Surat Perlantikan Prs Yang Baru

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Ruj.

Kami: AFT3001/02/04/005(21)
Tarikh: 20 November 2019
Tuan/Puan

PERLANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN 2020

Sukacita dimaklumkan pihak sekolah telah bersetuju melantik anak tuan/puan sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tahun 2020 berdasarkan kepada ciri-ciri yang ada pada diri
anak tuan/puan. Tahniah diucapkan atas pelantikan tersebut.

2. Apakah Pembimbing Rakan Sebaya? Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang
telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai
seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang
memerlukan pertolongan.

3. Untuk makluman Tuan/puan pihak sekolah telah menyelaraskan pemakaian uniform untuk
semua PRS mulai Januari 2020 Seperti berikut:

Pakaian PRS tahun 2020


Murid Lelaki Murid Perempuan
a) Baju Kemeja Lengan Panjang a) Tudung bewarna Merah Hati
Berwarna Merah hati b) Baju kurung berwarna Merah Hati
b) Seluar berwarna Hitam c) Kain berwarna HITAM
c) Kasut Berwarna Hitam d) Kasut Hitam

4. Pihak Sekolah mencadangkan tuan/puan membeli baju berwarna berikut di kedai SALIM di
Parit Buntar untuk memastikan semua pelajar membeli baju dengan warna yang sama.Pihak
sekolah juga membekalkan contoh warna baju yang dikehendaki.

5. Segala Kerjasama Tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya Yang Menjalankan Amanah,

……………………………………….
(Haji Mohd Azahar b Abu Bakar)
Pengetua

BORANG JAWAPAN
PERLANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA TAHUN 2020

…………………………………………..
…………………………………………..
…………………………………………..

Pengetua,
Sekolah Menengah Agama Al-Hidayah,
Parit Abas 34350 Kuala Kurau.

Tuan,

PERLANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA TAHUN 2020

Saya ………………………………………… waris kepada ………………………………………

Kelas…………… MENERIMA/ MENOLAK pelantikan di atas.

2. Saya juga faham bahawa anak saya tertakluk kepada ETIKA pembimbing rakan sebaya (PRS)

dan PERATURAN SEKOLAH. Sekiranya anak saya melakukan salah laku disiplin dan tidak

memberikan komitmen yang tinggi maka anak saya boleh dilucutkan jawatannya sebagai PRS

pada bila bila masa.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
………………………………..
( )

You might also like