Contoh Karangan SPM

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 69

Karangan Berpandu diubahsuai daripada karangan Hasilan Nurul Ashikin bt.

Abdullah
( Tingkatan 5 Ibnu Haitham) Pelajar Tingkatan 5 Wajib Menyalin Karangan Di bawah.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang
karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor
kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak
berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak
pelbagai penyakit semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua
atau muda. Jika dahulu masalah darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang
sering dihadapi oleh golongan tua tetapi pada hari ini golongan kanak-kanak juga sering
dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan
telah meningkat sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun
sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai
cara terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan kesihatan semakin banyak
disediakan oleh pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar
merupakan tempat masyarakat mendapat kemudahan rawatan kesihatan. Persoalannya,
mengapakah kadar pertambahan bilangan pesakit yang tidak mengenal usia berlaku pada
zaman sekarang? Bak kata pepatah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah pasti ada
jalan keluarnya. Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat
sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah
caranya untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat?

Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di bawah
kata kunci pengambilan makanan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia mengganggap
pengambilan makanan seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan masyarakat mengenai
perkara tersebut adalah salah sama sekali.Hal ini kerana pengambilan makanan seimbang
bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang individu yang mengandungi semua
nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan secara seimbang. Jika kita merujuk
piramid makanan, pembahagian pemakanan terbahagi kepada beberapa bahagian
mengikut keperluan makanan berdasarkan seorang manusia normal. Bahagian bawah
piramid makanan merupakan kumpulan makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan
kumpulan makanan yang mengandungi vitamin, mineral, dan serat, seterusnya kumpulan
makanan yang mengandungi protin, dan terakhir bahagian atas ialah kumpulan makanan
mengandungi lemak. Piramid makanan juga merupakan panduan kepada pengguna dengan
mengurangkan pengambilan makanan berlemak di bahagian atas sekali, seperti lemak dan
gula,. Oleh sebab itu, makanan berlemak hanya perlu kita ambil dalam kuantiti sedikit.
Berbanding kandungan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak kerana
makanan seperti ini membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan seharian,
contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli falsafah Yunani iaitu Socrates berkata " Aku
makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan." Tegasnya, kita boleh mengamalkan gaya
hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang setiap hari.

Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan gaya


hidup sihat iaitu menjalankan aktiviti rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia maklum,
kegiatan rekreasi merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk mengisi masa
senggang, merehatkan minda dan mengelakkan stress, selain menyehatkan badan. Pada
abad milenium ini, banyak tempat rekreasi, sama ada bertemakan air, alam sekitar dan
sebagainya. Dengan adanya pusat rekreasi, anak muda atau remaja boleh menyertai aktiviti
berkenaan dengan mandaftar diri dan menyertai program yang dianjurkan seperti kursus
berkayak, mendaki gunung, , menyelam, "jungle tracking" dan sebagainya. Bagaimana
kegiatan rekreasi ini dapat menyihatkan tubuh badan? Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti
mencabar. Sebelum melakukan aktiviti berkenaan, peserta selalunya diminta untuk
melakukan aktiviti regangan agar seluruh sendi dan sistem kardivaskular kita bersedia
terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti berkenaan. Bahkan juga, dengan adanya aktiviti
regangan dan pemanasan badan, kadar pengaliran darah dan pergerakan jantung akan
stabil sebelum peserta melakukan aktiviti yang berat. Selain itu, kelenjar endokrin dan
kelenjar adrenalina akan merembeskan peluh yang mengandungi toksin untuk disingkirkan
daripada badan. Oleh sebab itu, badan kita akan menjadi sihat dan sukar untuk dijangkiti
patogen-patogen penyakit. Kebiasaanya, seorang fasiltator akan memberi penerangan
kepentingan melakukan regangan dan peringatan mengenai langkah-langkah menjaga
keselamatan sepanjang program rekreasi diadakan untuk mengelak sebarang kemalangan
atau kecederaan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau dan sediakan payung sebelum
hujan. Justeru, tahap keselamatan peserta lebih terjamin semasa melakukan aktiviti lasak
tersebut. Hal ini jelas menunjukkan aktiviti berekreasi merupakan satu cara untuk kita
mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan.

Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama


dalam membicara aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sihat. Sebagaimana kita
maklum, remaja tidak lari daripada melakukan aktiviti sukan dalam kehidupan mereka
sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan pelaksanaan
Program 1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan pelajar sekurang-kurang menyertai satu aktiviti
sukan di sekolah. Bahkan juga,Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah 10% syarat
kemasukan ke universiti berdasarkan pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum
antaranya sukan permainan. Namun, pelaksanaan program ini belum mencapai objektifnya
kerana sebilangan pelajar masih belum membudayakan diri mereka untuk bersukan dan
penglibatan mereka dalam aktiviti berkenaan hanya sekadar untuk penyertaan bukan
sebagai budaya. Sebenarnya, pucuk pangkal permasalahan berkenaan terus berlaku akibat
masyarakat masih belum mengetahui akan manfaat dan kepentingan sukan dalam
kehidupan mereka. Dengan bersukan, masyarakat akan mendapat manfaat iaitu selain
menyihatkan badan, mereka juga akan dapat mencergaskan minda mereka. Hal ini kerana
ketika bersukan oksigen akan diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat dan akan
mengaktifkan sel-sel badan menjalankan proses respirasi, disamping aliran oksigen ke otak
akan lebih aktif. Secara langsung neuron-neuron otak juga akan bersambung dan badan
akan menerima cas-cas positif yang berfungsi untuk menyihatkan badan dan mencerdaskan
otak. Kebaikannya kepada pelajar, mereka tidak akan mudah mengantuk semasa berada di
dalam kelas dan sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna.
Pepatah Arab ada mengatakan bahawa minda cerdas lahir daripada badan yang sihat.
Justeru, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti bersukan.

Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan
kesihatan adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada di bawah
paras bahaya. Masyarakat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan terutamanya di bawah
kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia amat mengambil berat dalam menyediakan
prasarana dan kemudahan kesihataperkhidmatan bertaraf dunia. Hal ini boleh kita lihat di
setiap pelusuk negara terdapat pusat rawatan sama ada klinik desa, Klinik 1 Malaysia,
Hospital Desa dan Hospital Besar sentiasa terbuka untuk dikunjungi oleh rakyat yang sedar
akan kepentingan kesihatan mereka. Bahkan juga, pengamal perubatan yang sedia
merawat pesakit adalah lepasan universiti dikerah berkhidmat di pusat rawatan daerah, dan
negeri agar setiap masyarakat mudah untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang
berkualiti. Berbading suatu ketika dahulu, pesakit yang memerlukan rawatan daripada
seorang doktor hanya boleh mendapat perkhidmatan mereka di hospital desa atau hospital
besar. Rawatan kesihatan amat penting supaya setiap warganegara akan tahu tahap dan
darjah kesihatan mereka dari semasa ke semasa. Apabila kita melakukan rawatan kesihatan
secara berskala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali perkembangan kesihatan kita boleh
dipantau oleh pengamal perubatan atau doktor dengan sebaik-baiknya. Natijahnya cukup
positif kerana pengesanan penyakit secara awal akan memudahkan mereka mendapat
rawatan yang sepatutnya. Secara langsung pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa
kerana kadang kala penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit tiga serangkai
iaitu darah tinggi, kecing manis dan serangan jantung. Contohnya, sekiranya pesakit
mengalami penyakit kencing manis para doktor berpengalaman akan menasihatkan pesakit
mengawal kaedah pemakanan yang sesuai dan sekiranya pesakit mengalamai masalah
diabetis yang kronik suntikan insulin akan dilakukan untuk mengawal paras gula dalam
badan. Pepatah ada menyebut " mencegah lebih baik daripada merawat." Tegasnya
mendapat pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah sangat penting dalam memastikan
tahap kesihatan masyarakat dalam keadaan baik.

Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika
kita inginkan kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti pengambilan makanan
seimbang, melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan
kesihatan secara sempurna. Oleh itu, untuk menyokong kerajaan dalam merealisasikan
Wawasan 2020, kita perlulah memastikan tahap kesihatan kita dalam keadaan terbaik
kerana pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang sihat jasmani, rohani, emosi dan inteleknya
sahaja yang akan dapat membantu menggapai cita-cita pemimpin untuk memastikan
Malaysia mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju
yang lain. Justeru, kesihatan merupakan aset paling penting sebagai warganegara Malaysia
kerana bak kata pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang
menggunung.

