SEJ Bruh

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON

71000 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

TAJUK : HUKUM KANUN MELAKA

NAMA :
NO. K/P :
PROGRAM :
NAMA PENSYARAH :
SENARAI KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA
SURAT

1. Penghargaan
2. Objektif Kajian
Latar Belakang / Pengenalan
3. - Sejarah Penggubalan Hukum Kanun Melaka
- Tujuan Hukum Kanun Melaka Digubal
Kandungan Perlembagaan
4.
- 44 Fasal Hukum Kanun Melaka
5. Kesan Perlembagaan kepada Negeri Melaka
Penutup
6. - Kepentingan Perlembagaan / Undang-undang
kepada Rakyat dan Negara
7. Rujukan
PENGHARGAAN
Alhamdulillah kerana dengan izin nya,saya Izz’Haziq Iqbal Bin Kdayattul Faidzal telah
diberi kesempatan dan kemudahan untuk melengkapkan dan menyiapkan kerja kursus
sejarah ini.
Saya menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan tugasan sejarah(A05100)
tahun 1 SVM. Kajian yang saya jalankan ialah berkaitan dengan Hukum Kanun
Melaka.Tempoh masa yang diberi untuk menyempurnakan kerja kursus ini ialah 3 minggu.
Saya membuat kajian ini untuk mengetahui tujuan penggubalan Hukum Kanun Melaka dan
sejarah penggubalan Hukum Kanun Melaka. Saya telah menjalankan kajian secara
individu.Saya menggunakan data dan maklumat yang diperoleh untuk menulis laporan
lengkap secara individu. Terima kasih saya ucapkan kepada yang terlibat dalam
penghasilan folio ini sama ada secara langsung atau tidak.

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru mata
pelajaran sejarah iaitu Nur Syafiqah Diyana Binti Saleman kerana telah banyak memberi
tunjukn ajar dan bimbingan sehingga tugasan ini siap.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu
Kdayattul Faidzal Bin Abd Wahab dan ibu saya iaitu Hasnidah binti Jamil kerana sentiasa
menyokong saya untuk tidak cepat berputus asas.
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini tentang untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang jelas dan
sahih.Ia boleh menolong saya membuat satu kajian yang berilmu dengan jelas dan saya
dapat menganalisis maklumat tentang HUKUM KANUN MELAKA.
Kajian ini juga menambah pengetahuan saya tentang latar belakang dan pengenalan
tentang Hukum Kanun Melaka.Ia juga dapat mengajar saya tentang latar belakang dan
pengenalan tentang Hukum Kanun Melaka.Saya mendapat pendedahan bagi mengenali
kandungan perlembagaan kepada negari Melaka.
Kajian ini memberi pengesahan tentang kesan perlembagaan kepada negeri Melaka
seperti pentadbiran,social dan ekonomi.Selain itu, memberi pengajaran kepada bangsa
melayubetapa pentingnya perlembagaan dan peraturan sesebuah Negara kepada rakyat
dan kemakmuran Negara.
PENDAHULUAN
Hukum Kanun Melaka, yang juga dikenali sebagai Undang – undang Darat Melaka
mengandungi 44 fasal dan dianggap sebagai satu perlembagaan awal yang menyeluruh
walaupun wujud semenjak awal pembukaan Melaka lagi. Antara intipati Hukum Kanun
Melaka ialah bidang kuasa raja, bidang kuasa pembesar, pantang larang dalam kalangan
anggota masyarakat, hukuman terhadap kesalahan jenayah awam dan juga undang –
undang keluarga. Pengaruh Islam jelas boleh dilihat dalam Hukum Kanun Melaka di mana
undang – undang jenayah dibahagikan kepada tiga dan ia berdasarkan Islam. Hukum Qisas
yang berkaitan dengan membunuh, Hukum Hudud yang berkaitan dengan kesalahan zina
dan mencuri serta Hukum Ta’zir , bagi kesalahan yang tidak dikenakan Hudud dan Kisas
merupakan yang mempunyai unsur Islam sebagai asasnya.
Undang – undang Laut Melaka pula, sebagaimana ditertera dalam namanya
berkaitan dengan perairan dan perdagangan. Peruntukannya adalah bersabit dengan hal-
hal di laut seperti tanggungjawab pegawai-pegawai kapal, tatacara pelayaran dan
perniagaan, hukuman terhadap kesalahan jenayah atau syariah Islam, dan juga bidang
kuasa nakhoda kapal. Rasional Undang – undang Laut Melaka diwujudkan ialah untuk
melancarkan urusan perdagangan di Selat Melaka. Perkara ini telah menggalakkan
kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka. Para pedagang
telah rasa selamat dan perdagangan di Melaka telah berkembang menjadi pesat.
Seterusnya ialah Undang – undang 99 Perak. Undang – undang 99 Perak ialah
undang- undang yang tertua sekali di Perak berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi
masyarakat tradisional. Sebagaimana dinyatakan dalam namanya, undang – undang ini
menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan. Walaupun Undang – undang 99
Perak dilihat menerima pengaruh agama Islam yang kuat namun pengaruh Hukum Kanun
Melaka yang kuat juga boleh dilihat. Sebagai contohnya, Undang – undang 99 Perak
membincangkan tentang penzinaan, perkahwinan, pembunuhan dan peraturan raja, sama
seperti Hukum Kanun Melaka.
Pada masa yang sama, Undang – undang Kedah juga telah menjadi salah satu
undang – undang yang amat penting semasa alam Melayu awal. Undang – undang Kedah
merupakan satu komponen perundangan yang dibuat dalam satu jangka masa yang
berbeza – beza, Undang – undang Kedah mengandungi lima bab utama iaitu Undang –
undang Pelabuhan, Tembera Dato’Seri Paduka Tuan, Hukum Kanun Dato’ Kota Star, adat –
adat utama dan Undang – undang 1199H. Setiap bab ini mempunyai keunikannya yang
tersendiri dan telah berjaya mengekalkan Kedah sebagai satu kerajaan yang makmur.
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

