Esei Pa p3

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PENGAJIAN 

 AM MODUL  ESEI  2 PENGGAL  3

1
BIL TAJUK M/S
1. Penglibatan  negara  dalam  kegiatan  sukan  di  peringkat  antarabangsa  dapat 3
mengeratkan  hubungan  dengan  negara  lain
2. Kesan  negatif  krisis  makanan  global  dan  langkah  mengatasi  kekurangan 4
makanan ISI   KANDUNGAN
3. Kesan  pembuangan  sampah  dan  sisa  toksik  agak  membimbangkan  semua 5
pihak
4. Usaha  bagi  memajukan  industri  sawit  Malaysia  di  peringkat  antarabangsa 6
5. Penglibatan  Malaysia  dalam  deklarasi  serantau  dan  antarabangsa 7
6. Sokongan  dan  bantahan  Malaysia  terhadap  isu  kemanusiaan  di  peringkat 8
global
7. Kepentingan  dan  masalah  ZEE 9
8. Usaha  ASEAN  untuk  mengukuhkan  keselamatan  serantau  dan  Bahaya  yang 10
terdapat  di  beberapa  buah  negara  ASEAN
9. Malaysia  menyertai  pelbagai  pertubuhan  antarabangsa  yang  membawa 11
10. Usaha  WHO  untuk  meningkatkan  taraf  kesihatan  manusia  dan  Masalah 12
kesihatan  yang  dialami  negara  membangun
PENGAJIAN  AM MODUL  ESEI  2 PENGGAL  3

2
PENGAJIAN  AM MODUL  ESEI  2 PENGGAL  3
Soalan  1  :  Penglibatan  negara  dalam  pelbagai  kegiatan  sukan  di  peringkat
antarabangsa dapat mengeratkan hubungan antara negara-negara terbabit.Huraikan.
Pendahuluan
• Penglibatan  negara  dalam  pelbagai  kegiatan  sukan  di  peringkat  antarabangsa  banyak
membawa  kebaikan.
Malaysia  ada  melibatkan  diri  dalam  kegiatan  sukan  di  peringkat  antarabangsa  seperti
(Fokus  soalan)

1.  Pertandingan  bola  sepak
• Penyertaan  Malaysia  dalam  kegiatan  sukan  bola  sepak  di  peringkat  antarabangsa  dapat
merapatkan  hubungan  antara  pemain  pelbagai  negara.
• Misalnya,pertandingan  bola  sepak  Sukan  Asia  yang  berlangsung  di  Palembang
Indonesia  pada  tahun  2018  dapat  merapatkan  hubungan  antara  pemain  Malaysia  dengan
pemain  negara  Asia  lain  seperti  Jepun  dan  Korea.
2.  Karnival  sukan  universiti
• Penglibatan  pelajar  tempatan  dan  luar  negara  dalam  karnival  sukan  di  universiti  telah
merapatkan  hubungan  pelajar  kedua-dua  buah  negara  seperti  Malaysia  dan  China.
• Misalnya,karnival  sukan  universiti  yang  telah  dianjurkan  pada  tahun  2018  turut
melibatkan  40  orang  pelajar  dari  negara  China  bersama  pelajar-pelajar  Universiti
Malaysia  Sabah  (UMS).
3.  Sukan  Paralimpik
• Penglibatan  Malaysia  dalam  Sukan  Paralimpik  antarabangsa  telah  membuka  ruang  yang
baik  bagi  golongan  istimewa  untuk  meneroka  dunia  luar.
• Penglibatan  atlit  negara  dalam  Suka  Paralimpik  di  Rio  de  Janeiro  telah  merapatkan
hubungan  antara  pemain  setiap  negara.
4.  Festival  Sukan  lumba  perahu
• Penyertaan  negara  jiran  dalam  festival  sukan  lumba  perahu  tahunan  tempatan  telah
menarik  perhatian  rakyat  kedua-dua  negara.
• Sebagai  contoh,  penyertaan  para  pemimpin  negeri  Sarawak  dan  Sultan  negara  Brunei
dalam  Regatta  Sarawak  2017  telah  mengeratkan  hubungan  antara  pemimpin  dan  rakyat
kedua-dua  negara.
5.  Temasya  sukan  antarabangsa
• Penglibatan  negara  dalam  temasya  sukan  di  peringkat  antarabangsa  telah  memberi
peluang  kepada  rakyat  Malaysia  untuk  mengharumkan  nama  negara.
• Temasya  Sukan  Antarabangsa  seperti  Sukan  Olimpik  dan  Sukan  Komanwel  telah
berjaya  mengeratkan  hubungan  antara  rakyat  negara-negara  terlibat.
Penutup
• Kesimpulannya,penganjuran  negara  ataupun  penyertaan  rakyat  dalam  pelbagai  kegiatan
sukan  di  peringkat  antarabangsa  telah  banyak  membawa  kebaikan  kepada  negara.
• Hal  ini  telah  mengeratkan  lagi  hubungan  rakyat  pelbagai  negara.
Kombinasi  jawapan  :  5  +0

