Latar Belakang Kaunseling Di Malaysia
Latar Belakang Kaunseling Di Malaysia
Latar Belakang Kaunseling Di Malaysia
Sesungguhnya, bimbingan dan nasihat telah lama bertapak dalam diri masyarakat melayu. Ini adalah
dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat melayu yang saling tolong menolong diantara satu sama
lain. Bimbingan dan kaunseling memainkan peranannya sejak Tanah Melayu bergelar Malaya lagi.
Dalam berita Bimbingan dan Kaunseling yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
pernah mencatat bahawa usaha dalam bimbingan dan vokasional di Malaya telah bermula sejak
tahun 1939, dimana satu buku bertajuk ‘ A Guide to Career in Malaya for parent’s, teachers and
pupils’ telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu.
Profesion kaunseling berkembang dan tersebar selepas tercetusnya Perang Dunia ke-2 sehingga
tahun 1959.
Pada tahun 1960,Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan surat pekeliling berkenaan dengan
bimbingan dan kaunseling. Pada tahun 1961, Kementerian Buruh telah mengeluarkan sebuah buku
bertajuk ‘ Handbook Facilities in the Federation of Malaya’. Terdapat banyak panduan pekerjaan dan
kerjaya diterangkan. Sebuah Jawatankuasa Penyelaras Bimbingan dan vokasional ditubuhkan dan
jawatankuasa ini telah memanggil seorang pakar rundingan dari luar Negara yang bernama Russel K.
MacKenzie yang merupakan seorang pakar Rancangan Colombo untuk membantu kerajaan
mengembangkan bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Beliau telah melatih beberapa orang
pengelola dari jabatan-jabatan pendidikan negeri berkenaan dengan aspek bimbingan. Hasil dari
latihan tersebut,Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghasilkan sebuah buku panduan yang bertajuk
‘ Perkhidmatan dan Panduan di Sekolah ’ pada tahun 1966.
Beberapa perintah am telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat
Pekeliling KP 5209/30/(30) yang mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri supaya semua guru besar
memberikan kemudahan tempat bagi aktiviti bimbingan dan panduan di sekolah masing-masing. KP
5209/35/(40) pula, telah mewajibkan setiap sekolah rendah dan menengah melantik seorang guru
bimbingan. Surat Pekeliling KP5209/30/(13) serta Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 5/1976,menggesa
kepada semua Pengarah Pelajaran di seluruh negeri bagi mewajibkan penubuhan kegiatan kerjaya
dan panduan di setiap sekolah. Beberapa kemudahan seperti bilik darjah, guru khas yang
mengelolakan tugas-tugas dalam membimbing kerjaya pelajar di setiap sekolah.
Pada tahun 1969,hasil usaha sama dengan UNICEF, seramai 275 orang guru telah dipilih bagi
menghadiri satu kursus yang di anjurkan oleh UNICEF bagi memberi pendedahan mengenai
bimbingan selama enam hari di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Kementerian turut
menjalankan satu seminar selama tiga hari berhubung dengan panduan dan bimbingan kerjaya di
Sekolah Menengah Bukit Bintang, Petaling Jaya. Kelemahan disini ialah, usaha dalam menerapkan
bimbingan dan kaunseling hanya tertumpu pada sekolah-sekolah yang berada di pusat-pusat bandar
sahaja tetapi,sekolah –sekolah di bahagian pendalaman terus ketinggalan kerana kurangnya
pendedahan mengenai dasar kerajaan ini.
Beberapa garis panduan telah diperkenalkan kepada para guru bimbingan bagi memudah serta
memberikan kesan yang baik kepada tugas Guru-guru bimbingan. Guru-guru bimbingan ini juga
telah atau hendaklah dilonggarkan daripada bebanan tugas kepada tidak lebih daripada 25 waktu
seminggu serta terkecuali daripada segala kegiatan kumpulan yang lain. Ini membolehkan guru-guru
bimbingan ini menumpukan sepenuhnya kepada tugas membimbing pelajar dalam hal-hal kerjaya.
Dalam Surat Pekeliling KP 5209/35/(4) juga telah menyenaraikan 11 garis panduan tugas guru
bimbingan.
Walaupun guru-guru bimbingan telah diberikan kelonggaran dan kemudahan, terdapat juga masalah
yang dihadapi iaitu kekurangan guru di kawasan-kawasan luar bandar yang memaksa guru
bimbingan ini untuk mengajar dalam akademik. Selain itu, kurangnya panduan yang secukupnya
serta penerangan yang jelas dalam melaksanakan tugas membimbing di kalangan guru bimbingan
merupakan satu masalah dalam mencapai matlamat dalam usaha membimbing pelajar. Kesedaran
akan pentingnya kaunseling telah bercambah apabila sekumpulan ahli akademik dan pensyarah
psikologi telah menubuhkan satu persatuan iaitu Persatuan Bimbingan Vokasional Malaysia
(MAVOGA) yang dipengerusikan oleh Datuk Yeap Kee Aik pada tahun 1973. Persatuan ini membantu
para pelajar dalam hal-hal vokasional serta membimbing mereka mencari pekerjaan dan kerjaya
yang sesuai.
