Pemakanan

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Contoh karangan :Gaya Hidup Sihat Hari : Tarikh :

Kepentingan amalan gaya hidup sihat


Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak
positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Dalam meniti arus kemodenan yang
berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor kesihatan masyarakat pada hari ini berada
pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia.
Masalah wabak penyakit semakin menular dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2015,
angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200,000 orang jika
dibandingkan dengan bilangan pesakit pada tahun dahulu. Senario yang menggemparkan ini
haruslah ditangani dari akar umbi sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya, apakah
kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat? Saya akan rangkaikan satu demi satu.

Pertama sekali, salah satu kebaikan amalan gaya hidup sihat termasuklah tumbesaran yang
seimbang. Dalam kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat
mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak
kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun
makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini
boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing
manis yang merupakan antara punca kematian tinggi di negara kita. Maka, tumbesaran yang
seimbang ditentukan oleh pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang mengandungi
ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin,
mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa haruslah menanam tabiat pemakanan seimbang dalam
anak-anak sejak usia muda supaya menjaga diet mereka apabila dewasa kelak kerana bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Pengambilan minuman berkarbonat dan
arak haruslah dikurangkan kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan
mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air
kosong atau jus buah-buahan yang asli serta mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan
dalam diet mereka. Lagipun, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan di
luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan biasanya digoreng dengan penuh
minyak. Maka, tumbesaran seorang individu akan lebih menyeluruh dan seimbang. Jelaslah
bahawa pemakanan yang seimbang dapat memastikan tubuh badan menerima semua khasiat
yang diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman moden.

Selain itu, pengamalan gaya hidup sihat melahirkan sikap atau mentaliti positif untuk menangani
cabaran dan pancaroba di dunia luar. Terdapat beberapa contoh gaya hidup sihat yang dapat
mengurangkan tekanan dan stres kehidupan, iaitu mendapat rehat yang mencukupi dan bersenam.
Rehat yang mencukupi memainkan peranan penting dalam pengamalan gaya hidup sihat. Kita perlulah
berehat antara 6 hingga 8 jam sehari kerana rehat inilah yang mengecas semula organ-organ dalam
badan kita untuk meneruskan kehidupan pada keesokan harinya. Meskipun generasi muda kini lebih
suka tidur selepas tengah malam, ibu bapa tetap haruslah menetapkan satu masa tidur yang spesifik
untuk dipatuhi oleh anak-anak. Hal ini dapat memastikan anak-anak mendapat pemulihan tenaga
sepenuhnya. Sehubungan dengan kita, marilah kita meneruskan perbincangan tentang aktiviti sukan
sebagai amalan gaya hidup sihat. Secara umum, kita seharusnya melakukan aktiviti senaman sekurang-
kurangnya 20 minit sehari dan 3 kali seminggu. Aktiviti bersukan dapat mengekalkan gaya hidup sihat
kerana peluh yang

1
keluar sewaktu melakukan senaman menyebabkan semua toksin badan keluar bersama-sama.
Stres yang dialami juga dapat dihilangkan jua. Kesannya, individu tersebut mampu membina
tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Selain menyihatkan badan, aktiviti
sukan juga dapat mencergaskan minda kita. Hal ini disebabkan ketika bersukan, oksigen akan
diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat dan akan mengaktifkan sel-sel badan untuk
menjalankan proses respirasi, di samping mempercepat alira oksigen ke otak. Maka, kita tidak
mudah mengantuk ketika berada di sekolah mahupun di tempat bekerja. Sudah pastinya
produktiviti kerja serta proses pembelajaran akan lebih efisien kerana bak kata pepatah, minda
cerdas lahir daripada badan yang sihat. Jelaslah bahawa rehat yang secukupnya dan aktiviti
sukan dapat melahirkan minda serta badan yang ishat.

Kepentingan amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah pencegahan serangan penyakit.
Pemeriksaan kesihatan secara berkala merupakan antara kaedah untuk menjamin satu kehidupan
yang sihat. Melalui pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali, pihak doktor
mampu mengesan sebarang simpton awal penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia pula.
Hal ini memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah,
mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, orang ramai perlu mengutamakan
kebersihan diri bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas
seperti menggosok gigi, mandi dan berpakaian bersih perlu dijadikan amalan hidup seharian.
Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, asas-asas kebersihan lain perlu diamalkan
seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan agar tidak dihinggapi
lalat dan juga memilih tempat makan yang bersih untuk menjamu selera. Selain mengutamakan
kebersihan diri, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Umpamanya,
orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman
perumahan. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit
seperti nyamuk, lipas, lalat dan ssebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di
luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan
dan ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri daripada pelbagai
penyakit serta membentuk kehidupan yang shirt.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak amalan hidup sihat yang boleh kita
amalkan dalam kehidupan seharian sekiranya kita faham apa yang dimaksudkan dengan amalan
hidup sihat. Amalan hidup sihat juga boleh menggambarkan dan mencerminkan keperibadian
seseorang. Hal ini kerana , seseorang yang mempunyai keperibadian yang baik akan turut
menjaga kesihatannya dengan baik. Mengamalkan gaya hidup sihat sebenarnya tidak susah,
namun mengekalkan amalan gaya hidup sihat itulah menjadi tanda tanya kepada semua rakyat di
Malaysia. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, jadi jika kita
tidak berusaha mengamalkan gaya hidup sihat, kita tidak akan pernah tahu akan kesan
positifnya terhadap diri kita. Maka amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya
untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, semua lapisan masyarakat, sama ada ibu bapa, pihak
sekolah, masyarakat, dan Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif
untuk merealisasikan impian negara kita itu untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas.

Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh
setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah melebihi 180 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
- kepentingan amalan gaya hidup sihat

2
Isi-isi
- amalan pemakanan seimbang
- bersukan dan beriadah
- Pemeriksaan kesihatan

Penutup
- amalan tersebut perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat
Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan
gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang
hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang -kurangnya tiga kali
seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat
mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan
ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan
untuk meningkatkan produktiviti negara.

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu,
tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan.
Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan
buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan
cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat
dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang
dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan
mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang
basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya
pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan
memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan
pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit
jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui
peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan
dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu
penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan
rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk
merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat
untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat
untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling
bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

You might also like