Sumbangan Tokoh

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Sumbangan Tunku Abdul Rahman

Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik,beliau banyak memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan British dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Demi perpaduan orang melayu,beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan union dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan menentang Malayan Union di Alor Setar serta mengorbankan kerjayanya untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO.Sebagai seorang tokoh yang berjaya,beliau turut dikenal sebagai bapa keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang cintakan keamanan dan perpaduan.Beliau sanggup menerima sebarang halangan dan cabaran demi perpaduan negara.Sebagai contoh,pada tahun 1955,Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri telah mewakili kerajaan British untuk menghadiri Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak parti Komunis Malaya.Walaupun rundingan ini gagal,tetapi telah berjaya mencipta imej beliau sebagai pencinta kedamaian. Tunku Abdul Rahman akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang paling berjaya apabila beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorban untuk negara demi menyelesaikan masalah politik negara.Sumbangan beliau merupakan suatu pengorbanan yang tidak terkata nilainya dalam sejarah politik negara. Tunku Abdul Rahman banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan agama Islam.Beliau banyak melibatkan diri dengan usaha-usaha mengasas pertandingan menbaca alQuran.Beliau pernah menjadi Presiden PertubuhanKebajikan Islam Malaysia(PERKIM) apabila persatuan itu ditubuhkan pada 20 Ogos 1960.Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya,beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka yang dan dihormati oleh semua negara Islam.Beliau talah dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekreteriat Negaranegara islam di Jeddah yang pertama pada 9 Jun 1970.Di bawah pimpinan beliau,pertubuhan ini berjaya menark lebih 41 buah negara Islam menyertainya.Selepas bersara,beliau masih aktif dalam menyumbangkan tenaga demi perkembangan islam.Pada 18 januari 1980,Beliau telah dilantik menjadi Presiden Regional Islamic Council for Southeast Asia and The Pacific(RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di persidangan Negara-Negara Islam. Segala jasa dan sumbangan yang beliau curahkan akhirnya membolehkan beliau mendapat penghargaan dari negara Pakistan dengan Anugerah hadiah Hijrah padabulan MAC 1983,dan Anugerah AL-Malik Faisal dari negara Arab Saudi pada tahun yang sama. Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang islam yang sangat berjaya.Taraf beliau selaku tunggak atau teraju utama sudah mampu membuktikan betapa berat tugas dan tanggungjawabnya.Dari sini,beliau telah banyak membawa manfaat pada perkembangan Islam.

Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen.Beliau juga seorang putera yang berjiwa rakyat.Ini terbukti apabila beliau sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo,Afrika yang dilanda peperangan saudara pada tahun 1961.Sebagai pemimpin PERKIM,beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui kelantan pada tahun 1975.Dengan bantuan Pertubuhan bangsabangsa bersatu,beliau menempatkan seramai 4,5000 orang pelarian di Pangkalan Chepa dan Cherating.Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan kedah Darul Aman untuk menggunakan tanah kepunyaannya bagi mendirikan rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua.Bangunan ini kemudian diberi namaDarul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman Putra. Tunku Abdul Rahman memang terkenal sebagai dermawan bukan sahaja di tanah airnya malah di kalangan negara-negara yang lain.Jelas terbukti bahawa beliau adalah seorang insan yang humanis.Beliau senantiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa,agama,dan negara.Jasa dan usaha beliau yang tidak kenal putus asa akan senantiasa dikenang oleh semua rakyat Malaysia selama-lamanya.

