Kerja Kursus BM Sem 3 (Konsonan Asli)

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini, pengkaji menghuraikan latar belakang kajian dan definisi konsep.

1.1 Latar Belakang

Fonologi ialah cabang ilmu Bahasa yang mengkaji bunyi Bahasa sesuatu Bahasa
dan fungsinya dalam sistem Bahasa tersebut. Bunyi Bahasa disusun dengan sistem
dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini.

Bunyi konsonan ialah bunyi bahasa yang bertentangan dengan bunyi vokal. Dalam
bahasa Melayu bunyi konsonan terbahagi kepada 2 iaitu bunyi konsonan asli dan
konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia
ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh
penutur. Terdapat 19 bunyi konsonan asli dalam bahasa Melayu, dan lapan bunyi
konsonan pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Pengkaji mendapati bahawa masih ramai pelajar Tingkatan 6 yang masih tidak
mengetahui jenis-jenis bunyi konsonan asli mahupun cara penghasilan konsonan
asli tersebut. Oleh itu, pengkaji telah memilih tajuk tersebut supaya dapat memberi
pengetahuan yang mendalam berkaitan konsonan asli kepada pelajar-pelajar
Tingkatan 6.

1
1.2 Definisi Konsep

1.2.1 Konsep 1
Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51)
memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki
bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

1.2.2 Konsep 2

Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada


linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau
melalui mulut manusia.

1.2.3 Konsep 3

Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan
bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu
bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Definisi konsep bunyi
konsonan ialah bunyi bahasa yang bertentangan dengan bunyi vokal. Mengikut
pertimbangan fonetik akustik, bunyi konsonan dianggap sebagai bunyi tidak
terkemuka berbanding dengan bunyi vokal. Pengklasifikasian bunyi konsonan
dibuat dengan berasaskan daerah sebutan tersebut.

2
1.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut :
a. Mengenalpasti dan menyenaraikan konsonan asli yang terdapat dalam Cerpen Jaket
Kulit Kijang
b. Mengkategorikan jenis konsonan asli yang terdapat dalam Cerpen Jaket Kulit
Kijang
c. Menghuraikan cara penghasilan konsonon asli yang terdapat dalam Jaket Kulit
Kijang

2.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Hasil kajian ini adalah untuk
a. Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pelajar Tingkatan 6 mengenai
konsonan asli.
b. Dijadikan sumber rujukan kepada pelajar Tinkatan 6 supaya mereka mengetahui
jenis-jenis dan cara penghasilan konsonan asli.
c. Menambah dokumentasi kajian yang berkaitan dengan konsonan asli.

3.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada penggunaan konsonan asli dalam Bahasa Melayu yang
digunakan dalam antologi cerpenn Jaket Kulit Kijang.

4.0 BATASAN KAJIAN


Kajian ini hanya berfokuskan kepada penggunaan konsonan yang terdapat dalam
antologi cerpen Jaket Kulit Kijang. Kajian berdasarkan teks dilakukan dari halaman 65
sehingga 83. Dalam teks kajian ini, hanya konsonan asli sahaja yang akan dikaji oleh
pengkaji.

3
5.0 KAEDAH KAJIAN
5.1 Pemerolehan Data

Kajian melalui buku-buku ilmiah dijalankan untuk mendapatkan bahan bahan


rujukan dan buku yang berkaitan dengan konsonan asli. Maklumat akan diperolehi
daripada hasil bacaan melalui buku-buku rujukan berkaitan konsonan khususnya
konsonan asli. Antara buku rujukan yang digunakan ialah Fokus Peperiksaan
STPM Bahasa Melayu Semester 1 Edisi Pertama.

5.2 PengumpulanData

Melalui kajian analisis teks, iaitu teks antologi cerpen Jaket Kukit Kijang.
Konsonan asli yang dijadikan asas kajian ini, dikenal pasti dan dikaji jenis-jenisnya
oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji turut melakukan kajian pencarian mengenai
konsonan di laman sesawang. Laman sesawang yang diakses untuk memperoleh
dan mendapatkan maklumat tambahan mengenai konsonan ialah Google dan laman
lain yang berkaitan tentang konsonan asli contohnya,
http://dermagabmk1.blogspot.com/p/nota.html.

