Bab 1-3 Tesis Persepsi
Bab 1-3 Tesis Persepsi
Bab 1-3 Tesis Persepsi
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Akta pendidikan Malaysia 1996, merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961
bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita
Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf
dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan
yang sedia ada dan seterusnya memastikan seluruh rakyat berhak mendapatkan peluang
pendidikan yang sama.
Pendidikan khas ialah pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di tiga opsyen
(setting) persekolahan, iaitu sekolah pendidikan khas, atau di sekolah arus perdana yang
melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif, pada
peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah atau pendidikan
lepas menengah. Murid berkeperluan khas pula bermaksud murid yang diperakukan oleh
1
pengamal perubatan,ahli optik. Ahli audiologi, ahli psikoloogi atau mengikut mana-mana yang
berkenaan
sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta sebagai murid yang mempunyai
ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan,
ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan.
Seterusnya ialah sistem pendidikan inklusif. Menurut kementerian pelajaran Malaysia (KPM)
pendidikan inklusif ialah suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas
yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam
kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Manakalah menurut Lewis dan Doorlag (2003),Pendidikan inklusif merupakan istilah yang
sering digunakan kini untuk menerangkan tentang penempatan bagi pelajar berkeperluan khas di
dalam pendidikan arus perdana. Ini menunjukkan bahawa inklusif adalah program yang
dirancang khas untuk menempatkan murid berkeperluan khas (MBK) agar dapat belajar bersama
pelajar normal di kelas aliran perdana.
Pendidikan inklusif melibatkan tiga jenis ketidakupayaan yang dialami oleh murid berkeperluan
khas iaitu pelajar masalah penglihatan,murid masalah pendengaran dan juga murid masalah
pembelajaran. Namun dalam kajian ini penekanan hanya diberikan kepada pelajar berkeperluan
khas yang mengalami masalah pembelajaran sahaja.
Pernah atau tidak masyarakat bertanya mengapakah program inklusif sangat penting bagi kanak-
kanak pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran? Program pendidikan khas inklusif
sebenarnya sangat penting untuk kanak-kanak khas yang berkeupayaan melayakkan diri berada
di kelas-kelas aliran biasa. Hal ini demikian kerana, dengan adanya peluang pelajar khas ini
mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran di kelas perdana seperti kanak-kanak normal,pelajar
pendidikan khas inklusif berpeluang merasai pengalaman berada di kelas biasa.selain itu, pelajar
khas boleh memupuk interaksi dan boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan dari kelas biasa
tanpa berasa rendah diri atau berbeza. Kebiasaannya intergrasi yang berlaku adalah pada
peringkat fizikal di mana murid berkepeluan khas dan pelajar normal berkongsi padang
sekolah,kantin dan bangunan. Walaupun harapan kementeriaan pendidikan Malaysia semasa
mewujudkan intergrasi ini adalah untuk mengintergrasikan murid khas dan murid normal,namun
2
menurut kajian Ismail,Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004) mendapati intergrasi sosial
dikalangan murid khas dan murid normal berada pada tahap yang rendah dan minima.
Oleh itu,kajian ini di buat untuk melihat dan meninjau sejauh mana program intergrasi inklusif
ini berjaya dan sejauh mana tahap kefahaman dan penerimaan murid aliran biasa terhadap
pelajar-pelajar pendidikan khas inklusif.
Di Malaysia, program pendidikan khas telah bermula sejak awal tahun 1920-an lagi.
Pertambahan bilangan sekolah-sekolah di seluruh negara yang menjalankan program ini
sehingga kini telah berjaya membuka mata semua pihak. Program integrasi yang disediakan ini
adalah untuk mewujudkan satu hubungan sosial antara pelajar-pelajar khas dengan pelajar-
pelajar normal dan seterusnya memberi pendedahah kepada semua pelajar aliran biasa terhadap
pelajar pendidikan khas sejak pendidikan awal lagi bagi mengelakkan pelajar khas ini berasa
terasing apabila berada di sekolah dan juga di kalangan masyarakat.
Menurut statistik pendidikan khas 2017 yang dikeluarkan oleh Kementeriaan Pendidikan
Malaysia, jumlah pelajar pendidikan khas inklusif sahaja berjumlah 15,480 orang seluruh
Malaysia.
Dalam usaha Negara memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap golongan pelajar
pendidikan khas termasuklah melaksanakan program pendidikan inklusif. Namun sejauh
manakan hasrat ini tercapai dan sejauh manakah tahap kefahaman dan penerimaan pelajar aliran
biasa terhadap pelajar pendidikan khas inklusif ini?
3
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Banyak masalah timbul dan banyak juga yang menjadi isu serta perlu diberikan perhatian dalam
melaksanakan dan memastikan keberkesanan perlaksanaan sesuatu program inklusif sedangkan
maklumat berkaitan dengannya belum lagi mantap. Berdasarkan masalah yang diketengahkan
bersama huraian latar belakang berkaitan perlaksanaan program inklusif pelajar-pelajar
pendidikan khas inklusif akan berdepan dengan dua cabaran besar iaitu yang pertama cabaran
bagaimana pelajar pendidikan khas inklusif menyesuaikan diri dengan teknik pengajaran guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian kerana,tahap
kognitif pelajar pendidikan khas agak rendah berbanding tahap kognitif pelajar biasa. Oleh
itu,cabaran bagi pelajar pendidikan khas inklusif ialah bagaimana mereka belajar dan memahami
pengajaran yang diberi oleh guru sama seperti pelajar-pelajar perdana yang lain.
Cabaran kedua ialah bagaiman penerimaan pelajar-pelajar perdana menerima kehadiran pelajar
pendidikan khas inklusif di dalam kelas mereka. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa
ramai pelajar pendidikan khas di singkir dan dihalang daripada menyertai kelas pendidikan
inkusif. Kajian mengenai tahap penerimaan terhadap pelajar pendidikan khas masalah
pembelajaran oleh pelajar aliran perdana telah banyak dijalankan oleh penkaji terdahulu dan
kesahihannya telah terbukti dalam beberapa kajian yang telah di jalankan di Amerika Syarikat.