Para pelajar boleh mengolah dan, menambah istilah, frasa atau ayat, maklumat atau fakta
serta frasa menarik asalkan binaan ayatnya gramatis.

CONTOH KARANGAN BERPANDU KEDUA


Karangan di bawah bukan soalan Percubaan SPM 2013 SMKASAS. Saya masukkan
karangan berkenaan atas dasar kehebatan hasilan karangan pelajar berkenaan dan boleh
dijadikan contoh semasa mengarang oleh setiap pelajar. Justeru, karangan di bawah wajib
salin.
Diubahsuai daripada karangan nukilan Norfaezah bt. Mohd. Nozani ( Pelajar Tingkatan 4
Ibnu Sina )
Karangan Umum Berfokus Komsas.
Soalan : Dalam karangan masyarakat Malaysia, pantun merupakan puisi tradisional yang
masih kekal sehingga ke hari ini. Bincangkan keistimewaan pantun dan peranannya dalam
masyarakat Melayu.

Busana indah bertata suasa,


Menari puteri di dalam taman,
Pantun lambang budaya bangsa,
Takkan hilang ditelan zaman.

Rangkap pantun di atas menggambarkan pantun sebagai satu lambang keistimewaan


mayarakat Melayu. Pantun merupakan seni bangsa yang telah diperturunkan daripada
generasi terdahulu kepada generasi pasca kemerdekaan ini. Pantun yang kaya dengan seni
kata yang halus dan irama yang indah turut melambangkan kehebatan dan kepakaran
masyarakat Melayu dalam bidang berbahasa. Marcapada, puisi tradisional kini turut
dipertahan dan diberi penekanan oleh golongan pencinta ilmu agar tidak terhakis dibawa
arus perubahan zaman yang rakus menelan budaya Melayu dari bangsanya. Justeru,
komponen sastera yang diperkenalkan dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu
merupakan usaha bijak pandai kita agar pendedahan sedari usia rebung pasti mampu
memupuk kecintaan pelajar atau generasi muda terhadap kemahiran berbahasa
terutamanya kemahiran berpantun. Bukan itu saja, malah harapan kita agar generasi
sekarang juga diharapkan mampu mencipta hasilan pantun seperti generasi nenek moyang
kita sebelumnya. Seterusnya, diharapkan kesenian berbahasa ini akan menjadi budaya
masyarakat bangsa dalam setiap aktiviti harian sama ada ketika berkomunikasi secara
umum ataupun formal. Jelasnya, kenenian berbahasa menggunakan pantun sebagai
wahana komunikasi antara masyarakat mempunyai pelbagai keistimewaan dan peranannya.
Mari kita bersama-sama memfokuskan lensa perbincangan ke arah horizon minda
pelajar kelas pertama dengan membicara kata kunci pertama iaitu fungsi pantun sebagai
wahana penyampaian rasa penghargaan dan terima kasih kepada seseorang. Masyarakat
Melayu yang sememangnya terkenal dengan sikap suka menghargai dan berterima kasih
atas sumbangan dan jasa orang lain. Antara hasilan pantun generasi terdahulu yang masih
diaplikasi masayarakat sehingga kini terpapar melalui pantun seperti di bawah,
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Justeru, penggunaan pantun sebagai alat untuk menyampaikan rasa penghargaan dan
ucapan terima kasih seperti tergambar dalam pantun di atas memaparkan kehalusan budi
bangsa Melayu sesuai dengan pepatah Melayu iaitu harimau mati meninggalkan belang,
manusia matiu meninggalkan nama. Ucapan terima kasih melalui penggunaan pantun yang
selalunya digunakan dalam ucapan semasa acara rasmi, atau dalam perbualan seorang
rakan dengan rakan memang meninggalkan impak yang besar kepada pendengarnya.
Ucapan dengan penggunaan pantun ini boleh berlaku apabila seseorang itu menghulurkan
bantuan sama ada kewangan, tenaga atau usaha membantu orang lain dalam meringankan
bebanan kerja, memberikan idea dalam menyelesaiakan masalah, memberikan nasihat dan
sebagainya. Secara langsung, penggunaan pantun dalam menyampaikan penghargaan
terima kasih ini dapat melahir dan menyemaikan bibit-bibit kasih sayang antara pengguna
atau penutur bahasa. Tuntasnya, pantun menjadi wadah dan wahana dalam menyampaikan
rasa penghargaan dan terima masih seseorang dalam kehidupan bermasyarakat.

Seterusnya, mari kita selusuri fokus lensa perbincangan menggunakan minda pelajar
kelas pertama mengenai peranan pantun dan keistimewaannya dengan kata kunci kedua
iaitu pantun juga boleh diguna pakai sebagai medan media berkomunikasi dalam
menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kita sering melihat
iklan yang dipaparkan di kaca televisyen menggunakan pantun sebagai medium komunikasi
mereka. Usaha murni media massa menggunakan pantun sebagai alat menyampaikan
pesanan atau nasihat amat dipuji kerana dengan aplikasi pantun berkenaan dalam media
akan membangkitkan rasa kecintaan masyarakat terhadap fungsi pantun dalam kehidupan
dan secara langsung mereka tidak akan lupa akan peranan pantun dalam kehidupan
seharian serta tidak melupakan identiti bangsa mereka. Di samping itu, media komunikasi
tidak kira media cetak ataupun media elektronik boleh menggalakkan masyarakat
mengaplikasi pantun dalam kehidupan mereka sama ada semasa berinteraksi atau
berhubung melalui komunikasi berbahasa ataupun melalui tulisan. Antara contoh, media
massa seperti radio dan televisyen menyiarkan rancangan berbalas pantun sama ada
secara tertutup mahupun secara siaran langsung dalam rancangan mereka. Langkah ini
juga patut dipuji kerana golongan yang meminati siaran eletronik ini antaranya golongan
remaja dan mereka inilah bakal pemimpin dan merupakan aset negara. Bahkan juga,
penggunaan pantun dalam kehidupan boleh menjadi bahan untuk hiburan dan jenaka
kerana pantun sering mendapat perhatian dalam kalangan penghibur negara terutama
dalam rancangan realiti televisyen sekarang seperti Super Spontan, Maharaja Lawak,
Karott Komedia X, dan sebagainya mencuri tumpuan peminat dalam kalangan masyarakat.
Tamsilnya, pabila masyarakat menonton rancangan seperti ini mereka akan dapat
melupakan sementara rasa sedih dan stress mereka setelah bergulamang dengan kerjaya
pada sebelah siangnya. Sebagai nasihat, dalam berhibur ciri-ciri pantun sebagai puisi lama
tidak perlu diabaikan kerana di situlah erti keindahan dan keunikan berbahasa yang
ditinggalkan oleh generasi dahulu kepada kita. Tegasnya, masayarakat tidak perlu
memandang rendah peranan pantun dalam kehidupan mereka kerana pantun berperanan
sebagai penyampai maklumat dan juga sumber hiburan yang mengasyikkan.

