Nationhood Report Latest
Nationhood Report Latest
Nationhood Report Latest
KUMPULAN J
ASSIGNMENT BERKUMPULAN
DISEDIAKAN OLEH:
1. 1.0 Pengenalan 3
7. Penutup 40
P a g e 2 | 40
1.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan satu alat komunikasi yang mengeluarkan bunyi untuk menyampaikan
sesuatu atau pesanan kepada orang lain. Sebagaimana yang sedia maklum bahawa,
bahasa ini terdiri atas kumpulan kata. Setiap apa yang diperkatakan mempunyai maksud
yang tersendiri untuk melambangkan sesuatu objek supaya mudah untuk difahami oleh
masyarakat. Saat kita mengeluarkan kata-kata, ia tidak disusun begitu sahaja melainkan
mengikut aturan yang ada. Kata-kata itu mestilah dipilih kata yang tepat dan
menyusunnya dengan sesuai apa yang ingin disampaikan.
P a g e 3 | 40
Ini juga merupakan satu keunikan yang ada kerana setiap dialek menyebut sesuatu
perkataan itu dengan berbeza namun membawa satu maksud yang sama.
Bahasa Melayu atau dikenali sebagai Bahasa Malaysia adalah Bahasa rasmi yang
tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan yang dijelaskan
dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi
dimatapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1976. Akan tetapi masyarakat pelbagai
kaum di Malaysia bebas menggunakan Bahasa ibunda masing-masing iaitu orang Cina
Bahasa Cina, orang India Bahasa Tamil dan kaum lain-lain bebas menggunakkan Bahasa
ibunda mereka.
Isu ini akan berlaku timbulnya prasangka di antara para pelajar pelbagai kaum.
Perkara ini terjadi apabila terdapat perkataan sensitif yang akan menimbulkan
persalahfahaman tersebut. Di samping itu, kaum lain juga akan merasa terpinggir dan
tercicir oleh kerana ketidakfahaman akan maklumat yang cuba disampaikan.
P a g e 4 | 40
Di samping itu, Mahasiswa dan Mahasiswi boleh lebih memahami dan
mengetahui perkataan-perkataan yang boleh menimbulkan isu perkauman pelbagai kaum.
Mahasiswa dan Mahasiswi and lebih berhati-hati dengan pertuturan. Dengan ini,
hubungan dan persefahaman antara kaum di Malaysia dapat dieratkan lagi.
Kajian ini dijalankan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kajian ini melibatkan
Mahasiswa dan Mahasiswi di UUM. Objektif kajian adalah matlamat yang ingin dicapai
oleh pengkaji pada akhir kajian ini. Oleh itu objektif kajian ini dilakukan adalah untuk:
3.3 Memberi kesedaran kepada para Mahasiswa dan Mahasiswi di Universiti Utara
Malaysia (UUM) mengenai kepentingan menguasai pelbagai Bahasa di Malaysia.
P a g e 5 | 40
4.0 SOROTAN KAJIAN
Oleh itu, bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris sebagai bahasa antarabangsa digunakan ketika berkomunikasi selain bahasa
ibunda masing-masing. Menurut kajian Fasold (1984), terdapat empat faktor utama yang
menyebabkan wujudnya negara pelbagai bahasa dan seterusnya melahirkan komuniti dan
individu yang pelbagai bahasa. Antara faktor tersebut adalah penghijrahan (migration),
P a g e 6 | 40
penjajahan (imperialism), persekutuan (federation) dan sempadan kawasan (border area).
Oleh yang demikian, penggunaan bahasa yang sesuai mengikut etnik rakyat di Malaysia
menjadi keperluan bagi mereka dan berdasarkan prinsip bahasa negara. Justeru,
pertembungan antara bahasa adalah suatu fenomena yang tidak dapat dielakkan. Menurut
Amutharasi (2016), pemilihan bahasa pertuturan oleh sesuatu kumpulan etnik bergantung
pada faktor-faktor seperti politik, ekonomi dan gaya hidup.
Bahasa Tamil adalah satu bahasa klasik yang terunggul dan masih hidup dengan
tradisi kesusasteraan yang tidak terputus (Kulandasamy, 1989/90). Walau bagaimanapun,
asal usul bahasa Tamil ini tidak berapa jelas. Bahasa ini hanya ditutur secara meluas oleh
bangsa Tamil di India Selatan dan Sri Lanka. Justeru, bahsa Tamil ini juga ditutur oleh
sebahagian kecil komuniti di negara lain. Menurut Murasu Nedumaran (1997), bahasa ini
P a g e 7 | 40
menjadi bahsa ke-18 paling banyak ditutur di dunia sekitar tahun 1996 dengan jumlah
penuturnya melebihi 74 juta orang.