Kajian Gottied (1975) dan Gresham (1984) dalam Ang Huat Bin (1999) mendapati bahawa
pelajar yang kecacatan mental selalunya kurang diterima dan mereka bertindak lebih ke arah
negatif berbanding dengan rakan-rakan sebayanya yang normal.
Menyedari permasalahan ini, pengkaji berminat untuk mengkaji persepsi tahap penerimaan
sekelompok komuniti sekolah iaitu pelajar-pelajar aliran perdana terhadap pelajar masalah
pembelajaran pendidikan khas inklusif di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko,Kajang.
4
1.4 KERANGKA KONSEP
Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di negara kita digambarkan oleh beberapa
penyelidik sebagai tidak berjaya. Menurut Hanafi Yasin (2016) hanya 6% peratus sahaja Murid
Berkeperluan Khas (MBK) bermasalah pembelajaran terlibat dalam PPI sehingga tahun 2015.
Menurut kajiannya, kegagalan penglibatan MBK dalam PPI ini adalah disebabkan PPI tidak
dilaksanakan dengan sempurna dan terancang dan belum mencapai objektif sebenar. Banyak
cabaran yang perlu dihadapi guru menyebabkan guru tidak memindahkan MBK yang berpotensi
ke dalam kelas inklusif di arus perdana. Menurut Supiah Saad (2008) dalam kajiannya, kejayaan
sesuatu intervensi amat bergantung pada usaha guru dan ibu bapa. Menjadi guru sejati adalah
berlandaskan kasih sayang serta keikhlasan, penerimaan tanpa syarat, bermotivasi dan
berpengetahuan sesuai dengan keperluan Murid Berkeperluan Khas (MBK).
Menurut Husna (2016) terdapat masalah komunikasi yang wujud antara guru dan murid MBK
khususnya murid autistik. Masalah komunikasi tersebut ialah arahan yang diberi guru tidak
difahami serta tidak dapat diikuti oleh murid. Murid tidak mampu melakukan tugasan yang
diberikan menyebabkan guru terus tidak mempedulikan MBK yang berada di dalam kelas
tersebut. Guru yang mengajar tiada pengetahuan mengurus murid autistik. Guru pendamping
atau guru pendidikan khas juga tidak ada bersama untuk membantu semasa proses pengajaran di
dalam kelas. Masalah yang wujud ini secara tidak langsung akan memberi impak negatif
terhadap pelaksanaan PPI. Menurut Aina (2017) Guru arus perdana juga dikatakan mempunyai
persepsi negatif terhadap murid inklusif seperti malas untuk belajar, suka bercakap sehingga
mengganggu guru mengajar. Kes buli juga dilaporkan dalam kajian Suresh (2013), sebagai
cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Manakala menurut Murnie (2014) Masalah
tingkah laku agresif murid MBK berlaku kerana kegagalan guru mengawal kelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Semua masalah yang berlaku akan menjejaskan
konsep kendiri murid untuk menyesuaikan diri dalam suasana baru.
5
Menurut Najib Ghafar (2014), dalam kajiannya terdapat “bias” dan “labelling” yang wujud
kepada MBK. Sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak berlaku dengan adil.
Kehadiran MBK di dalam kelas perdana juga dilihat seakan mengganggu prestasi akademik
sekolah. Menurut Catherine Louis Raynham (2016), antara faktor kegagalan program inklusif
adalah kerana guru tidak mendapat sokongan yang sewajarnya. Sokongan yang dimaksudkan
ialah sokongan pentadbir sekolah. Guru tidak diberi kuasa autonomi atau kuasa memilih secara
sukarela untuk mengajar MBK atau pun tidak. Guru terpaksa mengajar MBK dalam keadaan
tiada pengetahuan berkaitan pendidikan khas dan tiada kesediaan mengajar. Guru juga tidak
pernah didedahkan untuk menghadiri kursus yang dianjurkan. Fakta ini disokong oleh Amin
Mustafa (2017), dalam kajiannya bahawa pengetahuan guru kelas yang tidak memahami
keperluan kepelbagaian murid telah memberi kesan kepada proses pengajaran dan penilaian
seseorang murid. Kehadiran MBK di dalam kelas perdana dianggap sebagai peluang untuk
mereka berkawan dan bersosial dengan kawan-kawan sekelas sahaja.
Oleh itu,kajian ini dilakukan oleh pengkaji untuk mengkaji dan meneroka prespesi pelajar aliran
perdana terhadap murid berkeperluan khas yang mengikuti program pendidikan khas inklusif.
Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep yang terdiri daripada dua aspek yang ingin dilihat oleh
pengkaji. Yang pertama ialah konsep dan juga proses. Konsep dalam kajian ini ialah apa yang
pengkaji ingin kaji. Manakala proses pula ialah bagaimana perkara yang pengkaji ingin kaji
berlaku.
Dalam kajian ini, konsep ialah pelajar pendidikan khas inklusif masalah pembelajaran manakala
proses pula ialah persepsi pelajar aliran perdana.
6
persepsi
1.5 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar aliran perdana terhadap pelajar
pendidikah khas inklusif masalah pembelajaran di SMK Jalan Reko,Kajang. Kajian ini dilakukan
oleh pengkaji untuk melihat interaksi antara pelajar aliran perdana dan pelajar pendidikan khas
dalam menjalani sehari-hari di dalam satu sekolah yang sama. Dapat diketahui umum bahawa
pelajar pendidikan khas mempunyai sedikit kelainan berbanding pelajar aliran perdana di mana
mereka menjalani kehidupan secara normal dan boleh belajar serta menerima pembelajaran
secara normal.
