Nota Cerpen Hadiah
Nota Cerpen Hadiah
Nota Cerpen Hadiah
Hadiah
(Tie Camar)
SINOPSIS
Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru
kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak lama lagi. Setiap murid masing-masing
menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan diberikan. Azizah seorang pelajar yang miskin tidak mampu
untuk membelikan hadiah kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau dan sedih kerana dia tidak
mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.
Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya menyatakan bahawa dia tidak
mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta
duit daripada bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu
untuk memberikan duit kepadanya.
Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya telah mencadangkan agar Azizah membuat tudung saji untuk
dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam daripada emaknya, Azizah
berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila Hari Guru tiba,
Azizah terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah
kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu pertandingan.
Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya untuk menghasilkan pelbagai
rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan
seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia ahkirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat
kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan terbesar Cikgu
Azizah.
TEMA
Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.
Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha untuk menyertai Pertandingan Kraftangan
Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah telah berjaya layak ke peringkat negeri dan juga memperoleh kejayaan untuk
meneruskan ke peringkat kebangsaan.
PERSOALAN
Persoalan menghargai jasa guru.
i. Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu teruja untuk memberikan hadiah kepada guru
masing-masing sempan sambutan Hari Guru.
PLOT
i. Permulaan
Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru masing-masing
sempena dengan sambutan Hari Guru.
ii. Perkembangan
Azizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan dia dapat membeli hadiah untuk gurunya.
Namun, semuanya hampa kerana ibubapanya tidak mampu untuk memberikan duit kepada Azizah akibat kehidupan
mereka yang serba kekurangan. Akhirnya, Azizah telah mendapat idea daripada emaknya untuk membuat tudung
saji sebagai hadiah kepada CIkgu Zaleha.
iii. Klimaks
Azizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah daripada Cikgu Zaleha.
iv. Peleraian
Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan naib johan peringkat negeri.
Seterusnya Azizah telah berjaya menambat hati juri dam hakim peringkat kebangsaan manakala Cikgu Zaleha telah
Guru Inovatif.
TEKNIK PENCERITAAN
i. Dialog
Contoh: "Kau nak hadiahkan apa, Aliza?" Tanya Hamidah.
iii. Saspens
Contoh: "Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?" Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus dan penuh
kesungguhan itu ditenung Azizah lama- lama. Ingin meneka apa yang tersirat disebalik perkataan "besar" itu.
WATAK PERWATAKAN
Watak Utama
Azizah
i. Seorang murid yang miskin.
ii. Murid kesayangan Cikgu Zaleha.
iii. Seorang yang terlalu merendah diri.
Contoh: Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai serba boleh, cuma sifat rendah diri Azizah
itu terlalu tebal.
iv. Seorang murid yang rajin
Contoh: Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan merupakan pelajar yang berdisiplin.
Watak Sampingan
Cikgu Zaleha
I. Cikgu kepada Azizah
II. Seorang guru yang berdedikasi
Emak
i emak Azizah
ii seorang yang cacat sebelah kaki
iii mengambil upah menganyam tikar mengkuang
Bapa
i bapa Azizah
ii berkerja sebagai penarik beca
LATAR
Latar Masa
i. Waktu pagi
Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang bersarapan pagi.
ii Waktu petang
Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu Zaleha.
i Kelas
Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang
akan diberikan kepada guru mereka.
ii Rumah Azizah
Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan hadiah kepada Cikgu Zaleha.
iv Tapak Perhimpunan
Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.
Latar Masyarakat
i Masyarakat Pelajar
ii Masyarakat yang miskin
iii Masyarakat Guru
GAYA BAHASA
i Sinkof
Contoh: "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."
NILAI
i Nilai Ketabahan
PENGAJARAN
i Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup
ii Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja
iii Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru