7 Penyakit Pokok Cili Yang Sentiasa Dihadapi Pengusaha Tempatan
7 Penyakit Pokok Cili Yang Sentiasa Dihadapi Pengusaha Tempatan
7 Penyakit Pokok Cili Yang Sentiasa Dihadapi Pengusaha Tempatan
Malaysia merupakan antara negara yang sangat tinggi menggunakan cili dalam pemakanan. Ini terbukti
dengan data yang menunjukkan sayuran jenis cili ini berada dalam senarai pengimport sayuran tertinggi
di Malaysia.
Seiring itu, Malaysia turut berusaha meningkatkan pengeluaran hasil cilinya bagi memenuhi permintaan
pasaran. Namun, cabaran dari segi pengawalan penyakit pokok cili dan serangga masih menghantui
sebilangan petani tempatan.
Berikut disertakan senarai 7 penyakit pokok cili yang kebiasaannya dihadapi oleh pengusaha cili
tempatan.
1. Kerinting
Kerekot daun cili atau dipanggil juga sebagai kerinting daun merupakan satu jenis penyakit pokok cili
yang menyerang tanaman Cili Besar (Capsicum annum) dan juga Cili Padi (Capsicum frustecens).
Masalah ini merupakan satu ancaman yang serius kepada industri penanaman cili secara komersil
kerana ianya mampu merosakkan tanaman cili dan merugikan petani. Akibatnya bunga dan buah tidak
terbentuk malahan akhirnya pokok akan tidak sihat dan tidak produktif.
Masalah Kerekot Daun juga dikenali sebagai Penyakit Mozek Virus pada tanaman cili adalah disebabkan
oleh serangan Virus Mozek (Mozaic virus). Diantara virus mozek yang telah dikenalpasti seperti CMV,
CVMV, TMV dan TWSV.
Kajian menunjukkan virus dan penyakit pokok cili ini menyerang seluruh bahagian pokok tetapi amat
ketara simptomnya pada bahagian pucuk muda tanaman cili. Simptom-simptom serangan adalah
apabila di dapati daun berkerekot dan ada berbintik-bintik dengan urat daun akan membengkak.
Lazimnya pertumbuhan pokok akan terbantut dan tidak banyak bunga cili dihasilkan pada pokok cili.
Akibatnya pokok kurang berbuah dan kalau ada buah pun saiznya kecil sahaja dengan bentuknya
berbagai-bagai rupa tidak seperti bentuk cili yang kita kehendaki.
Daripada rujukan dan pemerhatian, di dapati penyakit ini merebak melalui pelbagai cara. Ia bermula
daripada perebakan melalui biji benih, cara menyediakan anak benih ditapak semaian dan paling serius
disebarkan oleh serangga seperti Kutu Daun (Aphis spp) atau Kutu Thrips (Thrips spp).
Kutu daun menyerang semua bahagian daun, bunga dan buah dengan menghisap cairan mengakibatkan
daun menjadi kerekot, bunga gugur dan buah terbantut. Serangga ini akan membawa bersama virus
mozek daripada pokok yang terjejas kepada pokok-pokok lain yang sihat.
Walaupun kawalan terhadap Kutu Daun dan Kutu Thrips boleh dikawal dengan semburan racun kimia
mahupun organik, tetapi virus tidak dapat dikawal. Populasi serangga pembawa virus ini dikawal dengan
semburan racun chlorpyrifos, cypermethrin, deltamethrin, dimethoate selepas lebih 20% kadar
serangan diladang.
Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun. Amalkan tanaman giliran. Sembur dengan racun kulat seperti
chlorothalonil, mancozeb. Rawat biji benih dengan racun kulat.
Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora hitam pada pucuk. Rawat biji benih
dengan racun kulat.
4. Reput Pangkal (Sclerotium Roolfsii)
Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput. Rawat biji benih dengan racun kulat.
Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuhh. Anak benih layu, rebah dan mati.
Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati. Jika akar atau batang dipotong atau direndam dalam air
akan mengeluarkan cecair jaluran putih. Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit dan amalkan tanaman
giliran. Sistem saliran perlu diperbaiki.
7. Antraknos Buah
Sembur kawalan organik seperti Ekstrak Neem atau racun kulat seperti Mancozeb.