3
PENGAJIAN  AM MODUL  ESEI  2 PENGGAL  3
Soalan  2  :  Krisis  makanan  global  banyak  meninggalkan  kesan  negatif  kepada
beberapa  negara  di  seluruh  dunia.Oleh  itu,langkah  untuk  mengatasi  masalah
kekurangan bekalan  makanan haruslah dilaksanakan dengan  bijaksana  oleh
negara.Bincangkan.
Pendahuluan
• Makanan  amat  diperlukan  untuk  meneruskan  kehidupan.
• Makanan  tidak  harus  dibazirkan  kerana  ada  sesetengah  tempat  yang  mengalami  krisis
makanan.
Kesan  negatif  krisis  makanan  global  ialah  (Fokus  soalan)

1.  Kesihatan  terjejas
• Jika  makanan  tidak  mencukupi,kesihatan  akan  terjejas.
• Setiap  manusia  memerlukan  makanan  yang  berkhasiat  untuk  mengelakkan  jangkitan
penyakit.
• FAO  turut  menyokong  pernyataan  ini  melalui  kajian  mereka.
2.  Kebuluran
• FAO  melaporkan  krisis  makanan  global  telah  menjadikan  masalah  kebuluran  adalah
penyakit  nombor  satu  dunia.
• Rakyat  di  Afrika  Tengah  sedang  berhadapan  penderitaan  kebuluran  dan  memerlukan
bantuan  luar  untuk  meringankan  beban.
Langkah  mengatasi  masalah  kekurangan  bekalan  makanan  (Fokus  soalan)

3.  Tanaman  sara  diri
• Beberapa  buah  negara  telah  mengambil  langkah  proaktif  untuk  mengatasi  masalah  ini.
• Tanaman  sara  diri  telah  diamalkan  negara-negara  membangun  seperti  Thailand  dan
Malaysia  bagi  menampung  kekurangan  sumber  makanan.
4.  Bantuan  kemanusiaan
• Hubungan  diplomatik  yang  baik  dapat  mewujudkan  kerjasama  antara  negara.
• Bantuan  kemanusiaan  melalui  pertubuhan  dunia  PBB  atau  Komanwel  dapat  disalurkan
kepada  rakyat  di  negara  yang  mengalami  krisis  makanan.
5.  Kempen  kesedaran  elak  pembaziran  makanan
• Kempen  kesedaran  untuk  elak  pembaziran  makanan  sedang  digiatkan  di  seluruh  dunia.
• Kerajaan  Filipina  telah  menjalankan  usaha  untuk  mengumpul  dan  memasakkan  semula
makanan  sisa  serta  dijual  dengan  harga  yang  sangat  rendah  kepada  golongan  yang
susah.
Penutup
• Kesimpulannya,krisis  makanan  telah  membawa  banyak  keburukan  dan  memerlukan
kerjasama  antarabangsa  untuk  menanganinya.
Kombinasi  jawapan  2  +3

4
PENGAJIAN  AM MODUL  ESEI  2 PENGGAL  3

Soalan  3  :  Isu  pembuangan  sampah  dan  sisa  toksik  yang  berleluasa  di  seluruh  dunia
telah  membimbangkan  semua  pihak.Tindakan  yang  bijaksana  harus  diambil  untuk
mengatasi  masalah  ini.Bincangkan.
Pendahuluan
• Rakyat  di  seluruh  dunia  mula  bimbang  dengan  isu  pembuangan  sampah  dan  sisa  toksik
yang  semakin  berleluasa.
• Kesan  yang  buruk  akan  berlaku  jika  tidak  ada  tindakan  tegas  diambil.
Kesan  pembuangan  sampah  dan  sisa  toksik  agak  membimbangkan  semua  pihak
kerana  (Fokus  soalan)