Selain itu, skop yang paling penting sekali pengkaji ingin mengetahui sejauh mana pelajar aliran
perdana ini boleh memahami pelajar pendidikan khas yang sedikit jauh berbeza daripada mereka.
i. Meneroka pengetahuan dan kefahaman pelajar aliran perdana terhadap pelajar pendidikan
khas
ii. Meneroka kefahaman pelajar aliran perdana terhadap pelajar pendidikan khas inklusif
masalah pembelajaran
iii. Meneroka tahap penerimaan pelajar aliran perdana terhadap pelajar pendidikan khas
inklusif masalah pembelajaran
7
1.7 PERSOALAN KAJIAN
Soalan kajian merupakan perkara penting yang cuba untuk dijawab oleh pengkaji dalam sesuatu
kajian yang dijalankan. Ia dibentuk berdasarkan kepada masalah yang timbul. Oleh yang
demikian,soalan kajian ini menjadi garis panduan kepada pengkaji dalam menjalankan kajian
bagi memastikan objektif kajian dapat dicapai dan bagi memastikan kajian berjalan dengan
lancar dan sistematik. Dalam kajian ini,tiga soalan utama yang cuba dijawab oleh penulis adalah
sepeti berikut:
Kajian ini dijalankan ke atas murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran yang berjaya
melayakkan diri untuk mengikuti program inklusif di kelas-kelas aliran perdana. Kajian ini
adalah bertujuan untuk meninjau sejauh manakah tahap penerimaan pelajar aliran perdana di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko Kajang menerima pelajar pendidikan khas masalah
pembelajaran yang terlibat dengan program pendidikan khas inklusif. Tambahan pula,pengkaji
juga ingin mengetahui tahap pengetahuan pelajar aliran perdana mengenai pendidikan khas dan
juga pelajar pendidikan khas inklusif agar mereka mampu menerima rakan daripada program
pendidikan khas ini tanpa ada perasaan yang negatif dan tidak wujud perbezaan. Perbezaan di
sini ialah pengkaji mahu pelajar aliran perdana menerima baik dan memberi layanan yang sama
kepada pelajar khas inklusif sama seperti dengan rakan-rakan normal yang lain begitu juga
dengan guru berperanan agar mengwujudkan suasana pembelajaran yang fleksibel dan memberi
8
layanan sama rata kepada semua pelajar termasuk pelajar pendidikan khas inklusif agar mereka
tidak terasa diasingkan dan seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dalam suasana yang harmoni dan berkesan.Kajian ini juga dijalankan sebagai rujukan kepada
para guru,pelajar serta pengkaji-pengkaji yang lain. Kajian ini dapat memberi kebaikan kepada
beberapa pihak iaitu:
1.8.1 MURID
Memberi pengetahuan kepada pelajar aliran perdana mengenai pendidikan khas dan
pelajar pendidikan khas inklusif.selain itu,sebagai satu pendekatan agar pelajar aliran
perdana mampu menerima kehadiran pelajar pendidikan khas inklusif berada di dalam
kelas dan berkongsi kelas yang sama dan pebelajaran yang sama tanpa merasa berbeza.
Tambahan pula,dapat menanam nilai-nilai moral kepada setiap pelajar agar sentiasa
menerima rakan yang mengalami ketidakupayaan dan seterusnya melahirkan pelajar yang
holistik seiring dengan matlamat falsafah pendidikan malaysia.
1.8.2 GURU
1.8.3 MASYARAKAT
Memperolehi kesedaran bahawa setiap insan adalah sama dan patut di layan dengan adil
tanpa melihat perbezaan mereka. Selain itu juga,melahirkan masyarakat akan lebih
harmoni dan saling hormat menghormati sesama insan. Akhir sekali,menjadikan negara
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan berdaulat dan seterusnya menjadi contoh
yang baik dan ikutan kepada negara-negara yang lain.
9
1.9 DEFINISI ISTILAH
i. PERSEPSI
Dalam konteks kajian, persepsi adalah penting untuk menentukan pendapat,
penerimaan dan ketidaksetujuan sesuatu perkara. Dalam Kamus Dewan (1994),
persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati, fikiran tentang sesuatu
atau pandangan menerusi pancaindera. Manakala dalam Kamus Global (1997)
pula, persepsi bermaksud gambaran atau tanggapan tentang sesuatu.
10
ketidakupayaan dari segi fizikal, mental dan tingkah laku jika dibandingkan
dengan keadaan majoriti.
Selain itu, menurut Encik Abdul Rahman Bin Talib (2007) Masalah Pembelajaran
juga boleh ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif
(kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (Educable) dan boleh mendapat
pendidikan formal. Tambahan pula, kanak-kanak khas ini akan ditempatkan di
dalam satu program yang dinamakan sebagai Program Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran yang di intergerasikan dengan sekolah aliran perdana.
11
iv. PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
Program Pendidikan Inklusif ( PPI ) dapat di takrifkan sebagai satu program yang
ditawarkan kepada murid-murid berkeperluan khas untuk belajar bersama-sama
dan mendapatkan kemudahan atau perkhidmatan yang sama bersama murid-murid
yang tipikal atau normal di dalam satu bilik darjah yang sama dan sekolah yang
sama untuk menikmati kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira
latar belakang, kaum, agama, status ekonomi dan ketidakupayaan. Matlamat
utama perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif adalah membolehkan Murid
Berkeperluan Khas terlibat secara aktif dalam aktiviti berunsur sosial dan juga
akdemik di sekolah dan juga di dalam komuniti dengan memberi ruang dan
peluang kepada semua murid. Selain itu, perlaksanaan PPI ini juga telah memberi
hak yang sama rata kepada semua murid untuk mendapatkan pendidikan yang
berkualiti.
1.10 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dalam bab ini pengkaji ingin mendedahkan bagaimana persepsi pelajar
normal terhadap pelajar pendidikan khas inklusif masalah pembelajaran.Di Malaysia, pendidikan
untuk golongan orang kurang upaya secara umumnya dan PPI secara khususnya masih melalui
jalan panjang yang berliku. Banyak isu dan cabaran yang melingkari sepanjang pelaksanaan PPI
bukan hanya di negara ini malah dunia juga menghadapi masalah ini. Antara faktor yang boleh
dikaitkan ialah keupayaan MBK itu sendiri, penerimaan rakan sedarjah untuk belajar dan
berbincang bersama, komitmen dan keupayaan guru, strategi kolaborasi yang tidak dijalankan,
sikap ibu bapa, guru serta pentadbir sekolah terhadap pelaksanaan PPI. Untuk memastikan PPI
berjaya mencapai matlamata dan objektifnya, semua pihak mesti menunjukkan sokongan dan
memberi kerjasama agar keberkesanan program dapat dicapai. Makna sebenar pendemokrasian
pendidikan masih belum mampu dirasai oleh MBK dengan adil dan sepenuhnya. Masyarakat
perlu faham bahawa PPI bukan sekadar menempatkan MBK di kelas arus perdana semata-mata
tetapi untuk mencapai peluang kejayaan yang sama dengan murid normal di arus perdana.
