-Raja Melayu dan
ketua-ketua yang dipilih akan dirujuk di dalam perkara-perkara pentadbiran sebelum
keputusan diambil. Penasihat british memerintah dan pemerintah Melayu
dinasihatkan.40
Dari segi keselamatan pula, British telah menubuhkan pasukan polis tempatan
untuk menjaga ketenteraman. Konsep asal polis sebagai para-tentera ialah untuk
38
Ibid, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya Arena Wati.Hlmn.157
39
Ibid, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya Arena Wati.Hlmn.157
40
J.M Gullick, Malaysia, p. 55
15
41
Definisi Konstabel,Pusat Rujukan Persuratan Melayu,
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=konstabel. [15 November 2016]
42
J.M Gullick, Malaysia, p.57
43
Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Hlmn .10
16
Antara sebab utama Kedah tidak berpuas hati kepada siam kerana Kedah
menghadapi kesulitan wang yang agak teruk. Siam telah gagal dalam mengatasi
masalah berikut dan menyebakan rakyat-rakyat di negeri kedah tidak berpuas hati
dengan pemerintahan Siam.44 Maka dengan itu, terdapat beberapa perjanjian yang
dilakukan oleh Inggeris ke atas Siam untuk memasuki negeri-negeri yang tidak
bersekutu ini kerana negeri-negeri ini berada dalam keadaan yang beku semasa
pemerintahan Siam.
Pada 15 Julai 1909, Kedah telah ditadbir di bawah naungan Inggeris. George
Maxwell dilantik sebagai penasihat Inggeris pertama di Kedah. Kesannya, banyak
perubahan positif yang telah berlaku antaranya ialah keretapi telah dibina sehingga ke
perenggan Siam.45 Seterusnya, di Perlis pula, pada zaman Raja Alwi, pemerintahan
dilakukan dengan cepat dan maju kerana baginda merupakan seorang raja yang
berkebolehan. Syed putra diletakkan sebagai raja muda. Apabila Syed Alwi
meninggal dunia pada 1943, mereka melantik Syed Hamzah saudara Syed Alwi
menjadi raja. Namun begitu, ketika kembalinya Inggeris dalam tahun 1945, mereka
melantik Syed Putera sebagai Raja Perlis.46 Di Kelantan pula, pada tahun 1910 satu
perjanjian telah ditandatangani dan Kelantan telah masuk di bawah kawalan Inggeris.
Seorang penasihat Inggeris telah dilantik dan ditetapkan tetapi dia tidak akan
mencampuri tangan dalam urusan negeri selagi Sultan dapat mengekalkan keamaan.
44
Arena Wati, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya, Hlmn.167
45
Ibid, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya, Hlmn168,169
46
Ibid, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya, Hlmn.172
17
47
Sementara di Terengganu, perhambaan dihapuskan dan perlembagaan baru dibuat.
J.L Humphreys telah dilantik sebagai penasihat Inggeris di Terengganu. Beliau telah
berjaya menghapuskan adat memakai abdi di negeri itu.48 Pemerintahan di Johor
sedikit berlainan daripada Negeri-negeri melayu tidak bersekutu kerana pada ketika
itu, Johor berada di bawah penguasaan Belanda. Pemerintahan di Johor menjadi dua
oleh hela yang dilakukan oleh Inggeris selepas kemangkatan Sultan Mahmud II. Pada
zaman inilah Raffles sampai di Singapura dan telah mengambil kesempatan dari
pertikaian yang berlaku berkaitan Tengku Husain dan Tengku Abdul Rahman dalam
penentuan siapakah yang bakal menggantikan ayahandanya. Maka, pada ketika itu
pemerintahan Johor dibahagikan dua iaitu Sultan Husain diiktiraf oleh Inggeris untuk
memerintah Singapura dan Tengku Abd. Rahman diiktiraf oleh Belanda untuk
memerintah di Lingga. 49
47
Ibid, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya, Hlmn.173
48
Ibid, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya, Hlmn.175
49
Ibid, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya, Hlmn.175,176,177,179
18
50
Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Hlmn.11
51
Ibid, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Hlmn.11
19
Sistem residen yang dijalankan ini jelas membawa kepada perkembangan negatif
dalam kalangan pembesar dan rakyat. Perubahan ini seterusnya telah membawa
kepada pemberontakan dan peperangan yang berlaku di beberapa buah negeri.