1.  Kesihatan  terjejas
• Kawasan  yang  tercemar  akan  menjejaskan  kesihatan  penduduk  setempat  seperti
mengalami  cirit  birit  dan  muntah.
• Kejadian  di  Malaysia  iaitu  di  Pasir  Gudang,Johor  pada  awal  tahun  2019  telah
menjejaskan  kesihatan  lebih  2500  orang  penduduk.
• Kerajaan  telah  bertindak  untuk  menutup  111  buah  sekolah  di  kawasan  tersebut.
2.  Kekurangan  lokasi  pelupusan
• Terdapat  negara  di  dunia  mengeksport  sisa  pepejal  yang  boleh  dikitar  semula  ke  negara-
negara  membangun.
• Kebanyakan  negara  maju  menghadapi  kekurangan  lokasi  pelupusan  sampah.
3.  Hubungan  diplomatik  terjejas
• Hubungan  diplomatik  boleh  terjejas  jika  terdapat  pengusaha  syarikat  dari  negara  yang
berdekatan  telah  membuang  sisa  toksik  secara  berleluasa.
• Pembuangan  sisa  toksik  yang  tidak  dirawat  dari  syarikat  negara  yang  berjiran  akan
menyebabkan  salah  faham  jika  menjejaskan  kesihatan  rakyat  negara  terbabit.
Tindakan  yang  boleh  dibuat  bagi  mengatasi  pembuangan  sampah  dan  sisa  toksik  ialah
(Fokus  soalan)

4.  Bantuan  khas
• Negara  yang  terjejas  boleh  memohon  bantuan  negara  pakar  dalam  pelupusan.
• Misalnya,syarikat  bahan  kimia  Korea  Selatan  Lotte  yang  telah  menghulurkan  bantuan
untuk  membersihkan  kawasan  yang  tercemar  di  Johor.
5.  Mewujudkan  tapak  pelupusan  yang  mesra  alam
• Mencari  tapak  pelupusan  yang  baru  dan  jauh  dari  penduduk.
• Tapak  tersebut  haruslah  boleh  dibangunkan  dan  mesra  alam.
• Contohnya,  tapak  pelupusan  terbaik  dunia  di  Pulau  Semakau,Singapura.
Penutup
• Kesimpulannya,  isu  pembuangan  sampah  dan  sisa  toksik  bukan  sahaja  menimbulkan
masalah  dalaman  negara  tetapi  juga  menjejaskan  nama  serta  hubungan  baik  negara  di
peringkat  antarabangsa.
Kombinasi  jawapan  :  3  +2

5
PENGAJIAN  AM MODUL  ESEI  2 PENGGAL  3

Soalan  4  :  Pelbagai  usaha  telah  dilakukan  untuk  memajukan  indsutri  sawit  Malaysia
di  peringkat  antarabangsa.Huraikan.
Pendahuluan
• Negara  Malaysia  terkenal  dengan  pengeluaran  hasil  kelapa  sawit  yang  bermutu  tinggi
• Keluarannya  telah  menarik  perhatian  beberapa  buah  negara  penggemar  minyak  kelapa
sawit.
Usaha  bagi  memajukan  industri  sawit  Malaysia  di  peringkat  antarabangsa  ialah
(Fokus  soalan)