Menurut Jabatan Statistik Malaysia (2000), kelompok kaum yang kedua terbesar
di Malaysia merupakan kaum Cina iaitu merangkumi kira-kira 26% daripada jumlah
penduduk di Malaysia. Reformasi Pergerakan 4 Mei yang diketuai oleh Bapa Revolusi
China, Sun Yat Sen di negara China pada tahun 1919 menyebabkan perkembangan kaum
Cina di Malaysia (Ismail Jaafar, 1994).
Oleh yang demikian, kaum Cina di Malaysia telah menubuhkan 313 buah sekolah
Cina di Tanah Melayu pada tahun sekitar 1920-an. Selepas itu, maka wujudlah sekolah-
sekolah vernacular Cina yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar.
Kebanyakan buku teks dan buku rujukan adalah berdasarkan sukatan mata pelajaran di
negara China. Menurut Lee dan Tan (2000), kebanyakan orang Cina di Malaysia
mempelajari bahasa Mandarin di sekolah. Hal ini disebabkan bahasa Mandarin berfungsi
sebagai lingua franca dalam kalangan kaum Cina di Malaysia yang berlatar belakang
kumpulan dialek yang pelbagai.
P a g e 8 | 40
4.3 MASYARAKAT MELAYU
Kelebihan dan perbezaan yang ada pada negeri bumi kenyalang sering mendapat
perhatian daripada pelancong untuk melihat dan merasai pelbagai pengalaman yang
P a g e 9 | 40
hanya terdapat di negeri Sarawak. Hal ini kerana, komposisi kaum yang terdapat di
Sarawak meliputi 27 etnik dan tidak kutang daripada 30 bahasa daripada pelbagai suku
kaum. Ini menjadikan Sarawak begitu unik dari segi budaya dan bahasanya. Menurut
Asmah Haji Omar (2004), mengatakan bahawa tidak dinafikan bahasa Melayu di negeri
Sarawak masih selalu digunakan dan penggunaannya tidak terhad, terutama dalam urusan
rasmi di pejabat kerajaan dan Pendidikan di sekolah. Hal ini secara tidak langsung
membuktikan bahawa Dialek Melayu Sarawak menjadi teras kepada teras perhubungan
dan perantaraan kepada semua suku kaum di Sarawak.
Menurut kajian Collin (1991), menyatakan bahawa dialek Melayu Sabah dapat
digolongkan sebagai sub dialek Melayu Brunei kerana banyak persamaan kosa kata dan
fonologi antara kedua-dua dialek. Manakala, Asmah Haji Omar (2008) menyatakan
pendapat bahawa dialek Melayu di Sabah dan Sarawak terdiri daripada dialek Sarawak,
Brunei dan Kedayan. Kajian terhadap dialek Melayu di Sabah masih kurang dijalankan
oleh pengkaji tempatan. Malahan, salah seorang pengkaji iaitu Jaluddin Haji Chuchu
(2003) menegaskan walaupun ada beberapa kajian tentang bahasa-bahasa sukuan di
Sabah, penyelidikan terperinci dan secara mendalam terhadap dialek Melayu Sabah
belum dipelopori oleh mana-mana pengkaji. Di samping itu, bahasa merupakan adaptasi
mengikut kepercayaan sekumpulan teori bahasa kerana bahasa perlu diperkembangkan
agar dapat diamalkan oleh manusia sebagai sarana komunikasi (Rahmila Murtiana,
2012). Namun sebaliknya menurut Ellis (2008) berpendapat bahawa bahasa boleh
berubah kerana faktor penggunaan sesuatu masyarakat. Beliau memberi satu contoh
perubahan fonologi yang disebabkan oleh penggunaan kerap perkataan tertentu
menyebabkan sebutan bercapah ekoran penyimpangan makna daripada perkataan yang
asal. Selain itu, menurut kajian Cheong Shaw mei (2011), perubahan penggunaan bahasa
dalam kelompok sosial pelajar Kadazandusun di Penampang, Sabah secara intensif ke
atas satu unit masyarakat sekolah berdasarkan tiga teori, iaitu Teori Penyimpangan
Rawak 9Hockett 1958), Teori Fesyen dan Ketidaktentuan Rawak (Postal 1968) serta
Teori Stratum Bawah (Aitchison 1998). Signifikan daripada kajian ini membuktikan teori
berdasarkan kesesuaian konteks dan situasi bahasa dalam masyarakat setempat.
