Perkembangan Dan Perubahan Dalam Pendidikan Moral
Perkembangan Dan Perubahan Dalam Pendidikan Moral
Perkembangan Dan Perubahan Dalam Pendidikan Moral
Pada tahun 1989, rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula
diperkenalkan di semua sekolah menengah, KBSM ini dirancang untuk memperkembangkan
potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk
melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan kepada
kemajuan, kesejahteraan serta pembangunan negara.
Perkembangan dan perubahan dalam pendidikan moral bagi kurikulum bersepadu sekolah
menengah telah disemak semula untuk memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat
patriotik bagi menyedarkan murid mengenai peranan dan tanggungjawab mereka sebagai
warganegara yang maju dan masyarakat yang berilmu. Murid perlu dididik untuk keupayaan
mereka berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika yang tinggi, bijaksana, serta dapat
menggunakan teknologi maklumat dan mampu berkomunikasi secara berkesan. Dengan itu,
murid dapat membina satu panduan hidup yang dapat membantu merka menjadi insan yang
bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial
terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.
Beberapa prinsip utama yang dikenal pasti sebagai panduan dalam perkembangan dan perubahan
dalam pendidikan moral bagi melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek,
emosi dan sosial ialah bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain, seterusnya,
berpegang teguh pada ajaran agama, selain itu, prihatin kepada alam sekitar, selepas itu,
mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup, seterusnya, bersemangat patriotik dan
menghormati hak asasi manusia serta mengamalkan orinsip demokrasi dalam kehidupan.
Pemilihan prinsip ini adalah untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam
rukun negara, Wawasan 2020 dan falsafah pendidikan kebangsaan. Sebagai sebuah negara yang
menuju kearah status negara maju, kita perlu membina masyarakat yang sepenuhnya bermoral
dan beretika iaitu sebuah masyarakat yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang
kukuh dan bersikap toleransi.
Untuk perkembangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pelajar telah diberi
peluang untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang tertentu. Sebagai contoh, kemahiran
generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan
kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini adalah sebagai penyediaaan kepada
murid untuk menghadapi dunia yang berteknologi maklumat dan komunikasi serta cabaran alaf
baru.
Penguasaan ini adalah untuk membantu murid membina daya tahan dan kebolehan untuk
menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Para murid juga digalakkan
untuk mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat seperti teknologi maklumat dan
komunikasi seperti internet, cd-rom, email dan sidang telekomunikasi. Aktiviti ini berfungsi
sebagai perangsang kepada perkembangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Dalam perkembangan dan perubahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah
membahagikan beberapa bidang pembelajaran. Dalam bidang pembelajaran pertama, ia
melibatkan nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri. Dalam pembelajaran ini, nilai yang
digunakan ialah kepercayaan kepada tuhan, amanah, harga diri, bertanggungjawab, hemah
tinggi, toleransi, berdikari, kerajinan, kasih sayang, keadilan, rasional dan kesederhanaan.
Bidang pembelajaran dan nilai yang berkaitan juga berbeza mengikut permasalahan atau projek
yang dijalankan untuk murid belajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap
kebolehan. Untuk setiap pembelajaran, pembelajaran akan bermula dengan membolehkan murid
belajar dengan kritis dan reflektif. Ia bertujuan untuk membantu murid membuat keputusan
berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Seterusnya, pembelajaran akan
menggunakan kaedah pengembangan kreativiti. Murid dikehendaki untuk berfikir secara logik
dan membina daya imaginasi dan murid berkemampunan untuk memberikan pandangan.
Seterusnya, dalam kemahiran-kemahiran generik, murid boleh menggunakan untuk menyediakan
tenaga pekerja yang mahir, cekap, dan berketrampilan di tempat kerja dari alam pekerjaan.
Dalam arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukam kebolehan pelbagai bahasa untuk
rakyat malaysia yang perlu menguasai dua bahasa atau lebih.