1.  Mengeskport  minyak  sawit  mampan  ke  luar  negara.
• Pengeluaran  minyak  sawit  mampan  merupakan  tarikan  baru  negara  penggemar
minyak  sawit.
• Atas  permintaan  global,Malaysia  komited  menghasilkan  minyak  kelapa  sawit  yang
mesra  alam  dan  melindungi  alam  sekitar.
2.  Menyertai  persidangan  dan  pameran  sawit  dunia
• Penglibatan  Malaysia  dalam  PIPOC  pada  november  2017  di  Kuala  Lumpur  telah
meletakkan  Malaysia  sebagai  pengeluar  utama  minyak  sawit  dunia.
• Penyertaan  50  buah  negara  dalam  kongres  tersebut  telah  berkongsi  penemuan  baru
minyak  sawit  untuk  memenuhi  permintaan  global.
3.  Menandatangani  perjanjian  e-dagang  sawit
• Malaysia  telah  menandatangani  perjanjian  e-dagang  sawit  dengan  negara  China.
• Melalui  kerjasama  ini,Malaysia  dijangka  akan  dapat  mengukuh  daya  industri  sawit
melalui  insentif  dan  kemudahan  yang  disediakan  oleh  China  yang  menguntungkan
kedua-dua  pihak.
4.  Mengadakan  kerjasama  dengan  negara  pengeluar  minyak  sawit  dunia
• Dalam  masa  yang  sama  Malaysia  juga  sentiasa  bekerjasama  dengan  negara-negara
pengeluar  minyak  sawit  dunia.
• Melalui  negara-negara  pengeluar  minyak  sawit,Malaysia  bekerjasama  dengan
Indonesia,Brazil,Thailand  dan  lain-lain  pengeluar  sawit  dunia  untuk  menghasilkan
minyak  sawit  mampan  atas  permintaan  global.
5.  Menjalankan  penyelidikan  bersama
• Malaysia  turut  bekerjasama  membuat  penyelidikan  dengan  Persatuan  Ahli-ahli
Pembiak  baka  Kelapa  Sawit  Antarabangsa.
• Tujuan  penyelidikan  ini  adalah  untuk  membincagkan  kemajuan  teknologi  terkini
untuk  program  biak  baka  dan  penghasilan  biji  benih  berkualiti.
Penutup
• Kesimpulannya,keluaran  minyak  sawit  banyak  membantu  meningkatkan  pendapatan
negara.
• Negara  akan  memastikan  keluaran  minyak  sawit  sentiasa  meningkat  berterusan.
Kombinasi  jawapan  :  5+0

6
PENGAJIAN  AM MODUL  ESEI  2 PENGGAL  3

Soalan  5  :  Penglibatan  Malaysia  dalam  pelbagai  deklarasi  dunia  telah  menunjukkan
Malaysia  aktif  menyokong  dan  mengambil  bahagian  dalam  membuat  sesuatu
keputusan  di  peringkat  serantau  dan  global.Bincangkan.
Pendahuluan
• Pelbagai  deklerasi  telah  diwujudkan  untuk  kebaikan  bersama.
• Malaysia  turut  aktif  mengambil  bahagian  untuk  membuat  keputusan  dalam  beberapa
deklarasi  tersebut.
Penglibatan  Malaysia  dalam  deklarasi  serantau  adalah  melalui  (Fokus  soalan)

1.  Deklarasi  Bangkok
• Malaysia  dan  beberapa  negara  asia  tenggara  yang  lain  telah  bersetuju  menubuhkan
ASEAN  pada  8  Ogos  1967  di  bawah  Deklarasi  Bangkok.
• Penubuhan  ASEAN  ini  amat  penting  dalam  mempercepatkan  pertumbuhan  ekonomi
negara-negara  anggota.
2.  Deklarasi  Kuala  Lumpur
• Malaysia  telah  bersetuju  bersama  rakan  negara  ASEAN  melalui  Deklarasi  Kuala
Lumpur untuk menandatangani perjanjian Zon Aman,Bebas dan Berkecuali
(ZOPFAN).
• Malaysia  menyokong  prinsip  ZOPFAN  yang  menjamin  keamanan  dan  kestabilan
politik  serantau.
3.  Deklarasi  HAM  ASEAN
• Malaysia  yang  diwakili  bekas  Perdana  Menteri  Najib  Razak  telah  bersepakat  menubuh
Deklarasi  Hak  Asasi  Manusia  (HAM)  ASEAN  dalam  sidang  kemuncak  ASEAN  yang
ke-21.
• Deklarasi  ini  menggalakkan  dan  melindungi  hak  asasi  manusia  bagi  semua  rakyat
meliputi  kanak-kanak  dan  wanita.
Penglibatan  Malaysia  dalam  deklarasi  antarabangsa  adalah  melalui  (Fokus  soalan)

