Pemudahcara PDPC

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul: Kesihatan dan Kebersihan

STRATEGI PEMBELAJARAN DAN


PEMUDAHCARAAN (PdPc)
UNIT 1

TEMA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

TAJUK SIHAT MEMBAWA KEBAHAGIAAN

Pada akhir pembelajaran dan pemudahcaraan, diharapkan murid dapat:


i. Membaca dan mentafsir maklumat untuk mengkategori maklumat
OBJEKTIF mengikut kriteria tertentu.
ii. Menilai, menaakul dan merumus maklumat daripada sekurang-
kurangnya satu bahan yang dibaca.

i. Teknik Bacaan : 5W1H

ii. KBAT : Peta i-Think


STRATEGI/
PENDEKATAN
ABAD KE-21
iii. Nilai : Keyakinan

iv. Strategi P&P: Pembelajaran Abad ke-21 : Round Table

i. Audio / Komputer / Internet – Laman Web


ii. Peta / Grafik,
MEDIA iii. Petikan Akhbar,
iv. Gambar
*Mengikut kesesuaian

SITUASI Awam

FORMAT TEKS Teks tidak berurutan (poster, peta, gambar)

JENIS TEKS Keperihalan

PROSES i. Mengimbas dan mengenal pasti


KOGNITIF ii. Mereflek kandungan dan bentuk

1
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul: Kesihatan dan Kebersihan

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1
Mengenal pasti senarai gambar makanan berkhasiat • Mengimbas dan mengenal pasti gambar
dan tidak berkhasiat. Tulis nama makanan mengikut • Sumbang saran
kategori.
LAMPIRAN 1

LANGKAH 2
a. Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan.

b. Setiap kumpulan diberi tajuk kecil: • Peta i-Think


i. Kepentingan amalan gaya hidup sihat
ii. Kesan mengabaikan amalan gaya hidup sihat
iii. Langkah mengamalkan gaya hidup sihat

c. Berdasarkan peta i-Think yang sesuai, semua ahli


kumpulan dikehendaki menulis isi yang berlainan
berdasarkan tajuk kecil yang diberikan.

d. Semua ahli menulis secara bergilir-gilir di atas kertas • Meja mengikut pusingan (Round Table)
yang sama.
LAMPIRAN 2

LANGKAH 3
a. Secara berpasangan, murid mencari maklumat • Petikan
tentang obesiti. Murid menyenaraikan kesan obesiti.

b. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka • Menggunakan intonasi & sebutan yang
kepada rakan sekelas. betul

LAMPIRAN 3

2
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul: Kesihatan dan Kebersihan

LAMPIRAN 1

SENARAI MAKANAN

3
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul: Kesihatan dan Kebersihan

LAMPIRAN 1

Berdasarkan senarai gambar yang diberikan kenal pasti makanan berkhasiat dan
makanan tidak berkhasiat. Kemudian, tulis nama makanan tersebut dalam jadual.

MAKANAN BERKHASIAT MAKANAN TIDAK BERKHASIAT

4
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul: Kesihatan dan Kebersihan

LAMPIRAN 2

KEPENTINGAN
AMALAN GAYA
HIDUP SIHAT

KESAN
MENGABAIKAN
AMALAN GAYA
HIDUP SIHAT

5
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul: Kesihatan dan Kebersihan

LAMPIRAN 3

Obesiti ialah kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Statistik
menunjukkan obesiti dalam kalangan orang dewasa di negara ini meningkat secara mendadak,
iaitu 250 peratus dalam tempoh 10 tahun. Percaya atau tidak, masalah obesiti semakin
serius berlaku dalam kalangan rakyat di negara kita. Sesetengah pihak mungkin memandang
ringan terhadap perkara ini. Namun begitu, pelbagai implikasi negatif boleh berlaku terhadap
seseorang akibat daripada masalah obesiti.
Antara kesan buruk yang dihadapi oleh seseorang yang menghadapi masalah obesiti
termasuklah aktiviti bersukan menjadi semakin terhad. Selain itu, mereka yang mengalami
masalah obesiti akan berisiko terdedah kepada penyakit kronik. Penyakit serius seperti
penyakit jantung, darah tinggi, diabetes dan penyakit buah pinggang sukar diubati malah
rawatannya memakan kos yang tinggi, walaupun di hospital kerajaan.
Seseorang yang mengalami masalah obesiti akan menjadi kurang produktif juga. Hal
ini dikatakan demikian kerana masalah kegemukan akan menjadikan seseorang itu sukar
untuk bergerak lalu membawa kepada tahap produktiviti yang tidak memuaskan. Di samping
itu, perbelanjaan akan meningkat kerana seseorang yang mengalami masalah obesiti akan
mempunyai nafsu makan yang abnormal. Mereka akan cenderung untuk berbelanja besar
semata-mata untuk membeli makanan.
Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan Negara ASEAN dan kedudukan
keenam di rantau Asia Pasifik yang penduduknya berhadapan dengan masalah obesiti.
Adakah kita mahukan masyarakat Malaysia yang kurang produktif pada masa akan datang?
Ayuh, sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru tengadah. Sesungguhnya,
mencegah lebih baik daripada mengubati.