12
Kejayaan yang dimaksudkan ialah berjaya meningkatkan pencapaian akademik, sahsiah diri dan
mampu berdikari seiring murid normal yang lain sehingga melahirkan masyarakat yang lebih
adil dan sejahtera.
BAB 2
RUJUKAN PUSTAKA
2.1 PENGENALAN
Secara umumnya,kajian literature ini akan membantu pengkaji dan juga pembaca untuk
mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai kajian yang
dijalankan.Khalid Johari (2003) menyatakan bahawa tujuan utama sesuatu kajian membuat
tinjauan literatur ialah untuk melihat perkaitan antara kajian-kajian terdahulu yang berkaitan
dengan masalah yang hendak dikaji. Menerusi tinjauan literature,penyelidik akan dapat
memperjelaskan masalah kajian,melihat justifikasi masalah yang dikaji,mengenal pasti kaedah
kajian yang akan digunakan dan mempelajari pengetahuan baru.
Dalam bab ini,pengkaji akan menghuraikan definisi konsep yang digunakan bagi memberikan
kefahaman kepada pembaca mengenai konsep-konsep penting yang digunakan. Selain itu,dalam
bab ini turut diterangkan juga mengenai teori dan model berkaitan yang digunakan oleh pengkaji
bagi menyokong kajian yang dilakukan. Teori ini menjadi asas dan panduan kepada proses
kajian yang dilaksanakan. Selain itu, kajian-kajian dalam Negara serta kajian-kajian luar Negara
yang berkaitan dengan kajian ini juga turut dibincangkan dalam bab ini bagi menyokong
seterusnya menjadi panduan dalam kajian ini. Bab ini juga turut mengandungi kerangka
konseptual kajian bagi memberikan gambaran kepada pembaca mengenai bentuk dan struktur
kajian seterusnya memudahkan pembaca melihat secara kasar mengenai kajian yang dijalankan.
13
2.2 SUBTOPIK-SUBTOPIK
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an dalam kalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah pembelajaran atau
kurang penglihatan dan pendengaran. Tahun 1920 menunjukkan tarikh-tarikh penting
dalam perkembangan pendidikan khas.
Pendidikan khas formal di Malaysia bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya
Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth yang bertempat di Johor Bharu
untuk kanak-kanak masalah penglihatan.Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-
Kanak Pekak ditubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan
ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira pada tahap umumya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-
kanak masalah pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali
Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) memulakan kelas perintis di Sekolah
Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Melalui rentetan sejarah ini,kelihatan bahawa
perkembangan pendidikan khas di Malaysia tertumpu kepada kumpulan kanak-kanak
masalah penglihatan,pendengaran dan juga masalah pembelajaran.
Pendidikan khas inklusif ialah murid berkeperluan khas dapat melayakkan diri untuk
belajar bersama-sama di dalam satu kelas bersama-sama pelajar normal. Selain itu,
pendidikan khas inklusif terbahagi kepada dua bahagian iaitu inklusif separa dan juga
inklusif penuh. Inklusif separa ialah pelajar berkeperluan khas hanya mengikuti seberapa
matapelajaran sahaja mengikut kebolehan mereka. Manakala pelajar pendidikan khas
inklusif penuh ialah pelajar berkeperluan khas mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran sepenuhnya di dalam kelas bersama-sama pelajar normal. Menurut
Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidikan khas inklusif (PPI) ialah suatu program
14
pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid
lain dalam kelas yang sama di sekolah-sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Murid berkeperluan khas bermaksud murid yang diperakui oleh pengamal perubatan, ahli
optic, ahli audiologi atau ahli psikologi yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan,
pendengaran, pertuturan, fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi
ketidakupayaan dalam buku peraturan-peraturan pendidikan khas (2013).Murid-murid
berkeperluan khas ini diletak di bawah program integrasi di dalam satu sekolah harian
bersama dengan murid normal tetapi mempunyai kelas yang berbeza mengikut kategori
seperti penglihtan, pendengaran dan pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia
mentakrifkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran seprti kanak-kanak yang gagal di
sekolah iaitu mereka yang tidak dapat mempelajari subjek di mana subjek tersebut sangat
mudah untuk dipelajari oleh rakan sebaya mereka. Sebelum ini istilah “lembam”
digunakan namun istilah ini digantikan dengan istilah kanak-kanak bermasalah
pembelajaran untuk kebaikan psikologi mereka.
15
kreatif. Kesediaan pelajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak
bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak normal.
2.3 TEORI-TEORI
Teori merupakan prinsip kasar dan asas yang menjadi dasar kepada pembentukan sesuatu ilmu
pengetahuan baru yang kemudian boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian khususnya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan
sedia ada yang member garis panduan untuk menjalankan penyelidikan seterusnya mendapatkan
maklumat baru. Oleh yang demikian,dalam kajian ini teori yang digunakan oleh pengkaji sebagai
asas kepada penyelidikan yang dilakukan adalah teori tingkah laku dan konsep persepsi.
Teori tingkah laku mula-mula sekali diperkenalkan oleh seorang pakar fisiologi dari Russia
iaitu Ivan Pavlov. Teori pembelajaran ini kemudian dikembangkan lagi oleh Thorndike dan
juga B.F.Skinner. kedua-dua orang tokoh ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam
pemahaman dan pembelajaran mengenai teori tersebut melalui kajian-kajian yang dijalankan
oleh mereka. Mereka telah menjalankan banyak kajian di dalam makmal dengan
menggunakan haiwan seperti anjing, kucing dan tikus sebagai subjek kajian. Oleh yang
demikian, teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga
pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan-haiwan tersebut.
16
pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku sama ada baik atau
sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar sama ada baik atau
sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan,
dikawal dan diramal. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan
rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang
baru. Oleh kerana itu, teori ini juga dikenali sebagai Teori Rangsangan Gerak Balas.