4.  Deklarasi  Kazan  (APEC)
• Deklarasi  ini  merupakan  pelan  hala  tuju  bagi  meningkatkan  pengeluaran  makanan  dan
mengukuhkan  pengedarannya  dalam  persekitaran  perdagangan  bebas.
5.  Deklarasi  Langkawi  (Komanwel)
• Deklarasi  ini  membincangkan  pencemaran  dan  pemusnahan  alam  sekitar  yang  bermula
sejak  zaman  penjajahan  lagi.
Penutup
• Kesimpulannya,semua  pihak  hendaklah  memberi  kerjasama  dalam  menjayakan
perjanjian  deklarasi  antarabangsa.
• Hal  ini  kerana  penubuhan  deklarasi  adalah  untuk  kepentingan  bersama  serantau  dan
antarabangsa.

7
PENGAJIAN  AM MODUL  ESEI  2 PENGGAL  3

Soalan  6  :  Terdapat  beberapa  sokongan  dan  bantahan  daripada  Malaysia  terhadap
isu  kemanusiaan  di  peringkat  global.Jelaskan.
Pendahuluan
• Isu  kemanusiaan  sering  dibincangkan  sama  ada  di  dalam  maupun  di  luar  negara.
• Namun  begitu,terdapat  sokongan  dan  bantahan  daripada  rakyat  Malaysia  terhadap  isu
kemanusiaan  tersebut.
Sokongan  Malaysia  terhadap  isu  kemanusiaan  di  peringkat  global  ialah  (Fokus
soalan)

1.  Sumbangan  rakyat
• Rakyat  Malaysia  sentiasa  menyokong  usaha  negara  untuk  membantu  di  negara  lain
yang  dilanda  musibah  atau  bencana  alam.
• Bantuan  dan  tabung  kemanusiaan  seperti  Tabung  Kemanusiaan  Aceh  telah
diwujudkan  untuk  dihulurkan  kepada  mangsa.
2.  Kegiatan  kebajikan  Badan  Bukan  Kerajaan  (NGO)
• Badan  bukan  kerajaan  seperti  MyCARE  sentiasa  melibatkan  diri  memberi  sokongan
dan  bantuan  kepada  penduduk  dunia  yang  tidak  bernasib  baik.
• MyCARE  ada  menganjurkan  pelbagai  aktiviti  untuk  membantu  anak-anak  yatim
Palestin.
3.  Bantuan  daripada  kerajaan
• Pada  Mac  2017,Kerajaan  Malaysia  melalui  ATM  telah  menyampaikan  bantuan
kemanusiaan  kepada  rakyat  Somalia  yang  berada  dalam  keadaan  kritikal  berikutan
bencana  kemarau  berpanjangan.
• Bantuan  ini  merupakan  sokongan  Malaysia  bersama  negara  yang  lain  untuk  membantu
mangsa  bencana.
Bantahan  Malaysia  terhadap  isu  kemanusiaan  di  peringkat  global  ialah  (Fokus
soalan)

4.  Mengadakan  Himpunan  Soladiriti
• Malaysia  telah  mengadakan  himpunan  soladiriti  untuk  membantah  tindakan  pihak
tertentu  seperti  ‘Himpunan  Solidariti  Ummah  untuk  Rohingya’  pada  tahun  2016  bagi
membantah  tindakan  Myanmar.
5.  Memberi  pelindungan  mangsa  pelarian
• Pada  tahun  2015,Malaysia  telah  memberi  perlindungan  kepada  3000  orang  pelarian
Syria  yang  menjadi  mangsa  konflik  dan  perang  di  negara  tersebut.
Penutup
• Sebarang  sokongan  dan  bantahan  hendaklah  disampaikan  dengan  jelas  agar  pihak  luar
faham  akan  pendirian  negara.
• Meskipun  ada  bantahan  terhadap  beberapa  isu,Malaysia  tetap  berpegang  pada  prinsip
berkecuali  dan  berbaik-baik  pada  semua  pihak.
Kombinasi  jawapan  :  3  +2

8
PENGAJIAN  AM MODUL  ESEI  2 PENGGAL  3

Soalan  7  :  Meskipun  undang-undang  Zon  Ekonomi  Eksklusif  (ZEE)  penting  dalam
sesebuah  negara,namun  ZEE  juga  menimbulkan  masalah  dalam  hubungan  serantau.
Huraikan.
Pendahuluan
• Zon  Ekonomi  Ekslusif  (ZEE)  penting  dalam  sesebuah  negara.
• ZEE  mengiktiraf  kawasan  perairan  yang  meliputi  jarak  sejauh  320  km  atau  200  batu
nautika  dari  pantai  di  bawah  penguasaan  sesebuah  negara.
Kepentingan  ZEE

