Penyataan Professional

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PERNYATAAN PROFESIONAL

SEBELUM

Praktikum merupakan satu program khusus yang telah ditetapkan bagi pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 7 Kementerian Pelajaran Malaysia.
Program ini memberi peluang kepada guru-guru pelatih memahami sekolah sebagai
sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pengajaran,
pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah.
Tugasan praktikum ini dijalankan di sekolah rendah yang telah ditentukan oleh pihak
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Praktikum ini dijalankan bertujuan untuk
melatih guru-guru pelatih menghadapi suasana alam persekolahan yang sebenar
serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan yang berkaitan. Sekolah dipandang
sebagai sesuatu institusi yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya
masyarakat. Oleh itu, fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan
latihan. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang
sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi
kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. Sebagai kesimpulannya, peranan
sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia, khasnya generasi muda, untuk
menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir untuk meneruskan
perkembangan masyarakat.

Sehubungan dengan itu, saya akan melaksanakan Praktikum fasa 2 di SK


Institut Pendidikan Guru Malaysia bermula dari 11 Jun 2019 hingga 6 September 2019
bagi bidang teras Bahasa Arab dan elektif teras Pendidikan Islam dan ini merupakan
pengalaman kedua saya menjalani praktikum. Sebelum praktikum, semua pelajar
Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis telah
dikumpulkan untuk diberi taklimat berkaitan dengan perkara yang perlu dilakukan dan
perkara yang perlu diambil berat sepanjang pratikum berlansung iaitu selama 3 bulan.
Dalam taklimat tersebut, pensyarah dari unit praktikum telah memberi penerangan di
atas beberapa perkara. Antaranya konsep praktikum, objektif praktikum, tempoh
perlaksanaan praktikum, penempatan bagi program praktikum, prosedur
perlaksanaan, aktiviti semasa praktikum, kehadiran dan status perlaksanaan
praktikum serta peranan dan tanggungjawab pelajar, sekolah, unit penyelaras dan
jabatan major / elektif.

Dalam proses persediaan praktikum, saya telah berbincang dengan kawan-


kawan saya dan bertanya kepada senior-senior yang pernah menjalani praktikum
untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang berpraktikum sebagai persediaan
serta mengenai perkara yang perlu saya lakukan sebelum menghadirkan diri ke
sekolah untuk menambah baik kualiti praktikum saya bagi fasa kedua ini. Hasil
daripada perbincangan tersebut, saya telah menyediakan senarai tugasan berkaitan
dengan tugasan praktikum yang merangkumi buku Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) dan Portfolio. Setelah menyediakan senarai tugasan tersebut, saya telah
berkolaborasi dengan Dr. Naziroh Binti Ibrahim dan Dr. Hj Mohd Rosdi Bin Mahamud
selaku pensyarah penyelia bagi bidang teras Bahasa Arab dan elektif teras Pendidikan
Islam untuk memoderasikan senarai tugasan yang perlu dibuat ketika praktikum
sekaligus memberikan pendedahan khusus tentang tugasan praktikum tersebut.

Harapan saya agar praktikum kali kedua saya ini dapat berjalan dengan lancar
dan mengikut spesifikasi tugasan yang ditetapkan. Pada dasarnya, saya telah
menyediakan draf awal untuk setiap perkara yang akan dilakukan sebelum
bermulanya praktikum. Misalnya menyediakan buku RPH, portfolio, Bahan Bantu
Belajar (BBB) dan sebagainya. Secara ringkasnya, semasa praktikum saya akan
melaksanakan pengajaran yang telah dirancang mengikut kelas abad ke 21 dengan
baik serta akan mengumpul segala data yang dikehendaki dan membuat rekod.
Penganalisis data juga akan dilakukan sebaik sahaja data dikumpul, kemudian
penilaian akan dijalankan berdasarkan hasil analisis dan laporan direkodkan.
Tambahan pula, saya juga berharap saya dapat berkomunikasi dengan guru besar,
guru pembimbing, mentor dan juga para pelajar dengan baik semasa di sekolah nanti.
Akhir kata, saya berharap saya dapat melaksanakan tugasan pratikum dengan lancar
serta sempurna dan seterusnya saya juga dapat memperoleh dan menambah
pengetahuan serta ilmu setelah melaksanakan praktikum pada kali ini.
SEMASA

