Perlembagaan Kelab Guru Dan Kakitangan SK Kesang Tua
Perlembagaan Kelab Guru Dan Kakitangan SK Kesang Tua
Perlembagaan Kelab Guru Dan Kakitangan SK Kesang Tua
PERLEMBAGAAN
KELAB GURU DAN
KAKITANGAN
PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN SK KESANG TUA
2. MATLAMAT
Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja
di sekolah lebih kondusif dan produktif.
3. OBJEKTIF
3.1 Menguruskan hal kebajikan guru dan kakitangan sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen2 Akta
Pertubuhan 1966.
3.2 Membantu pihak sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan guru dan kakitangan.
3.3 Membolehkan guru dan kakitangan berinteraksi dan bertukar idea dalam suasana sosial yang
sihat pada setiap aktiviti yang dijalankan.
3.4 Membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.
3.5 Merancang dan melaksanakan aktiviti atau program yang berkaitan dengan guru dan kakitangan.
4. KEAHLIAN
4.1 Terbuka kepada semua guru dan staf sokongan Sekolah Kebangsaan Kesang Tua.
4.2 Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik.
4.3 Guru Besar merupakan Ahli Kehormat Kelab merangkap penasihat kelab, yang juga wajib
membayar yuran tetapi tidak boleh mengundi dan menjawat jawatan dalam Organisasi Kelab.
4.4 Ahli-ahli akan hilang kelayakan sebagai ahli jika,
1. Memohon untuk tidak menjadi ahli ( dengan persetujuan guru besar )
2. Sekiranya semua AJK tertinggi kelab mendapati ahli tersebut wajar dilucutkan keahlian
dengan nasihat Guru Besar.
2
5. AHLI JAWATANKUASA
5.1 Kelab Guru dan Kakitangan ini hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik oleh
ahli-ahli kelab semasa mesyuarat agung tahunan.
5.2 Ahli Jawatankuasa yang dilantik akan memegang jawatan selama dua tahun.
5.3 Ahli Jawatankuasa yang telah memegang jawatan pada tahun semasa boleh dilantik semula
selepas direhatkan satu sesi.
5.4 Ahli Jawatankuasa KGK hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan masih lagi
berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua.
5.5 Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kelab Guru
dan Kakitangan manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan.
5.6 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
5.7 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat.
5.8 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Pengerusi Kelab.
5.9 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
1. Pengerusi
2. Timbalan Pengerusi
3. Setiausaha
4. Bendahari
5. Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)
6. Pemeriksa Kira-Kira(sekurang-kurangnya seorang)
6.1 Pengerusi
1. Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa dan mesyuarat Agung Tahunan dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang dibuat, diambil
tindakan sewajarnya.
3. Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang tempoh berkhidmat.
4. Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa-apa peraturan
dipatuhi oleh semua ahli kelab.
5. Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai
pengerusi.
6. Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna dan teratur
3
6.2 Timbalan Pengerusi
1. Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi pengerusi
2. Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi
6.3 Setiausaha
1. Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.
2. Melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa
Kelab Guru dan Kakitangan.
3. Mencatat , menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa KGK dan mesyuarat
agung tahunan
4. Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan serta
minit-minit yang bersangkutan dengannya.
5. Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab.
6.4 Bendahari
1. Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab dengan menyediakan
dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari masa kesemasa.
2. Menguruskan perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat agung
tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KGK.
3. Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli atau lain-
lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan.
4. Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari akaun kelab.
5. Menyediakan Laporan atau penyata Kewangan untuk di audit dan dibentangkan kepada
Mesyuarat Agung serta laporan-laporan yang berkaitan.
4
7. KEWANGAN
7.2 Jumlan bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasa
mesyuarat agung tahunan.
7.3 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti..
7.4 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan kutipan khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
7.5 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun yang akan disediakan
oleh bendahari.
7.6 Penyata kewangan akan di audit dan di edarkan semasa mesyuarat agung.
8. KEHADIRAN/PENYERTAAN
9. AKTIVITI
9.1 Kelab Guru dan Kakitangan menjalankan aktiviti yang telah dirancang.
9.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan untuk pengetahuan semua
ahli.
9.3 Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli kecuali ahli yang
dinyatakan dalam PERKARA 8.3.
5
10. MEMBERHENTIKAN
10.1 Ahli-ahli yang bersikap tidak sopan atau mengganggu ketenteraman kelab, boleh dipecat oleh
Jawatankuasa kelab. Ahli yang dipecat berhak membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh
pemecatan, dan akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa kelab.
6
13. KORUM
13.1 Korum mesyuarat yang diadakan oleh kelab adalah seperti berikut
1. Mesyuarat agung tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli.
2. Mesyuarat jawatankuasa KGK hendaklah tidak kurang ½ daripada jumlah bilangan ahli
jawatankuasa KGK.
3. Jika kuorom tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk
Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas , maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan
kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab; dan jika kuorom tidak cukup
juga selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang
ditangguhkan itu maka mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang Kelab atau
membuat keputusan mengenai semua ahli, mengikut nasihat Penasihat Kelab.
14.1 Bersara - Sumbangan untuk guru dan kakitangan yang bersara adalah berupa cenderahati bernilai
RM 30 + ( RM 5 x tahun berkhidmat di SK Kesang Tua )
14.2 Kematian saudara terdekat - diberi sumbangan bernilai RM 50. Saudara terdekat dalam perkara
ini ialah Ibubapa kandung, isteri dan anak-anak kandung ahli. (Isteri pertama/anak-anak dari isteri
pertama diambil kira jika melebihi seorang isteri).
14.3 Bertukar tempat kerja - Cenderahati bernilai RM 30 + ( RM 5 x tahun berkhidmat di SK Kesang
Tua )
14.4 Dimasukkan ke wad – Sumbangan RM 30 diberi kepada ahli yang dimasukkan ke wad pada kali
pertama dalam tahun semasa.
14.5 Kelahiran anak pertama di SK Kesang Tua – Sumbangan @ Cenderahati bernilai RM 30 diber
kepada ahli kelab.
14.6 Musibah – Sumbangan RM 50 kepada ahli yang ditimpa musibah seperti rumah terbakar dan
sebagainya.
14.7 Hadiah Harijadi – Sumbangan RM20 atau hadiah yang bernilai RM20 diberi kepada ahli.
14.8 Hadiah Perkahwinan – Sumbangan RM30 atau hadiah bernilai RM30 diberi kepada ahli yang
berkahwin kali pertama.
15.1 Ahli Jawatabkuasa Kelab akan dibubarkan sebaik sahaja genap dua tahun semasa pada mesyuarat
agung dijalankan.
15.2 Guru Besar(Penasihat) diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
7
8