Proposal Latest

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Tajuk Proposal: Amalan Adat Berpantang Masyarakat India Daerah Barat Daya Balik

Pulau, Pulau Pinang.

1.0 TAJUK DAN SKOP KAJIAN

Pemilihan tajuk kajian adalah berasaskan amalan berpantang dalam sesuatu

masyarakat. Malaysia adalah sebuah Negara yang berbilang kaum. Masyarakat di Malaysia

populasinya yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Dalam pelbagai kaum ini

wujudnya fahaman dan kepercayaan masing-masing yang telah termaktub di dalam akta

Pelembagaan Malaysia. Justeru itu, pengkaji akan melakukan kajian berkenaan masyarakat

India Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang dalam skop kebudayaan masyarakat

iaitu amalan berpantang yang diamalkan kaum India selepas melahirkan bayi. Masyarakat

India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga merupakan salah satu kaum yang

telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita.

Seperti masyarakat Melayu dan Cina, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri

kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam

yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan

masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek amalan dan pantang larang semasa

berpantang. Namun, dalam kajian ini, pengkaji akan turut menampilkan beberapa keunikan

amalan berpantang kaum India yang tiada dalam amalan kaum-kaum lain.

1.1 JUSTIFIKASI PEMILIHAN TAJUK

Terdapat beberapa faktor utama yang telah mendorong tajuk kajian ini dipilih sebagai

kajian penyelidikan bagi kursus _______________ bagi Sidang Akademik 2017/2018.

Antaranya ialah disebabkan oleh kajian bersifat ilmiah berkaitan petua-petua berpantang

1
tradisional yang melibatkan kaum India pada dasarnya kurang ditemui. Fenomena ini

mewujudkan kelompangan dalam aspek kajian sosiobudaya lantaran kurangnya penyelidikan

khusus merangkumi tebaran luas unsur pegangan, kepercayaan dan amalan masyarakat India

di Pulau Pinang khususnya. Daripada pemerhatian dan penelitian terhadap sudut ini,

kebanyakan kajian dari aspek sosial dan budaya kaum India lebih menjurus kepada adat

resam dan kebudayaan masyarakat dan dilihat kurang menyentuh secara terperinci perihal

amalan berpantang masyarakat tersebut.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji telah menggariskan lima (5) objektif utama bagi menyokong kajian penyelidikan

ini. Antaranya ialah:

a) Mengenalpasti latar belakang pemikiran keagamaan Hindu di Daerah Barat Daya

Balik Pulau.

b) Menganalisis perkaitan antara pemikiran keagamaan dengan sistem kepercayaan

masyarakat India di Daerah Barat Daya, Balik Pulau dari segi kepercayaan, pantang

larang, amalan dan pengetahuan agama.

c) Mengenalpasti pantang larang dan penjagaan kesihatan semasa hamil menurut

pemahaman masyarakat berdasarkan adat pantang larang turun temurun masyarakat

India.

d) Mengukur tahap pengetahuan generasi zaman sekarang tentang adat pantang larang

semasa hamil bagi masyarakat India.

e) Mengenal pasti medium yang menyumbang pengetahuan generasi zaman sekarang

berkaitan adat pantang larang semasa hamil dan selepas bersalin wanita India.

2
1.3 KAEDAH KAJIAN

Tiga (3) kaedah utama kajian yang akan digunakan semasa menjalankan kajian

penyelidikan ini iaitu Kajian Kepustakaan, Kaedah Temubual dan Kaedah Kaji Selidik.

Melalui kajian kepustakaan, bahan-bahan, sumber-sumber serta maklumat sahih daripada

dokumen-dokumen yang berkaitan dengan adat resam dan pantang larang kaum India akan

diteliti sepenuhnya untuk kegunaan dalam penulisan kajian. Di samping itu, pengkaji juga

turut mencari dokumen dan jurnal secara atas talian bagi menguatkan lagi sumber kajian ini.

Antara jurnal berkaitan ialah jurnal tulisan Aishah Haji Mohamed yang banyak

menghuraikan tentang pantang larang dan amalan ibu-ibu selepas bersalin. Pengkaji juga

terlebih dahulu turut mengkaji tentang latar belakang masyarakat India di Malaysia dari segi

agama dan kepercayaan, amalan yang diamalkan serta pantang larang dalam masyarakat

menerusi buku-buku yang menceritakan secara menyeluruh tentang adat resam kaum India

seperti buku karya K. Anbalakan dan M. Rajantheran.