P a g e 10 | 40
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi membawa maksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin.
Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan
sistem. Selain itu, metodologi juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang
digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mecapai tujuan tertentu.
Demi kelancaran dan kejayaan kajian ini, kami sebagai pengkaji mempunyai
strategi persampelan dalam mengumpul maklumat dan data-data yang diperlukan ini
melalui pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Jenis sampel yang pengkaji
gunakan ialah secara rawak. Terdapat tiga buah kolej di UUM iaitu COB, CAS, dan
COLGIS. Bagi kajian ini, sebanyak 60 pelajar UUM yang dipilih untuk dijadikan sampel
kajian.
Dalam pada itu, pengkaji telah memilih 60 pelajar ini secara rawak untuk
menghasilkan dapatan kajian. Responden-responden yang terlibat merupakan pelajar-
pelajar dari semester satu sehingga semester lapan. Kesemua pelajar yang dipilih untuk
kajian ini adalah terdiri bangsa dan agama yang berlainan. Dengan cara ini, pengkaji akan
dapatkan merumuskan hasil dan dapatan daripada jawapan responden.
Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah soal selidik. Pengkaji telah
menyediakan 9 soalan kepada responden UUM iaitu 2 soalan latar belakang responden
dan 7 soalan yang berkaitan dengan pengenalan bahasa di Malaysia. Soal selidik ini telah
disebarkan melalui laman sosial “Whatssap” bagi mendapatkan 60 responden secara
rawak untuk mengisi dan mendapatkan hasil kajian.
P a g e 11 | 40
5.1 SOAL SELIDIK
Terdapat 9 soalan yang merangkumi 2 soalan latar belakang responden dan 7 soalan
pengetahuan berkaitan bahasa di Malaysia. (Pautan soal selidik di halaman rujukan)
P a g e 12 | 40
5.1.1 HASIL KAJIAN
Seramai 60 pelajar UUM telah membantu dalam melaksanakan kajian ini. Hasil daripada
kajian ini dapat dirumuskan melalui jawapan yag telah diisikan oleh responden UUM.
SOALAN 1
KOLEJ
COLGIS; 5; 8%
COB
CAS; 7; 12%
CAS
COLGIS
Menurut carta di atas, terdapat 48 responden daripada Kolej COB, 7 responden daripada
Kolej CAS dan 5 responden daripada Kolej COLGIS yang telah menjawab soal selidik
bagi kajian ini.
P a g e 13 | 40
SOALAN 2
SEMESTER
7% 2%
1-2
15% 3-4
5-6
7-8
77%
Menurut carta pai ini, 77% iaitu 46 responden ialah semester 1 dan 2. Semester 1 dan 2
merupakan responden yang paling ramai yang terlibat dalam kajian ini. Manakala 15%
iaitu 9 responden ialah semester 3 dan 4, 4 responden ialah semester 5 dan 6 serta yang
paling sedikit ialah semester 7 dan 8 kerana hanya satu responden iaitu 1% yang terlibat
dalam kajian ini.
P a g e 14 | 40
SOALAN 3
YA
TIDAK
60; 100%
P a g e 15 | 40
SOALAN 4
34; 57%
Menurut carta di atas, terdapat 34 responden iaitu 56% yang menyatakan sebab-sebab
ingin menguasai bahasa lain adalah supaya memudahkan mereka untuk berkomunikasi
dengan pelajar bangsa lain. Kemudian, 25% daripada responden iaitu 15 pelajar pula
menyatakan kerana minatnya untuk belajar dan menguasai bahasa lain. 7 pelajar iaitu
12% daripada responden memilih memenuhi syarat untuk kea lam pekerjaan adalah
sebab mereka ingin menguasai bahasa lain. Manakala meningkatkan persefahaman
sesama bangsa merupakan pilihan yang paling sedikit iaitu 7% daripada responden sama
dengan 4 pelajar.
P a g e 16 | 40
SOALAN 5
YA
TIDAK
10; 17%
MUNGKIN
50; 83%
Kajian menunjukkan 83% daripada responden iaitu 50 pelajar yang bersetuju dengan
kursus bahasa tambahan yang ditawarkan oleh setiap Institusi di Malaysia. Manakala 10
pelajar iaitu 17% daripada responden yang lain berasa ragu-ragu dengan penawaran
kursus bahasa tambahan di Institusi. Tiada responden yang tidak bersetuju dengan
penawaran kursus bahasa tambahan.
P a g e 17 | 40
SOALAN 6
TIDAK BERMINAT
10; 17%
15; 25% TIADA MASA
SUSAH UNTUK BELAJAR
TIDAK PENTING
11; 18%
24; 40%
Menurut carta di atas, 24 pelajar iaitu 40% daripada responden merasakan bahawa faktor
utama pelajar tidak dapat menguasai lain ialah susah untuk belajar. 15 pelajar lagi iaitu
25% daripada responden mengatakan tidak mempunyai minat untuk menguasai bahasa
lain ataupun baru. Selain itu, 11 pelajar menyatakan tidak ada masa untuk mempelajari
bahasa lain, dan faktor yang paling sedikit adalah tidak penting merupakan pilihan 10
pelajar iaitu 17% daripada responden.
P a g e 18 | 40
SOALAN 7
Menurut carta ini, 20 pelajar iaitu 33% daripada responden akan menonton filem atau
drama untuk menguasai bahasa lain sekiranya Institusi di Malaysia tidak menawarkan
kursus bahasa tambahan. 16 pelajar iaitu 27% akan menghadirkan diri ke pusat bahasa
untuk mempelajari bahasa baru sebagai kelas tambahan mereka, manakala 13 pelajar iaitu
22% responden pula akan meminta ajar daripada kawan-kawan mereka yang berlainan
bangsa untuk menguasai dan belajar bahasa baru. Akhir sekali, belajar sendiri melalui
YouTube dan Google Translate merupakan pilihan yang paling sedikit yang dipilih oleh
11 pelajar iaitu 18% daripada responden.
P a g e 19 | 40
SOALAN 8
1;2%
2% MANDARIN
2;1;
3%
3; 5% SIAM
4; 7% TAMIL
KADAZAN & DUSUN
ENGLISH
10; 17% IBAN
ARABIC
39; 65%
Carta di atas menunjukkan 39 pelajar iaitu 65% daripada responden yang memilih
Mandarin sebagai bahasa lain yang diminati. Bahasa Mandarin selalunya menjadi pilihan
orang ramai kerana ianya juga merupakan salah satu syarat untuk ke alam pekerjaan.
Bahasa kedua terbanyak yang menjadi pilihan responden ialah bahasa Siam dengan 10
pelajar iaitu 17% daripada responden. Kemudian, bahasa Tamil juga diminati oleh 4
pelajar sama dengan 7% daripada responden. Akhir sekali, bahasa-bahasa lain yang
diminati oleh 7 responden yang selebihnya termasuklah bahasa Kadazan, Dusun, English,
Iban dan Arabic.
P a g e 20 | 40
SOALAN 9
YA
8; 13% TIAK
13; 22%
MUNGKIN
39; 65%
Bagi kesimpulan carta ini, 39 pelajar iaitu 65% merasakan penguasaan pelbagai bahasa
ini tidak membebankan mereka, manakala 13 pelajar lain iaitu 22% berasa ragu-ragu dan
tidak pasti dengan jawapan mereka sama ada penguasaan pelbagai bahasa ini
membebankan mereka atau tidak. Terdapat 8 pelajar iaitu 13% daripada responden
menyatakan penguasaan pelbagai bahasa baru ini amat membebankan
P a g e 21 | 40
5.2 PERMAINAN
Permainan merupakan satu kaedah pembelajaran yang boleh menarik minat semua
pihak. Dalam kajian ini, pengkaji telah mencadangkan satu permainan untuk menarik
perhatian penonton ataupun pelajar semasa sesi perbentangan di dalam bilik kuliah.
Permainan yang dicadangkan adalah “GUESS ME”. Semua pelajar akan terlibat dengan
permainan ini dan merasai pengalaman serta mengenali bahasa baru. Berikut merupakan
cara-cara untuk bermain:
GUESS ME
Cara bermain: Setiap pemain akan menerima sekeping kad. Kemudian, pemain 1 akan
dipilh secara rawak oleh pembentang untuk memilih pemain 2 dan tujukan soalan yang
ada pada kad tersebut. Setelah selesai menjawab, pemain 2 itu perlulah memilih pemain 3
untuk menjawab soalan pemain 2 tadi. Permainan diteruskan dengan pemilihan secara
bergilir oleh pemain-pemain.
