Faktor Yang Memberi Kesan Kepada Budaya Sekolah
Faktor Yang Memberi Kesan Kepada Budaya Sekolah
Faktor Yang Memberi Kesan Kepada Budaya Sekolah
Jawapan :
Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting
dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah
penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju
wawasan. kepelbagaian budaya merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum
seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan sebagainya. Setiap kaum mempunyai
budaya masing-masing dan setiap budaya berbeza dari segi agama, bahasa, kepercayaan dan
sistem nilai. Jadi, perkara-perkara tersebut menyumbang kepada budaya sekolah.
Dari segi faktor bahasa, setiap kaum mempunyai dialek masing-masing. Bahasa
merupakan perkara penting bagi manusia untuk memenuhi keperluan sosialnya untuk
berinetraksi atau berhubung dengan sesamanya. Oleh itu, bahasa menjadi alat penghantar untuk
berkomunikasi walaupun berbeza bangsa sekaligus menyatukan perpaduan. Tambahan pula
dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia, bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu dipelajari di
institut-institut pendidikan iaitu seperti sekolah.
Di sekolah terdiri daripada murid dan guru dari pelbagai struktur sosial iaitu bermula
rendah, sederhana dan tinggi. Jurang perbezaan ini akan membentuk budaya sekolah dengan
mengikuti garis panduan visi dan misi sekolah yang telah termaktub pada setiap sekolah. Budaya
saling hormat menghormati dan rasa tanggungjawab terwujud bagi memenuhi kehendak sekolah
serta bersedia untuk mematuhinya dalam hal-hal mengenai sekolah.
Pelbagai bentuk tingkahlaku, adat resam dan budaya yang telah biasa kita lalui
sepanjang hari. Perkara tersebut adalah satu perbuatan yang bukannya terbentuk atau lahir
daripada naluri. Tingkahlaku, adat resam dan budaya tersebut adalah hasil daripada proses
pembelajaran. Sebagai contoh, bayi yang dilahirkan dalam norma masyarakat akan membesar
dan akan mempelajari serta mengamalkan adat resam dan kebudayaan masyarakatnya. Sekiranya
bayi yang sama dibesarkan dalam masyarakat lain pula, proses mempelajari kebudayaan
dipanggil sosialisasi.
Banyak perkara-perkara asas yang dikongsi bersama tidak kira di mana kita berada.
Sebagai contoh, negara kita Malaysia mempunyai pelbagai agama mengikut sistem
kepercayaan yang menggariskan nilai-nilai moral dan cara hidup yang tersendiri. Agama
mungkin berbeza tetapi yang penting adalah panduan tentang moraliti dan perlakuan baik. Inilah
yang dikatakan kesejagatan budaya iaitu ekspresi luaran mungkin berbeza-beza tetapi konsep
teras yang ingin disampaikan adalah sama.