Kaedah temubual turut digunakan bagi mendapatkan segala maklumat yang

berkemungkinan tidak diperolehi daripada sumber-sumber yang berkaitan dengan kajian

penyelidikan. Kaedah ini secara tidak langsung akan memperkukuhkan lagi maklumat yang

diperolehi daripada kajian penyelidikan serta menjadi bukti (saksi) terhadap segala penulisan

terhadap kajian tersebut. Melalui perbincangan dengan ketua masyarakat dalam kalangan

masyarakat India di Balik Pulau, mereka bersetuju untuk membantu kajian penyelidikan ini

dengan mengaturkan sesi temubual dengan beberapa individu penting yang mempunyai

sumber serta maklumat berkenaan amalan adat berpantang kaum India. Melalui temubual ini,

segala maklumat penting akan direkod, dicatat dan dikaji secara terperinci bagi kegunaan

kajian penyelidikan dan penulisan kajian.

3
Kaedah kaji selidik turut digunakan bagi mendapatkan segala maklumat yang

berkemungkinan tidak diperolehi daripada sumber-sumber yang berkaitan dengan kajian

penyelidikan. Kaedah ini secara tidak langsung akan memperkukuhkan lagi maklumat yang

diperolehi daripada kajian penyelidikan serta menjadi bukti (saksi) terhadap segala penulisan

terhadap kajian tersebut. Kaji selidik juga turut membantu dalam pengumpulan data

kauntitatif oleh pengkaji dalam mengumpulkan maklumat berkaitan pengetahuan generasi

sekarang dalam adat berpantang masyarakat India yang telahpun dijalankan secara turun-

temurun.

1.4 SOROTAN KAJIAN

Tidak dinafikan terdapat banyak kelompongan bahan dan sumber yang terdiri

daripada buku, jurnal dan tesis dalam menjelaskan serta menerangkan tentang amalan adat

berpantang dalam kalangan masyarakat India. Namun, terdapat kajian yang hampir sama

iaitu jurnal yang diterbitkan oleh Aishah@Eshah Haji Mohamed dan Abd. Aziz Hj. Bidin

yang bertajuk Penjagaan kesihatan wanita semasa dalam pantang: Amalan dan

kepercayaan. Kajian ini menceritakan tentang amalan berpantang yang diamalkan wanita

Melayu Kelantan dan turut menyentuh amalan berpantang wanita India secara seimbas lalu.

Dalam jurnal ini juga dinyatakan bahawa adat berpantang wanita India juga amat

menitikberatkan penjagaan makanan dan pergerakan yang bertujuan untuk membantu ibu

yang baru bersalin berehat dan menyegarkan badan.1

Kajian kedua juga merupakan kajian Aishah Haji Mohamed yang bertajuk Wanita

Melayu Dan Tumbuhan Ubatan: Satu Analisis Budaya yang menghuraikan tentang

penggunaan herba dalam adat berpantang masyarakat Melayu yang juga turut menyerupai

1
Aishah@Eshah Haji Mohamed dan Abd. Aziz Hj. Bidin, 2012, Penjagaan kesihatan wanita semasa dalam
pantang: Amalan dan kepercayaan.

4
adat berpantang masyarakat India. Dalam kajian ini, penulis menekankan peranan ubat-

ubatan daripada sumber tumbuhan yang banyak digunakan oleh wanita semasa mengandung,

bersalin sehinggalah semasa dalam pantang. Tujuan mereka menggunakan tumbuhan herba

tersebut adalah untuk menghindari daripada keguguran, mempermudahkan proses bersalin

dan mengembalikan kecergasan badan serta memelihara kesihatan bayi yang dilahirkan.2

Pada pandangan pengkaji, kajian ini boleh dijadikan rujukan kerana turut mempunyai

persamaan dengan amalan berpantang wanita India.

Buku Identiti India di Malaysia oleh K. Anbalakan pula menyentuh tentang

bermulanya kedatangan imigran dalam komuniti masyarakat sehinggalah kepada

pembentukan identiti masyarakat India di Malaysia. Dalam buku ini, K. Anbalakan turut

menghuraikan tentang dasar ekonomi masyarakat India dan sedikit sebanyak turut menyentuh

perihal adat resam dan pantang larang dalam masyarakat terbabit.3 Kajian ini mempunyai

kekuatannya yang tersendiri dengan memperincikan secara keseluruhannya tentang

masyarakat India di Malaysia. Namun, kelompongan yang terdapat dalam penulisan ini ialah

aspek pantang larang berpantang masyarakat India tidak disentuh oleh penulis.