Praktikum merupakan salah satu cara bagi seorang guru pelatih melatih diri
untuk mengajar dan membiasakan diri dengan suasana pembelajaran sekolah
sebelum ke situasi yang sebenar di sekolah. Ini juga memberi peluang kepada guru
pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari
semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta mendapat bimbingan daripada
pensyarah dan guru pembimbing. Praktikum memfokuskan kepada mata pelajaran
major iaitu Bahasa Arab untuk sekolah rendah. Banyak perkara yang perlu dilakukan
dan diselesaikan semasa praktikum di sekolah. Selain daripada mengajar, saya juga
perlu membuat perancangan yang tersusun dan sistematik iaitu dengan menyediakan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Rancangan tersebut perlulah disediakan
dengan lebih awal serta bahan bantu belajar (BBB) yang digunakan juga perlu saya
dan rakan sediakan sebelum mengajar. Dalam pada itu, saya perlu melengkapkan
portfolio praktikum dengan melengkapkan jurnal dan laporan kokurikulum sekiranya
saya ada melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Tidak lupa juga
dengan persiapan dari segi mental fizikal dimana saya harus menghadapi pelbagai
karenah murid-murid sekolah. Ini semuanya penting sebelum saya memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Apabila perancangan telah siap kini tiba kepada pelaksanaan pula. Dalam
pelaksanaan, saya perlu bersedia untuk dipantau dan dibimbing oleh pensyarah yang
akan datang ke sekolah untuk melihat bagaimana saya mengajar dan mengawal
tingkah laku kanak-kanak tersebut. RPH perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang
mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya
kendalikan berjalan dengan baik dan lancar. Saya perlu sentiasa bersedia
menghadapi pelbagai karenah murid. Oleh itu, saya perlu sentiasa menggunakan
pelbagai strategi, kaedah, dan teknik pengajaran yang telah dipelajari sepanjang
menuntut di IPG agar murid-murid tidak bosan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Aktiviti yang dijalankan juga hendaklah bersesuaian dengan
perkembangan murid-murid. Bukan itu sahaja, saya perlu melibatkan diri dengan
bidang kokurikulum yang terdapat di sekolah. Saya akan berkongsi ilmu dan
pengalaman saya semasa di IPG dengan murid-murid di sekolah tersebut dan
mengaplikasikannya. Latihan kokurikulum yang terdapat di IPG banyak membantu
saya apabila saya melangkah kaki untuk menjalani praktikum.

Hubungan yang mesra dan baik dengan semua kakitangan sekolah akan saya
amalkan agar tidak wujud jurang antara guru pelatih praktikum dengan guru di sekolah
tersebut. Ini akan memudahkan saya untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat
mengenai apa sahaja yang diperlukan. Harapan saya agar pensyarah penyelia saya
iaitu Dr. Naziroh Binti Ibrahim dan Ustaz Mahamad Bin Abdullah sudi memberikan
bimbingan yang terbaik kepada saya dalam semua segi sepanjang saya berpraktikum
selama 3 Bulan di Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Saya bersedia untuk menerima bimbingan, nasihat dan kritikan dari mereka. Harapan
saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan wujudnya
hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan cuba menjalankan
tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan
semua pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat saya realisasikan dengan baik
kelak.
SELEPAS

Namun begitu, semasa berada di sekolah ini saya akui bahawa tidak semua
yang dirancangkan dan diharap akan menjadi. Perkara yang paling jelas sekali ialah
kelemahan diri saya sendiri terutama dalam berkomunikasi yang kurang berkesan
dengan pihak tertentu. Walaubagaimanapun saya yakin bahawa kekurangan ini dapat
diatasi. Dengan ini saya mampu untuk terus maju dan benar-benar memahami apa
yang dimaksudkan dengan GURU. Akhir sekali, saya yakin bahawa objektif praktikum
yang saya telah lalui benar-benar telah mencapai objektifnya iaitu memberikan
kefahaman yang lebih mendalam dan teknik yang berkesan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya, sekolah ini cukup baik dan dan mampu
meransang murid belajar dengan berkesan. Ini kerana seperti yang saya sebutkan tadi,
persekitaran sekolah ini indah dan menenangkan ditambah lagi dengan suasana yang
aman tanpa kebisingan yang mampu menghasilkan persekitaran yang kondusif bagi
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, budaya di sekolah ini saya lihat cukup baik di mana semua guru
terlibat serta berganding bahu dalam menjayakan misi dan visi sekolah. Ini dibuktikan
dengan semua guru turun padang dalam menjayakan apa jua aktiviti yang dijalankan
disekolah bagi memastikan kecemerlangan murid. Hal ini tidak terhad kepada aspek
kurikulum ataupun akademik sahaja bahkan juga turut melibatkan aktiviti kokurikulum
diwaktu petang seperti unit beruniform, sukan mahupun persatuan. Semua guru
mempunyai tugas serta tanggungjawab masing-masing yang mesti dipikul dan saya
lihat mereka semua begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing serta
bantu membantu antara satu sama lain dalam segala hal. Sebagai penutup, saya
merasakan bahawa praktikum yang telah saya jalani ini adalaha amat bermakna dan
cukup membantu saya dalam menyediakan diri saya untuk menjadi bakal guru yang
cemerlang. Ia juga dapat menyediakan saya dalam semua aspek yang dperlukan
untuk menjadi seorang guru. Saya berpendapat bahawa program praktikum ini adalah
amat relevean untuk diteruskan untuk melahirkan bakal guru yang berkualiti.

You might also like