5.3 Penganalisisan Data


Data dianalisis berdasarkan kajian buku-buku ilmiah dengan memberi tumpuan
kepada konsonan asli sahaja. Data yang diperolehi akan dianalisis dengan
mempersembahkan penggunaan perkataan-perkataan konsonan asli dalam jadual
yang terdapat dalam teks yang dikaji.

4
6.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji memperlihatkan konsonan asli dengan jenis-jenisnya dalam
antologi cerpen Jaket Kulit Kijang tersebut

6.1 Konsonan asli yang terdapat dalam antologi Cerpen Jaket Kulit Kijang
Pengkaji telah mengenal pasti konsonan asli yang terdapat dalam antologi cerpen
Jaket Kulit Kijang seperti berikut :

Bil.. Contoh Muka Bil. Contoh Muka


surat surat
1. lesap 80 30. cenderamata 65

2. polos 82 31. anggaran 65

3. hidup 82 32. rantai 66

4. budi 81 33. kenalan 67

5. benang 79 34. berjalan 67

6. lebih 82 35. peniaga 72

7. tujuh 81 36. masuk 78

8. tidak 81 37. rantai 77

9. pendam 80 38. semasa 70

10. dengan 79 39. ingatan 70

11. kotak 80 40. pewangi 75

12. datang 80 41. gaya 76

13. kedai 82 42. tangan 78

14. gemar 81 43. wajah 70

5
15. gelap 80 44. dewasa 75

16. bongkak 82 45. bahaya 77

17. agak 72 46. melawan 74

18. jaga 73 47. cikgu 70

19. raja 70 48. cermin 72

20. tanya 70 49. cantik 72

21. semua 70 50. hati 70

22. harga 67 51. turki 69

23. bergaya 71 52. tulisan 69

24. jaket 72 53. senyum 69

25. sepasang 73 54. tadi 81

27. sudah 72 55. instanbul 65

28. hendak 72 56. pilihan 65

29. rombongan 73

jadual 7.1

Berdasarkan jadual 7.1, pengkaji telah mengenal pasti 66 konsonan asli yang terdapat
dalam antologi cerpen Jaket Kulit Kijang. Antara konsonan asli yang dikenalpasti ialah
lesap, raja, tangan , cenderamata, hati.

6
6.2 Jenis konsonan asli yang terdapat dalam Cerpen Jaket Kulit Kijang
Berdasarkan jadual 7.1 tersebut, pengkaji telah mengkategorikan konsonan asli
tersebut mengikut jenis-jenisnya. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis
konsonan asli :

JENIS KONSONAN LAMBANG CONTOH


1. Konsonan Letupan P/B Lesap, polos, hidup, gelap
Budi, lebih, benang
T/D Tujuh, tidak, tadi
Dengan, pendam, datang
K/G Kotak, kedai
Gaya, gemar, agak
GLOTIS Bongkak

2. Konsonan Sengauan M Masuk, semasa, cenderamata,


melawan
N Rantai, kenalan, berjalan,
peniaga
(ny) Senyum,tanya

(ng) Anggaran, ingatan, tangan

3. Konsonan Separuh W Pewangi, dewasa, wajah


Vokal

Y Bergaya, bahaya,

4. Konsonan Geseran S Sepasang, semua, sudah

7
H Harga, hendak, hati

5. Konsonan Letusan C Cantik, cermin, cikgu

J Jaket, raja, jaga

6. Konsonan Sisian L Instanbul, pilihan, tulisan,

7. Konsonan Getaran R Rombongan, turki, rapat

Jadual 7.2

Berdasarkan jadual 7.2, pengkaji telah menghuraikan konsonan asli yang terdapat
dalam antologi cerpen Jaket Kulit Kijang mengikut jenis-jenisnya terlebih dahulu.

Konsonan asli Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tujuh jenis antaranya adalah
konsonan letupan. Konsonan letupan ialah konsonan yang terhasil apabila udara tersekat pada
daerah pada daerah artikulasi tertentu dan udara itu dilepaskan secara serta-merta. Konsonan
letupan ini pula melibatkan tujuh konsonan letupan, iaitu dua bibir tak bersuara [p] dan bersuara
[b], letupan gusi tak bersuara [t] dan sersuara [d], letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan
bersuara [g] letupan pita suara [?]. Contoh perkataan yang melibatkan konsonan letupan ialah
lesap.