Darsawarsa, segelintir masyarakat kita, terutama masyarakat Melayu alpa kerana


meminggir dan tidak menghargai tradisi pantun sebagai satu medium atau wahana untuk
menyindir dan menempelak sesorang tanpa menyinggung perasaan pendengar. Kita sedia
maklum, masyarakat Melayu terkenal dengan sifat berbudi bahasa dan sentiasa menjaga
akhlak semasa berkomunikasi. Hal ini kerana setiap individu tidal lari daripada melakukan
kesalahan sama ada secara sengaja atau sebaliknya sehingga menggores perasaan orang
di sekeliling mereka. Justeru, pabila kita berbalik kepada generasi nenek moyang kita
dahulu, mereka cenderung menggunakan pantun dalam menyindir atau menempelak
sesorang. Dengan cara sedemikian, pendengar atau orang yang dilawan bercakap tidak
akan berasa pedihnya sindiran berkenaan berbanding jika disampaikan dengan cara terus
terang. Contohnya boleh kita lihat melalui pantun berikut, "Berakit ke hulu dengan bergalah,
buluh pecah terbelah dua, orang tua jangan dilangkah, kelak biadap dituduhnya pula."
Pantun berkenaan jelas menunjukkan contoh cara golongan tua menyindir golongan muda
yang sering menempelak golongan tua sama ada semasa bercakap atau semasa memberi
nasihat kerana orang tua lebih banyak makan garam. Berbanding sekiranya dalam
menempelak atau menyindir seperti berkata, " Diam, jangan melawan cakap orang tua",
menunjukkan seseorang terus menghalang orang lain bersikap biadap dengan orang tua.
Sekiranya berlaku situasi sedemikian, sudah pasti golongan muda yang mendengar kata-
kata seperti itu akan tersinggung dan akibatnya hubungan mereka akan menjadi
renggang.Situasi ini sering berlaku dalam alaf milenium ini kerana golongan remaja
sekarang lebih suka berterus terang semasa berbual dengan rakan-rakan sebaya, dan
sudah pasti ada kalanya sikap ini akan mengundang padah seperti berlakunya pertengkaran
dan perkelahian. Tegasnya, masyarakat terutama golongan remaja boleh menggunakan
pantun apabila cuba untuk menempelak atau menyindir rakan sebaya kerana penggunaan
pantun akan melembutkan maksud teguran berbanding jika teguran itu dizahirkan secara
berterus terang.

Mari kita lebarkan fokus lensa perbincangan kepada kata kunci peranan pantun dalam
adat istiadat orang Melayu . Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sikap
mengutamakan adat dalam upacara seperti merisik, pertunangan dan perkahwinan. Dalam
majlis seperti rombongan merisik kebiasaannya ahli keluarga akan memilih golongan tua
daripada keluarga mereka menjadi orang utama dalam majlis seperti disebutkan di atas.
Kebiasaannya, orang paling utama dalam acara seperti tersebut dipilih dalam kalangan ahli
keluarga yang petah berkata-kata dan kaya dengan kesenian berpantun. Selalunya, pantun
akan digunakan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran
sebelum aktiviti selanjutnya dijalankan semasa upacara merisik, pertunangan dan
perkahwinan. Dalam berpantun kebiasaannya ketua rombongan akan cuba untuk
menyampaikan hasrat rombongan keluarga mereka dan selalunya ke rumah gadis yang
menjadi pilihan ahli keluarga lelaki. Selalunya, pantun yang dikemukan akan dibalas oleh
keluarga gadis. Sebagai contoh pantun berkenaan seperti di bawah:-

Tok Sami ke teluk Lipat,


Kain batik dibawa Salma,
Datang kami membawa hajat,
Kalau sudi minta diterima.

Dari Pauh singgah Permatang,


Singgah merapat papan kemudi,
Dari jauh saya datang,
Kerana tuan yang baik budi.

Pantun seperti di atas, biasanya dipertuturkan semasa adat merisik, pertunangan atau
perkahwinan yang mengambar orang Melayu sentiasa berkomunikasi secara bersopan
dalam acara tertentu. Tegasnya, budaya masyarakat Melayu begitu unik dan kaya dengan
kesenian bahasa antara kemahiran berpantun dalam upacara adat.

Selain itu, pantun juga sering digunakan sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar
atau nasihat kepada seseorang. Nasihat dan tunjuk ajar ini kebiasaannya diajukan kepada
setiap lapisan masyarakat tidak kira usia muda atau tua. Pada zaman dahulu, orang tua-tua
sering mengutamakan pantun sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada
anak-anak atau golongan remaja kerana dengan cara tersebut teguran dan nasihat yang
hendak disampaikan secara lebih bersopan. bahkan juga, dengan penggunaan pantun
teguran dan tunjuk ajar dapat disampaikan tanpa menggores perasaan golongan yang
menjadi sasarannya. Contoh pantun nasihat seperti di bawah:-

Pergi ke pantai berkereta coklat,


berdayung sampan hingga ke malam,
Firman Tuhan tutuplah aurat,
Menjadi kewajipan wanita Islam.

Berdasarkan pantun di atas, pemantun cuba menasihatkan golongan hawa agar sentiasa
menutup aurat mereka kerana perkara tersebut sudah menjadi kewajipan kaum wanita di
sisi Tuhan. Jelasnya, melalui pantun seperti diatas nasihat yang disampaikan secara lembut
dan tidak berbentuk keras dalam bentuk paksaan walaupun perkara berkenaan adalah wajib
dilaksanakan kaum perempuan. Berbanding dengan situasi remaja sekarang lebih suka
membuat teguran secara terus terang sehingga menyebabkan timbul perasaan tidak senang
dalam kalangan mereka. Adakalanya, cara teguran disampaikan menyebabkan hubungan
antara mereka akan renggang malah ada juga yang mencetuskan perkelahian kerana ada
yang berpendapat soal menutup aurat adalah soal peribadi. Tegasnya, pantun amat
signifikan untuk memberikan nasihat dan teguran kerana cara ini lebih lembut dan bersopan.

Akhirulkalam, sudah terang lagi bersuluh bahawa pantun sememangnya banyak


kelabihan dan keistimewaannya tersendiri. Antara, pantun berfungsi sebagai hiburan,
berguna dalam adat istiadat, sebagai nasihat, menempelak dan sebagainya. Sebagai
penerus generasi terdahulu, kita bukan sahaja perlu menghargai keunikan dan kesenian
pantun Melayu, malah lebih jauh lagi kita perlu mempertahan dan seterusnya membudaya
tradisi penggunaan pantun dalam kehidupan seharian agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas dibawa arus zaman yang serba ligat dengan kemodenan zaman milineum ini.
Justeru, kita sebagai perwaris bangsa perlu bekerjasama ibarat aur dengan tebing, bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat dalam usaha untuk terus memartabat
dan memperkasakan pantun sebagai satu wahana dan mideum komunikasi sopan antara
masyarakat Melayu yang terkenal dengan budi bahasanya. Oleh sebab itu, ternyatalah
keistimewaan pantun dan peranannya dalam masyarakat tidak dapat dipertikaikan.

Soalan Berfokus Diri:-


Anak jiran anda menghidapi masalah penyakit yang kronik. Tuliskan pendapat anda cara
untuk membantu anak jiran anda berkenaan agar bebanan keluarganya dapat diringankan.
Saya mohon para pelajar melihat hasilan karangan pelajar di bawah dan buat rumusan
ringkas mengenai karangan berkenaan dan saya harap semasa di dalam kelas untuk
berbincang berkenaan keistimewaan dan kelemahan karangan berkenaan aharp maklum.
Ulasasan anda:-
1. Idea relevan atau tidak dengan tugasan.
2. Pengolahan idea menarik atau tidak, mengaplikasi kaedah deduktif atau tidak.
3. Gaya bahasa menarik atau tidak. ( Ejaan, frasa, ayat)
4. Ejaan dan tanda baca ( Terdapat kesalahan ejaan atau tanda baca)
5. Pemerengganan. ( Cukup 7 perrenggan atau tidak/ Kepanjangan seimbang atau
tidak )

Ulasan keseluruhan ( Cemerlang atas, Cemerlang, Cemerlang bawah, Kepujian )

..............................................................................................................................................

Anda juga boleh memberikan markah untuk karangan umum di atas.

Saya akan cuba memasukkan lagi karangan menarik Percubaan SPM SMKASAS 2013.
Tetapi dua karangan yang saya lampirkan di atas merupakan karangan menarik pelajar
tingkatan empat yang boleh dijadikan contoh kerana kualiti karangan berkenaan, kecuali
karangan di atas. Karangan di atas perlu diberi ulasan dan markah. Setelah cuti nanti,
pelajar diminta menyatakan ulasan dan tahap pencapaian karangan pelajar di atas semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.

Contoh Karangan Berpandu Nukilan Nur Aishah Humaira bt. Moideen Tingkatan 5 Ibnu
Khaldun
Contoh Karangan Berpandu Percubaan SPM 2013
Karangan Umum Fokus Keluarga / Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk membentuk budaya membaca dalam kalangan
anggota keluarga mereka.
Bincangkan pernyataan di atas.