Prinsip Perlembagaan Kesultanan Melayu Melaka dilandaskan pada Hukum


Kanun Melaka, selain itu ia bersumberkan al-Qur’an, al-Sunnah, qiyas, ijma,’ adat Melayu,
titah di-Raja dan keputusan para pembesar baginda yang dibatasi bidang kuasa seperti
dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka. Majoriti sejarawan menyatakan bahawa sistem
politik yang dibangunkan oleh Parameswara mempunyai pengaruh Kerajaan Melayu Tua
Palembang dan Kerajaan Temasik pada penghujung abad ke-14. Sistem politik yang
diwarisi itu dikembang suaikan dengan keperluan pentadbiran apabila bertambahnya
bilangan rakyat, kepesatan aktiviti sosial, ekonomi dan pengaruh ajaran Islam.

Hukum Kanun Melaka adalah perlembagaan Kesultanan Melayu Melaka kerana ia


bukan hanya berkuatkuasa di Kota Melaka bahkan semua jajahan takluk dan negeri-
negeri lindungan Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka meliputi hampir
semua wilayah Semenanjung Tanah Melayu dan bahagian pesisir pantai Pulau Sumatera.
Penginstitusian Hukum Kanun Melaka sebagai sebuah perlembagaan pastinya
berdasarkan prinsip syura yang diwarisi oleh Sultan Mansor. Itu disaksikan kemudiannya
dalam wasiat Sultan Mansor kepada putera baginda Raja Husin, iaitu:
Dan hendaklah engkau muafakat dengan segala menteri dan segala orang besar-besarmu,
kerana raja itu, jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya dan tahunya, jikalau tiada muafakat
dengan segala pegawainya di mana akan dapat ia melakukan kebijaksanaan itu? Dan lagi tiada akan
sentosa kerajaannya, kerana raja-raja itu umpama api, akan segala menteri itu umpama kayu; jikalau
tiada kayu, di manakah api itu bernyala?

Hukum Kanun Melaka terus diterima pakai oleh Kerajaan-kerajaan Melayu


walaupun setelah terbubarnya Kesultanan Melayu Melaka di Johor pada tahun 1699.
Kelangsungan Hukum Kanun Melaka dapat dilihat pada Hukum Kanun Pahang, Undang-
undang Kedah, Undang-undang Johor dan Undang-undang Sungai Ujung. Hukum Kanun
Melaka versi Johor terdiri daripada 6 bahagian, iaitu; intisari Undang-undang Melaka,
Undang-Undang laut, Hukum Perkahwinan Islam, hukum Perdagangan dan Shahadat,
Undang-undang Negeri dan Undang-undang Johor. Undang-undang Melaka bukan sahaja
menyentuh bab muamalat atau sivil, bahkan Undang-Undang Jenayah Islam. Peruntukan
dalam Hukum Kanun Melaka ditambah dari masa ke semasa sehingga abad ke-19. Ini
membuktikan Kerajaankerajaan Melayu meneruskan pelaksanaan Hukum Kanun Melaka
seiring dengan pengukuhan pelaksanaan perundangan Islam.
44 Fasal Hukum Kanun Melaka

Undang-undang Melaka versi Biblioteca Apostolica Vaticana


mengandungi 48 fasal keseluruhannya. Pembahagian undang-undang
yang ada bolehlah dinyatakan seperti berikut:

1. Undang-undang perlembagaan: Ia terkandung dalam Fasal 1 hingga Fasal 3,


menyatakan pemakaian undang-undang Melaka ke atas negeri dan raja bagi manfaat
negeri, raja dan menteri untuk memelihara segala rakyat. Seterusnya diperihalkan
peruntukanperuntukan berkaitan dengan hak keistimewaan dan syarat-syarat seorang
raja, tanggungjawab rakyat, pelantikan pembesar negeri, bidang kuasa para
pembesar dan tatacara antara raja dengan rakyat.
2. Undang-undang jenayah mengikut adat Melayu: Ia terkandung dalam Fasal 4 hingga
Fasal 18 (kecuali 15) dan 24, dinyatakan juga syarat-syarat seorang menteri, had
bidang kuasa pengampunan seorang hakim dan menteri, asas-asas beladiri, prinsip
mitigasi hukuman, prosedur perbicaraan jenayah, prinsip kafa’ah dalam perlakuan
jenayah dan hukuman; menyentuh jenayah bunuh, tetak, fitnah, curi, salah tahan,
cabul, tuduhan palsu, penyubahatan jenayah, tipu dan angkara. Dalam peruntukan
tersebut diperjelaskan hukuman daripada sisi adat dan juga syariat Islam;
3. Undang-undang kontrak perkhidmatan (upah) dan sewa mengikut adat Melayu: Ia
terkandung dalam Fasal-fasal 15 dan 49, dinyatakan bentukbentuk pampasan
(remedy) apabila berlakunya hilang keupayaan kontrak (frustration of contract),
kecuaian (negligence) dan pecah syarat (breach of contract);
4. Undang-undang tanah mengikut adat Melayu, terkandung dalam Fasal-fasal 19, 20
dan 22;
5. Undang-undang kecuaian berhubung penjagaan harta mengikut adat Melayu, terkandung
dalam Fasal 21;
6. Undang-undang bencana dan tuntutan pampasan mengikut adat Melayu, terkandung
dalam Fasal 23, dinyatakan keadaan-keadaan yang dikategorikan sebagai bencana,
pengecualiannya dan bentukbentuk pampasan bagi mereka yang menyelamatkan
harta bencana;

7. Undang-undang wakalah (Perwakilan), terkandung dalam Fasal 24;


8. Undang-undang keluarga Islam, terkandung dalam Fasal 25 hingga Fasal 28;
9. Perletakkan bidang kuasa Shahbandar, terkandung dalam Fasal 29;
10. Undang-undang kontrak Islam, terkandung dalam Fasal 30 hingga Fasal 39;
11. Undang-undang jenayah hudud Islam seperti curi, zina, qazaf, murtad, dan minum
arak, terkandung dalam Fasal-fasal 7, 11, 12, 41, 45 dan 47;
12. Undang-undang Jenayah Qisas dan Diyat Islam, terkandung dalam Fasal-fasal 5, 8,
16 dan 24; dan
13. Undang-undang Tatacara Jenayah dan Mal Islam, terkandung dalam Fasal-fasal 40,
syarat-syarat sah suatu pengakuan atau ikrar, syarat-syarat saksi, prosiding
perbicaraan dan syarat-syarat sabitan suatu kesalahan jenayah.42 dan 43.
Peruntukannya menyentuh pengakuan dalam kesalahan jenayah dan
KESAN PERLEMBAGAAN KEPADA NEGERI MELAKA

