Esei 1 Falsafah Pendidikan
Esei 1 Falsafah Pendidikan
Esei 1 Falsafah Pendidikan
0 PENGENALAN
Antara isu pendidikan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) ialah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa. Penyediaan akses ini bukan hanya kepada akses terhadap teknologi semata-
mata ianya berada pada skop yang lebih meluas iaitu dengan memastikan kemenjadian dan
keberhasilan murid-murid demi memenuhi keperluan industri negara serta mampu bersaing di
peringkat global. Perkara ini turut dinyatakan dalam falsafah pendidikan negara yang menuntut
agar pendidikan Malaysia menjalankan proses pendidikan yang berterusan bagi
mengembangkan seluruh aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial secara holistik.
Antara usaha yang digunakan bagi memastikan matlamat ini berjaya dicapai ialah dengan
menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan standard antarabangsa.
Bagi subjek Matematik dan Sains, pelancaran dan semakan semula terhadap Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang
dilakukan pada 2017 sangat membantu melonjakkan perkembangan taraf pendidikan negara.
Pelaksanaan dan pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membantu memudahkan
murid untuk mengenal pasti kecenderungan mereka agar mampu menjamin kemenjadian murid
yang holistik. Bagi subjek bahasa pula, pelajar sepatutnya merebut ruang dan peluang yang
1
ada bagi menguasai bahasa asing agar mampu melahirkan modal insan yang berpengetahuan
luas. Menurut Datuk Seri Idris Jusoh, pembelajaran bahasa ketiga dan keempat ini telah
disediakan begitu lama dalam sistem pendidikan negara, pelajar seharusnya mengambil
peluang itu untuk menguasai bahasa asing selain bahasa Inggeris (Nora, 2018). Perkara ini
jelas sekali menujukkan usaha yang sangat giat dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan
dengan kerjasama pihak sekolah bagi meningkat mutu dan taraf pendidikan negara.
Isu pendidikan yang seterusnya ialah penggunaan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat
dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru (Lechner & Boli 2000). Tujuan
penggunaan ICT ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan oleh para guru di sekolah. Melalui kaedah
ini guru-guru berupaya meningkatkan tahap kefahaman dan penguasaan murid terhadap
proses pengajaran yang dijalankan di samping memudahkan lagi pelajar menguasi ilmu yang
diterima. Perkara ini jelas sekali berkait rapat dengan falsafah pendidikan negara yang
bertujuan untuk melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan tinggi. Selain
itu, kemudahan pelajar untuk mengakses maklumat akan menjadi lebih mudah dengan adanya
kemudahan akses Internet. Menurut Yahya dan Dayang (2011) penggunaan Internet bukan
sahaja dapat mendedahkan murid kepada pelbagai jenis informasi dan bahan bacaan bahkan
penggunaan Internet secara berkualiti juga mampu membantu meningkatkan prestasi dan
kefahaman murid dengan lebih cepat serta berupaya untuk meningkatkan pencapaian dalam
sesi pembelajaran kerana pelajar didapati menggunakan pemikiran pada aras tinggi dan
bukannya sekadar menghafal fakta semata-mata. Antara contoh penggunaan kemudahan ICT
dalam pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah aplikasi
FROG VLE yang berfungsi sebagai medium untuk mendapatkan nota tambahan, membuat
latihan pengayaan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dan permainan interaktif berkaitan
subjek-subjek tertentu yang membantu pelajar untuk meningkatkan keseronokkan ketika
belajar. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan teknologi ICT dalam pembelajaran seperti mana
yang difokuskan oleh pihak kerajaan merupakan salah satu pendekatan dan strategi baharu
yang sangat membantu dalam memacu dan meningkatkan pencapaian murid serta tahap
pendidikan negara di peringkat global.
2
Isu yang seterunya ialah kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa, komuniti dan sektor
swasta secara meluas. Umum mengetahui bahawa proses pembelajaran tidak hanya berlaku di
sekolah semata-mata, proses pembelajaran ini turut berlaku di rumah dan dalam masyarakat.