Dalam Teori Pembelajaran Tingkah Laku, Teori Pelaziman Klasik Pavlov adalah
merupakan yang pertama sekali dikaji. Dalam kajian yang dilakukannya dengan
menggunakan seekor anjing, Pavlov mendapati bahawa terdapat hubungan di antara
rembesan air liur anjing (gerak balas) dan juga makanan yang dihidangkan (rangsangan).
Setiap kali makanan tersebut dihidangkan, loceng akan dibunyikan. Loceng yang berbunyii
tersebut menandakan maknan akan dihidangkan dan seperti dijangkakan, anjing akan
merembaskan air liurnya apabila maknan dihidangkan di hadapannya. Proses tersebut
diulang beberapa kali. Namun, pada suatu ketika hanya loceng sahaja dibunyikan , tetapi
makanan tidak diberikan anjing tersebut tetap mengeluarkan air liurnya ini bermakna anjing
tersebut bertindak balas dengan rutin harian yang biasa dilakukannya.
Pavlov menerangkan bahawa makanan adalah rangsangan semula jadi pada seekor anjing
lapar. Pengeluaran air liur dianggap sebagai tindak balas semula jadi. Bunyi loceng bukan
rangsangan semula jadi yang akan menghasilkan tindak balas semula jadi seperti pengeluaran
air liur. Loceng yang berbunyi adalah rangsangan terlajim. Menurut Shahbuddin Hasim,
Rohizana Yaakob dalam kajian tersebut, loceng telah berjaya menarik perhatian anjing untuk
mengeluarkan air liur (2003). Secara ringkasnya, Model Pelaziman Klasik Pavlov adalah
diilustrasikan seperti Rajah 2.1 dibawah,
17
2.Rangsangan Terlazim:bunyi loceng Gerak balas tiada kaitan dengan tindak
balas tak terlazim, misalnya perhatian
anjing sahaja.
Teori Pelaziman Pavlov dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sekiranya seseorang guru itu dapat mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran
yang menarik. Mengikut Teori Pelaziman Klasik Pavlov, gerak balas positif dapat dipupuk
melalui pelaziman klasik. Dalam konteks kajian ini, penggunaan teori ini membolehkan
guru-guru yang mengajar di kelas yang mempunyai pelajar pendidikan khas inklusif
mempelbagaikan teknik pengajaran dan seterusnya mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan dan mampu menarik tumpuan semua pelajar. Seperti yang
kita sedia maklum,pelajar pendidikan khas mempunyai tahap tumpuan yang lemah. Fokus
dan tumpuan mereka akan lebih terganggu apabila guru mengajar matapelajaran atau topik
yang mereka tidak gemari. Oleh hal yang demikan,dengan penggunaan dan mengaplikasikan
teori pembelajaran tingkah laku ini membolehkan guru menarik minat pelajar terutama
pelajar pendidikan khas inklusif untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
18
kelas dan pelajar pendidikan khas inkulif akan lebih memahami isi kandungan pengajaran
dan seterusnya mereka juga mampu bersaing dengan pelajar aliran perdana yang lain.
Sikap intergratif
Pembelajaran
Kepercayaan dalam
budaya pelajar Motivasi formal/tidak
formal
Sikap terhadap
Situasi pembelajaran
19
Sumber: Gardner 1985
Melalui teori pendidikan sosial oleh F Gardner sikap negatif dan sikap positif murid-
murid akan mempengaruhi proses sesuatu pengajaran sama ada berbentuk formal atau
tidak format. Oleh itu, guru perlu berusaha untuk melahirkan sikap yang positif dalam
diri pelajar sama ada pelajar normal dan juga pelajar pendidikan khas inklusif. Hal ini
demikian kerana,dengan lahirnya sikap yang positif dan jiwa yang positif di kalangan
pelajar normal maka secara langsung mereka akan menerima kehadiran pelajar
pendidikan khas inklusif ini dengan senang hati. Begitu juga dengan pelajar
pendidikan khas inklusif akan lebih percaya dan boleh menyesuaikan diri bersama-
sama pelajar normal sekiranya pelajar normal menunjukkan sikap dan penerimaan
yang positif dan seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan
juga pembelajaran tidak formal dapat di jalankan dengan lebih berkesan dan dapat
difahami oleh para pelajar tanpa mengira latar belakang mereka.
20
Oleh itu,teori pengajaran SIM harus dipratikan di sekolah inklusif. Di mana semua
pelajar normal dan pelajar pendidikan khas inklusif perlu mempunyai interaksi yang
baik dan berkesan termasuk interasi dengan guru. Secara langsung,berlaku
perkembangan sosialisasi dan komunikasi anatara pelajar dan seterusnya pelajar
pendidikan khas inklusif tidak akan berasa tersingkir apabila berada di kelas arus
perdana. Guru juga berperanan penting dalam membinta interaksi yang berkesan
dengan para pelajar apabila di dalam kelas.
2.4 PERSEPSI
Persepsi adalah salah satu aspek psikologi yang sangat penting kepada manusia sebagai
tindak balas terhadap kehadiran pelbagai aspek dan situasi atau gejala di sekitarnya.
Selain itu,persepsi mengandungi makna yang sangat luas dan berkaitan dalaman dan
luaran. Ramai tokoh dan pakar telah mennhuraikan pelbagai definisi persepsi, walaupun
secara prinsipnya mempunyai makna yang sama dan berkaitan.
Menurut kamus depan Bahasa dan Pustaka , persepsi dapat di definisikan sebagai
gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan, tanggapan
yang perlu kita mempertimbangkan.
Dalam penulisan buku tingkah laku dan pengurusan organisasi John M. Ivancevich
(2006) persepsi di definisikan sebagai suatu proses kognitif di mana individu memilih,
menganjurkan, dan memberi makna kepada rangsangan alam sekitar. Melalui persepsi,
individu cuba merasionalkan alam sekitar dan objek, orang dan peristiwa di dalamnya.
Manakalah persepsi, menurut Jalaludin Rachmat (1998), adalah pengalaman benda,
peristiwa, atau hubungan yang diperoleh dengan memotong maklumat dan menafsirkan
sesuatu mesej.
