Cerpen Hadiah
Cerpen Hadiah
Cerpen Hadiah
TEMA
Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.
PERSOALAN
i. Persoalan menghargai jasa guru.
Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu teruja untuk
memberikan hadiah kepada guru masing-masing sempan sambutan Hari Guru.
PLOT
i. Permulaan
Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan
diberikan kepada guru masing-masing sempena dengan sambutan Hari Guru.
ii. Perkembangan
Azizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan dia
dapat membeli hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa kerana ibu
bapanya tidak mampu untuk memberikan duit kepada Azizah akibat kehidupan
mereka yang serba kekurangan. Akhirnya, Azizah telah mendapat idea
daripada emaknya untuk membuat tudung saji sebagai hadiah kepada Cikgu
Zaleha.
iii. Klimaks
Azizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah daripada
Cikgu Zaleha.
iv. Peleraian
Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah
dan naib johan peringkat negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya menambat hati
juri dam hakim peringkat kebangsaan manakala Cikgu Zaleha telah Guru
Inovatif.
TEKNIK PENCERITAAN
i. Dialog
Contoh: "Kau nak hadiahkan apa, Aliza?" Tanya Hamidah.
iii. Saspens
Contoh: "Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?" Wajah Cikgu
Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah
lama-lama. Ingin meneka apa yang tersirat disebalik perkataan "besar" itu.
WATAK PERWATAKAN
Watak Utama
Azizah
i. Seorang murid yang miskin.
ii. Murid kesayangan Cikgu Zaleha.
iii. Seorang yang terlalu merendah diri.
iv. Seorang murid yang rajin
Watak Sampingan
Cikgu Zaleha
i. Cikgu kepada Azizah
ii. Seorang guru yang berdedikasi
Emak
i Emak Azizah
ii Seorang yang cacat sebelah kaki
iii Mengambil upah menganyam tikar mengkuang
Bapa
i Bapa Azizah
ii Berkerja sebagai penarik beca
LATAR
Latar Masa
i. Waktu pagi
Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang
bersarapan pagi.
ii Waktu petang
Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu
Zaleha.
Latar Tempat
i Kelas
Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang bercakap-cakap
mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru mereka.
ii Rumah Azizah
Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan hadiah
kepada Cikgu Zaleha.
iii Bilik Guru
Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang
diinginkan oleh Cikgunya itu.
iv Tapak Perhimpunan
Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.
Latar Masyarakat
i Masyarakat Pelajar
ii Masyarakat yang miskin
iii Masyarakat Guru
GAYA BAHASA
i Sinkof
Contoh: "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."
NILAI
i Nilai Ketabahan
ii Nilai Kasih Sayang
iii Nilai Kerajinan
PENGAJARAN
i Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup
ii Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja
iii Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru