LAPORAN Aktiviti Kadet Polis - Perkemahan Daerah

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

LAPORAN

PERKHEMAHAN PERINGKAT
DAERAH DAN PEMILIHAN PASUKAN
KE PERINGKAT NEGERI

13-15 Mac 2019


(Rabu-Jumaat)

Jeram Hutan Air Menderu,


Kerteh
Kemaman
LAPORAN

PROGRAM PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS DAERAH KEMAMAN

Pada setiap tahun, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bersama dengan IbuPejabat Polis
Negeri Terengganu akan menganjurkan perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat Negeri Terengganu.
Perkhemahan ini akan dihadiri oleh ahli-ahli Kor Kadet Polis yang akan mewakili setiap daerah di
negeri Terengganu. Ahli Kadet Polis yang terpilih mestilah daripada ahli Kadet Polis yang berbakat
besar bagi memastikan daerah yang diwakili oleh mereka menjadi juara.

Bagi memastikan Daerah Kemaman menggulangi kejayaan sebagai juara Sembilan kali
berturut-turut, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman bersama Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman,
telah menganjurkan Program Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Kemaman. Dalam
perkhemahan ini, ahli-ahli kadet polis yang telah terpilih dalam semua cara yang telah
dipertandingkan akan dikumpulkan untuk memilih peserta yang terbaik bagi mewakili daerah
kemaman. Peserta yang terpilih akan berkhemah selama 5 hari untuk dilatih sebelum disaring untuk
mencari peserta yang paling layak. Seramai 60 peserta perkhemahan telah dipilih, dan daripada
jumlah itu hanya seramai 40 peserta yang layak sahaja terpilih.

1.0 NAMA AKTIVITI

Program perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat daerah Kemaman dan pemilihan pasukan ke
peringkat negeri

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberikan kemahiran dan teknik yang betul bagi setiap acara yang dipertandingkan dalam
perkhemahan peringkat negeri

2.2 Memberikan murid-muird peluang meningkatkan kekuatan mental dan fizikal dalam acara yang
akan dipertandingkan.

2.3 Mengeratkan persefahaman dan perhubungan di antara jurulatih polis, guru dan murid.

2.4 Mewujudkan sikap daya saing yang tinggi diantara ahli kor kadet Polis Daerah Kemaman.

2.5 Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi cabaran

2.6 Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dikalangan ahli kadet polis.

2.7 Memilih peserta yang terbaik untuk mewakili daerah kemamah ke perkhemahan Kor Kadet
Polis peringkat negeri Terengganu.
3.0 RASIONAL

3.1 Dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam pertandingan yang akan diadakan.

3.2 Dapat mengembangkan kemahiran yang dipelajari di dalam perkjhemahan ini untuk diserapkan
dalam aktiviti luar.

3.3 Mengenalpasti potensi dan kelebihan diri peserta.

3.4 Menambah kemahiran guru dalam menguruskan murid-murid yang menyertai sesebuah
kejohanan dari awal hingga akhir.

4.0 BUTIRAN AKTIVITI

Tarikh : 13 – 15 Mac 2019

Masa Lapor Diri : 9.00 pagi (13 Mac 2019)

Tempat :

5.0 PELAPORAN

a. PENCAPAIAN

Seramai 11 orang ahli kadet polis SMK Bukit Kuang telah terpilih untuk menyertai
Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Kemaman. Kesemuanya menunjukkan komitmen
dan kesungguhan dalam usaha untuk melayakkan diri dipilih mewakili Kemaman di peringkat Negeri
Terengganu. Namun begitu pada peringkat akhir pemilihan, peserta dari SMK Bukit Kuang gagal
memberikan saingan yang sepatutnya. Peserta SMK Bukit Kuang tidahk berjaya dipilih ke peringkat
negeri. Walau bagaimanapun, kesemua peserta telah menunjukkan komitmen yang baik sepanjang
berlangsungnya perkhemahan peringkat daerah ini.

b. KEKUATAN

Beberapa kekuatan dapat dilihat pada program Perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat
daerah Kemaman. Antaranya ialah:

i. Peserta amat berminat dan menunjukkan komitmen dalam melaksanakan semua latihan
yang ditugaskan kepada pelajar

ii. Mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru Kadet Polis SMK Bukit Kuang dan
pijhak pengurusan sekolah.
iii. Mendapat sokongan yang penuh daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman dan Ibu
Pejabat Polis Daerah Kemaman.

iv. Pelajar mendapat merasai pengalaman perkhemahan yang sebenar seperti yang akan
dilaksanakan di perkhemahan negeri dan kebangsaan.

v. Pelajar mendapat banyak ilmu dan pengalaman yang berguna daripada jurulatih polis
tentang teknik dan kaedah berkesan dalam pertandingan yang diceburi pelajar.

vi. Mendapat sokongan yang baik daripada guru-guru kadet polis dari semua sekolah di
daerah Kemaman.

c. KELEMAHAN

Beberapa kelemahan telah dikenalpasti sepanjang berlangsungnya Perkhemahan Kor Kadet


Polis Peringkat Daerah Kemaman ini:

i. Masa yang terhad dan singkat untuk melatih peserta bagi meningkatkan tahap kemahiran
mereka

ii. Tapak perkhemahan yang tidak sesuai, terdedah kepada bahaya jika tiada kawalan yang
ketat daripada jurulatih.

iii. Kawasan perkhemahan dan latihan terletak jauh daripada kawasan bandar, memberikan
masalah jarak dan masa untuk guru-guru bertugas berulang-alik.

iv. Pengurusan masa yang tidak cekap dari pihak peserta dan juga jurulatih kadangkala
membawa dilemma kepada pihak urusetia dan guru-guru yang bertugas.

d. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi mengatasi kelemahan yang disenaraikan diatas, saya mencadangkan beberapa strategi
perlu diadakan bagi meningkatkan prestasi pasukan Kor kader Polis Kontijen Kemaman. Antaranya
ialah:

i. Pemilihan peserta perkhemahan sepatutnya dilakukan lebih awal iaitu seawall bulan
Januari lagi bagi memberikan masa yang lebih lama dan panjang untuk melatih peserta
bagi meningkatkan tahap kemahiran mereka.

ii. Tapak perkhemahan yang lebih sesuai perlu dipilih untuk menjamin keselamatan peserta,
kawasan yang tertutup dan tidak terdedah kepada bahaya

iii. Bagi memudahkan pergerakan guru-guru yang bertugas dan jurulatih untuk berulang-alik,
kawasan perkhemahan dan latihan perlulah berada dekat dengan kawasan bandar, dan
mudah untuk pengurusan jika terdapat peserta yang mempunyai masalah.
iv. Perbincangan yang lebih teliti dan sistematik perlu diadakan oleh pihak penganjur
bersama guru-guru bertugas agar tidak berlaku salah faham dan pergaduhan semasa
melaksanakan perkhemahan seperti ini. .

6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, Perkhemahan kor kadet polis peringkat Daerah Kemaman berjalan
lancar dan memuaskan. Guru, jurulatih dan peserta perkhemahan salin berkerjasama untuk
menjayakan perkhemahan pada tahun ini. Diharapkan perkhemahan pada tahun hadapan dapat
dijalankan dengan lebih baik dan lancer dan dapat melahirkan ramai lagi ahli kor kadet polis yang
berbakat.
7.0 LAMPIRAN

a. GAMBAR

\
b. SURAT ARAHAN/JADUAL PROGRAM
c. SURAT KEBENARAN PENJAGA
d. SENARAI NAMA PESERTA

Disediakan oleh:

………………………………..
ROSLIZAYATI BINTI OMAR
Ketua Guru Penasihat
Kor Kadet Polis
SMK Bukit Kuang, Kemaman
2019
GAMBAR

Sesi latihan yang


diadakan untuk
menhadapi
pertandingan Ping
Pong MSSD
Kemaman.

You might also like