21
Bimo Walgito (2002) berpendapat bahawa persepsi seseorang adalah proses aktif yang
memainkan peranan, bukan hanya rangsangan yang mempengaruhinya tetapi juga
individu secara keseluruhan dengan pengalaman, motivasi dan sikap yang bersangkutan
sebagai respons terhadap rangsangan. Individu berhubung dengan dunia luar sentiasa
membuat pemerhatian untuk dapat menafsirkan rangsangan yang diterima dan alat deria
digunakan sebagai sambungan antara individu dan dunia luar. Agar proses pemerhatian
berlaku, objek yang diamati sebagai deria cukup baik dan perhatian adalah langkah
pertama sebagai persiapan untuk membuat pemerhatian. Persepsi dalam pengertian
umum adalah pandangan seseorang tentang sesuatu yang akan membuat tanggapan
bagaimana dan dengan apa yang seseorang akan bertindak.
Menurut Makmuri Muchles (2008) terdapat beberapa factor yang mempengaruhi persepsi
iaitu yang pertama perlaku persepsi. Penafsiran sesorang individu pada sesuatu objek
yang dilihatnya sangat dipengaruhi oleh perwatakan personaliti individu itu sendiri.
Antaranya ialah sikap, tujuan, kepentingan atau minat dan harapan seseorang. Keperluan
atau kehendak individu yang belum di kecapi akan merangsang individu tersebut dan
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap persepsi mereka. Contohnya,seorang pakar
peragaan dan juru solek akan lebih mementingkan kesempurnaan penampilan orang lain
22
berbanding seseorang yang berkerja sebagai tukang masak yang lebih mementingkan
kualiti masakannya. Situasi ini menunjukkan bahawa kita dipengaruhi oleh kepentingan
atau minat seseorang. Begitu juga dengan minat seseorang untuk memerhati perkara-
perkara baru dan persepsi kita terhadap orang lain tanpa mengira ciri-ciri sebenar mereka.
Yang kedua ialah factor sasaran atau objek persepsi. Pergerakkan, bunyi dan saiz akan
mempengaruhi cara kita melihat. Contohnya imej boleh dilihat dari pelbagai perspektif
oleh inidividu yang berlainan. Di samping itu, objek bersebelahannya juga akan dilihat
bersama. Sebagai contoh, kemalangan berlaku dua kali dalam gelanggang acara sukan
meluncur ais dalam tempoh seminggu boleh membuatkan masyarakat menganggap sukan
meluncur ais adalah sukan yang bahaya.
Faktor yang ketiga ialah situasi. Situasi juga boleh mempengaruhi pesepsi kita. Sebagai
contoh, seorang wanita yang berpakaian cantik dan bergaya mungkin tidak terlalu
dipandang oleh golongan lelaki jika berada di sebuah pusat membeli-belah. Hal ini
kerana, situasi di dalam pusat membeli-belah sememangnya kebanyakkannya golongan
wanita akan berpakaian cantik dan bergaya. Akan tertapi,situasi ini akan berbeza apabila
wanita yang berpakaian bergaya tersebut berada di pasar ikan. Maka besar kemungkinan
golongan lelaki mahupun wanita akan memandangnya. Situasi ini berlaku kerana
pemakaian seseorang biasanya akan dipengaruhi oleh sesuatu situasi sekelilingnya.
Menurut David Krechdan Ricard Crutfield dalam penulisan (2007) mengatakan faktor-
faktor yang mempengaruhi persepsi terbahagi kepada dua iaitu faktor kefungsian dan
juga faktor struktur.
i. Faktor fungsi. Faktor kefungsian adalah faktor yang berasal daripada keperluan,
pengalaman masa lalu dan sebagainya, termasuklah faktor pribadi sesorang.
Faktor fungsi yang menentukan persepsi adalah objek yang memnentukan
matlamat individu yang membuat persepsi. Selain itu, faktor yang menentukan
sesuatu persepsi bukanlah bentuk atau jenis rangsangan tetapi ciri-ciri individu
yang bertindak balas terhadap rangsangan tersebut.
ii. Faktor struktur. Faktor ini adalah faktor yang berasal daripada sifat rangsangan
fizikal kepada kesan saraf yang dihasilkan oleh system saraf setiap individu.
Faktor-faktor struktur yang menentukan persepsi mengikut teori Gestalt ialah jika
23
seseorang ingin memahami peristiwa yang tidak dapat di tentukan oleh faktor-
faktor yang berlainan akan tetapi individu tersebut akan memahami dan
melihatnya dalam hubungan dan perkaitan secara keseluruhan.
Kajian terhadap penerimaan kanak-kanak berkeperluan khas di dalam sistem persekolahan telah
banyak dikaji terutamanya untuk melihat interaksi sosial antara pelajar normal dan juga tahap
penerimaan guru dan pelajar aliran perdana terhadap pelajar pendidikan khas inklusif. Menurut
Larrivee & Horne (1991) kurangnya penerimaan pelajar aliran perdana terhadap pelajar
berkeperluan khas bukan disebabkan oleh masalah fizikal semata-mata tetapi juga disebabkan
oleh pencapaian rendah dalam pelajaran. Secara umumnya, kita akan mendapati kebanyakkan
pelajar berkeperluan khas ini kurang menonjol dalam bidang akademik dan mempunyai tahap IQ
yang rendah. Dapatan yang sama juga diperolehi oleh Westwood (1987) dan ini menunjukkan
bahawa jika pelajar berkeperluan khas mempunyai tahap pencapaian yang baik dalam pelajaran
24
mereka juga akan dihormati dan diterima dengan baik oleh pelajar lain. Selain daripada itu,
kajian Westwood juga mendapati pelajar khas yang mempunyai tahap ketidakupayaan ringan
dan kurang menonjol lebih mudah diterima berbanding mereka yang mengalami ketidakupayaan
yang teruk.