1.  Memelihara  hak  sempadan  negara
• Setiap  negara  berhak  ke  atas  kawasan  perairan  masing-masing  dengan  jarak  sejauh  320
km  atau  200  batu  nautika  dari  pantai.
• Kawalan  keselamatan  yang  ketat  di  sempadan  perairan  amat  perlu  untuk  memastikan
tiada  penceroboh  yang  berani  masuk  ke  kawasan  peraiaran  negara  masing-masing.
2.  Menggalakkan  negara  menguruskan  sumber  alam
• Setiap  negara  boleh  mengurus  sumber  alam  masing-masing.
• Setiap  negara  juga  boleh  menjalankan  penyeldikan  ke  atas  hidupan  marin  dan  mencari
hasil  sumber  galian  di  kawasan  perairan  masing-masing.
3.  Menjana  hasil  laut
• Setiap  negara  juga  bertanggungjawab  memelihara  hidupan  laut  serta  alam  sekitar  laut.
• Menjana  pengeluaran  tenaga  air,arus  dan  angin  di  kawasan  masing-masing.
Masalah  ZEE

4.  Pencerobohan  nelayan  asing
• ZEE  juga  menimbulkan  masalah  dalam  hubungan  serantau.
• Nelayan  asing  ini  sanggup  menggunakan  kapal  laut  dalam  untuk  menangkap  ikan  laut
dalam  di  perairan  negara  jiran.
• Sebagai  contoh,nelayan  asing  Thailand  dan  Indonesia  kerap  ditemui  menceroboh
kawasan  perairan  Malaysia.
5.  Masalah  lanun
• Beberapa  kawasan  yang  merupakan  laluan  kapal-kapal  dagang  telah  menjadi  kawasan
yang  tidak  selamat.
• Sebagai  contoh,kawasan  perairan  di  Sabah,Malaysia,Thailand  dan  Filipina  merupakan
kawasan  perairan  yang  sering  diganggu  oleh  lanun.
Penutup
• Kesimpulannya,  ZEE  amat  perlu  dijaga  dengan  bijaksana.
• Hal ini kerana ZEE banyak memberi peluang kepada setiap negara untuk
mengeksploitasi  sumber  alam  yang  terdapat  dalam  ZEE.
Kombinasi  jawapan  :  3  +2

9
PENGAJIAN  AM MODUL  ESEI  2 PENGGAL  3

Soalan 8 : Meskipun terdapat usaha telah dijalankan oleh ASEAN untuk


mengukuhkan keselamatan serantau,namun masih ada negara anggota yang
mempunyai  tahap  keselamatan  dalam  negara  yang  membahayakan  pihak  luar.
Ulaskan.
Pendahuluan
• Pelbagai  usaha  telah  dijalankan  oleh  ASEAN  untuk  mengukuhkan  keselamatan
serantau.
• Akan  tetapi,masih  ada  negara  anggota  yang  mempunyai  tahap  keselamatan  dalam
negara  yang  membahayakan  pihak  luar.
Usaha  ASEAN  untuk  mengukuhkan  keselamatan  serantau adalah  melalui  (Fokus
soalan)

1.  Perisyitiharan  Zon  Aman,Bebas  dan  Berkecuali  (ZOPFAN)
• ZOPFAN  bertujuan  untuk  menjamin  keamanan  serantau  dan  kestabilan  politik  di  Asia
Tenggara  dengan  mengelakkan  campur  tangan  oleh  mana-mana  pihak  luar.
• ZOPFAN  juga  cuba  menyelesaikan  sebarang  pertikaian  di  Asia  Tenggara  secara  aman
dan  bukannya  secara  kekerasan.
2.  Penubuhan  menubuhkan  Zon  Bebas  Senjata  Nuklear  (  SEANWFZ)
• ASEAN  melalui  SEANWFZ  berusaha  mengelakkan  negara-negara  anggotanya  terlibat
langsung  dalam  penggunaan  senjata  nuklear.
• Hal  ini  kerana,ASEAN  tahu  bahwa  senjata  nuklear  yang  disalahgunakan  akan
mengundang  bahaya  kepada  negara  itu  sendiri.
Bahaya  yang  terdapat  di  beberapa  buah  negara  ASEAN  adalah  seperti  (Fokus  soalan)

3.  Tindakan  keganasan  di  Thailand.
• Kejadian  ini  telah  meragut  nyawa  orang  awam  tempatan  dan  luar  negara.
• Letupan  ini  telah  membayangkan  bertapa  rapuhnya  keselamatan  negara  terbabit.
• Hal  ini  telah  mewujudkan  trauma  kepaada  rakyat  di  seluruh  dunia.
4.  Ancaman  penculikan  di  peraiaran  Sabah,Malaysia
• Kejadian  penculikan  warga  tempatan  dan  asing  di  Sabah,Malaysia  terutamanya  Pulau
Sipadan  telah  membahayakan  rakyat  tempatan  dan  para  pelancong.
• Hal  ini  semakin  menjejaskan  kualiti  keselamatan  negara  yang  terbabit.
5.  Penindasan  etnik  di  Myanmar
• Ancaman  ke  atas  etnik  Rohingya  Myanmar  amat  menakutkan  rakyat  serantau  ASEAN.
• Mangsa  pelarian  ini  keluar  dari  negara  sendiri  ekoran  tiada  pembelaan  daripada
perlembagaan  di  Myanmar.
• Hal  ini  telah  menakutkan  rakyat  di  negara  jiran  kerana  berlaku  penindasan  etnik
terhadap  golongan  pelarian  ini.
Penutup
• Kesimpulannya,  semua  pihak  hendaklah  bekerjasama  untuk  memastikan  keselamatan
negara  masing-masing  terkawal.
• Hal  ini  dapat  menghilangkan  keraguan  dan  kebimbangan  rakyat  di  seluruh  dunia.
Kombinasi  jawapan  :  2  +3

10
PENGAJIAN  AM MODUL  ESEI  2 PENGGAL  3

Soalan  9  :  Penyertaan  Malaysia  dalam  pelbagai  pertubuhan  antarabangsa  membawa
banyak  kebaikan.Huraikan.
Pendahuluan
• Malaysia  merupakan  negara  yang  aktif  menyertai  pertubuhan  antarabangsa.
• Penyertaan  Malaysia  dalam  pelbagai  pertubuhan  antarabangsa  ini  telah  membawa
banyak  kebaikan
Malaysia  menyertai  pelbagai  pertubuhan  antarabangsa  yang  membawa  kebaikan
seperti  (Fokus  soalan)

1.  Penyertaan  Malaysia  dalam  Pertubuhan  Bangsa-bangsa  Bersatu  (PBB)
• Membolehkan  Malaysia  bekerjasama  dari  segi  pendidikan  dan  kesihatan  dengan  negara
luar  ASEAN.
• Misalnya,Malaysia  bekerjasama  denga  pihak  WHO  untuk  meningkatkan  taraf  kesihatan
manusia  sejagat  termasuk  rakyat  Malaysia  sendiri.
2.  Penyertaan  Malaysia  dalam  Pertubuhan  Persidangan  Islam  (OIC)
• OIC  telah  memupuk  perpaduan  antara  Malaysia  dengan  negara-negara  Islam  yang  lain.
• Pada  masa  yang  sama,Malaysia  dapat  meningkatkan  kerjasama  antara  negara  anggota
dalam  bidang  ekonomi  dan  pendidikan.
3.  Penyertaan  Malaysia  dalam  Komanwel
• Penyertaan  Malaysia  dalam  Komanwel  telah  mengeratkan  lagi  hubungan  antara
Malaysia  dengan  negara-negara  merdeka  lain  yang  pernah  dijajah  oleh  Britain.
• Melalui  Komanwel,Malaysia  telah  mendapat  kemudahan  dan  layanan  yang  baik
daripada  Kerajaan  Britain  terutama  untuk  pasaran  barangan  di  negara  anggota.
4.  Penyertaan  Malaysia  dalam  negara-negara  berkecuali  (NAM)
• NAM  menyatu  negara  yang  berpegang  kepada  prinsip  berkecuali.
• Melalui  NAM,  setiap  negara  anggota  saling  menghormati  hak  asasi  manusia,ras,agama
dan  kedaulatan  wilayah  negara-negara  lain.
5.  Penyertaan  Malaysia  dalam  kerjasama  selatan-selatan
• Matlamat  pertubuhan  ini  adalah  untuk  meningkatkan  kerjasama  ekonomi  dan  teknikal
dalam  kalangan  negara  anggota  tanpa  bergantung  kepada  negara-negara  maju.
• Kerjasama  ini  turut  mewujudkan  kumpulan  15  yang  turut  dikenali  sebagai  G  15  yang
berperanan  sebagai  medium  untuk  negara-negara  selatan  bekerjasama  dalam  bidang
sains  dan  teknologi.
Penutup
• Kesimpulannya,Malaysia  dapat  memupuk  kerjasama  dalam  kalangan  negara  anggota.
• Malaysia  mudah  mendapat  bantuan  jika  menghadapi  masalah.
• Oleh  itu,Malaysia  mendapat  kebaikan  apabila  menyertai  pertubuhan  antarabangsa
tersebut.
Kombinasi  jawapan  :  5  +0

