C3 Nagulan - BUKU JAWAPAN PA Jun 2020
C3 Nagulan - BUKU JAWAPAN PA Jun 2020
C3 Nagulan - BUKU JAWAPAN PA Jun 2020
pertama ialah penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan
dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahya. Untuk membentuk
istilah kita perlu pilih kata yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu. Dalam
langkah ini, perlulah memastikan ungkapan yang digunakan merupakan paling
singkat. Sebagai contohnya, rumah sakit yang membawa maksud hospital. Kata
yang dipilih juga perlulah tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan dan ciri
yang dimaksudkan. Contohnya gaya, garis pusat, tapak, kuasa dan sebagainya
[ CITATION Sha20 \l 1033 ].
Langkah kedua pula perlu memilih kata dalam bahasa Melayu yang sudah
lazim tidak digunakan. Perkataan yang dipilih perlulah mempunyai ungkapan yang
maknanya tidak menyimpang. Sebagai contohnya perkataan cerakinkan, mendap,
ketuhar dan sebaganya. Langkah ketiga pula ialah memilih perkataan dalam bahasa
serumpun dan dialek Melayu yang lazim digunakan. Contohnya, labur (Negeri
Sembilan), dermaga (Jawa), bangat (Jawa) dan sebagainya. Langkah keempat pula
ialah memilih kata dalam bahasa serumpun atau dialek Melayu yang sudah tidak
lazim digunakan. Contohnya, dening (Kelantan), riam (Johor), engkabang (Iban) dan
sebagainya. Jika tiada istilah yang diperlukan dalam bahasa Melayu maka boleh
mencari daripada bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu. Syarat-syarat
pembentukan istilah dalam langkah ini ialah kata yang dipilih tidak mempunyai
ungkapan yang tidak berkonotasi buruk dan ungkapan yang digunakan perlulah
sedap untuk didengar.
Secara ringkasnya, kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah adalah yang
paling tepat untuk mengungkapkan konsep yang dimaksudkan dan yang stabil dari
segi maknanya dalam bidang ilmunya. Kata atau frasa yang dipilih adalah yang
paling ringkas antara pilihan yang ada dalam beberapa rujukan yang sama. Kata
atau frasa yang dipilih harus mempunyai konotasi yang baik, tidak berbau lucah atau
membawa implikasi buruk dari segi agama dan kepercayaan, norma suku kaum, dan
hubungan antarabangsa. Kata yang dipilih mestilah ringkas dan dibentuk
berdasarkan kaedah yang diterima [ CITATION Ped04 \l 1033 ].
Seterusnya, dalam langkah kelima pilih kata atau istilah daripada bahasa
Inggeris. Contohnya perkataan dalam bahasa Inggeris ialah elektron. Langkah
keenam pula ialah penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain.
Contohnya in toto, ad hoc dan sebagainya. Jika istilah yang diperlukan tidak terdapat
dalam bahasa Melayu dan serumpunnya, maka dibenarkan mengambil kata-kata
NO. ANGKA GILIRAN :2017192340044 KOD KURSUS :BMMB3113
bahasa asing. Namun istilah yang diambil perlulah mengutamakan bentuk ejaan
dalam bahasa sumber yang disesuaikan dengan bahasa Melayu dan disebut dengan
sistem bunyi bahasa Melayu. Istilah yang dibentuk daripada langkah kelima dan
keenam hendaklah merupakan ungkapan asing yang lebih secocok, ungkapan asing
yang memudahkan pengalihan antara bahasa dan ungkapan asing yang
memudahkan kesepakatan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia demi untuk
penyelarasan bahasa antara dua negara berkenaan. Pembentukan istilah
menggunakan langkah kelima dan keenam sering menimbulkan pergeseran makna
antara istilah sumber dengan istilah sasaran yang tergubal jika proses
penterjemahan dilakukan dengan teliti. Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
(JKTBM) juga menetapkan supaya kata-kata yang diserapkan dalam bahasa
Inggeris atau bahasa lain hendaklah disesuaikan dengan ejaan dan sebutan bahasa
Melayu [CITATION Sul \l 1033 ].
Rujukan
Pedoman Umum Pembentukan Istilah. (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Pedoman Umum Pembentukan Istilah. (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Sulaiman Masri & Zainal Abidin. (1989). Peristilahan dan Penulisan Sains. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
NO. ANGKA GILIRAN :2017192340044 KOD KURSUS :BMMB3113
A d at R esam
K e p e r c a y a a n , M it o s d a n L a g e n d a
G e o g r a fi d a n p e r s e k ti r a a n
P e r ib a h a s a
K ia s a n
M a k a n a n d a n p a k a ia n
sistem nilai yang berbeza[ CITATION Ham13 \l 1033 ]. Oleh sebab itu, penterjemah harus
mengambil kira aspek adat resam dalam penterjemahan kerana adat resam ialah
suatu ketetapan yang tidak boleh berubah dan dianggap sebagai suatu pengungkap
identiti bangsa.
Selain itu dari aspek kepercayaan, mitos dan lagenda pula kepercayaan
dianggap sebagai unsur budaya yang juga terdapat dalam semua masyarakat.
Contohnya, bagi masyarakat Melayu sering kali menyebut “Pak Belang” apabila
berada di dalam hutan dan bukannya “harimau”. Kepercayaannya ialah sekiranya
disebut nama sebenar binatang tersebut maka dikhuatiri binatang tersebut akan
bertembung dengan kita sewaktu di dalam hutan. Kepercayaan seperti ini juga
terdapat dalam masyarakat India. Kisah yang sering kita dengar ialah “Mahabaratha”
dan “Ramayana”. Melalui kisah ini masyarakat India mempunyai kepercayaan
bahawa “karma” menentukan hukuman dan dosa mereka di akhirat nanti.
Penterjemah juga perlu menerima unsur luar dalam kaedah terjemahannya misalnya
“he had a bad chi or personal god” telah diterjemahkan sebagai dia mempunyai chi
atau dewa peribadi yang tidak baik.
Seterusnya, dari aspek geografi dan persekitaraan, apabila memperkatakan
budaya bahasa sumber, kita sebernanya turut melihat kepada persoalan geografi
dan muka bumi suatu kawasan [ CITATION Ain10 \l 1033 ]. Perkataan yang mendukung
konsep tertentu dalam masyarakat Barat seperti Prairies, steppes, tundras dan
sebagainya memberikan gambaran geografi yang tidak terdapat dalam masyarakat
Melayu yang lebih kepada persisiran pantai dan perdagangan laut. Sebagai
contohnya, Norfadilah Sufke (2010) melihat unsur ini dalam kajian beliau dan
mendapati bahawa banyak istilah yang menunjukkan cuaca digunakan misalnya “It
was early autumn and the sun was tipping over the horizon” (Tunnels) diterjemahkan
sebagai “Musim luruh baru sahaja bermula dan matahari baru hendak terbenam”
(Terowong). Cuaca Malaysia tidak sama dengan Amerika. Oleh itu penggunaan
istilah tertentu bagi menggambarkan suasana budaya yang hidup dengan empat
musim amat berbeza dengan masyarakat di dunia ini. Setiap bahasa mempunyai
kepelbagaian perbendaharaan kata yang berbeza. Perbezaan ini sangat bergantung
kepada budaya, dalam hal ini termasuk lokasi geografi dan persekitaran. Dalam
proses penterjemahan, selain memahami teks yang akan diterjemahkan,
penterjemah juga harus mempertimbangkan aspek budaya bahasa sumber dan
bahasa sasaran supaya penyampaian maksud dapat dicapai.
NO. ANGKA GILIRAN :2017192340044 KOD KURSUS :BMMB3113
sesuatu benda dengan benda lain yang seakan-akan sifatnya. Contohnya perkataan
loyang. Perkataan loyang sesuai digunakan bagi mencipta istilah bagi honeycomb
iaitu kita mendapat istilah loyang madu.
Aspek terakhir ialah makanan dan pakaian. Masyarakat mempunyai makanan
dan pakaian tradisi dengan nama tersendiri. Kebanyakan nama bagi makanan dan
pakaian tersebut dikekalkan dan tidak berubah [ CITATION Ain06 \l 1033 ]. Makanan
merupakan ekspresi sesuatu bangsa yang dapat diterjemahkan dalam pelbagai
kaedah. Cara memilih, menyiapkan makanan, menyajikan dan memakan makanan
sering berbeza antara satu masyarakat denga masyarakat yang lain. Contohnya,
masyarakat Melayu membesar dengan nasi sebagai makanan ruji manakala
masyarakat beragama Hindu melarang penganutnya memakan daging lembu. Oleh
itu, penterjemah perlu mengambil kira aspek makanan dan pakaian agar maksud
yang diterjemahkan sampai kepada pembaca.
Kesimpulannya, dalam penterjemahan aspek yang diutamakan ialah
hubungan dinamik antara pembaca dengan kandungan bahan yang dibaca. Perkara
yang lebih penting ialah pembaca mengalami kesan yang sama setelah membaca
karangan terjemahan sebagaimana kesan yang dirasai apabila teks asal dibaca oleh
pembaca dalam bahasa sumbernya. Jelaslah, budaya sebagai unsur utama dalam
masyarkat perlu diterjemahkan setepat mungkin agar dapat difahami oleh pembaca
dan meningkatkan lagi persefahaman dalam hubungan sesama manusia.
Rujukan
Ainon Mohd & Abdullah Hassan . (2010). Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2006). Teoi dan Teknik Terjemahan. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.