Denda: Pemain yang tidak dapat menjawab soalan yang ditujukan, pemain tersebut
perlulah menulis jawapan yang betul atas sehelai kertas kosong sebanyak 30 kali. Namun,
setiap pemain mempunyai satu peluang untuk bertanya kepada sesiapa sahaja yang
mengetahui jawapan. Peluang yang telah digunakan tidak boleh diguna balik. Denda
sebegini telah dibincang sesama pembentang bagi meningkat pengetahuan bahasa dan
pengenalan dialek yang berbeza.
P a g e 22 | 40
Contoh Rupa Kad dan Soalan:
Dengan mengadakan permainan ini, semua pelajar dapat melibatkan diri dan ia membuka
peluang pelajar untuk berkomunikasi dengan pelajar lain. Dalam pada itu, hubungan
antara pelajar-pelajar dapat dieratkan dan terjalin.
P a g e 23 | 40
6.0 1 MALAYSIA
1Malaysia (juga disebut Satu Malaysia) ialah satu gagasan yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri Malaysia keenam, Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak pada 2
April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-
etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya.
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di
antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui
'1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan
antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi
berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah
tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.
Perpaduan yang digambarkan oleh Gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep
asimilasi yang diamalkan di negaranegara etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu
identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-
prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia,
dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.
P a g e 24 | 40
6.1 JENIS BAHASA DI MALAYSIA
Malaysia terkenal sebagai negara yang berbilang kaum dan begitu juga dengan
kepelbagaian bahasa yang dipertutur oleh kaum-kaum tertentu. Sebagi contoh, kaum
Melayu bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu, majoriti kaum Cina di Malaysia
bertutur menggunakan bahasa Mandarin dan kaum India pula menggunakan bahasa
Tamil.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Malaysia.
Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan Indonesia dan Brunei, serta
salah satu bahasa rasmi di Singapura. Bahasa Melayu juga dipanggil bahasa
Malaysia. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali.
P a g e 26 | 40
Bahasa Cina atau secara tepatnya, Bahasa Mandarin merupakan dialek Cina yang
ditutur oleh kaum Cina di Malaysia ini. Bahasa Cina juga merupakan bahasa
penutur masyarakat cina di Malaysia membentuk sebahagian keluarga bahasa
Sino-Tibet.
Kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu
bentuk bahasa Cina sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling
ramai orang di dunia yang menuturnya sebagai bahasa ibunda. Perkataan
Mandarin boleh merujuk kepada dua konsep yang berlainan: sama ada kepada
semua dialek Mandarin, atau cuma Bahasa Mandarin Baku, yang berasaskan
dialek Beijing.
Secara amnya, kesemua variasi bahasa Cina bersifat sebutan ton dan
analitik. Namun, bahasa ini ada keistimewaannya kerana kepelbagaian
dalamannya yang meluas. Variasi mengikut kawasan di antara variasi atau dialek
yang berbeza boleh dibandingkan kepada keluarga bahasa Romance (keturunan
bahasa Latin); kebanyakan variasi bahasa Cina ditutur cukup banyak kelainannya
sehingga tidak dapat saling difahami antara satu sama lain.
P a g e 27 | 40
6.1.3 Bahasa Tamil
Bahasa Tamil merupakan dialek yang ditutur oleh majoriti kaum India di
Malaysia ini. Ia merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam
keluarga bahasa Dravidian. Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India
selatan dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara
lain seperti di Malaysia ini.
Bahasa Malayalam
P a g e 28 | 40
Malayalam telah meminjam beribu-ribu kata nama, beratus-ratus kata
kerja, dan sebilangan kata tegar daripada bahasa Sanskrit. Sebilangan
perbendaharaan kata bahasa Sanskrit juga telah diserap dalam bahasa Malayalam.
Seperti di kawasan-kawasan India yang lain, bahasa Sanskrit telah dianggap
sebagai satu bahasa untuk golongan bangsawan dan cendekiawan, iaitu serupa
dengan bahasa Latin dalam sejarah Eropah.