Pada tahun 1979, Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA) telah ditubuhkan yang berpusat di
Institut Teknologi MARA,Shah Alam. Beberapa pertubuhan lain juga yang turut menjalankan khidmat
kaunseling seperti BeFrienders dan Woman Aids. Galakan mengenai kaunseling kini semakin
menonjol dimana beberapa buah institusi pengajian tinggi turut membekalkan para kaunselor.
Maktab Perguruan Ilmu Khas mengendalikan kursus yang bertaraf sijil selama setahun untuk para
kaunselor di sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula,menyediakan kursus peringkat
diploma dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada peringkat ijazah. Ini merupakan satu
perkembangan yang baik untuk khidmat kaunseling di Malaysia.
Definisi Kaunseling
Kaunseling secara umumnya dilihat sebagai satu proses menolong seseorang yang mengalami
masalah melalui perbincangan secara peribadi antara klien dan kaunselor. Menurut Zuraidah(2001),
istilah kaunseling digunakan oleh individu dalam profesion kaunseling untuk menggambarkan satu
jenis proses menolong yang khas. Kaunseling memfokus kepada kesedaran kendiri klien, minat, sikap
dan matlamat dan bukan sekadar bergantung kepada maklumat umum atau perlakuan yang dilihat.
Biasanya dalam sesi kaunseling, seorang kaunselor akan menggunakan potensi yang ada dalam diri
klien untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh. Oleh itu, proses menolong yang berlaku dalam
sesi kaunseling biasanya berdasarkan teori-teori yang telah dibuktikan kesahihannya dan bukan
sekadar nasihat-nasihat biasa. Selain itu, dalam sesi kaunseling juga terdapat kemahiran-kemahiran
khas bagi membolehkan sesi kaunseling berjalan secara teratur dan sekali gus dapat menangani
masalah klien secara professional.
Definisi oleh Zuqraidah ini seqlqaqrqqas dengan konsep kerahsiaan dalam kaunseling di mana setiap
yang berlaku dalam sesi kaunseling hanyalah antara klien dan kaunselor sahaja. Seorang kaunselor
perlu menyimpan rahsia klien mereka agar kepercayaan klien terhadap kaunselor tidak tergugat.
Kaunseling bertujuan memberi nasihat kepada individu yang dikenali sebagai klien. Menurut Hilton,
dalam BAC(1991) kaunseling didefinisikan sebagai proses menolong yang sistematik berasaskan
kemahiran-kemahiran dan prinsip-prinsip yang digunakan oleh kaunselor dalam perhubungan untuk
memudahkan pengetahuan diri, penerimaan emosi dan tumbesaran dan perkembangan optima
sumber individu, (Davies,1997). Pada keseluruhannya, matlamat kaunseling adalah untuk
memberikan peluang ke arah kehidupan yang lebih puas kepada individu. Ini bermakna menurut
Hilton, kaunseling adalah untuk membantu individu menikmati kehidupan yang lebih selesa dan
sejahtera dengan mengembangkan potensi atau kelebihan-kelebihan yang ada pada klien melalui
kemahiran-kemahiran tertentu dalam kaunseling. Seorang kaunselor adalah untuk memberi jalan
bagi memudahkan klien bekerja dalam jalan yang menepati nilai-nilai klien, sumber individu dan
kapasiti untuk keazaman diri. Hal ini bermakna, kaunselor perlu membantu klien mencapai matlamat
mereka mengikut saluran yang sebenar dan bersesuaian dengan potensi dan kelebihan yang ada
pada diri klien tersebut. Tetapi kauselor bukan memberikan penyelesaian terhadap masalah klien. Di
dalam membantu klien menyelesaikan masalah mereka, seorang kaunselor harus menggunakan
kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling seperti kemahiran temuduga dan intervensi bagi
mencari punca masalah klien. Kemahiran-kemahiran inilah yang dimaksudkan oleh Hilton dalan
definisinya tentang kaunseling.
Menurut British Association For Counselling(BAC) lagi, apabila seseorang individu menggunakan
dengan kerap atau kadang-kadang watak sebagai kaunselor, memberi masa, tumpuan dan rasa
hormat terhadap seseorang atau orang lain semasa menjadi penasihat kepada klien itu juga
didefinisikan sebagai kaunseling. Hal ini bermaksud apabila seseorang individu yang diiktiraf
mempunyai rasa hormat terhadap klien dan sepenuh masanya adalah membantu klien tersebut
maka itu dikira sebagai kaunseling menurut BAC.
Perasaan hormat kepada klien merupakan salah satu etika dalam kaunseling. Oleh itu, definisi oleh
BAC ini juga boleh diguna pakai dalam menerangkan apakah sebenarnya kaunseling itu dan
kandungan di dalamnya.
Selain itu, menurut American Personnel and Guidance(APGA) kaunseling juga didefinisikan sebagai
penggunaan prosedur kaunselor dan tingkah laku sains yang berkaitan untuk membantu dalam
mempelajari cara menyelesaikan masalah atau membuat keputusan berkaitan dengan kerjaya,
perkembangan peribadi, perkahwinan, keluarga, atau lain-lain kerisauan interpersonal. Seorang
kaunselor menggunakan prosedur-prosedur dalam kaunseling untuk membantu klien mereka,
kerana setiap masalah yang dirujuk perlu diselesaikan tanpa ada masalah berbangkit di kemudian
hari.