11
PENGAJIAN  AM MODUL  ESEI  2 PENGGAL  3

Soalan  10  :  Meskipun  Pertubuhan  Kesihatan  Sedunia  (WHO)  telah  berusaha  untuk
meningkatkan  taraf  kesihatan  manusia  sejagat,namun  masalah kesihatan rakyat di
negara  membangun  semakin  meruncing.Huraikan.
Pendahuluan
• Pelbagai  usaha  telah  dijalankan  oleh  Pertubuhan  Kesihatan  Sedunia  (WHO)  untuk
meningkatkan  taraf  kesihatan  manusia  sejagat.
• Akan  tetapi,taraf  kesihatan  rakyat  di  negara-negara  membangun  masih  lagi  rendah  dan
bermasalah.
Usaha  WHO  untuk  meningkatkan  taraf  kesihatan  manusia  adalah  melalui  (Fokus
soalan)

1.  Program  pencegahan
• WHO  telah  mengadakan  program  pencegahan  dan  rawatan  penyakit-penyakit
berbahaya.
• WHO  telah  merancang  dan  menyusun  usaha-usaha  antarabangsa  bagi  mengawal
wabak  penyakit  epidermik  seperti  AIDS.
2.  Kempen  kesedaran  pemakanan  sihat
• WHO  juga  telah  meningkatkan  pemakanan  buah-buahan  dan  sayur-sayuran  yang
selamat.
• WHO  menitikberatkan  pemakanan  yang  seimbang  dan  selamat.
3.  Penghasilan  vaksin
• WHO  juga  telah  memberi  sokongan  kepada  pembuatan  dan  pembahagian  vaksin  ke
negara-negara  yang  terlibat.
• WHO  memberi  kerjasama  membuat  kajian  tentang  vaksin  yang  sesuai  untuk
merawat  penyakit  tertentu  seperti  H1N1.
Masalah  kesihatan  yang  dialami  negara  membangun  ialah  (Fokus  soalan)

4.  Kesihatan  rakyat  yang  meruncing
• Masalah  kesihatan  rakyat  di  negara-negara  membangun  semakin  meruncing.
• Hal  ini  disebabkan  tahap  kebersihan  masih  kurang  memuaskan  di  negara  tersebut.
• Sebagai  contoh,negara  India.
5.  Infrastruktur  kesihatan  yang  tidak  mencukupi
• Pusat  kesihatan  dan  perubatan  juga  tidak  mencukupi  di  negara-negara  membangun.
• Hospital  dan  klinik  kesihatan  khususnya  di  kawasan  pedalaman  tidak  dilengkapi
dengan  peralatan  moden  yang  boleh  merawat  pesakit  dengan  cepat.
Penutup
• Kesimpulannya,setiap  negara  membangun  hendaklah  berusaha  untuk  mengatasi
masalah  kesihatan  negara  masing-masing.
• Usaha  WHO  juga  sentiasa  diperlukan  demi  kebaikan  kesihatan  manusia  sejagat.
Kombinasi  jawapan  :  3  +2

12

You might also like