Karangan ini nukilan Nur Aisah Humaira bt. Moideen Ting. 5 Ibnu Khaldun
Karangan Nukilan Nurfarhana Nisa bt. Muhammad Fauzi Tingkatan 5 Al Haitham
Karangan Umum Berfokus Diri Hasilan Nur Sayidah bt. Malek Tingkatan 5 Ibnu Khaldun
Anda bercita-cita menjadi seorang usahawan menjelang tahun 2020. Jelaskan persediaan-
persediaan yang dilakukan untuk mencapai cita-cita tersebut.
Karangan berfokus masyarakat.

Kaum wanita di negara ini wajar diberikan peluang yang sama rata dengan kaum lelaki
untuk menceburi diri dalam pelbagai bidang.
Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.

“Mampukah wanita menggalas tugas kaum lelaki?” “ Kaum wanita hanya sesuai di
dapur, mengemas rumah dan menjaga anak” “ Bolehkah wanita menjadi seorang
pemimpin?” Persoalan sebegini kerap diperbual dan kerap menjadi perbincangan dalam
kalangan masyarakat terutama dalam kalangan kaum adam yang sering memandang
rendah akan kemampuan kaum hawa. Namun, tohmahan dan pandangan kaum adam akan
terhakis apabila nama-nama tokoh wanita sudah membarisi nama-nama hebat dengan
kejayaan mereka dalam pelbagai bidang dan sekaligus membuktikan mereka mampu
menyamai dan ada yang mengatasi kaum lelaki. Hal ini terbukti terbukti sejak dari dahulu
lagi. Mana tidaknya, semenjak zaman Rasulullah sendiri nama wanita seperti Saiditina
Aisyah, Ummi Salamah, Fatimah dan Zainab Al Ghazali memberi sumbangan yang besar
dalam pembangunan Islam. Begitu wanita di Malaysia yang Berjaya dalam bidang mereka
seperti Dr. Zeti Akhtar Aziz wanita pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara
Malaysia, Aireen Omar wanita pertama yang mengepalai syarikat Penerbangan Air-Asia,
Datuk Dr. Maznah Hamid bekerjaya dan memiliki syarikat sekuriti dan hartanah, Kadijah
Abdullah Ketua Eksekutif Insuran Malaysia dan pelbagai lagi nama wanita berjaya di
Malaysia, sudah pasti menutup pandangan serong golongan adam akan kebolehan kaum
hawa. Benarlah kata pepatah, tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia.
Tegasnya, wanita wajar diberi peluang yang sama rata dengan kaum lelaki untuk menceburi
pelbagai bidang asalkan peranan mereka tidak bertentangan dengan agama.

Mari kita lebarkan lensa skop perbincangan berdasarkan minda pelajar kelas pertama
dengan kata kunci golongan wanita mampu menerajui bidang kewangan negara. Nama
yang tidak asing dalam bidang kewangan berkenaan ialah Dr. Zeti Akhtar Aziz iaitu anak
kepada pasangan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan Sharifah
Azah Alsagof merupakan Tokoh Budayawan Negara. Dr. Zeti Akhtar Aziz merupakan
wanita Malaysia pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia setelah
menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam Jurusan
Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa Universiti Pennyslvania pada tahun 1978. Atas
sumbangan dan kejayaannya dalam mentadbir kewangan negara, beliau telah terpilih
sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik di dunia oleh Majalah Global Finance. Beliau
menerima anugerah berprestij tersebut bersama-sama tokoh kewangan dunia seperti
Gabenor Bank Australia, Gabenor Bank Israel, dan tokoh kewangan dari Filipina dan
Taiwan. Selain Dr. Zeti Akhtar, nama wanita berjaya dalam bidang ekonomi seperti nama
yang disebut di bahagian pengenalan iaitu Aireen Omar, Datuk Maznah, begitu juga
Pengurus Syarikat Faiza Sdn. Bhd. iaitu Faiza Bawurni Sayed Ahmad terkenan dengan
pengedar beras basmathi. Justeru, terbukti bahawa golongan wanita mampu untuk
mentadbir kewangan dan ekonomi negara, malah jauh mengatasi kebolehan golongan lelaki
apabila Dr. Zeti Akhtar telah diiktiraf sebagai antara Ketua Bank Negara yang terbaik di
dunia.

Seterusnya, mari kita selongkar kehebatan kaum hawa dalam bidang sukan agar sikap
dan prasangka kebolehan wanita tidak dipertikai sebagai kaum yang lemah malah boleh
berjaya seperti peserta sukan lelaki. Kaum wanita juga mampu untuk berjaya seperti kaum
lelaki dalam acara sukan sekiranya diberi ruang dan peluang untuk menunjukkan kebolehan
mereka. Kejayaan mereka bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah ada yang berjaya
di peringkat global apabila mampu menunduk pencabar dunia. Justeru, nama-nama seperti
peserta sukan wanita berjaya dalam karear mereka di peringkat antarabangsa seperti Dato'
Nicol Ann David dan Pandela Rinong berjaya dalam acara sukan yang mereka tandingi di
peringkat dunia iaitu dalam acara skuasy dan acara terjun. Dalam acara skuasy, Ratu
Skuasy Negara sering memberi kejutan demi kejutan apabila berjaya meneruskan gelaran
sebagai pemain skuasy pertama dunia apabila muncul sebagai johan dalam pelbagai
kejohanan skuasy di peringkat dunia. Kejayaan Pandela Rionong mendapat pingat gangsa
dalam acara terjunan di Sukan Olimpik London pada tahun 2013 amat membanggakan
rakyat Malaysia. Hal ini kerana, beliau merupakan peserta sukan pertama negara yang
berjaya mencapai kejayaan gemilang seperti itu di peringkat Sukan Olimpik. Tegasnya,
kaum hawa juga mampu menggegarkan dunia apabila diberi ruang untuk menyertainya.

Jika kita sorot lensa perbincangan kepada penglibatan golongan wanita dalam aktiviti
ekstrim atas dasar untuk menyenaraikan nama wanita Malaysia sebaris dengan kejayaan
wanita negara luar. Sebagai warganegara Malaysia, kita amat berbangga dengan semangat
patriotik golongan hawa yang sanggup menggadai nyawa untuk memartabatkan nama
negara kita sebaris dengan negara maju yang lain agar kita dapat duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negara yang lain. Nama kaum hawa yang dimaksudkan dalam
perbincangan ini ialah Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, pensyarah
Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau telah mengambil risiko untuk menjelajah kawasan paling sejuk di dunia iaitu untuk
menjelajahi Kutub Utara walaupun beliau sedar kemungkinan nyawa beliau boleh melayang
dalam menjayakan usaha menjelajahi kutub berkenaan secara solo. Oleh sebab
semangatnya yang membara untuk berjaya menakluk Kutub Utara akahirnya usahanya
berjaya melaksanakan ekspedisinya pada 17 April 2007, sekali gus menjadikannya sebagai
wanita Asia pertama berjaya menjelajah kedua-dua Kutub Utara dan Kutub Selatan.
Semangat dan keazaman penuh membara yang ditunjukkan oleh mereka ini seharusnya
dijadikan iltizam buat generasi masa hadapan untuk terus mengorak langkah merintis
kecemerlangan. Tegasnya, kaum wanita juga mampu untuk berjaya sekiranya mempunyai
semangat patriotisme, di samping kecekalan hati dalam menghadapi cabaran mengharungi
kawasan paling sejuk dan paling mencabar di dunia.

Seterusnya, mari kita terus menyelongkar kehebatan wanita Malaysia menggunakan


minda pelajar kelas pertama dengan memperkatakan kehebatan kaum hawa dengan kata
kunci mereka juga boleh berjaya dalam bidang politik terutama membantu barisan kabinet
menerajui kepimpinan negara. Kini terdapat ramai wanita yang menyandang jawatan
menteri, senator, ahli parlimen, ahli EXCO, ADUN dan sebagainya. Kita berbangga dengan
ahli-ahli politik wanita seperti Datuk Seri Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan
Antarabangsa Dan Industri dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mantan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang berusaha gigih menjaga hak dan
kepentingan wanita. Berdasarkan senarai anggota kabinet Malaysia 2013, Datuk Rohani
Abdul Karim merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
mengganti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Tidak lupa juga jasa mantan Allahyarhamah Tan
Sri Aishah Ghani yang telah banyak berjasa kepada negara dan pertama di Malaysia yang
dilantik ke jawatan senator pada tahun 1963 dan merupakan wakil wanita pertama dari
Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun
1973, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dan memegang jawatan
tersebut sehingga tahun 1984. Oleh sebab itu, jasa mereka terhadap masyarakat amat
dikagumi terutama dalam menentukan kebajikan golongan wanita agar sentiasa terbela
terutama golongan ibu tunggal. Tuntasnya, kaum wanita juga memainkan peranan
membantu barisan kabinet negara menerajui kepimpinan negara Malaysia.