Penerimaan pelajar aliran perdana terhadap rakan sebaya mereka boleh dilihat dari aspek sosial
terutamanya ketika waktu persekolahan. Melalui penulisan Zahara Abu Bakar (1997) dapatan
kajian oleh Biner & Thorpe (1986) faktor utama kunci kejayaan integrasi sosial di dalam
program integrasi pendidikan khas ialah hubungan dengan rakan sebaya. Proses bersosialisasi
bergantung kepada kesungguhan pelajar-pelajar normal menerima pelajar-pelajar berkeperluan
khas di dalam persekitaran sekolah. Hubungan rakan sebaya adalah penting di mana sikap
pelajar-pelajar normal terhadap pelajar-pelajar berkeperluan khas serta penerimaan mereka ke
dalam aktiviti kumpulan sebaya menentukan keberkesanan proses sosialisasi. Menurut Wood
(1993), kurangnya pengetahuan dan kefahaman telah menyebabkan pelajar khas terus disisihkan
kerana ia mewujudkan rasa takut, tanggapan yang salah, permusuhan, prasangka dan cemuhan
terhadap pelajar khas. Akibat daripada tindakan menyisihkan golongan ini, perasaan rendah diri
yang sedia ada dalam diri kanak-kanak berkeperluan khas ini akan terus kekal dan tidak
membantu mereka untuk menyesuaikan diri di dalam masyarakat umum.
Tambahan pula,Florian (2005) melihat program pendidikan inklusif memberi peluang untuk
orang tidak berupaya melibatkan diri sepenuhnya dalam semua aktiviti pendidikan, kerjaya,
rekreasi, komuniti dan domestik yang dilakukan oleh ahli masyarakat. PPI adalah ruang murid
kelainan upaya bersama murid normal yang lain belajar dalam kelas yang sama tanpa halangan.
Sokongan di Amerika Syarikat terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai sejarah
yang agak panjang. Sejarah pendidikan khas di Amerika Syarikat dimulakan dengan Akta
Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat pada tahun 1975, kemudian bertukar nama menjadi
Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) pada tahun 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta
ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua
murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri
25
pelajaran ini agak tekal diseluruh Amerika Syarikat. Di Great Britain pula, menurut Dyson dan
Millward (2000), perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat,
dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai
cara. Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat
menentukan secara khusus mengenai pendidikan khas, perkhidmatan pendidikan khas bagi
memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.
Manakala melalui kajian Norliah Mohd Amin dan Mohd Hanafi Mohd Yasin (2015) iaitu kajian
pelajar program pendidikan inklusif murid berkeperluan khas dalam plan pembangunan
pendidikan Malaysia 2013 hingga 2015 mengatakan melalui kajian,mereka melihat perlaksaan
26
program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana dengan mengintegerasikan satu hingga lima
murid berkeperluan khas dalam kelas aliran perdana. Namun mereka mendapati masih kurang
murid berkepeluan khas mengikuti program pendidikan khas inklusif kerana masih banyak
sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan program pendidikan inklusif. Di
samping itu, kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibu bapa untuk memilih program pendidikan
inklusif bagi anak-anak mereka yang mempunyai ketidakupayaan.
Kehadiran pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) sering tidak dialu-alukan
dan tidak diterima oleh sesetengah orang sehinggakan mereka tidak mendapat peluang mengikuti
pembelajaran sebagaimana yang sepatutnya. Wood (2002) menyatakan bahawa sejarah telah
membuktikan bahawa kebanyakan pelajar berkeperluan khas telah dinafikan hak kebebasan asasi
mereka. Akibatnya, pelajar ini tidak mendapat peluang pendidikan, dikenakan bayaran apabila
memerlukan penggunaan kemudahan khas atau tidak dibenarkan menggunakan atau
mendapatkan kemudahan khas tersebut.
Selain itu, menurut Farah (2013),Sejarah di negara Barat menceritakan bahawa nasib orang
pekak pada tahun 355 sebelum masihi tidak terbela dan tidak dipedulikan. Mereka disisihkan
daripada masyarakat dan dikecam . Contohnya Ahli falsafah Greek iaitu Aristotle memandang
hina terhadap orang pekak kerana beliau menganggap telinga sebagai organ utama untuk
menerima arahan dan beliau percaya bahawa pendengaran memberikan sumbangan yang
terbanyak untuk kecerdikan.
Manakala menurut Hanafi (2016),Kesediaan guru aliran perdana menyesuaikan sesi pengajaran
untuk memenuhi kehendak MBK merupakan salah satu cabaran utama. Situasi ini juga berkait
27
rapat dengan isu lain seperti latihan perguruan yang tidak menyediakan guru PPI, bilangan murid
yang terlalu ramai mencecah 40 orang sekelas. Selain itu menurut Hasnah Toran (2016), Isu lain
yang menjadi topik utama kegagalan PPI di negara kita ialah tahap sokongan yang kurang
daripada ibu bapa, kurangnya sokongan pentadbir kepada guru yang mengajar PPI. Menurut
Udoba (2014),Kurangnya garis panduan atau sistem PPI yang masih samar-samar juga menjadi
hambatan untuk guru melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan. Lee Keok (2017)
cabaran lain yang berkaitan dengan pelaksanaan PPI ialah beban tugas guru, kesedaran guru dan
kolaborasi yang hampir tiada antara guru PPI dan guru Pendidikan Khas. Menurut Husna,
Suryani (2016) pula ada juga beranggapan bahawa adanya MBK dalam kelas mereka akan
melambatkan guru tersebut menyempurnakan sukatan pelajaran. Lebih dari itu, terdapat juga
guru yang beranggapan kehadiran MBK akan membebankan guru kerana perlu menggandakan
usaha dan tenaga bagi memastikan standard yang dicapai oleh MBK tidak menjejaskan peratus
sekolah.
2.6 KESIMPULAN
Kesimpulannya dalam bab ini pengkaji ingin menghuraikan teori-teori dan konsep yang
berkaitan dengan persepsi pelajar aliran perdana terhadap pelajar pendidikan khas inklusif
masalah pembelajaran. Di samping itu juga, pengkaji mendapati terdapat beberapa kajian-kajian
lepas yang telah di buat bagi melihat tahap penerimaan pelajar normal terhadap program inklusif
ini dan mendapati bahawa kajian-kajian yang pernah dijalankan oleh pengkaji – pengkaji
terdahulu bukan sahaja untuk melihat tahap penerimaan pelajar normal terhadap pelajar khas
berkeperluan khas tetapi juga melihat tahap sosialisasi kedua-dua golongan ini.