Bahasa Telegu
Telugu tergolong dalam keluarga bahasa Dravidian dan adalah bahasa rasmi di
negeri Andhra Pradesh, India. Ia adalah bahasa Dravidian dengan nombor penutur
yang terbesar di dunia, kedua terbesar bahasa yang dituturi di India selepas Hindi
dan satu daripada 24 bahasa rasmi kebangsaan di India. Orang Inggeris abad ke-
19 memanggil ia Itali Timur laksana semua perkataan dalam Telugu diakhiri
dengan bunyi vokal, tetapi ia dipercayai yang penjelajah Portugis Niccolò Da
Conti datang dengan formulasi itu pada abad ke-15. Diluar india bahasa Telugu
dituturkan oleh kaum india berketurunan Telugu di Fiji,United Kingdom,Amerika
Syarikat,Malaysia dan Afrika Selatan
P a g e 29 | 40
6.2 JENIS DIALECT DAN BAHASA DI MALAYSIA
Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai budaya, sejarah dan masyarakat yang
berbilang kaum. Selain kaya dari segi etnik, budaya, makanan, tempat-tempat menarik,
Malaysia turut dikenali dengan bahasanya. Loghat ataupun dialek adalah satu bahasa
yang mudah difahami bagi sesuatu tempat. Kenali loghat-loghat yang ada di Malaysia.
MALAY
Bagi Kaum Malay, dialek-dialek adalah berbeza mengikut negeri masing-masing.
Antara contoh negeri ialah Dialek Kedah, Dialek Kelantan, Dialek Melaka,
Dialek Sarawak dan lain-lain.
CINA
P a g e 30 | 40
INDIAN
Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung sejak zaman
dahulu lagi. Dalam mendepani era globalisasi ini,kemampuan menguasai dan
berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada seseorang.
Lantaran itu, University Utara Malaysia(UUM) misalnya, memberikan peluang kepada
para mahasiswa-mahasiswi untuk mempelajari lima bahasa antarabangsa iaitu, bahasa
Peranchis, Jerman, Jepun, Cina dan Arab melalui pembelajaran bahasa antarabangsa.
Tanpa kemampuan dan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa, agak sukar seseorang
untuk berkomunikasi khususnya dengan individu yang berlainan bangsa. Oleh itu, banyak
kepentingan akan diperoleh oleh seseorang dengan menguasai pelbagai bahasa lain selain
bahasa ibunda.
P a g e 31 | 40
Kebaikan pertama menguasai pelbagai bahasa ialah seseorang lebih mudah untuk
berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini demikian kerana seseorang
akan lebih berkeyakinan untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja. Sebagai contoh, dengan
menguasai bahasa Inggeris, seseorang boleh memberitahu tempat-tempat menarik serta
keistimewaan yang terdapat di negara kita kepada pelancong yang datang ke negara kita.
Faedah daripada itu, para pelancong berasa lebih dihargai malah akan lebih tertarik
untuk berkunjung ke negara kita. Seseorang juga akan lebih memahami psikologi serta
penutur jati individu tertentu. Sebaliknya, tanpa menguasai pelbagai bahasa seseorang
sukar untuk menolong walaupun masih mempunyai niat untuk membantu. Impak
daripada itu, para pelancong akan berfikiran negatif dan berkemungkinan menganggap
kita tidak peramah dan bersikap sombong. Jelas bahawa, dengan menguasai pelbagai kita
mudah berkomunikasi dengan lebih berkesan untuk bertukar fikiran serta maklumat
antara satu sama lain.
Selain itu, dengan menguasai pelbagai bahasa seseorang lebih mudah untuk
memperoleh ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana pelbagai ilmu pengetahuan yang
terdapat di dunia ini ditulis dalam pelbagai bahasa, khususnya bahasa Inggeris yang
menjadi bahasa utama dunia. Dengan memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan seseorang
akan lebih dihormati, dipandang tinggi serta tidak dianggap bagai katak di bawah
tempurung. Sebagai contoh, untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama Islam
seseorang wajib menguasai bahasa Arab yang merupakan bahasa kitab suci Al-Quran.
Sementara itu, bagi golongan pelajar mereka lebih mudah untuk membuat rujukan
sama ada melalui buku-buku atau Internet. Kemahiran menguasai bahasa Inggeris
misalnya, sering kali menjadi halangan kepada pelajar Bumiputera di pusat pengajian
tinggi untuk menghasilkan kajian serta bahan ilmiah yang berkualiti. Tegasnya, memiliki
kemahiran bahasa Inggeris yang baik sama ada mendengar, bercakap, membaca atau
menulis adalah amat perlu sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia membangunkan modal
insan di negara ini.