Seterusnya, bunyi konsonan sengauan ialah bunyi yang terhasil kesan daripada udara
keluar melalui rongga hidung. Konsonan sengau terdiri daripada sengau dua bibir /m/, sengau
gusi /n/, sengau gusi-lelangit keras /ng/ dan sengau lelangit lembut iaitu /ny/. Contoh perkataan
yang mengandungi konsonan sengauan ialah masuk.

8
Konsonan sseparuh vokal ialah bunyi yang bermula dengan bunyi vokal sebelum
berlaku geluncuran ke arah bunyi lain yang sama atau lebih kelantangannya. Terdapat dua
konsonan separuh vokal iaitu konsonan separuh vokal dua bibir iaitu /w/ dan separuh vokal
lelangit keras /y/. Contohnya, perkataan pewangi melibatkan konsonan separuh vokal /w/.

Bunyi konsonan geseran ialah bunyi yang terhasil akibat daripada terjadinya geseran
udara pada sempitan alat-alat artikulasi pada daerah artikulasi antaranya ialah geseran gusi tak
bersuara /s/ dan geseran gusi bersuara /h/. Contohnya ialah semua dan harga.

Selanjutnya, konsonan letusan,konsonan yang terhasil apabila udara tersekat pada


daerah artikulasi tertentu dan udara itu dilepaskan secara perlahan-lahan atau sedikit-sedikit.
Terdapat hanya dua bunyi konsonan letusan dalam bahasa Melayu iaitu letusan lelangit keras
tak bersuara /c/ dan bersuara /j/. Sebagai contohnya , cantik dan raja.

Di samping itu, konsonan sisian yang bermaksud bunyi yang terhasil apabila udara
melalui sisi gusi. Hanya satu konsonan sisian iaitu sisian gusi bersuara. Contoh perkataan yang
mengandungi konsonan sisian ialah pilihan dan tulisan.

Akhir sekali, konsonan getaran ialah bunyi yang melibatkan getaran hujung lidah
berkali-kali pada gusi. Konsonan getaran iaitu ialah bunyi tak bersuara. Contohnya,
Rombongan dan turki mengandungi konsonan getaran [r].

9
6.3 Cara penghasilan konsonan asli yang terdapat dalam antologi cerpen Jaket
Kulit Kijang

Dalam bahagian ini pula, pengkaji telah menghuraikan cara penghasilan bagi setiap
jenis konsonan asli. Jadual di bawah menunjukkan cara penghasilan konsonan asli
tersebut :

Konsonan Nama Cara penghasilannya Contoh dalam


perkataan
/p/ Letupan - Bibir dirapatkan Gelap, lesap, polos,
dua bibir - Sekatan udara dilepaskan hidup
tak - Lelangit lembut dinaikkan
bersuara - Pita suara tak bergetar
/b/ Letupan - Bibir dirapatkan Budi, benang, lebih
dua bibir - Sekatan udara dilepaskan
bersuara - Lelangit lembut dinaikkan
- Pita suara bergetar
/t/ Letupan - Hujung lidah dinaikkan Tujuk, tidak, tadi
gusi tak - Sekatan dilepaskan
bersuara - Lelangit lembut dinaikkan
- Pita suara tidak bergetar
/d/ Letupan - Hujung lidah dinaikkan Dengan, pendam,
gusi - Sekatan dilepaskan datang
Bersuara - Lelangit lembut dinaikkan
- Pita suara bergetar
/k/ Letupan - Belakang lidah dinaikkan Kotak, kedai, aku
lellangit - Lelangit lembut dan anak
lembut tak tekak dinaikkan
bersuara
/g/ Letupan - Belakang lidah dinaikkan Gaya, gemar, agak
lelangit - Lelangit lembut dan anak
lembut tekak dinaikkan
bersuara - Sekatan dilepaskan

