SHE101

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SHE101 HUBUNGAN ETNIK

KEPELBAGAIAN MAKANAN ETNIK PEMANGKIN PERPADUAN.

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. Roslan Bin Mansur

2. Rini Anak Baki

3. Ros Shuhada Binti Muhamad

4. Ros Nadeira Binti Hasrim

5. Rahimi bin Embi


1.0 PENGENALAN

Malaysia terkenal dengan negara yang pelbagai kaum dan etnik. Walaupun dengan pelbagai
kaum dan etnik di Malaysia perpaduan dapat juga dicapai. Selain daripada keunikan pelbagai
etnik di sini, makanan di Malaysia juga sangat unik kerana makanan pelbagai kaum yang berada
di Malaysia. Hal ini membuatkan Malaysia antara negara yang mempunyai variasi makanan.
Dalam menyumbang kepada perpaduan kaum, terdapat banyak aspek yang mempengaruhinya
seperti cara pemakanan, sambutan perayaan, pemakaian tradisional dan pelbagai lagi. Dalam
kajian ini, kami telah memilih untuk mengkaji bagaimana tradisi makanan sesuatu kaum itu
dalam menyumbang kearah perpaduan kaum.

Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama
sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi
antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum
terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Tiga kaum terbesar ini mempunyai
pelbagai adat dan budaya tersendiri dalam mengeratkan silaturrahim dan menguatkan perpaduan
antara satu sama lain. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik
peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri. Antara aspek
yang mempengaruhi perpaduan ialah makanan tradisional setiap kaum di Malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, setiap kaum di Malaysia ini mempunyai sejarah tentang
makanan tradisional kaum masing-masing. Pada hari ini, makanan bukan penghalang untuk
mengeratkan perpaduan sesame kaum. Roti canai, nasi lemak, lontong bukan hanya di makan
oleh kaum Melayu, tosei, capati dan roti nan bukan sahaja untuk kaum India, yong tau fu bukan
hanya dimakan oleh kaum Cina tetapi tanpa mengira bangsa dan kaum, makanan ini dimakan
oleh sesiapa sahaja, bukan mengira Melayu, Cina ataupun India. Jadi sememangnya, pada hari
ini, boleh dikatakan makanan tradisi kaum dapat mempengaruhi perpaduan di negara ini.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memperkenalkan beberapa jenis makanan yang

popular mengikut etnik di Malaysia. Namun, objektif khusus kajian adalah seperti berikut:

a. Mengenalpasti sejarah jenis makanan yang popular mengikut etnik di Malaysia.

b. Mengkaji kaedah pembuatan makanan tersebut.

c. Membincangkan bagaimana keunikan makanan tradisi setiap kaum ini mampu untuk

membentuk perpaduan antara kaum.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah kajian yang digunakan untuk mengkaji tentang makanan pelbagai

kaum di Malaysia. Kaedah kajian ini melibatkan kaedah primer dan sekunder. Antaranya seperti

berikut:

KAEDAH PEMERHATIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan, kaedah pemerhatian akan digunakan untuk merungkai dan

mengenali lebih dekat lagi tentang penerimaan citarasa makanan oleh setiap kaum. Kami akan

turun padang untuk melihat jenismakanan pelbagai kaum yang popular di negara ini supaya ia

tidak akan menjadi persoalan kepada semua.

KAEDAH SOAL SELIDIK

Kami juga akan menggunakan kaedah soal selidik untuk membantu menjalankan tugasan kami.

Kaedah soal selidik yang kami gunakan ialah soal selidik bentuk tertutup kerana responden

hanya memilih jawapan yang disediakan sahaja. Soalan yang akan disediakan adalah ringkas dan
jelas tentang makanan pelbagai kaum bagi memudahkan setiap responden. Kaedah ini amat

penting bagi menambahkan lagi segala maklumat tentang makanan setiap kaum di Malaysia.