Sebagai contoh, di Perak. Pada awalnya, Sultan Perak berpuas hati dengan keputusan
yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke itu melalui perjanjian pangkor. Namun
begitu, kedaulatan Perak tersentuh apabila Raja Abdullah mula sedar akan perubahan
yg dilakukan oleh pihak Inggeris. Baginda mula berasa tidak berpuas hati dan insaf
apabila mendapat tentangan daripada kalangan pembesar-pembesar negeri Perak
yang menyedari bahaya itu. Akhirnya, Raja Abdullah mengikut kemahuan pembesar-
52
pembesar dengan melakukan pemberontakan Perak kepada Inggeris. Kedatangan
Inggeris ini ke Perak telah mendapat tentangan hebat daripada kalangan pembesar dan
rakyat biasa ketika itu. Mereka antara golongan yang menyedari kesan buruk yang
akan dibawa oleh Inggeris sekiranya Inggeris berjaya menakluki Perak iaitu
sebahagian daripada tanah Melayu.53
Residen yang dilantik di Perak ketika itu ialah J.W.W Birch. Walaupun beliau
merupakan seorang penjawat awam yang cekap, fasih berbahasa Melayu, namun
begitu beliau tidak mempunyai sifat bertolak ansur. Birch merupakan seorang yang
suka memberi nasihat kepada sultan di khalayak ramai dan tidak teragak-agak untuk
mencampur tangan dalam adat istiadat Melayu walaupun sudah terang lagi bersuluh
dalam perjanjian pangkor yang menyatakan residen tiada hak unuk menyentuh soal
agama dan adat istiadat melayu. Maka, berlakunya beberapa pemberontakan dan
pertempuran dengan Sultan Abdullah dan ketua-ketua kerana campur tangan Birch
52
Arena Wati, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya, Hlmn.132
53
Ibid, Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya, Hlmn.132
20
dalam soal hamba hutang, yang merupakan adat yang agak meluas di Perak pada
masa itu.54
54
N.J.Ryan, A History Of Malaysia And Singapore, p.160
55
Ibid,Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya, Hlmn.132
21
Kelantan dan pegawai Inggeris. Pemberontakan ini berlaku tidak lama selepas
pemerintahan Inggeris. Hal ini berlaku kerana sikap tidak berpuas hati terhadap sistem
cukai yang dilaksanakan oleh pihak Inggeris dan mereka berpendapat bahawa kuasa
mereka telah dicabul. Pemberontakan itu berlaku di Jeram, kira-kira tiga puluh batu
dari Kota Bharu. Jeram ketika itu di bawah jagaan Engku Besar Tun Ahmad yang
merupakan seorang keluarga Sultan. Manakala, seorang daripada pegawainya yang
membantu beliau ialah Haji Wan Hasan atau dikenali sebagai Tok Janggut. Tok
Janggut merupakan ketua dalam pemberontakan ini apabila beliau berjaya membunuh
Sarjan Sulaiman di balai polis pada tahun 1914 dan diperintah tangkap oleh Pegawai
Daerah atas tindakannnya itu. Pemberontakan semakin hebat apabila pengiku-
pengikut Tok Janggut menawan Pasir Puteh. Satu rayuan telah dibuat oleh Sultan
kepada Gabenor di Singapura dan satu angkatan dari Taiping telah dihantar ke
Kelantan. Pasir putih kemudianya ditakluk semula. Tok Janggut bersama-sama
pegikutnya terpaksa berundur. Dalam perjuangan menentang askar-askar itu akhirnya
Tok Janggut meninggal dunia dan di bawa ke Kota Bharu. Maka berakhir lah
pemberontakan di Kelantan.56
56
Ibid, Sejarah Tanah Melayu dan Sekitarnya, Hlmn .173
57
Arena Wati, Sejarah Melayu dan Sekitarnya, Hlmn .175
22
58
Ibid, Sejarah Tanah Melayu dan Sekitarnya. Hlmn.156,157
23
59
Tiga Pentadbiran Pada Zaman British ,
http://www.academia.edu/19978556/Tiga_Pentadbiran_Pada_Zaman_British [17 November 2016]
24
Selepas kedatangan kolonial British dan penerapan sistem residen. Raja tidak lagi
berkuasa sepenuhnya dalam bidang ekonomi. Segala kuasa diberikan kepada residen
dan ini telah menyebabkan kuasa raja makin terhakis.