10
- Pita suara bergetar
/ʔ/ Hentian - Pita suara dirapatkan Bongkak
glotis atau - Udara tersekat
letupan - Udara tersekat dilepaskan
glotis
/m/ Konsonan - Bibir dirapatkan Masuk, semasa,
sengau dua - Lelangit keras dan anak cenderamata,
bibir tekak diturunkan melawan
- Udara keluar
- Pita suara bergetar
/n/ Konsonan - Hujung lidah dinaikkan Rantai, kenalan,
sengau gusi - Lelangit lembut dan anak berjalan, peniaga
tekak diturunkan
- Udara keluar
- Pita suara bergetar
/ny/ Konsonan - Depan lidah dinaikkan Senyum, tanya
sengau - Lelangit lembut dan anak
lelangit tekak diturunkan
keras - Pita suara bergetar
/ng/ Konsonan - Belakang lidah dinaikkan Anggaran, ingatan,
sengau - Lelangit lembut dan anak tangan
lelangit tekak diturunkan
lembut - Pita suara bergetar
/w/ Separuh - Bibir dibundarkan Pewangi, dewasa,
vokal dua - Belakang lidah dinaikkan wajah
bibir - Lelangit lembut dinaikkan
bersuara - Pita suara digetarkan
/y/ Separuh - Depan lidah dinaikkan Bergaya, bahaya
vokal - Bibir dihamparkan
lelangit - Pita suara digetarkan
keras - Lelangit lembut dinaikkan
bersuara

11
/c/ Letusan - Depan lidah dirapatkan Cantik, cermin,
lelangit - Udara yang tersekat cikgu
keras tak dilepaskan
bersuara - Lelangit lembut dinaikkan
- Pita suara tidak bergetar
/j/ Letupan - Depan lidah dirapatkan Jaket. Jadi, raja,
lelangit - Udar tersekat dilepaskan jaga
keras - Lelangit lembut dinaikkan
bersuara - Pita suara bergetar
/s/ Geseran - Lidah dirapatkan Sepasang, semasa,
gusi tak - Udara keluar segar, semua, sudah
bersuara - Lelangit lembut dinaikkan
- Pita suara tidak bergetar

/h/ Geseran - Pita suara terbuka Harga, hendak,


glotis - Lelangit lembut dan anak hamper, hati
tekak dinaikkan.
- Berlaku geseran
/r/ Getaran - Hujung lidah menampar Rombongan, turki
gusi gusi
bersuara - Udara yang keluar bergetar
- Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan
- Pita suara bergetar
/l/ Sisian gusi - Hujung lidah dinaikkan Instanbul, pilihan,
bersuara - Udara keluar tulisan, sambil
- Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan
Jadual 7.3

Berdasarkan jadual 7.3, pengkaji telah menghuraikan cara penghasilan bagi


setiap konsonan asli. Sebagai contohnya, konsonan letupan dua bibir tak
bersuara iaitu /p/ cara penghasilannya adalah dengan merapatkan kedua-dua

12
bibir kemudian melepaskan sekatan udara dengan serta-merta dan lelangit
lembut pula dinaikkan.

Konsonan letupan, melibatkan tujuh konsonan letupan dalam bahasa


Melayu, ada tiga yang tak bersuara dantiga bersuara, manakala yang satu lagi
ialah letupan glotis atau hentian glotis. Ciri utama konsonan letupan ialah
berlakunya sekatan udara pada daerah artikulasi tertentu dan sekatan itu
dilepaskan dengan serta- merta. Bagi letupan glotis iaitu fonem /k/, bunyi /k/
pada akhir suku kata dalam sesuatu perkataan atau pada akhir perkataan akan
dibunyikan sebagai /? /. Keadaan itu tidak mengubah makna perkataan.

Seterusnya, konsonan sengauan. Konsonan /m/ dihasilkan dengan merapatkan


bibir bawah dan bibir atas. Lelangit keras dan anak tekak diturunkan untuk
menutup rongga mulut dan udara keluar melalui rongga hidung. Pita suara
bergetar. Seterunya konsonan /n/, hujung lidah diletakkan pada gusi serta
lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk menutup rongga mulut. Udara
keluar melalui rongga hidung dan pita suara bergetar. Bunyi /ny/ pula dihasilkan
dengan depan lidah dinakkan pada lelangit keras. Lelangit lembut dan anak
tekak pula diturunkan untuk menutup rongga hidung. Pita suara bergetar.
Penghasilkan bunyi konsonan /ng/ adalah belakang lidah dinaikkan ke lelangit
lembut dan lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk menutup rongga
hidung. Keadaan pita suara bergetar.