Menurut Salman (2016) di Malaysia, kira-kira satu per empat daripada masa murid yang
berumur antar tujuh hingga 17 tahun dihabiskan di sekolah. Oleh itu, isu ini menjadi panduan
kepada pihak sekolah bagi melakukan anjakan daripada pembelajaran sekolah kepada sistem
pembelajaran yang melibatkan ibu bapa, masyarakat, sektor swasta dan sektor sosial sebagai
alternatif untuk terus membantu murid-murid menjalani proses pembelajaran yang berkesan
walau di mana sahaja mereka berada. Melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ibu bapa
mampu memberikan maklum balas serta input mengenai kurikulum di sekolah bagi
membolehkan pihak sekolah terus memantapkan kurikulum kebangsaan agar menjadi lebih
relevan dengan keperluan masyarakat setempat. Selain itu, PIBG juga boleh memberikan
maklum balas mengenai kualiti dan pengalaman pembelajaran yang diterima oleh anak-anak
mereka. Kemudahan terhadap akses atas talian bagi membolehkan ibu bapa melihat kemajuan
anak-anak mereka dalam pentaksiran berasaskan sekolah, peperiksaan dan pentaksiran
kebangsaan melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) mampu memudahkan ibu
bapa untuk mengenal pasti masalah dalam akademik yang dihadapi oleh anak-anak mereka
dan seterusnya memaklumkan kepada pihak sekolah. Melalui maklum balas ini, pihak sekolah
mampu mencari jalan penyelesaian yang sesuai dengan segera agar setiap murid dapat
mencapai tahap maksimum mereka terutama dalam bidang akademik. Isu ini jelas sekali berkait
rapat dengan falsafah pendidikan negara yang bertujuan melahirkan keharmonian dan
kemakmuran dalam masyarakat dan negara agar saling bekerjasama antara satu sama lain.
Oleh itu jelas sekali usaha ini membantu pelajar dan masyarakat untuk teru berganding bahu
,memajukan taraf pendidikan negara.
3
3.0 penutup
Melalui isu-isu ini, jelas sekali bahawa terdapat banyak usaha yang dijalankan oleh
pelbagai pihak terutama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai taraf pendidikan global. Setiap tindakan
yang diambil dan penambahbaikkan yang dijalankan adalah bertujuan unutk terus memacu
taraf pendidikan negara agar mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Setiap
isu yang dibangkitkan adalah bertujuan untuk terus menjadikan falsafah pendidikan negara
sebuah falsafah yang relevan bagi digunakan sebagai panduan untuk memajukan taraf
pendidikan negara. Oleh itu, isu-isu yang ditekankan ini jelas sekali membantu negara untuk
melahirkan generasi yang berpendidikan di samping meningkatkan taraf pendidikan negara di
peringkat global.
4
Rujukan
Lechner, F. J. & Boli, J. 2000. The globalization reader. Oxford: Blackwell Publisher
Maisarah Sheikh Rahim, (23 Julai 2017). Ranking Pendidikan Tinggi Negara 2017 Catat
Sejarah.
Utusan Online. Retrieved from http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ranking-
pendidikan-tinggi-negara-2017-catat-sejarah-1.506070
Salman Abadi Ajlis, (12 Jun 2016). Hari Guru SK Lingkabau Penuh Makna. Utusan Borneo
Sabah. Retrieved from https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-
sabah/20160612/282243779868966
Shazwan Rahman, (5 Mei 2018). Pendidikan Malaysia Diiktiraf Terbaik Dunia. Utusan Online.
Retrieved from http://www.utusan.com.my/pendidikan/pendidikan-malaysia-diiktiraf-
terbaik-dunia-1.665417
Yahya Othman, and Dayang Rini Pakar,(2011) Kesan aplikasi perisian cerita interaktif semasa
mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan murid tahun 4 di
Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education
(MyLEJ), 1 (1). pp. 27-49. ISSN ISSN: 2180-4842. Diambil dari
http://journalarticle.ukm.my/2535/