Setelah kita membincangkan jasa pemimpin wanita membela kaum wanita dan
membantu barisan kabinet mentadbir negara dalam bidang politik, mari kita menelesuri pula
peranan wanita dalam dalam membantu kebajikan masyarakat peringkat antarabangsa.
Bukan senang untuk mencari seorang budiman seperti Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang
sanggup meninggalkan kesenangan dan kemewahan demi untuk membantu orang lain.
Beliau merupakan pengerusi dan pengasas MERCY Malaysia ataupun 'Malaysian Medical
Relief Society' iaitu pertubuhan bantuan perubatan sukarela yang ditubuhkan di Malaysia
pada tahun 1999 berikutan perang di Kosovo. Beliau sendiri selalu mengetuai misi
membantu penduduk di negara-negara yang menghadapi bencana alam seperti gempa
bumi, tsunami dan juga di wilayah yang bergolak akibat perang. Baginya apa yang
dilakukannya itu adalah lebih berharga daripada apa yang boleh dibeli oleh wang ringgit. Dr.
Jemilah merupakan salah seorang daripada 16 yang lain dipilih oleh Setiausah Agung
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), General Ban Ki-moon sebagai kumpulan
penasihat Pusat Tindakan Tabung Kecemasan PBB (CERF). Begitulah jasa seorang wanita
dan atas jasanya tersebut pelbagai penghargaan telah diterimanya seperti anugerah Dato’
Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Yang Teramat Mulia Sultan Azlan Shah pada tahun
2002 dan Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong
pada tahun 2003.Pada 6 Jun 2009, beliau dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM)
oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Tan Sri.
Beliau juga telah menerima Anugerah Keamanan Wanita yang Pertama di Asia Timur
(Kategori Perkhidmatan Kemanusiaan) di Manila. Anugerah yang berprestij itu juga pernah
dianugerahkan kepada Presiden Filipina Corazon Aquino dan Aung San Suu Kyi dari
Manila. Justeru, insan bergelar kaum hawa memang hebat kerana jasa mereka sentiasa
disanjung tinggi dunia atas jasa mereka tidak pernah kenal sempadan.

Akhir kalam, jasa dan peranan wanita memang telah diiktiraf semenjak zaman
Rasulullah lagi dan seterusnya nama-nama wanita Malasyia juga tidak kurang hebatnya.
Mereka sentiasa mewarnai senario di tanah tumpah darah mereka dalam pelbagai bidang ,
sama ada di bidang politik, sukan, ekonomi, berusaha memartabatkan nama negara di mata
dunia, membantu kepimpinan negara dan membantu masyarakat tanpa mengenal
sempadan dunia. Sebagai warganegara Malaysia kita harus berbangga dengan sumbangan
kaum hawa ini kerana keberadaan mereka membantu kaum adam untuk memantapkan
segala kekurangan yang ada pada mereka. Oleh sebab itu, kaum wanita memang perlu
diberi ruang untuk menceburi pelbagai bidang kerana kepakaran mereka bukan racun yang
mampu membunuh kaum adam malah boleh diibaratkan ubat yang mampu menyembuhkan
penyakit kaum adam. Allah berfirman bahawa kaum adam dijadikan untuk berpasangan
dengan kaum hawa. Justeru, prasangka buruk dalam kalangan kaum adam terhadap kaum
hawa perlu dihapuskan agar sikap bekerjasama akan wujud demi membina sebuah negara
merdeka dan perkasa dalam pelbagai bidang agar mampu untuk menyinar di mata dunia.

Cuba anda lihat per pentingnya maklumat dalam membina karangan jenis fakta berfokus
masyarakat di atas. Oleh sebab itu, pelajar tidak memilih karangan berkenaan kerana
kekurangan maklumat. Karangan di atas wajib salin kerana saya bersusah payah mencari
maklumat dan mengolahnya.

Karangan Tambahan.
Masyarakat pada zaman alaf milenium ini amat mudah untuk mendapat maklumat melalui
internet. Berdasarkan pernyataan berkenaan huraikan kebaikan internet dalam kalangan
masyarakat kini.

Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara
kita. Tahukan anda bahawa penggunaan internet di negara kita ibarat cendawan tumbuh
selepas hujan kerana pertambahan penggunaannya amat ketara sama ada di kawasan
bandar mahu pun di kawasan luar bandar. Penggunaan internet juga bertambah dalam
kalangan rakyat di negara kita disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti
Facebook, Friendster, My Space dan Tagged dalam internet yang semakin meluas. Bahkan,
negara kita tersenarai dalam sepuluh negara yang paling banyak menggunakan jaringan
sosial iaitu Facebook. Sedar atau tidak, penggunaan internet juga telah sampai di segenap
desa apatah lagi selepas wujudnya teknologi ‘3G’ dan "4G". Apa yang pasti, kajian telah
menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh buah rumah di negara kita menggunakan
kemudahan internet untuk pelbagai tujuan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa
pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada kemudahan penggunaan internet dalam
kalangan masyarakat sekaligus mengubah ajakan paradigma masyarakat dalam era
teknologi maklumat kini kerana maklumat berada di hujung jari.

Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan penggunaan


internet dalam kalangan masyarakat kini. Pertama kita gunakan minda pelajar kelas pertama
dalam memperinci tajuk perbincangan pertama dengan kata kunci internet bermanfaat untuk
mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Hal ini kerana dalam era
globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak formal telah dimuat naik dalam
rangkaian internet oleh pelbagai pihak dengan cepat sehingga mengalahkan media cetak
seperti surat khabar. Dalam soal ini, pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang
dikehendaki dalam carian enjin google atau yahoo dan segala maklumat yang diperlukan
akan tertera di skrin komputer. Malah, setiap maklumat yang kita perlu dapat kita peroleh
menggunakan pelbagai sumber yang boleh dipercayai keesahannya. Sebagai contoh, jika
kita ingin mencari maklumat berkenaan berita terkini di akhbar, kita akan memperoleh
banyak maklumat kerana hampir semua akhbar telah dibuka atas talian seperti Utusan
Malaysia Online, Berita Harian Online, Malaysia Kini dan News Strait Times. Malahan,
pelajar juga boleh mendapat maklumat mengenai berita terkini berlaku di dunia kerana
dengan internet kerana dunia ibarat tanpa sempadan. Perkara ini secara tidak langsung
memudahkan kita mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dan kita juga akan
memperoleh berita terbaru kerana dalam media mungkin berita berkenaan masih belum
disiarkan. Contohnya, kita akan mengetahui peristiwa seperti bencana tsunami yang pernah
berlaku di Acheh dan Jepun, serangan Israel ke atas negara kecil iaitu di Palestin. Justeru,
pada zaman milineum ini bergantung kepada seseorang pelajar untuk mencari maklumat
dan sekiranya mereka malas berbuat demikian mereka boleh diibarat seperti katak di
bawah tempurung. Oleh itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa mencari maklumat
akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan kemudahan internet.