28
BAB 3
METADOLOGI KAJIAN
3.1 PENDAHULUAN
Dalam bab ini metodologi kajian,pengkaji akan menerangkan mengenai beberapa aspek penting
yang perlu dititikberatkan bagi memastikan kajian berjalan selaras dengan garis panduan dan
objektif kajian yang hendak dicapai. Aspek-aspek penting yang dimaksudkan,yang akan
dibincangkan dalam bab ini adalah melibatkan langkah-langkah untuk mendapatkan sampel atau
responden. Selain itu, ia juga meliputi reka bentuk kajian yang digunakan,bermula dari
menyatakan populasi sehingga cara data tersebut dianalisis,meliputi populasi dan teknik yang
digunakan untuk mengambil sampel ,reka bentuk alat kajian dan prosuder mengumpul
maklumat. Selain itu, kaedah pemungutan data,instrument pengukuran,persampelan serta teknik
analisis juga turut dibincangkan dalam bab ini.
29
Kajian yang hendak dijalankan perlulah dirancangkan dengan teliti terlebih dahulu agar kajian
tersebut dapat menghasilkan sesuatu yang bermakna atau dapat mencapai tujuannya dengan baik
dan tepat. Menurut Khalid Johari (2003),kaedah penyelidikan pendidikan merujuk kepada
bagaimana seseorang pengkaji mendapat maklumat bagi mencapai sesuatu hasil yang
dikehendaki. Menurut beliau lagi,kaedah yang sistematik dan saintifik adalah perlu bagi
memastikan pemungutan fakta-fakta yang jitu dan boleh dipercayai serta seterusnya
membolehkan semua soalan kajian dapat dijawab.
Pekara-pekara yang dibincangkan dalam bab ini terdiri daripada kaedah menjalankan kajian,
kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data. Bab ini terdiri daripada rekabentuk
kajian,populasi,instrument kajian,prosedur kajian, tata cara pengumpulan data, penganalisisan
data dan kesimpulan.
Reka bentuk atau pendekatan sesebuah kajian adalah bergantung kepada masalah yang hendak
dikaji. Dalam kajian ini,pendekatan yang digunakan oleh pengkaji ialah pendekatan secara
kualitatif. Menurut Lexy (2007) Kajian kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan
data gambaran yang boleh diamati. Manakala menurut Kirk & Miller (1986), tradisi tertentu
dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara fundamental bergantung kepada pengamatan
manusia dalam kawasannya sendiri dan berkait dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan
peristilahannya.
Kajian kualitatif juga adalah kajian yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat
kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau
apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecil
berbanding kajian kualitatif.
30
Berdasarkan kajian ini,pengkaji mengunakan kaedah temubual dan juga pemerhatian di mana
pengkaji ingin mengkaj perkaitan antara konsep dengan proses kajian. Konsep dalam kajian ini
ialah pelajar pendidikan khas inklusif masalah pembelajaran manakala proses dalam kajian ini
ialah persepsi pelajar aliran perdana.
Dalam kajian ini purata kajian yang dipilih ialah tiga orang pelajar daripada aliran perdana yang
bersama-sama belajar bersama pelajar pendidikan khas inklusif di Sekolah Menengah
Kebangsaan Jalan Reko,Kajang.
Untuk kajian ini pengkaji menggunakan kaedah temubual. Proses temubual banyak membantu
penyelidik untuk menjawab persoalan kajian. Temubual yang dilakukan adalah temubual separa
bersturuktur. Ini bagi membolehkan penyelidik bertanyakan tentang perkara-perkara baru yang
ditimbulkan oleh pelajar-pelajar normal daripada kelas aliran perdana semasa temubual
dilakukan. Untuk itu penyelidik memerlukan protokol temubual sebagai garis panduan dalam
menjalankan temubual ini.
Protokol temubual dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Bahagian pertama ialah proses
membina hubungan dengan menerangkan kepada pelajar normal daripada kelas aliran perdana
berkaitan dengan matlamat dan etika kajian untuk sesi pertama dan merumuskan kembali apa
yang dibincangkan untuk sesi temubual kedua dan ketiga. Bahagian kedua ialah pengkaji lebih
menjurus kepada isi perbincangan untuk setiap sesi dan bahagian yang ketiga ialah bahagian
31
penutup oleh penyelidik dan harapan pelajar-pelajar daripada pelajar arus perdana. Temubual ini
akan direkod menggunakan rakaman telefon bimbit dan ditranskripkan untuk proses pengkodan.
Manakala kaedah kedua ialah pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian. Di mana pengkaji
akan membuat pemerhatian melalui dua situasi yang berbeza. Situasi yang pertama ialah semasa
pelajar pendidikan khas inklusif berada di dalam kelas bersama-sama pelajar aliran perdana
tersebut dan situasi yang kedua ialah bagaimana pemerhatian sewaktu tiada pelajar pendidikan
khas inklusif tersebut. Pengkaji ingin membuat permerhatian terhadap tingkahlaku dan juga
persepsi pelajar aliran perdana tersebut terhadap kehadiran dan juga semasa ketiadaan pelajar
pendidikan khas inklusif masalah pembelajaran di dalam kelas aliran perdana.
Analisis data dilakukan berdasarkan semua maklumat-maklumat hasil daripada temu bual dan
juga data pemerhatian terhadap responden. Maklumat akan dikumpul selepas hasil temu bual
yang telah direkodkan. Selepas itu,semua hasil temubual dan pemerhatian akan di transkrifkan
dan akan dikodkan sehingga mendapat tema.
3.6 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya bab ini telah membincangkan semua aspek metodologi yang digunakan
dalam kajian. Tujuan kajian akan menentukan aspek metodologi yang digunakan.Oleh
itu,pendekatan kajian,populasi pesampelan,instrument kajian, dan analisis data telah pun
dibincangkan secara terperinci dalam bab ini bagi memastikan kajian berjalan lebih teratur dan
sistematik. Seterusnya berupaya memperolehi hasil kajian yang mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang tinggi dan hasil yang diperolehi juga lebih bertepatan dengan objektif
kajian yang ingin dicapai.
32