Buku Adat dan Pantang Larang Orang India karya M. Rajantheran dan S. Manimaran

pula menyentuh sedikit sebanyak tentang amalan berpantang masyarakat India seperti

dilarang melakukan kerja-kerja berat seperti mengisar, membancuh air asam jawa, berjalan di

atas lantai simen baru, merendamkan tangan dalam air soda atau pencuci kain. Ini kerana

aktiviti seumpama ini boleh menyebabkan mereka demam atau janni yang mungkin

membahayakan nyawa si ibu.4 Namun, kelompongan dalam penulisan ini adalah penulis

kebanyakannya menyentuh tentang pantang larang dalam berpantang masyarakat India

namun tidak menghuraikan secara terperinci tentang amalan yang patut dilakukan oleh

2
Aishah Haji Mohamed yang bertajuk Wanita Melayu Dan Tumbuhan Ubatan: Satu Analisis Budaya
3
K. Anbalakan, 2008, Indentiti India di Malaysia, Pulau Pinang: USM.
4
Buku Adat dan Pantang Larang Orang India karya M. Rajantheran dan S. Manimaran

5
wanita India bagi mengembalikan semula tenaga dan kesihatan mereka selepas bersalin.

Secara keseluruhannya, beberapa kajian di atas telah banyak membantu terhadap

kajian penyelidikan yang akan dilakukan dalam kursus________________pada sidang

2017/2018. Peluang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk melihat terhadap

kelompongan-kelompongan yang diperolehi dalam menghasilkan kajian penyelidikan pada

kali ini. Secara tidak langsung kajian Amalan Adat Berpantang Masyarakat India Daerah

Barat Daya Balik Pulau, Pulau Pinang kali ini lebih terperinci dan ilmiah.

1.5 PEMBAHAGIAN BAB

Pembahagian bab merupakan salah satu elemen penting dalam penulisan kajian

penyelidikan. Justeru itu, pembahagian bab mampu menghasilkan penulisan kajian yang

sistematik dan teratur. Setelah berbincang serta mendapat bimbingan daripada Penyelia

Kursus, terdapat pembahagian bab dalam kajian penyelidikan ini. Antaranya ialah Bab 1:

Pengenalan, Bab 2: Latar belakang Keagamaan, Bab 3: Sistem Kepercayaan, Bab 4: Analisis

dan hasil kajian dan Bab 5: Kesimpulan. Setiap bab akan menghuraikan secara terperinci

mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan tajuk secara keseluruhannya. Perincian

setiap bab adalah seperti berikut:

Bab 1: Pengenalan.

Bab ini menjelaskan secara keseluruhan tentang kajian penyelidikan yang terkandung dan

menjadi perkara wajib dalam kertas cadangan/proposal bagi kursus (____________).

Penerangan bab ini akan merangkumi pelbagai aspek seperti Tajuk dan Skop Kajian,

Justifikasi Pemilihan Tajuk, Objektif Kajian, Kaedah Kajian, Sorotan Kajian dan

6
Pembahagian Bab secara keseluruhannya. Bab satu yang memuatkan latar belakang

Masyarakat India Daerah Barat Daya Balik Pulau di Pulau Pinang dari segi sejarah

kedatangan, pembentukan, kependudukan dan identiti mereka.

Bab 2: Latar Belakang Pemikiran Keagamaan Masyarakat India

Bab ini akan membincangkan tentang latar belakang adat dan tradisi keagamaan yang

diamalkan oleh masyarakat India di Daerah Barat Daya Balik Pulau secara turun temurun.

Bab 3: Sistem Kepercayaan Kaum India

Bab ini membincangkan secara terperinci tentang sistem kepercayaan kaum India dalam

amalan yang dipraktiskan semasa dan selepas bersalin. Pengkaji juga akan turut menyentuh

tentang pantang larang dan amalan yang baik dilakukan oleh si ibu semasa berpantang yang

telah diamalkan dalam masyarakat India secara turun temurun.