P a g e 32 | 40
6.3.3 Kelebihan untuk Melanjutkan Pelajaran
Akhir sekali, tidak dapat dinafikan bahawa dengan menguasai pelbagai bahasa
seseorang lebih mudah untuk memperoleh peluang pekerjaan. Hal ini disebabkan
seseorang pekerja yang berkemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa dianggap
mempunyai banyak kelebihan serta keistimewaan kerana mampu bertutur dengan
pelbagai pihak. Sebagai contoh, di Malaysia seseorang yang boleh bertutur dalam bahasa
Melayu, bahasa Inggeris dan Mandarin memiliki ciri-ciri pekerja yang digemari dan
disukai majikan kerana masyarakat majmuk yang terdapat di negara kita.
Di samping itu, dengan menguasai pelbagai bahasa membolehkan seseorang itu,
menceburkan diri dalam bidang penterjemahan atau jurubahasa dalam bidang kehakiman
dan juga sektor pelancongan. Bidang terjemahan dikatakan mempunyai masa depan yang
cerah kerana mempunyai permintaan yang tinggi. Begitu juga dalam bidang pelancongan
P a g e 33 | 40
yang amat memerlukan khidmat pemandu pelancong asing yang boleh menguasai bahasa
asing. Sesungguhnya, penguasaan pelbagai bahasa dan kemahiran berkomunikasi
menjadi suatu kriteria dan pertimbangan utama majikan dalam memilih ciri pekerja yang
berkualiti.
P a g e 34 | 40
6.4 FAKTOR-FAKTOR TIDAK DAPAT MENGUASAI
PELBAGAI BAHASA DENGAN BERJAYA
Dalam sekolah, semua kawan biasanya kaum orang Melayu. Tiada seorang pun
kawan-kawan yang berbangsa lain, jadi semua kawan bergaul dengan menggunakan
P a g e 35 | 40
bahasa melayu sahaja. Seseorang itu mestilah lemah dalam bahasa asing walaupun
berminat kerana tiada kawan dapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa
asing. Dengan ini, semangat seseorang yang hendak belajar bahasa asing akan
menurun. Namun, selepas melanjutkan pelajaran ke universiti, universiti mempunyai
pelajar-pelajar antarabangsa yang datang dari luar negara. Jadi seseorang yang
berminat dalam pembelajaran bahasa asing bolehlah dapat bergaul dengan mereka dan
boleh terus praktis cakap bahasa asing dengan pelajar-pelajar asing tu.
Seterusnya, sikap seseorang juga adalah antara punca yang menyebabkan mereka
gagal menguasai bahasa asing. Sikap negatif seseorang terhadap bahasa asing dilihat
sebagai punca yang menghalang mereka untuk dapat menguasai bahasa asing dengan
baik. Menurut kajian yang dibuat, didapati jumlah orang yang tidak pasti akan tujuan
mereka belajar bahasa asing sebagai bahasa kedua menunjukkan peratusan yang
tinggi bagi setiap item. Ada sebahagian orang menunjukkan suka bercakap dalam
bahasa asing dan ada sebahagian orang menunjukkan suka membaca bahasa asing.
Sikap negatif seseorang terhadap bahasa asing dikaitkan dengan kurangnya
pendedahan terhadap bahasa asing seperti membaca buku bahasa asing, menonton
televisyen dalam bahasa asing, bercakap dengan rakan-rakan yang bertutur bahasa
asing dan lain-lain.
Ramai orang menganggap belajar bahasa asing ni sebagai persiapan ke luar negara
untuk sambung belajar. Tidak semestinya kita hanya belajar asing untuk pergi ke
sana. Berada dalam Malaysia juga boleh cakap bahasa asing. Contohnya, boleh
bergaul dengan pelajar-pelajar antarabangsa dengan bahasa asing di universiti. Lebih-
lebih lagi nak berurusan dengan orang luar. Dengan belajar bahasa asing, ini akan
memudahkan seseorang mencari pekerjaan yang syarikat besar terutamanya yang
sentiasa berniaga dengan syarikat luar negara. Seseorang yang bekerja dalam sektor
perkhidmatan awam ataupun swasta, keperluan penggunaan bahasa asing terutamanya
P a g e 36 | 40
Bahasa English sangat penting. Kemahiran bahasa asing adalah amat penting
walaupun berada dalam negara.