6
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul: Kesihatan dan Kebersihan

STRATEGI PEMBELAJARAN DAN


PEMUDAHCARAAN (PdPc)
UNIT 2

TEMA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

TAJUK AMALAN KESEJAHTERAAN HIDUP

Pada akhir pembelajaran dan pemudahcaraan, murid dapat:


i. Membaca, mengakses, dan mendapatkan sekurang-kurangnya tiga
OBJEKTIF maklumat penting daripada bahan grafik dan teks.
ii. Menghasilkan satu poster secara berpasangan, mewujudkan interaksi,
semangat bekerja dalam pasukan dan latihan kepemimpinan.

i. Teknik Bacaan : 5W1H

ii. KBAT : Peta i-Think


STRATEGI/
PENDEKATAN
ABAD KE-21 iii. Nilai : Keyakinan

iv. Strategi P & P : Pembelajaran Abad ke-21 : Main Peranan (Role Play),
Meja Mengikut Pusingan (Round Table)

i. Audio / Komputer / Internet – Laman Web


ii. Peta / Grafik
MEDIA iii. Petikan Akhbar
iv. Gambar
*Mengikut kesesuaian

SITUASI Peribadi

FORMAT TEKS Teks tidak berurutan (poster, gambar)

JENIS TEKS Arahan dan Pendedahan

PROSES i. Mengimbas dan mengenal pasti


KOGNITIF ii. Mereflek kandungan dan bentuk

7
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul: Kesihatan dan Kebersihan

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1
a. Murid melihat gambar yang menunjukkan cara • Gambar
membasuh tangan yang betul.

b. Murid membasuh tangan dan menyatakan proses • Mengimbas dan mengenal pasti
membasuh tangan yang betul. • Main peranan (Role Play)

LAMPIRAN 1

LANGKAH 2
Secara berpasangan, murid menghasilkan satu poster • Poster
ringkas yang berkaitan dengan Kempen Kebersihan
Diri. Setiap poster perlu dilengkapkan dengan satu kata- • Mencipta poster mengikut kreativiti
kata hikmat atau peribahasa. dan menggunakan teknik tampalan atau
kolaj.

LAMPIRAN 2

LANGKAH 3
a. Secara berpasangan, murid mencari maklumat • Mengakses dan mendapatkan maklumat
tentang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan
kebersihan dan penyakit-penyakit yang berkaitan
dengan pemakanan. Murid menyenaraikan nama
penyakit-penyakit tersebut.

b. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka • Menggunakan intonasi & sebutan yang
kepada rakan sekelas. betul

LAMPIRAN 3

8
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul: Kesihatan dan Kebersihan

LAMPIRAN 1

7
1
Langkah
Membasuh Tangan Yang Betul
Basuh tangan dengan
sabun secukupnya.
2 Gosok tapak
tangan.

4 5 Gosok belakang

3 Gosok setiap jari Gosok kuku pada tangan.


dan celah jari. tapak tangan.

Gosok belakang tangan

6 7

Keringkan tangan dengan


Basuh tangan dengan air bersih tuala atau tisu yang bersih.
secukupnya.

9
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul: Kesihatan dan Kebersihan

LAMPIRAN 2

CUCI
TANGAN
ANDA,

HAPUSKAN
BAKTERIA .

10
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul: Kesihatan dan Kebersihan

LAMPIRAN 3

Cari maklumat. Kemudian, lengkapkan jadual di bawah ini.

PENYAKIT BERKAITAN PENYAKIT BERKAITAN


KEBERSIHAN PEMAKANAN

11
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul: Kesihatan dan Kebersihan

STRATEGI PEMBELAJARAN DAN


PEMUDAHCARAAN (PdPc)
UNIT 3

TEMA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

TAJUK SAYANGI NYAWA ANDA

Pada akhir pembelajaran dan pemudahcaraan, diharapkan murid dapat:


i. Merumus dan menilai sekurang-kurangnya tiga maklumat
OBJEKTIF
ii. Menganalisis dan membanding sekurang-kurangnya dua maklumat
yang terdapat pada bahan

i. Teknik Bacaan : SQ4R

ii. KBAT : Peta pemikiran


STRATEGI /
PENDEKATAN
ABAD KE-21
iii. Nilai : Cinta akan alam sekitar

iv. Strategi Pembelajaran Abad ke-21 : Kerusi Panas (Hot Seat)

i. Internet – Laman Web


ii. Peta / Grafik,
MEDIA
iii. Petikan
*Mengikut kesesuaian

SITUASI Peribadi

FORMAT TEKS Teks pelbagai

JENIS TEKS Pendedahan

i. Penganalisisan
PROSES
KOGNITIF ii. Membandingkan ciri, mengenal pasti, menentukan hujah, fakta dan
bukti

12
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul: Kesihatan dan Kebersihan

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1
a. Murid diminta mengira jumlah nyamuk dalam • Puzzle
gambar.

b. Murid menyatakan pengetahuan sedia ada • Sumbang saran


berkenanaan wabak demam denggi.
LAMPIRAN 1

LANGKAH 2
a. Secara berpasangan, murid meneliti dapatan laporan • Laporan wabak demam denggi
kes denggi demam di seluruh Malaysia.

b. Buat rumusan tentang penyataan yang dikeluarkan • Mengakses dan mendapatkan maklumat
daripada akhbar tersebut.
LAMPIRAN 2

LANGKAH 3
a. Murid diberi petikan mengenai kes virus zika • Teknik bacaan SQ4R

b. Mencari isi dan mengulas maklumat dengan • Mengakses dan mendapatkan


menentukan kewajaran hujah atau bukti berdasarkan: maklumat
– simptom virus zika
– punca wabak zika
– langkah menangani wabak zika

c. Murid dipilih secara rawak untuk memberikan hujah. • Kerusi Panas (Hot Seat)
Murid lain melontarkan soalan kepada murid yang
dipilih.
LAMPIRAN 3

13

You might also like