Perlembagaan Pandu Puteri 2020

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PANDU PUTERI,

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENGKUANG


PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) UNIT BERUNIFORM)

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Unit Beruniform) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A) :
P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) PANDU
PUTERI, Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang, yang selepas ini disebut sebagai ”Kelab Persatuan” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan : PANDU PUTERI


SMK Mengkuang
b. Alamat : SMK Mengkuang,
14000 Bukit Mertajam

PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh
dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Persatuan/Kelab Sukan&Permainan (Pasukan PANDU PUTERI)
dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu kepimpinana berpasukan dan memupuk semangat
bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli PANDU PUTERI akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi
dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui aktiviti-aktiviti (kemahiran) yang diikutinya.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.


4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil
bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT/PEMIMPIN

5.1 Guru Penasihat/Pemimpin adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti
pergerakan ini.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai AJK manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis
surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai AJK.
6.3 Pemilihan AJK adalah secara undian.
6.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada
Guru Penasihat.
6.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri :
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Timbalan Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 AJK (bilangan bergantung kepada keperluan) (5 – 7 orang)
6.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua


mesyuarat.
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan
diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.2 Timbalan Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab diberi.


7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas yang lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat-menyurat.


7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.


7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.


7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandataganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam Mesyuarat AJK.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan Tahunan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari.


7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.8 Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan dan


bertanggungjawab ke atasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN 8 KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui sumbangan derma ahli yang
diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM12 seorang sebulan.
8.2 PANDU PUTERI juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan
derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah sekiranya
mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli PANDU PUTERI dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk
sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil
sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat AJK.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan
ahli.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan
yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut kaedah berikut :
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru
Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat atau pentadbir
sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan cadangan
tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru
Besar.
PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar Perlembagaan dan
Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

.............................. ...........................

(Nur Izzati Aqilah binti Ibrahim) (Nurul Liyana binti Idris)


Setiausaha Pengerusi
PANDU PUTERI PANDU PUTERI
SMK Mengkuang SMK Mengkuang

Tarikh: Tarikh :

............................................
(Rehan Suwarni binti Abu Bakar)
Guru Penasihat PANDU PUTERI SMKM
Tarikh :

Disahkan oleh:

......................................
(Hamidah binti Jailani)
Pengetua
SMK Mengkuang
Tarikh :
PANDU PUTERI
SEKOLAH MENENGAH MENGKUANG
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
UNIT UNIFORM PANDU PUTERI
2020

Pada mematuhi Subperaturan 5(1) (b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Unit Uniform Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A) :
P.U. (A) 196, bertarikh 21 MEI 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai AJK PANDU PUTERI, Sekolah
Menengah Kebangsaan Mengkuang , Seberang Perai Tengah, yang selepas ini disebut sebagai ”kelab persatuan”
sahaja.

1. PENGERUSI
Nurul Liayana binti Idris (5IS)

2. NAIB PENGERUSI
Safi Syahmi binti Adanan (4IS)
3. SETIAUSAHA
Nur Izzati Aqilah binti Ibrahim (5AK)

4. NAIB SETIAUSAHA
Nurul Faqihah binti Mohd Azli (4IS)

5. BENDAHARI
Nur Dafinah binti Bahtir (5IK)

6. NAIB BENDAHARI
Nur Asyirah binti Jamil (4AK)

7. AHLI JAWATANKUASA
1. Nurul Husna binti Abdul Mutalib (4IS)
2. Farisha Nabila binti Abdul Mohd Faizal (1IS)
3. Sharipah Nor Aleya binti Syed Mohd Fauzi (5AF)
4. Rizaida Suraya binti Mohd Radzi (3IS)
5. Nurul Atiqah binti Abdullah (4AF)
6. Anis MAisarah binti Faizal (5IR)
7. Nur Ameerah Aiza binti Rosli (4IS)

8. PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Nor Farhanim binti Mohd Salah (5IS)
2. Nur Alya Zulaikha binti MOhd Tarmizi (4IR)

Perakuan :Kami dengan ini mengaku bahawa Senarai AJK di atas adalah mematuhi Sub-Seksyen 6.1.1 dalam
Artikel Enam dan perlantikan mereka mematuhi Sub-Seksyen 6.1.2 dalam artikel yang sama seperti dalam Undang-
Undang dan Peraturan-Peraturan Persatuan.

................................ ..............................

(Nurul Liyana binti Idris) (Nur Izzati Aqilah binti Ibrahim)


Pengerusi Setiausaha
PANDU PUTERI PANDU PUTERI
Tarikh : Tarikh :
Pengesahan : Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai AJK di atas dan perlantikan mereka adalah mengikut
Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) PANDU PUTERI Sekolah Menengah Kebangsaan
Mengkuang, Bukit mertajam, Seberang Perai Tengah.

............................................

(Rehan Suwarni binti Abu Bakar)


Guru Penasihat PANDU PUTERI SMKM
Tarikh :

Disahkan oleh:

......................................

(Hamidah binti Jailani)


Pengetua
SMK Mengkuang
Tarikh :

You might also like