Esei P.Am 1

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Esei Pengajian Am 1

Topik : Intergasi & Perpaduan

Langkah menanggani perpecahan kaum

Pendahuluan

- perpaduan amat penting untuk kesinambungan kemajuan negara kita.


- perpecahan kaum akan menyukarkan proses kemajuan dan pemodenan negara.
- Maka, langkah-langkah berkesan harus diambil untuk menanggani perpecahan kaum.

Isi-isi

1) Menyuburkan kembali semangat kejiranan

- anak-anak harus dibiarkan berkawan dengan anak-anak jiran yang berlainan kaum.
- hal ini akan mengekang daripada wujudnya perasaan perkauman dalam kalangan
mereka.

2) Mengekalkan tradisi Rumah Terbuka

- amalan kunjung-mengunjung sempena hari kebesaran seperti Hari Raya Aidilfitri,


Tahun Baharu Cina dan Hari Deepavali harus diteruskan
- amalan sedemikian boleh mengeratkan hubungan antara kaum.

3) Tidak mengungkit isu-isu sensitif

- isu-isu perkauman seperti peristiwa 13 Mei tidak perlu diungkit.


- kekayaan dan kuasa yang dikongsi bersama perlu diteruskan untuk perpaduan dan
kestabilan politik.

4) Jurang ekonomi antara kaum harus dihapuskan

- penguasaan ekonomi oleh sesuatu kaum akan menimbulkan rasa kurang senang
dalam kalangan kaum lain.
- dasar-dasar kerajaan seperti Model Ekonomi Baru perlu dimurnikan dan
dilaksanakan demi kepentingan bersama.
- persaingan sihat dalam ekonomi akan melonjakkan perkembangan ekonomi negara.

5) Mempopularkan Sekolah Wawasan

- tempat terbaik untuk memulakan proses integrasi kaum.


- mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami.
- kesannya, boleh wujudkan persefahaman yang lebih erat dalam kalangan pelajar
pelbagai kaum.
6) Konsep 1 Malaysia

- membawa 1 aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat


Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat
- berpaksikan slogan ”Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
- teras perpaduan adalah bertunjangkan penerimaan prinsip-prinsip kenegaraan,
keadilan sosial, hormat-menghormati, kesederhanaan dan berbudi bahasa.

7) Rukun Negara

- diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara yang bertujuan
menyatukan fikiran, pendapat, dan perasaan rakyat pelbagai kaum.
- Rukun Negara boleh memupuk satu ideologi bersama.

8) Dasar-dasar kerajaan

i) Dasar Pendidikan Negara – untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu


ii) Dasar Kebudayaan Kebangsaan – untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan
negara melalui kebudayaan
iii) Dasar Integrasi Nasional – mengukuhkan perpaduan negara
iv) dll

9) Mewajibkan subjek sejarah dalam sistem pendidikan sekolah

- dapat mengetahui budaya kaum lain


- sedar bahawa pembangunan Malaysia kini hasil daripada pengorbanan semua kaum
- dengan itu, persefahaman yang lebih erat dapat dipupuk

Kesimpulan

- perpaduan amat penting untuk menjamin keharmonian masyarakat.


- tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir seperti yang berlaku di sesetengah negara
- semua pihak harus memainkan peranan masing-masing untuk mengelak perpecahan
kaum demi masa depan negara.

You might also like