Highly Immersive Programme - Taklimat

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)

1. HIP merupakan program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid melalui penggunaan bahasa
Inggeris yang lebih meluas di sekolah. Program ini telah diumumkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd
Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Bajet 2015
pada 23 Oktober 2015.

2. Objektif:
 Mewujudkan persekitaran highly immersive yang menggalakkan pembelajaran Bahasa
Inggeris di sekolah.
 Meningkatkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan warga
sekolah.
 Meningkatkan penglibatan murid secara lebih aktif dalam aktiviti Bahasa Inggeris yang
dilaksanakan di sekolah secara berterusan.
 Menggalakkan Guru Besar memainkan peranan sebagai penggerak utama dalam
merancang aktiviti Bahasa Inggeris di sekolah.
 Mempertingkatkan penglibatan ibu bapa serta komuniti yang lebih aktif dalam
pembelajaran Bahasa Inggeris murid di sekolah.

3. Pendekatan HIP
HIP dilaksanakan melalui:
 Whole School Approach
 Konsep Outreach

 Whole School Approach dalam HIP melibatkan pemimpin sekolah, guru, murid, ibu
bapa serta komuniti dalam aktiviti Bahasa Inggeris yang dijalankan. Penglibatan yang
menyeluruh daripada semua pihak di atas merupakan faktor penting dalam
memastikan pencapaian objektif serta kelestarian dan kemampanan HIP yang
dilaksanakan di sekolah.

 Outreach dalam HIP melibatkan kolaborasi dengan pihak luar seperti alumni sekolah,
pakar Bahasa Inggeris, serta agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.
Kesemua pihak tersebut boleh membantu sekolah dengan memberi pelbagai
sumbangan seperti kepakaran, masa serta sokongan yang berterusan.

4. Pelaksanaan
HIP dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari 2016. Pada tahun 2016 pelaksanaan HIP
adalah 1200 buah sekolah rendah, menengah dan Kolej Vokasional. Bermula 2018 semua
sekolah dan Kolej Vokasional wajib melaksanakan HIP.

4.1 Sekolah dibekalkan dengan HIP Toolkit. Instrumen penilaian kendiri yang terkandung dalam
HIP Toolkit hendaklah diisi oleh sekolah untuk menilai tahap immersive bahasa inggeris sedia
ada. Hasil penilaian instrument kendiri tersebut hendaklah digunakan untuk merancang aktiviti
bahasa Inggeris yang bersesuaian bagi meningkatkan tahap immersive Bahasa Inggeris sekolah.
5. Aktiviti HIP
a) Aktiviti Dalam Kelas
Guru Bahasa Inggeris bertanggungjawab terhadap aktiviti dalam kelas. Aktiviti ini
merupakan aktiviti pdpc dan melibatkan semua murid.

b) Aktiviti Luar Kelas


Aktiviti sokongan Bahasa Inggeris yang dijalankan di luar kelas. Aktiviti luar kelas yang
melibatkan guru daripada semua mata pelajaran selain guru Bahasa Inggeris.

c) Aktiviti Kelas Bimbingan (Extra Class)


Aktiviti kelas bimbingan merupakan aktiviti pengukuhan dan pemulihan Bahasa Inggeris
yang menerapkan aktiviti didik hibur (fun learning) yang berpusatkan murid (Learner-
Centredness). Aktiviti ini dilaksankan dalam masa tambahan selepas waktu sekolah .

d) Aktiviti Outreach
Sekolah hendaklah mengadaka
n aktiviti Outreach sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Outreach dalah aktiviti
sokongan Bahasa Inggeris yang boleh melibatkan ibu bapa serta masyarakat.

6. Aktiviti yang dirancang:


i. English / HIP corner
ii. English materials around school compound
iii. Assembly in English
iv. Extra class for Year 6
v. Newspaper in Educations
vi. Pelancaran HIP
vii. English Week
viii. English Day (Wednesday)

i. English /Hip corner – Panitia Bahasa Inggeris


ii. English Materials around school Compound
Panitia Matematik –
Panitia Sains –
Panitia Agama Islam -
Panitia Bahasa Melayu –
Pra sekolah –
iii. Assembly in English – bermula Mei (minggu pertama)
iv. Extra classes for Year 6

7. Kewangan: PCG setiap panitia dan PIBG.

You might also like