Hadis Halal, Haram & Syubhah
Hadis Halal, Haram & Syubhah
Hadis Halal, Haram & Syubhah
HADIS
HALAL , HARAM
& SYUBHAH
HADIS
ت َر ُس ْوَل ع ان ب ِن ب ِش ٍ ر ِضي اهلل عْنهما قَ َال مَسِ اهلل النُّعم ِ عن أَيِب عب ِد ِ
ْ ُ ْ َ ْ َ رْي َ َ ُ َ ُ َ َ ْ َْ
نِّي ب امر حْل ا َّ
ن ِ
إو نِّي ب ل
َ ال حْلا َّ
ن ِ
إ : ل ُ و ق ي م َّ
ل سو هِ ي ل
َ ع اهلل ى َّ
ل ص ِ
اهلل
َ َ َ ٌ َ ََ َ َ ٌ َ ُ َ ْ َ َ َ َُ ْ
َّاس ،فَ َم ِن َّات َقى ات الَ َي ْعلَ ُم ُه َّن َكثِْيٌر ِم َن الن ِ ِ
َوَبْيَن ُه َما أ ُُم ْوٌر ُم ْشتَب َ ٌ
ه
ات وقَ َع يِف ات َف َق ْد استبرأَ لِ ِدينِ ِه و ِعر ِض ِه ،ومن وقَع يِف الشُّبه ِ الشُّبه ِ
َُ َ ْ َْ َ ْ َ ْ َ َ ْ َ َ َُ
ك أَ ْن َي ْرتَ َع فِْي ِه ،أَالَ َوإِ َّن لِ ُك ِّل شِ
َ ُْ ُو ي ى م ِحْل ا ل َ و ح
َْ َ َ ْعى ر ي ي ِ
اع الر
َّ ك
َ ، احْل رِ
امََ
ضغَةً إِ َذا م اهلل حَم ا ِرمه أَالَ وإِ َّن يِف اجْل س ِ
د ِ ى ك مِح ى أَالَ وإِ َّن مِح ٍ ملِ
ََ ُ ْ َ ُُ َ َ َ ً َ
ت فَ َس َد اجْلَ َس ُد ُكلُّهُ أَالَ َوِه َي د س ف
َ ا ذ
َ ِ
صلَ َح اجْلَ َس ُد ُكلُّهُ َوإ َ َ ْ ت َ صلَ َح ْ َ
الْ َق ْلب
]رواه ا لبخاريومسلم[ •
MAKSUD HADIS
• Daripada Abu Abdullah al-Nukman bin Basyir RA berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan
yang haram itu pun nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-
perkara kesamaran yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia.
Maka barangsiapa memelihara (dirinya daripada) segala kesamaran,
sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan
barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam
perkara yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di
sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) masuk ke
dalamnya. Ketahuilah, bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan
larangannya. Ketahuilah, bahawa larangan Allah ialah segala yang haram.
Ketahuilah, bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik,
baiklah badan keseluruhannya dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya.
Ketahuilah, itulah yang dikatakan hati.
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)
HALAL
• Maksud halal ialah setiap perkara yang tiada
dalil menunjukkan perkara itu haram dan
setiap perkara yang sememangnya ada dalil
yang menerangkan halalnya.
HARAM
• Maksud haram ialah setiap perkara yang ada dalil
yang mengharamkannya. Contoh ; memakan
bangkai, membuka aurat, khinzir dan anjing.
• Halal adalah sesuatu
perkara yang boleh
dilakukan,
manakala haram
pula adalah perkara
yang ditegah untuk
melakukannya.
Contoh; memakan
haiwan yang
disembelih,
memakai pakaian
menutup aurat dll
SYUBHAH
• Syubhah ialah sesuatu perkara yang tidak
dapat dipastikan halal atau haram.
• Contoh : makanan yang tiada logo halal yang
diiktiraf.
• Kita perlu menghindarkan diri daripada
melakukan perkara syubhah,
bagi mengelakkan diri
melakukan perkara haram
tanpa disedari.
Cara-cara untuk mengelakkan diri daripada
perkara syubhah
• Mempelajari dan mendalami ilmu agama.
• Mengambil berat perkara-perkara berkaitan halal
dan haram dalam sesuatu produk atau
perkhidmatan. Contoh : membeli barangan yang ada
logo halal daripada JAKIM.
• Melaporkan kes-kes yang diragui kehalalannya
kepada pihak yang berkuasa.
• Sentiasa mengingati azab yang bakal diterima apabila
melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
anuar2u.com
anuar2u.com