Sebagai contoh, Hugh Low merupakan setiausaha bekas tanah jajahan di Labuan,
Borneo. Beliau fasih dalam berbahasa Melayu dan menjadi pentadbir yang sangat
berkebolehan dan penasihat di Perak. Sewaktu pemerintahannya, beliau telah
membangunkan sumber-sumber yang ada di Perak. Oleh sebab beliau mempunyai
hubungan yang baik dengan ketua Perak, maka beliau amat mudah didekati.
Antaranya kejayaannya dalam bidang ekonomi di Perak ketika itu ialah beliau telah
membawa hasil daripada lombong bijih timah di bawah kawalannya. Hasil ini
seterusnya akan digunakan untuk memberi manfaat kepada seluruh negeri. Beliau
juga telah memastikan agar sumber-sumber di negeri Perak ini dapat digunakan
dengan sebaiknya. 60 Segala perkara berkaitan pemungutan dan kawalan ke atas
semua hasil dan pentadbiran am negeri di Perak haruslah dikawal selia oleh penasihat
residen seperti yang tertulis di dalam fasal X dalam perjanjian Pangkor. Hugh Low
juga menjalankan pentadbiran dalam ekonomi versi baharu iaitu elaun politik dari
perbendaharaan kerajaan akan dibayar secara bulanan sebagai pampasan bagi
kehilangan pendapatan oleh raja-raja Melayu. 61
Selain itu, pembesar tidak lagi mengutip hasil tetapi mereka diberikan gaji yang
tetap dan elaun akan dibayar daripada sebahagian hasil yang dikumpul. Pembesar-
pembesar melayu telah kehilangan hak untuk mengutip cukai yang diperolehi
daripada raja kerana diambil alih oleh pegawai British di peringkat pusat dan juga
peringkat daerah. Kesannya, telah menyebabkan pembesar melayu kehilangan sumber
pendapatan kerana pegawai Briitish telah mengambil alih tugas memungut cukai.
Kebanyakan raja pula tidak mempunyai sumber ekonomi kerana segalanya dikawal
60
N.J Ryan, A History Of Malaysia And Singapore, Hlmn.160
61
J.M Gullick, Malaysia p.53
25
Di Kelantan, rakyat dan pembesar tidak berpuas hati terhadap sistem cukai yang
dilaksanakan oleh pihak Inggeris dan mereka berpendapat bahawa kuasa mereka telah
dicabul. Pemberontakan itu berlaku di Jeram, Sebegitu juga di Terengganu, mereka
tidak berpuas hati terhadap penerimaan kawalan Inggeris. Inggeris telah melarang
agar peladang-peladang membayar cukai dan membuat rancangan hendak mengambil
ibu kota.62
62
Arena Wati, Sejarah Tanah Melayu dan Sekitarnya, Hlmn.173,175
26
9.0 KESIMPULAN
Memang benar bahawa kedatangan koloniah British ke Tanah Melayu telah
menggugat kedudukan raja-raja Melayu. Dasar kolonialisme yang dibawa oleh British
ini telah mengubah sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Kuasa raja dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial mula terhakis apabila wujudnya sistem residen. Sistem
residen jelas membawa kesan buruk kepada raja-raja Melayu. Sebelum kedatangan
British, raja dilihat sebagai seseorang yang mempunyai kuasa mutlak dan raja juga
menjadi lambang perpaduan rakyat. Raja sebagai ketua negeri tertinggi, berdaulat,
dan harus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat. Namun begitu, dengan
kewujudan sistem residen telah menghakiskan kekuasaan raja.
Pembahagian negeri-negeri Melayu Bersekutu, negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu juga merupakan antara tujuan British untuk mengurangkan kuasa raja-raja
Melayu. Kolonial British berjaya menakluk tanah melayu dengan cara demokrasi.