Bab 4: Analisis Dan Hasil Kajian

Bab ini akan menilai dapatan kajian berdasarkan analisis borang kaji selidik yang diedarkan

kepada responden Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang. Berdasarkan dapatan

boring kaji selidik, pengkaji akan menganalisa setiap satu soalan yang diberikan dan

merumuskan keseluruhan dapatan kaji selidik dalam kajian ini.

Bab 5: Kesimpulan

Bahagian ini memuatkan kesimpulan keseluruhan kajian berserta saranan-saranan

untuk tindakan pihak berkenaan beberapa metodologi diaplikasikan dan kajian ini

termasuklah metod kajian perpustakaan dan kajian

7
Rujukan

Abdul Rashid Moten. (1998). A Guide To Research Proposal And Report Writing: Research
Gombak IIUM.

Aishah@Eshah Haji Mohamed, Abd. Aziz Hj. Bidin (2004). Tumbuhan ubatan dan kesihatan
reproduksi wanita: Suatu analisis sosiobudaya. Jurnal Psikologi dan Pembangunan
Manusia. (20-31)

Aishah@Eshah Haji Mohamed, Abd. Aziz Hj. Bidin. (2012). Penjagaan kesihatan wanita
semasa dalam pantang: Amalan dan kepercayaan. Jurnal Psikologi dan Pembangunan
Manusia. (20-31)

K. Anbalakan. (2008). Indentiti India di Malaysia. Pulau Pinang: USM.

M. Rajantheran, S. Manimaran. (1994). Adat dan Pantang Larang Orang India. Seri
Kembangan: Fajar Bakti.

8
Lampiran

Borang Soal Selidik

Tajuk : Amalan Adat Berpantang Masyarakat India Daerah Barat Daya Balik Pulau,
Pulau Pinang.

Nama :

Umur :

Taraf Pendidikan : Sijil ( ) Diploma ( ) Ijazah ( )

Lain-lain (nyatakan) : _____________________________

Taraf Perkahwinan : Bujang ( ) Berkahwin ( )

Janda ( ) Duda ( )
Agama :

Pekerjaan : Kerajaan ( ) Swasta ( ) Bekerja sendiri ( )

Lain-laian (nyatakan): _____________________________


Jantina : Lelaki ( ) Perempuan ( )

9
Tandakan ( √ ) di bahagian yang telah disediakan

1. Setuju 2. Tidak Pasti 3. Tidak Setuju

BIL SOALAN 1 2 3
1 Amalan berpantang kaum India mempunyai perbezaan dengan kaum-
kaum lain.
Amalan pantang larang ini adalah amalan tradisional daripada nenek
moyang pada zaman dahulu untuk mendidik sikap peribadi seseorang
2 Saya/keluarga saya telah mengamalkan amalan berpantang dari turun
temurun.
3 Saya/keluarga saya selesa mengamalkan adat berpantang secara
tradisional.
4 Berpantang secara tradisional mendatangkan banyak faedah dan
manfaat.
5 Sekiranya saya diberi peluang, saya/keluarga saya lebih memilih
untuk berpantang secara moden.
6 Saya menerima sepenuhnya adat berpantang secara tradisional
berbanding menggunakan cara moden.
7 Pantang larang masyarakat India menekankan tentang kepentingan
menjaga kesihatan semata-mata.
8 Semasa berpantang masyarakat India mengambil rempah ratus dan
herba 100% untuk amalan kesihatan diri.
9 Masyarakat India di kawasan bandar semakin mengabaikan amalan
pantang larang kerana mereka yang sibuk bekerja dan menyebabkan
tidak ada masa untuk mendidik anak-anak mereka amalan pantang
larang.
10 Saya mengetahui dua atau lebih berkenaan dengan amalan berpantang
masyarakat India.
11 Saya langsung tidak mengetahui amalan berpantang masyarakat
India.
12 Faktor agama mempengaruhi adat berpantang kaum India
13 Amalan berpantang kaum India wajar diteruskan dan sekiranya tidak
mengikuti dikira tidak menghormati warisan nenek moyang
14 Saya mengetahui sedikit sebanyak berkaitan amalan pantang larang
daripada orang-orang yang lebih berpengalaman.
15 Saya mengetahui sedikit sebanyak berkaitan amalan pantang larang
daripada media seperti televisyen dan internet.

10
11

You might also like