P a g e 37 | 40
6.5 CARA MEMPELAJARI PELBAGAI BAHASA DENGAN
EFEKTIF
6.5.2 Baca, tulis,tonton drama dan dengar lagu yang berbahasa asing
Selain itu, dengan menonton drama dan filem yang berbahasa asing seseorang
lebih mudah mempelajari bahasa. Cubalah mencari drama dalam bahasa yang sedang
pelajari dan menonton sesering mungkin. Dengan membaca sarikata, seseorang itu
akan menemui perkataan yang tidak kenal. Untuk memahami jalan cerita drama, anda
akan mencari maksudnya dan ini akan memperbanyakkan kosa kata di ingatan.
Samalah dengan mendengar muzik, selain memperbanyakkan kosa kata yang di
ingatan, ia juga dapat membantu meningkatkan kemampuan mendengar. Usahakan
untuk membaca dan menulis dalam bahasa yang pelajari. Membeli buku-buku atau
majalah dalam bahasa tersebut lalu usahakan membaca satu artikel sehari. Mencari
maksud perkataan yang tidak fahami melalui applikasi kamus untuk menguasai
memperbanyakkan kosa kata di ingatan.
P a g e 38 | 40
6.5.3 Belajar dan hafalkan kosa kata
Seterusnya,menguasai kosa kata adalah salah satu hal terpenting yang harus
dilakukan semasa mempelajari suatu bahasa. Meskipun sesorang itu tidak mengerti
keseluruhan kalimat, kemampuan memahami kata kunci pada kalimat akan membantu
seseorang memahami arti umum suatu ceramah atau teks. Seseorang perlulah
berfokuslah untuk mempelajari kata inti. Menguasai kata inti dalam suatu bahasa
adalah cara cerdas untuk mulai mempelajari suatu bahasa. Contohnya setelah
menguasai 100 kata tersebut, berusahalah menguasai 1000 kata inti. Secara anggaran,
setelah menguasai 1000 kata inti,seseorang akan memahami 70% dari teks apa pun.
Seseorang perlu berfokus untuk menguasai kosa kata yang relevan bagi dirinya.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu sentiasa terlibat dalam perniagaan, belajarlah
dulu kosa kata berkaitan perniagaan.
P a g e 39 | 40
7.0 PENUTUP
Bahasa yang terdapat di Malaysia ini memang banyak tetapi harus disedari bahawa,
Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia ini merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia.
Bahasa Malaysia ini memberikan faedah yang dapat menyatupadukan rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Hal ini dikatakan demikian
kerana, kita perlu pertahankan bahasa Malaysia ini sebagai bahasa kebangsaan. Jika
bukan kita siapa lagi yang ingin pertahankan kerana ia diibaratkan seperti peperangan
yang harus kita tempuhi untuk mengekalkan benteng kubu kita sendiri supaya tidak
pecah.
Jika tidak pertahankan Bahasa Malaysia ini, generasi akan datang tidak ambil
peduli bahawa Bahasa Malaysia ini di mana taraf kedudukannya dan negara Malaysia
mudah dijajah oleh kuasa barat yang menggunakan bahasa asing. Ini akan
menunjukkan bahawa, bahasa Malaysia sangat penting dalam kehidupan kerana itu
lambang keperibadian seseorang apabila berkomunikasi dan ia selaras dengan
mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.
Namun harus diingatkan, walaupun bahasa Melayu itu sebagai bahasa rasmi
Malaysia, kita juga perlu hormat antara satu sama lain apabila melakukan sebarang
aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan komunikasi. Ini menunjukkan rakyat
Malaysia bukan sahaja hebat bertutur, malah pandai menjaga adab perkauman antara
bangsa. Di sini lahirnya kasih sayang atau perihatin antara masyarakat yang tidak
mengira kaum dan agama. Jika tidak menjaga hal yang demikian, akan banyak timbul
isu perkauman atau juga boleh berlakunya peperangan di dalam negara.
Kenalilah bahasa kita yang terdapat di Malaysia agar kita tidak menjadi diri
yang duduk dalam satu kelompok sahaja seperti bangsa melayu hanya dengan orang
melayu atau dikenali sebagai “asabiyah”.
P a g e 40 | 40