Dari segi sistem pentadbiran, sumbangan Islam yang paling nyata ialah
tertubuhnya sebuah Kerajaan Melayu-Islam di Nusantara pada abad ke-15. Melaka
muncul sebagai sebuah negara Melayu yang berpandukan akidah Islam dengan
menjadikan Raja Sultan sebagai pemerintah tertinggi negara. Agama Islam dijadikan
agama rasmi Melaka pada tahun 1446, iaitu semasa pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah. Ini menjadikan Islam sebagai agama utama yang dilindungi dan
dikembangkan di Melaka. Sebagai sebuah kerajaan Melayu-Islam, penekanan
pentadbiran adalah pada unsur-unsur kemelayuan, keislaman dan kesultanan.
Dalam konteks ini, sultan selaku pemimpin dan penaung kepada rakyat, baginda
memegang amanah Allah SWT. bagi menjalankan kuasa tertinggi memerintah
negara secara adil dan saksama demi kesejahteraan rakyat dan keharmonian
negara. Teks Melayu lama yang memperkatakan tatanegara seperti kitab Bustanus-
Salatin ,Tajus-Salatin ,... Hukum Kanun Melaka jelas memperkatakan bahawa
pemerintahan raja-raja hendaklah berdasarkan lunas-lunas ajaran Islam,bukan
sahaja syariah atau hukumnya, tetapi juga dari segi tatasusilanya...

           

Dari segi ekonomi pula, Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang
terkenal di dunia pada abad ke 15. Banyak barang-barang yang berkaitan dengan
Islam dibawa masuk seperti kitab-kitab agama, minyak wangi, permaidani, pakaian
dan sebagainya. Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti
dalam soal timbangan sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekah.

Kesan dari segi sosial pula, pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat
pengajian dan perkembangan agama Islam yang terpenting. Banyak perkataan Arab
seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain lagi memperkayakan
khazanah bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua
Franca.
PENUTUP

Kesimpulannya kejayaan sesebuah negara sama ada dalam bidang


pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagai terletak di bahu pemimpinnya. Apabila
pemimpin kuat maka negara atau rakyatnya menjadi kuat. Andai pemimpinnya lemah maka
runtuh dan rosak binasalah sesebuah negara. Oleh itu, pemimpin yang berilmu
pengetahuan, berwibawa, berkarisma serta memiliki nilai-nilai murni perlu dilahirkan dalam
sesebuah negara untuk memimpin negara ke arah kemajuan dan kemakmuran.
Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya selepas kejatuhan Majapahit iaitu
kira-kira pada tahun 1414 masihi.  Pada ketika itu, Melaka telah diperintah oleh Sultan
Muzaffar Syah.  Baginda telah berjaya meluaskan kuasanya di negeri sekitar Melaka.
Ekspedisi peluasan kuasa ini telah membantu menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat
perdagangan yang terpenting di gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke 15 dan awal
abad ke 16.  Sejak pengasasannya, Melaka telah mempunyai sistem pentadbiran yang
tersusun. Faktor ini menyebabkan Melaka muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal. 
Kedudukan Melaka yang strategik iaitu di Selat Melaka telah mendorong kepada
perkembangan perdagangan di gugusan Kepulauan Melayu.
Secara ringkasnya, perbincangan ini telah menunjukkan bahawa nilai dalam budaya,
ekonomi, politik mahupun sosial dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka mempunyai
pengaruh terhadap perkembangan politik kontemporari tetapi tidak secara langsung. Nilai-
nilai dalam masyarakat berubah dengan berubahnya beberapa faktor yang disebutkan
sepanjang perbincangan ini. Nilai yang diamalkan Malaysia adalah respons pemerintah
kepada stimulus semasa. Nilai yang terbentuk di kalangan masyarakat hari ini banyak
terkesan dengan penjajahan yang begitu lama. Hasilnya, ada nilai-nilai yang pernah hidup
dalam masyarakat dahulu kini telah berkubur tanpa nisan.
RUJUKAN

 http://groupingpengajianmalaysia.over-blog.com/2014/09/bincangkan-aplikasi-hukum-
kanun-melaka-dan-kesannya-kepada-undang-undang-di-malaysia.html
 https://fabulousness00.blogspot.com/2019/01/hukum-kanun-melaka-dan-hukum-laut-
melaka.html
 https://www.scribd.com/doc/286013184/Melaka-Sebagai-Pusat-Perdagangan
 https://www.scribd.com/document/211809938
 https://www.scribd.com/document/133009071
 https://www.scribd.com/document/336249178

You might also like