KAEDAH TEMU BUAL

Kaedah ini salah satu daripada kaedah primer dan ia amat penting bagi mengetahui lebih

lanjut tentang makanan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Melalui kaedah ini, kami akan

menemubual beberapa responden yang terpilih untuk mengetahui tentang makanan setiap kaum

yang ada di Malaysia dan kaedah ini amat senang untuk digunakan. Tujuan kaedah temu bual ini

juga ialah untuk meningkatkan pengetahuan tentang makanan pelbagai kaum dan etnik di negara

ini. Kaedah temu bual ini bukan sahaja bertemu secara bersemuka dengan respondan tetapi juga

melalui teknologi komunikasi.

KAEDAH KEPUSTAKAAN

Kaedah ini digunakan dengan mencari bahan atau maklumat daripada internet. Pencarian

maklumat tentang makanan di internet sangat berguna kerana ia bukan sahaja membantu dalam

menjalankan kajian tetapi memudahkan segala kajian dijalankan dengan cepat. Kaedah

kepustakaan ini digunakan dengan mencari buku ilmiah, jurnal, majalah dan sebagainya tentang

makanan pelbagai kaum di Malaysia.

4.0 JANGKAAN HASIL PROJEK YANG DIHASILKAN

Kumpulan kami menyediakan Carta Gantt untuk menjadi panduan kepada kami bagi

melaksanakan kajian ini. Hal ini dilakukan bertujuan untuk membantu kami agar kajian yang

dilakukan tidak terkeluar daripada skop kajian.


MINGGU
5 6 7 8 9 10 11 12 13
AKTIVITI
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)

(a)Perjumpaan pertama bersama penyelia.


(sesi perkenalan).
(b)Perjumpaan kedua bersama penyelia.
(Membincangkan tajuk dan format laporan kajian
bersama penyelia).
(c)Perbincangan bersama ahli kumpulan.
(Membahagikan tugas).
(d)Perbincangan kertas cadangan dalam kumpulan.
(e)Penghantaran kertas cadangan kepada penyelia.

HASIL KAJIAN (KERTAS KERJA)

(a)Mencari bahan di perpustaan.


(b)Mengumpul bahan tambahan dengan mengakses
internet.
(c) Mengedarkan borang soal selidik untuk di isi oleh
pelajar bagi kaum yang tertentu.
(d) Menemubual beberapa pelajar bagi kaum yang
tertentu untuk mendapatkan maklumat.
(e)Membuat pemerhatian di muzium makanan.
(f)Mengumpul dan menganalisis data mentah.
(g)Penulisan format kajian.
(h)Penghantaran Laporan Kajian (Kertas Kerja).

5.0 PERANAN AHLI DALAM KAJIAN

No Nama Ahli Tugas


1 Roslan Bin Mansur 132176 Skop : Masyarakat Sabah etnik Bajau
1. Mencari bahan di laman sesawang info masyarakat
bajau
2. Menemu bual sendiri pelajar berbangsa bajau di
USM mengenai makanan popular mereka.
2 Rini Anak Baki Skop : Masyarakat Sarawak etnik Iban
1. Menemu bual masyarakat iban yang terpilih melalui
alat komunikasi tentang makanan orang iban.
3 Ros Shuhada Binti Skop : Masyarakat Cina
Muhamad 1. Mencari bahan rujukan di perpustakaan mengenai
makanan Kaum Cina.
2.Menemu bual beberapa pelajar Cina untuk mendapat
maklumat tambahan.
4 Rahimi Bin Embi Skop : masyarakat Melayu
1. Menemu bual kaum Melayu
2.mencari bahan tentang makanan kaum Melayu
5 Ros Nadeira Binti Hasrim Skop : Masyarakat India
1. Mencari bahan rujukan mengenai makanan tradisi
kaum India
2. Menemu bual pelajar berbangsa India tentang
makanan tradisi mereka

6.0 KESIMPULAN

Menerusi kajian ini, pengetahuan kami terhadap variasi makanan di Malaysia yang datangnya
daripada suku kaum dan bangsa yang berbeza ini sebenarnya mempunyai keunikannya yang
tersendiri, di samping menjadi satu lambing kepada sesuatu bangsa. Selain itu, makanan ini juga
merupakan lambing kepada penyatuan hati-hati rakyat negara ini, dan pastinya ini dapat
membentuk satu persefahaman yang utuh lagi kukuh dalam penerus keharmonian negara tercinta
ini.

You might also like