Seterusnya mari kita memperinci perbincangan selanjutnya dengan kata kunci


penggunaan jalur lebar dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil
dan urusan perbankan Kini, kehidupan masyarakat kita terutama mereka yang tinggal di
bandar sangat sibuk dek tekanan tempat kerja dan kesesakan lalu lintas sebelum serta
selepas pulang dari pejabat. Jadi, kesuntukan masa yang dialami ini amat menyusahkan
apabila mereka hendak menguruskan hal-hal berkaitan rumah tangga dan pembayaran
pelbagai bil. Oleh sebab itu, masyarakat di bandar sering mengalami tekanan kehidupan
atau stress yang membelenggu kehidupan mereka seharian. Justeru, masyarakat milenium
mereka perlu sedar akan kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai agensi sama ada
agensi kerajaan mahupun swasta dalam meringankan bebanan dan masa. Bak kata
pepatah, masa itu emas, sekiranya kita tidak memotongnya masa akan memotong kita.
Oelh sebab itu satu cara untuk menyelesaikan masal pembayaran bil dalam kehidupan
seharian adalah dengan penggunaan internet. Justeru, pembayaran bil dan urusan
perbankan boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada sambil minum kopi dan berbual
bersama-sama ahli keluarga di rumah, atau dipejabat. Perkara ini dapat dibuktikan apabila
banyak bank seperti Maybank, CIMB Bank, Agro Bank dan RHB Bank menyediakan
perniagaan secara ‘online’ di internet kepada para pelanggan untuk memindahkan wang ke
dalam akaun lain dan menyimpan wang secara ‘online’, begitu juga dengan pembayaran bil
kad kredit. Pembayaran bil elektrik, bil air dan bil telefon juga dapat dibayar dengan
penggunaan internet di rumah melalui laman web kerajaan iaitu myeg.com. Pendek kata,
kita dapat menguruskan pembayaran bil dan urusan perbankan di rumah melalui internet
sekaligus menjimatkan masa kita.
Di samping itu, manfaat penggunaan internet di rumah dapat memudahkan kita
berkomunikasi di antara jarak jauh dan dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Hal ini
kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di internet untuk tujuan komunikasi.
Malah, syarikat gergasi telekomunikasi berlumba-lumba membuka laman web mereka untuk
memudahkan pengguna berkomunikasi di internet. Berkomunikasi di internet bukan sahaja
melibatkan suara orang yang dihubungi malah kita dapat bersua muka dan melihat wajah
kenalan atau individu yang baru kita kenali dengan hanya duduk di kerusi dan mengadap
komputer serta tangan bermain dengan tetikus melalui beberapa klik. Perkara ini amat
memberi kebaikan kepada ahli keluarga yang jauh meninggalkan keluarga untuk bekerja
dan belajar di luar negara seperti di Asia Barat dan Eropah. Oleh sebab itu dengan
penggunaan internet hubungan ahli keluarga yang jauh dapat dipererat dengan
menggunakan internet. Mereka hanya perlu mengakses aplikasi ‘yahoo mesengger’ untuk
berkomunikasi bagi melihat wajah dan mendengar suara ahli keluarga yang jauh bagi
melepaskan kerinduan. Tambahan pula, gajet telefon sekarang seperti ipad dan telefon
pintar lain boleh diaplikasi sebagai akses kemudahan internet dan ini mempermudah
komunikasi antara masyarakat berlaku dengan mudah. Tuntasnya, penggunaan internet
amat bermanfaat dalam kalangan masyarakat untuk mereka berkomunikasi jarak jauh.

Negara kita sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju, justeru
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa meningkatkan mutu pendidikan negara dengan
dengan memperkenal pelbagai kemudahan seperti Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah
(SAPS) yang memudahkan ibu bapa melihat keputusan anak mereka diinternet sama ada
untuk mengetahui keputusan ujian bulanan dan peperiksaan. Melalui capaian internet ini ibu
bapa akan mudah mendapat keputusan peperiksaan anak secara cepat dan berkesan.
Seterusnya, ibu bapa boleh membuat langkah susulan bertemu dengan para pendidik di
sekolah untuk mengetahui keputusan anak mereka dengan lebuh lanjut. Selain itu program
pengajaran dan pembelajaran secara maya sedang diaplikasi oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan memudahkan guru dan pelajar untuk berinteraksi melaui capaian internet.
Sistem berkenaan yang dikenali sebagai Frog Vle merupakan satu sistem pembelajaran
berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan
konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat
memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat
menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi
dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah
dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Justeru, pembelajaran kini boleh berlaku
di mana-mana sahaja dan sudah pasti pembelajaran secara berterusan akan memantapkan
lagi prestasi pelajaran dan anak-anak akan lebih tertarik belajar secara interaktif. Malahan
ibu bapa juga mampu mengetahui prestasi pembelajaran anak mereka sebagai sokongan
Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang diguna pakai sekarang. Tegasnya,
Kementerian Pelajaran Malaysia kini berusaha membuat Transformasi Pendidikan Negara
ke araf pendidikan bertaraf dunia agar pendidikan negara kita boleh duduk sama rendah
berdiri sama tinggi dengan pendidikan negara maju di dunia.

Akhirnya, sebagai pelajar berminda kelas pertama saya ingin menggunakan kata kunci
bahan-bahan bloger di internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata
pelajaran mampu memperkasakan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran terutama pelajar
yang akan menghadapi peperiksaan awam. Hal ini terbukti apabila guru-guru yang
bertanggungjawab, berdedikasi berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran
pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga
membuka ruang kepada pelajar untuk berinterksi di lamam web seperti bmspmet,
mohdramsul.blogspot, mohdrazak.bogspot, dan sebagainya dengan aplikasi chatrool, face
book, dan pelbagai aplikasi lain agar pelajar boleh sentiasa berhubung, sama ada untuk
bertanya hal berkaitan kemahiran yang sukar pelajar kuasai. Malangnya, pelajar tidak
mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk tujuan
penguasaan terhadap kemahiran berkenaan. Tambahan pula, guru-guru pakar berkenaan
tidak mengenakan bayaran kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam
penguasaan kemhiran tatabahasa, komsas, dan penulisan karangan. Usaha tangga
kejayaan, setiap usaha akan ada balasannya, begiutlah ungkapan pepatah Melayu yang
membawa maksud sekiranya pelajar berusaha apa sahaja yang mereka usahakan, akhirnya
mereka akan menerima hasilnya. Justeru, terbukti internet banyak memberikan kebaikan
kepada peajar terutamapelajar yang bijak menggunakan aplikasi ini untuk tujuan
meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.

Kesimpulannya, penggunaan internet mendatangkan pelbagai manfaat berguna


kepada masyarakat. Oleh itu, masyarakat di negara kita perlu memanfaatkan penggunaan
internet kerana melalui penggunaan internet segala maklumat berada di hujung jari anda.
Apa yang pasti, internet mampu memberikan seribu satu macam kemudahan kepada
pengguna jika digunakan sebaiknya. Dalam era serba moden ini, penggunaan internet
seakan tidak dapat dipisahkan lagi dengan kemajuan negara sekarang. Jadi, pihak kerajaan
perlu mendidik masyarakat menggunakan internet bagi melahirkan generasi celik IT
sekaligus setanding dengan masyarakat negara maju lain seperti Jepun demi mencapai
wawasan 2020. Selain itu, ibu bapa juga tidak ketinggalan perlu mendidik anak-anak
mempelajari internet di rumah kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Akhirul
kalam, tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan internet di rumah memberi pelbagai faedah
kepada kita.

Saolan berfokus diri


Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda yang
tidak baik kepada generasi akan datang.
Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Gunakanlah masa yang ada


Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Sebahagian daripada lirik lagu ‘Remaja’ persembahan kumpulan nasyid Unic saya
petik untuk menggambarkan kemaslahatan peranan remaja pada masa ini. Lagu yang
menyuntik semanagat ini menyeru para remaja agar menggunakan masa dengan
sebaiknya dan mempunyai azam yang kuat demi memajukan diri masing-masing . Melalui
usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal jemu dalam bidang yang diceburi serta
memiliki sahsiah yang terpuji , remaja akan menjadi warga yang berguna kepada keluarga,
masyarakat dan nusa. Hal ini demikian kerana menurut Menteri Belia dan Sukan, Dato’
Ahmad Shabery Cheek, belakangan ini, remaja begitu terdedah kepada pelbagai bentuk
cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada
rakan sebaya serta ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa
yang semakin hari semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh
negara. Pergolakan antarabangsa yang berlaku sedikit sebanyak mempengaruhi akidah
remaja kita. Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang
tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah
ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun
kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini
lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang. Negara
memerlukan remaja yang mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping
berdaya saing serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah malang kepada
negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa mendukung panji ‘Pemuda
Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara’ kini dikaitkan dengan isu kenakalan. Perbuatan
yang melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia
remaja ini dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang bak
kata pepatah, air perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini begitu hampir dengan saya
memandangkan saya juga seorang insan yang bergelar remaja justeru saya mempunyai
peranan dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja cemerlang
dambaan negara.
Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji, saya akan
mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu yang
mendekatkan diri seseorang kepada Maha Pencipta iaitu Allah swt. Tiada ilmu yang lebih
mulia melainkan ilmu agama di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul.
Perkara ini boleh dibuktikan melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains
yang terkenal iaitu Albert Einstein (walaupun beliau tidak beragama Islam) yang
menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab.
Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak
akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt. Saya akan mendalami ilmu
agama dengan membaca dan memahami Al-Quran, mengkaji hadis-hadis dan menyelami
sirah nabi serta para sahabat. Akhlak Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang
terkandung dalam Al-Quran dan hadis itu pastinya akan menjadi sumber primer saya bagi
membina pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang
terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini mampu
memberi input yang berguna seperti memahami nilai yang perlu dipraktikkan dalam
kehidupan sehari-hari . Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan
bertanggungjawab semuanya memandu diri saya membina peribadi mulia . Pengajaran
daripada Al-Quran dan hadis mampu merobah mana-mana perlakuan saya yang sebelum
ini yang dianggap bejat atau kurang memuaskan kepada perlakuan yang positif atau terpuji.
Jikalau saya tidak memahami kandungan Al-Quran ataupun hadis, saya akan berjumpa
dengan ustaz atau ustazah yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan
agama yang suci ini. Saya akan meluangkan masa untuk pergi ke perpustakaan bagi
mendalami ilmu agama kerana di perpustakaan, suasananya yang hening mampu
menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa. Dengan mendalami ilmu agama, saya yakin
saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji kerana saya akan memperlihatkan
kesopanan berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata dan kemampuan memberikan buah
fikiran dengan penuh tertib serta matang berlandaskan akhlak Nabi Muhammad saw.
Jelasnya, saya akan terhalang daripada menjadi penyumbang petanda yang tidak baik
kepada generasi akan datang.
Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan adalah dengan
menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa merupakan dua insan
yang paling dekat dengan diri saya kerana sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini, saya
ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa
terhadap saya bermula dengan ibu yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya
selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus
lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi
itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup
menjadi seperti Si Tanggang atau Si Malim Kundang yang merupakan anak derhaka
terhadap ibunya. Saya akan taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima
nasihat yang diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika saya
tidak bersetuju sekalipun, saya tidak akan memberontak dan meninggikan suara ketika
memberikan pendapat malah saya akan berbincang dengan cara yang paling baik atau
bertatasusila bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sesuai dengan
peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih. Allah telah memberikan kedudukan tinggi
kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada mereka. Perkara ini jelas
diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang menyuruh kita berbakti
kepada ibu bapa. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja boleh membina
peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan yang baik, melaksanakan hak-
hak mereka dan menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh menyakiti hati dan
kehidupan mereka. Taat kepada ibu bapa adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak.
Ketaatan adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu
bapa bererti mentaati perintah-Nya juga. Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat.
Terdapat hadis Rasulullah saw. yang bermaksud : “Sesiapa yang ingin dipanjangkan
umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan
menyambung tali silaturahim." Jelaslah bahawa mentaati ibu bapa mampu menjadikan saya
individu yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan terhalang daripada melakukan
perkara-perkara yang merosakkan moral.
Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah
dengan menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak
lagi bergelar pelajar, saya akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda terima kasih
kepada mereka kerana mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya mampu
berdiri dan berpijak di bumi yang nyata menjadi insan yang sebaiknya dan berguna. Guru
telah banyak berkorban demi memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula daripada
mereka mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Mereka tidak pernah mentertawakan
kesalahan yang saya lakukan malah membetulkan setiap satu daripadanya lantas menepati
mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu, ‘Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat
buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik”. Saya akan menerima dan
menjadikan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sebagai insentif dan motivasi
untuk saya berjaya menjadi insan berguna yang mampu mendaki menara gading . Bukan
sahaja guru ialah ibu, bapa, pengajar, pendidik, pengasuh, penasihat dan pembimbing
malahan guru adalah segalanya bagi seorang pelajar. Segala kesusahan yang ditempuhinya
dalam mendidik anak-anak muridnya sepatutnya dikenang dan dihargai kerana tanpa jerih
payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang tidak berguna di dunia dan
akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk termulia di sisi Allah swt.
sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan tercapai
kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai
ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya
mencetuskan rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.
Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan
dan taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih
bersama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian
kerana selain keluarga tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu,
mencurah perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan itu, saya akan menjaga atau
memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira sama ada rakan saya berlainan
agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji
harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya juga sedaya upaya tidak
akan menimbulkan isu sensitif terutama isu agama. Saya akan mengambil iktibar daripada
peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa yang berpunca daripada
rusuhan kaum. Saya akan memberikan pertolongan kepada rakan yang memerlukan
bantuan kerana dia merupakan rakan yang baik dan telah membantu ketika saya dalam
kesusahan. Dalam kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang
dan bekerjasama dalam semua bidang kerana yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing. Kita digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata pepatah
‘berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari.’ Saya akan menjadi seseorang
yang dapat memberi manfaat segi dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya kepada orang
lain. Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila berkawan dengan saya sekiranya
saya tidak bersikap bagai buntal kembung. Apabila saya menjalinkan hubungan baik dengan
rakan-rakan, masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus rutin hidup saya sejajar
dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah terpuji.
Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak
bermoral . Seorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang terpuji tidak bisa melakukan
perkara yang negatif yang mampu keruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri,
keluarga, bangsa dan negara. Saya tidak akan mudah terpedaya oleh hasutan syaitan yang
membisikkan ‘kata-kata bermadu’ kepada anak Adam agar melakukan dosa. Saya sentiasa
awas bahawa syaitan telah berjanji akan menyesatkan umat manusia dek sebab Allah swt.
telah mencampakkannya keluar dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam.
Kesombongan merajai hati syaitan dengan alasan dia diciptakan daripada api manakala
Adam daripada tanah. Kedegilan syaitan kian hari kian diwarisi manusia hingga pelbagai
kebejatan moral dan perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan menjadikan nilai-nilai nurni
jelas nyata dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba
‘menyesakkan nafas’ dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai seorang Muslim
yang cemerlang dan memiiki sahsiah yang terpuji. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad
Shabery Chee pernah menyuarakan pendapat bahawa , “Para belia harus diasuh dan
dididik agar memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai
dengan imej di mana-mana sahaja pada bila-bila masa”. Akhlak yang baik termasuklah
menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga
batas-batas aurat dan menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita. ‘First
impression’ orang lain terhadap kita amat penting kerana dari situlah orang lain akan dapat
menilai diri kita yang sebenar”.
Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan
meningkatkan mutu akhlak dalam kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar.
Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar
dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang
saya pegang di atas, dengan izin Allah, saya dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji.
Pemupukan sahsiah diri ini saya yakin akan membentuk saya menjadi seorang yang
beriman dan bertakwa, mempunyai iltizam yang tidak berbelah bahagi, mempunyai
kerohanian yang amat tinggi serta mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah
saw. Mutiara kata ulamak tersohor Hamka akan saya jadikan pedoman dalam meniti
kehidupan ini. Katanya, “Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi
tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya teapi tidak pernah mencuci hatinya.
Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.” Tidak akan saya lakukan perkara yang sia-sia yang
bisa menyesatkan saya daripada landasan yang benar sebaliknya pemurnian hati,
pemantapan akhlak, ilmu dan akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup saya.
Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan sayap negatif
kepada generasi akan datang bak kata peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’

Oleh:
Siti Zareen Naqiyah Zool Ambia5 Hydrology (2011)
MRSM Transkrian

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN SESEORANG MURID DALAM PELAJARAN


PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH
PROGRAM SEKOLAH
KELAS TUISYEN
DORONGAN IBU BAPA

CONTOH KARANGAN
Belakangan ini, soal pembinaan modal insan adalah antara perkara yang menjadi
agenda utama pembangunan negara. Selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan
Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020,
pembangunan modal insan menerusi bidang pendidikan telah diberi penekanan. Hal ini
cukup penting kerana kita memerlukan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi
membolehkan negara bersaing di peringkat global. Sehubungan dengan itu, kejayaan murid-
murid dalam pelajaran menjadi agenda perdana setiap sekolah kerana mereka merupakan
modal insan yang bakal memacu negara agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan negara-negara maju yang lain. Pada pendapat saya, pelbagai faktor yang dapat
dikenal pasti mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.
Pembelajaran di dalam bilik darjah merupakan faktor perdana yang mempengaruhi
kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Pembelajaran dan pengajaran yang berlaku
secara kondusif di dalam bilik darjah merupakan kunci utama kejayaan seseorang murid.
Bilik darjah yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik, susun atur peralatan yang
memudahkan pergerakan pelajar, memiliki ciri-ciri keselamatan, bersih dan ceria menjadi
pendorong kepada murid-murid untuk belajar dengan selesa. Apabila murid-murid berasa
selesa, mereka akan lebih fokus terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik
darjah. Jadi, apabila murid memberikan perhatian di dalam kelas, setiap perkara yang
dipelajari dapat difahami dengan mudah. Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat
Pengajian Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia, 70 peratus kejayaan seseorang
murid adalah tumpuan di dalam bilik darjah ketika proses pembelajaran dan pembelajaran,
29 peratus adalah inspirasi dan 1 peratus melibatkan genius. Oleh itu, berdasarkan kajian
tersebut, dapat dirumuskan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik
darjah yang kondusif mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.
Seterusnya, program-program sekolah yang dirancang juga mampu mempengaruhi
kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang oleh
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran sama ada di dalam atau di
luar sekolah berupaya mencemerlangkan murid-murid. Program-program seperti Kem
Wacana Akademik, Ceramah Teknik Menjawab , Bengkel Akademik, Cemamah Motivasi
dan sebagainya mampu meningkatkan keupayaan murid dalam pelajaran. Program-program
yang dirancang seperti ini membolehkan murid-murid menguasai topik-topik utama dengan
mudah dan berupaya menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Hal ini demikian kerana
mereka sudah menghadapi soalan-soalan yang mirip peperiksaan sebenar dan telah
berbincang dengan guru dalam program yang dianjurkan. Tokoh motivasi negara, Datuk Dr.
Mohd Fazilah Kamsah menegaskan bahawa jika seseorang melakukan sesuatu perkara
secara berulang-ulang kali maka dia mampu menghadapi setiap cabaran dengan mudah
kerana sudah melaluinya sebelum ini. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa program yang
dirancang oleh pihak sekolah mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam
pelajaran.
Selain itu, murid-murid yang mengikuti kelas-kelas tuisyen juga mampu berjaya
dalam pelajaran. Ramai ibu bapa sekarang menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas
tuisyen berbayar pada luar waktu persekolahan untuk menambahkan pengetahuan dan
kemahiran anak-anak mereka dalam pelajaran. Mereka tidak menghiraukan tentang kos
yang perlu dibayar kepada pusat tuisyen kerana mereka mengharapkan anak-anak mereka
berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Kelas-kelas tuisyen sama ada secara individu
atau kelompok mampu meningkatkan kemahiran murid dalam pelajaran. Murid-murid akan
ditekankan oleh guru pusat tuisyen tentang teknik-teknik menjawab yang betul dan strategi
untuk mendapat markah yang tinggi. Murid-murid akan mendapat pendedahan tersebut
secara terus berbanding guru-guru di sekolah. Hal ini mampu meningkatkan kemahiran
pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diikuti, sekali gus mereka mampu menjawab
soalan peperiksaan dengan cemerlang kerana peribahasa ada menyatakan bahawa alah
bisa tegal biasa. Jadi, jelas menunjukkan bahawa murid-murid yang menghadiri kelas-kelas
tuisyen mampu berjaya dalam pelajaran.
Akhir sekali, dorongan daripada ibu bapa juga mempengaruhi kejayaan seseorang
murid dalam pelajaran. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak
mereka. Setiap ibu bapa menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Tiada
ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka gagal melanjutkan pelajaran ke pusat
pengajian tinggi. Mereka akan melakukan apa-apa sahaja bagi memastikan anak-anak
mereka cemerlang dalam peperiksaan kerana pada mereka di mana ada kemahuan di situ
ada jalan. Mereka akan memberikan dorongan dan kata-kata motivasi kepada anak-anak
mereka agar belajar bersungguh-sungguh supaya kejayaan dapat digapai. Selain motivasi,
ibu bapa akan sentiasa berdoa agar anak-anak mereka dipermudahkan ketika menghadapi
peperiksaan. Mereka mengharapkan anak-anak mereka akan tenang apabila menduduki
peperiksaan dan dapat menjawab soalan dengan mudah. Apabila anak-anak merasakan diri
mereka dihargai maka mereka akan belajar bersungguh-sungguh supaya harapan ibu bapa
dapat direalisasikan. Mereka berazam untuk menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa
sebagai balasan atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Jadi, jelas menunjukkan
bahawa dorongan ibu bapa mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.
Kesimpulannya, aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal
insan inilah yang menjadi aset yang boleh disuntik nilai tambahnya untuk menjana
pembangunan negara. Kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi keutamaan dalam
membina modal insan yang berwawasan. Anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran dapat
menjana idea untuk memacu negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. Jadi, ibu bapa
memainkan tanggungjawab yang besar bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang
dalam pelajaran kerana di bahu anak-anak inilah terletak harapan untuk menggantikan
barisan kepimpinan negara yang ada sekarang selaras dengan cogan kata pemuda harapan
bangsa pemudi tiang negara.
Bahan disedut daripada http://blogcikguazaman.blogspot.com( Terima kasih)

Saya telah menyenaraikan pelbagai karangan sebagai rujukan dan tugas pelajar adalah
untuk menyalin karangan berkenaan. Saya berharap pelajar memilih setiap satu karangan
iaitu satu contoh karangan berpandu, karangan umum berfokus diri, dan karangan umum
berfokus keluarga atau ibu bapa. Namun, pelajar boleh membuat penambahbaikan terhadap
karangan berkenaan jika perlu terutama karangan terakhir berfokus diri hasilan Saiyidah bt.
Malek. Harapan saya anda dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan berkualiti.
Harap maklum.

Persoalan sekarang, kenapa pelajar tidak cenderung untuk memilih soalan karangan,
berfokus diri ( hanya segelintir pelajar memilih soalan ini ) berfokus negara, dan berfokus
komsas semasa Peperiksaan Percubaan SPM 2013 yang lalu. Cuba fikir-fikirkan. Sudah
pasti antara faktornya kerana pelajar kurang maklumat berkaitan tajuk atau tema yang
dibicarakan. Jika dibicara dari segi puncanya, jawapannya kerana pelajar kurang berminat
untuk membaca maklumat atau fakta berkaitan isu semasa melibatkan isu negara dan isu
dunia. Jika ditanya, mampukan pelajar hanya bergantung kepada soalan fokus diri, fokus ibu
bapa, fokus masyarakat dan fokus komsas semasa ketika menjawab soalan SPM 2013
kelak. Terbukti karangan SPM percubaan lalu menyebabkan pelajar sesak nafas, kerana
soalan satu bermasalah, soalan ketiga bermasalah, soalan keempat pun bermasalah, dan
soalan harapan komsas juga bermasalah . Sila rujuk kertas soalan percubaan SPM yang
lalu. Sesiapa antara pelajar yang cuba untuk menjawab soalan berkenaan dikecualikan
menyalin contoh karangan di atas. harap maklum. Selain itu, saya mengharapkan pelajar
merujuk soalan percubaan negeri yang lalu di tulisan saya di bawah dan cuba lihat
kekerapan soalan berdasarkan fokusnya, adakah pelajar mampu menjawabnya? Jika ya,
bagus, jika tidak, bagaimana anda untuk mengatasinya. Fikir-fikirkan. Jika anda bijak,
semasa cuti ini cari bahan-bahannya dalam internet. Selain itu, pabila balik bercuti nanti, sila
dapatkankan semula folio bahan maklumat karangan yang anda cari dulu dan letakkan di
ruang rujukan maklumat di dalam kelas untuk anda membaca maklumat yang anda cari
dahulu. Dengan adanya bahan-bahan berkenaan akan mampu untuk anda mengemas kini
maklumat anda.

You might also like