SUMBANGAN TUN TAN CHENG LOCK


Pada tahun 1914, Tun Tan Cheng Lock telah membantu menghidupkan semula Pertubuhan Sukarelawan Cina Melaka dan menjadi ahli biasa pertubuhan ini sehingga tahun 1919. Beliau juga berperanan menghidupkan semula Persatuan Cina British Negeri-Negeri Selat (SCBA) pada tahun 1915, dan terpilih sebagai Presiden. Seterusnya pada 1923, beliau telah dilantik menjadi ahli tidak rasmi bagi Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat. Pengenalan Malayan Union pada 1 April 1946 oleh British, telah memberi ruang kepada Tun Tan Cheng Lock untuk mendapatkan kedudukan politik yang tetap kepada orang Cina yang datang ke Tanah Melayu. Hal ini telah dibangkitkannya sejak tahun 1946 semasa berada di India. Beliau telah menubuhkan Overseas Chinese Association of India (OCAI) yang telah menghantar memorandum ke Pejabat Tanah Jajahan supaya memperkenalkan kerakyatan jus soli dan kerakyatan yang longgar bagi mereka yang tidak lahir di Tanah Melayu. Ini kemudian menjadi dasar yang terkandung dalam rancangan Malayan Union itu. Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union, telah menyebabkan Tun Tan Cheng Lock dan Parti Komunis Malaya bekerjasama dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menentang UMNO pimpinan Dato Onn Jaafar. Tun Tan Cheng Lock dan rakan-rakannya telah menubuhkan AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) dan bekerjasama dengan PUTERA (Pusat Tindakan Rakyat) pimpinan PKMM. Gabungan ini kemudian melahirkan Perlembagaan Rakyat yang mengandungi 10 cadangan, sebagai cadangan balas kepada Perjanjian Persekutuan 1948, yang dibuat oleh UMNO dan British. UMNO telah dapat mempengaruhi Raja-Raja Melayu dan British membubarkan Malayan Union dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dengan pembentukan Persekutuan, status quo negerinegeri Melayu, Raja-Raja Melayu dan sistem politik Melayu sebelum 1941 diakui semula oleh British. Kerakyatan jus soli hanya diberikan kepada orang Melayu dan syarat-syarat kerakyatan secara pendaftaran telah diketatkan semula. Ini menimbulkan bantahan dari orang dagang. Parti Komunis Malaya (PKM) kemudian mengangkat senjata sehingga Undang-Undang Darurat diperkenalkan. Dengan peruntukan undang-undang itu, semua parti politik dan tokoh-tokoh yang dianggap kiri telah ditangkap dan dipenjarakan. Tun Tan Cheng Lock yang tidak dianggap kiri, terselamat dari tindakan itu. Beliau kemudian menjalankan dasar bekerjasama dengan British dan orang Melayu dalam parti yang diiktiraf oleh British. Beliau juga bergerak dalam parti yang direstui oleh British. Pada 27 Februari 1949, Tun Tan Cheng Lock bersama-sama pemimpin Cina seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee mengasaskan penubuhan MCA (Persatuan Cina Malaya). Antara tujuan penubuhan MCA ialah untuk menyatukan orang Cina di seluruh Tanah Melayu, melindungi hak dan kepentingan orang Cina, bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunis dan bekerjasama dengan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Selaku Presiden, beliau telah mengetuai kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen ini berjaya dengan tertubuhnya cawangan MCA di semua negeri dan dapat menarik ahli seramai 200,000 orang. Bilangan cawangan dan ahli semakin bertambah dari semasa ke semasa. Tugas MCA yang agak mencabar ialah usaha menyakinkan pihak-pihak lain, terutamanya kerajaan British iaitu sebahagian besar orang Cina masih menunjukkan taat setia kepada kerajaan dan mereka tidak mudah bersekongkol dalam perjuangan komunis. Oleh itu, MCA digerakkan agar menjadi wakil orang Cina apabila berurusan dengan kerajaan British. MCA telah memberi kerjasama yang rapat dengan kerajaan British dalam usaha melemahkan perjuangan komunis yang berjuang secara kekerasan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Salah satu sumbangan MCA dalam usaha ini ialah mengusahakan penempatan semula orang Cina yang tinggal berselerak di kawasan-kawasan setinggan pinggir hutan. Mereka ditempatkan di kawasan yang dipanggil kampung baru yang lebih tersusun dan selamat. Usaha ini mendapat sokongan daripada ahli-