Konsonan separuh vokal pula, bunyi /w/ dihasilkan dengan bibir


dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke rongga tekak. Lelangit lembut
dinaikkan ke belakang rongga tekak. Pita suara digetarkan dan lidah bergerak
dengan pantas ke kedudukan untuk menerbitkan vokal tengah. Konsonan /y/
pula, depan lidah akan dinaikkan ke arah gusi dan bibir dihamparkan. Pita suara
digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk menerbitkan vokal
tengah /a/. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak.

13
Seterusnya, konsonan letusan. Cara penghasilan bagi konsonan /c/ dan /j/
ini adalah hampir sama. Bunyi konsonan /c/ dihasilkan dengan depan lidah
dirapatkan pada lelangit keras. Udara yang tersekat dilepaskan dengan perlahan-
lahan dan lelangit lembut dinaikkan. Keadaan pita suara tidak bergetar. Namun
pita suara bergetar semasa penghasilan bunyi konsonan /j/.

Selain itu, konsonan geseran. Cara menghasilkan bunyi konsonan /s/ adalah
lidah dirapatkan pada gusi untuk menyempitkan ruang udara dan udara keluar
melalui sempitan itu seterusnya lelangit lembut dinaikkan. Pita suara pula tidak
bergetar. Bunyi konsonan /h/ pula, pita suara dalam keadaan terbuka. Lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan. Ini menyebabkan berlaku geseran pada pada
udara yang keluar melalui pita suara.

Di samping itu, konsonan getaran iaitu /r/. Bunyi ini dihasilkan dengan
mengenakan hujung lidah pada gusi dan hujung lidah tersebut menampar-
nampar gusi. Udara yang keluar melaluinya akan mengalami getaran. Lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara akan bergetar.

Akhir sekali, konsonan sisian iaitu /l/ dihasilkan dengan menaikkan hujung
lidah pada gusi dan udara keluar melalui kedua-dua belah tepi lidah. Lelangit
lembut dan anak tekak pula akan dinaikkan dan pita suara bergetar.

14
8.0 RUMUSAN

Sebagai rumusan, dapat dibuktikan bahawa kajian ini telah menunjukkan penggunaan
konsonan asli yang terdapat dalam antologi cerpen Jaket Kulit Kijang. Konsonan asli ini terdiri
daripada beberapa jenis. Melalui kajian ini, kami telah mengenal pasti bahawa antologi cerpen
Jaket Kulit Kijang telah menggunakan beberapa jenis konsonan asli yang terdapat dalam
bahasa Melayu. Antaranya konsonan letupan, konsonan sengauan, konsonan separuh vokal,
konsonan getaran, konsonan geseran, konsonan sisian dan konsonan letusan.

9.0 PENUTUP

Kajian ini telah memaparkan hasil dapatan yang berkaitan dengan penggunaan konsonan asli
yang terdapat dalam antologi cerpen Jaket Kulit Kijang. Huraian keseluruhan mendapati
bahawa penggunaan konsonan banyak digunakan dalam cerpen tersebut. Oleh hal yang
demikian, pengkaji berharap agar kajian mengenai konsonan asli Bahasa Melayu ini ini dapat
dijadikan panduan untuk lebih memahami jenis-jenis konsonan asli serta cara penghasilannya
oleh golongan pelajar khususnya pelajar tingkatan 6.

15
BIBLIOGRAFI

Buku

Mohd. Syah Aksara et al. 2018. Fonologi Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan pelangi Sdn.
Bhd.

Raminah Haji Sabran, Nawi Bin Ismail, Zulkarnain Farihin,2018. Fokus Peperiksaan STPM
Bahasa Melayu Semester 1 Edisi Pertama. Selangor: Percetakan Salam Sdn. Bhd.

Zaiton Binti Ismail, 2017. Jaket Kulit Kijang dari Istanbul. Edisi Murid. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahan Internet

Cikgu Noor Sgi. 2011. Laman Bahasa Melayu Tingkatan 6. Diakses pada 12 Oktober 2010,
daripada http://cikgunoorsgi.blogspot.com/2010/10/konsonan-asli-bahasa-melayu.html?m=1

Suhaimi Mohd Salleh, 2011. Dermaga BM STPM Memacu Kecemerlangan Bahasa Melayu
STPM. Diakses pada April 2008, daripada http://dermagabmk1.blogspot.com/p/nota.html

16
LAMPIRAN

17

You might also like