Mereka tidak menggunakan kekerasan namun pelbagai taktik yang licik dan halus
yang mereka gunakan. Ternyata, orang Inggeris memang bijak namun sifat ketamakan
dalam diri mereka telah menyebabkan orang-orang Melayu mula merasa tidak selesa.
Cara kekerasan yang digunakan oleh J.W.W Birch jelas memberikan tanggapan
negatif kepada masyarakat Melayu ketika itu hingga menyebabkan berlakunya
pemberontakan.
Seterusnya, amalan perhambaan juga dihapuskan. amalan perhambaan ini telah
menyebabkan berlakunya perubahan dalam sistem sosial masyarakat Melayu. Sultan
tidak lagi menyimpan hamba. Residen telah menghapuskan amalan perhambaan dan
telah menjejaskan kedudukan dan kewibawaan sultan dalam masyarakat Melayu
Tradisional.
Dari segi ekonomi pula, Selepas kedatangan kolonial British. Raja tidak lagi
berkuasa sepenuhnya dalam bidang ekonomi. Segala kuasa diberikan kepada residen.
pembesar tidak lagi mengutip hasil tetapi mereka diberikan gaji yang tetap dan elaun
akan dibayar daripada sebahagian hasil yang dikumpul. Pembesar.-pembesar melayu
telah kehilangan hak untuk mengutip cukai kerana diambil alih oleh pegawai British
di peringkat pusat dan juga peringkat daerah. Oleh itu, jelaslah bahawa kedudukan
27
10.0 RUMUSAN
Menurut pengkaji, apa yang boleh dirumuskan daripada esei ini ialah skop atau
tahap kedudukan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu setelah kedatangan British
sememangnya terhakis sedikit demi sedikit. Namun begitu, perkara ini tidak
mungkin berlaku jika Sultan Perak tidak memulakan dahulu. Walaupun sistem
residen ini jelas menjejaskan kedudukan raja, namun begitu terdapat juga
kebaikan sistem residen ini iaitu sistem residen ini membantu sultan dalam
keadaan huru-hara yang berlaku di Tanah Melayu ketika dahulu. Seterusnya.
Melalui sistem residen juga Inggeris telah meningkatkan ekonomi Tanah Melayu
dengan menarik ramai buruh China ke Tanah Melayu untuk memberikan mereka
peluang bekerja terutama dalam bidang perlombongan. Memang benar bahawa
raja dahulu tidak menggunakan idea yang bernas dalam mengatasi sesuatu
masalah tetapi apa yang boleh dikagumkan ialah semangat cintakan tanah air
apabila raja, dan rakyat bersatu untuk menentang penjajah. Semangat ini haruslah
diserapkan dalam diri anak muda pada hari ini supaya negara kita tidak akan
dijajah oleh kuasa asing pada masa akan datang. Sebagai rakyat Malaysia, kita
haruslah berfikir dengan teliti dalam membuat sesuatu keputusan. Kita juga
haruslah bersepakat dalam satu kumpulan dan menerima segala kritikan supaya
dengan kritikan itu mampu untuk meningkatkan dan memperbaiki segala
kelemahan. Sejarah telah membuktikan bahawa jika tiada pemuafakatan daripada
golongan raja dan rakyat, maka sesuatu masyarakat itu tidak akan maju dan
berjaya.
28
Rujukan
Arena Wati. 1969. Sejarah Tanah Melayu dan Sekitarnya (1400-1967). Penerbitan
Pustaka Antara Kuala Lumpur.
Chai Hon Chan. 1967. The Development of British Malaya (1896-1909). Published by
Oxford University Press, Ely House, London.
Ibrahim Mahmood. 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Penerbitan Pustaka Antara
Kuala Lumpur.
J.M Gullick. 1969. Malaysia. The General Publishing Company Limited, Toronto.
N.J.Ryan. 1976. A History Of Malaysia And Singapore. Published by Oxford Uni. Press,
Bangunan Loke Yew, Kuala Lumpur.
S.Husin Ali. 1981. The Malays Their Problems and Future. Heineman Educational Books
(Asia) Ltd.