ahli MCA. Cawangan MCA di tiap negeri telah memberi sumbangan wang. Cawangan MCA Johor umpamanya telah menyumbang RM100,000.00 untuk menempatkan 2,000 keluarga Cina di kawasan seluas 35,000 ekar dan cawangan MCA Negeri Sembilan membelanjakan RM71,000 untuk membiayai kampung baru di kawasan yang meliputi Batu 3 Seremban - Port Dickson. Selain itu, Tabung Kebajikan ditubuhkan di ibu pejabat MCA untuk memudahkan pengurusan pemberian bantuan kepada penghuni kampung baru. Usaha selanjutnya yang digerakkan oleh MCA ialah mewujudkan kerjasama antara kaum. Langkah ini selaras dengan syarat yang digariskan oleh kerajaan British yang menentukan segala kegiatan politik Tanah Melayu selepas terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 hendaklah berasaskan kerjasama antara kaum. Kerjasama kaum terus menjadi agenda politik Tanah Melayu selepas British menjadikan ia sebagai satu syarat untuk mendapatkan kerajaan sendiri bagi Tanah Melayu. Tan, dengan itu, sebagai pemimpin MCA telah menyokong cadangan Dato Onn untuk menubuhkan Independence Malaya Party (IMP). Parti itu ditubuhkan pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur, dengan dasar kerjasama kaum sebagai tema perjuangannya. Bagaimanapun, selama tiga tahun parti itu ditubuhkan, kerjasama Tun Tan Cheng Lock dan MCA tidaklah begitu bersungguh-sungguh. Ini kerana Dato Onn tetap menunjukkan dasar yang tidak bertolak ansur sepenuhnya dalam soal kerakyatan jus soli. Dalam tahun 1952, State Nationality yang diluluskan, masih meletakkan syarat tertentu kepada orang bukan Melayu. Sebagai Ahli Dalam Negeri pula, Dato Onn memperkenalkan Undang-undang Imigrasi 1952, 1953 dan Business Act 1953 yang memberi kesan kepada ahli-ahli Cina IMP. Perpecahan Tun Tan Cheng Lock dan Dato Onn dalam IMP mula kelihatan sejak dari sokongan Tan terhadap tindakan H.S. Lee yang bekerjsama dengan UMNO dalam Pilihan Bandaran Kuala Lumpur pada bulan Februari 1952. Dato Onn dengan itu telah membidas sikap politik orang Cina secara terbuka yang membawa perpindahan sokongan Tun Tan Cheng Lock dan MCA kepada UMNO yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. Tun Tan Cheng Lock telah membawa MCA dalam Konvensyen Kebangsaan (National Convention) yang dianjurkan bersama UMNO pada 23 Ogos 1953. Kata sepakat telah dicapai untuk mencapai persefahaman ke arah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu melalui jalan aman. Pembentukan parti Perikatan yang mengandungi MCA, UMNO dan MIC mempercepatkan proses mencapai kemerdekaan. Tambahan pula, Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihanraya Persekutuan tahun 1955. Cita-cita Tun Tan Cheng Lock yang sejak awal perjuangannya menekankan prinsip kerakyatan secara jus soli menjadi kenyataan apabila UMNO menerima prinsip ini. Prinsip ini telah dimasukkan dalam memorandum Perikatan yang kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Reid yang bertugas menggubal Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka. Dalam jangka masa lebih 40 tahun, Tun Tan Cheng Lock telah mencurah khidmat bakti memimpin dan memperjuangkan survival politik, pendidikan dan kebajikan orang Cina di Tanah Melayu. Dalam menyampaikan mesej perjuangan, beliau telah menggunakan landasan politik dan ekonomi. Beliau telah mengemukakan idea-idea yang difikirkan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat yang diwakilinya. Selain menggunakan forum perdebatan, ucapan, kritikan dan komentar, beliau menggunakan memorandum dan petisyen dalam memperjuangkan isu-isu yang dibangkitkan.

TUNKU ABDUL RAHMAN

BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Lahir : 08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda). Pendidikan : 1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar. 1916 - Penang Free School, Penang. 1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge. 1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Kerjaya : 1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor. 1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO. 1956 - Rombongan Merdeka ke London. 1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama. 1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia. 1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963. 1970 - Bersara dari Politik. 06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

TUN V.T SAMBANTHAN

BIODATA TUN V.T SAMBANTHAN

Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919 - 18 Mei 1979) ialah Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia Biografi ringkas Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara. Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti. Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun. Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh. Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi bagi mentadbir ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (National Land Finance Cooperative Society). Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi. Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979, akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, nama Sambanthan telah diabadikan kepada sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala Lumpur.

You might also like