5 - Perlembagaan Yang Disahkan

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KELAB SUKAN BOLA BALING

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALANG ISKANDAR, BAGAN SERAI

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) KELAB

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan


(Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196
bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan
(Perlembagaan) Kelab Bola Baling, Sekolah Menengah Kebangsaan Alang
Iskandar, Bagan Serai yang selepas ini disebut sebagai ”kelab” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan: Kelab Sukan Bola Baling

b. Alamat: Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar, Jalan Kurau


34300 Bagan Serai

PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi


secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Kelab Sukan Bola Baling dengan
lebih terpimpin dalam menimba Ilmu berpasukan dan memupuk
semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli Kelab Sukan Bola Baling akan seberapa daya berusaha
Untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi
terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini. (Ting. 1 hingga Ting. 5)
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli
semasa aktiviti dijalankan.

1
PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa
manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk
sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat
tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
6.6.7 Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi


7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung
jawab yang diberi.
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan
kegiatan-kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas


dan tanggungjawabnya.

2
7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan
Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan
serta menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di
dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari


7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan
Bendahari.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa


7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan
aktiviti yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa

7.8 Pemeriksa Kira-Kira


7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan
Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN 8 KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang


diputuskan semasa Mesyuarat Agung .
8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang
memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi
membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam
Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Guru
Besar.

3
PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang


dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut
dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong
markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil
sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau


mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan
tatatertib.

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan


dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis
dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga


ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara
bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan
disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

4
PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika


didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan
Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap


aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan
penuh minat.

.............................................................. .....................................
(Nur Najwa Bt Badrul Nizam) (Nur Allyza Hanis Bt Mohd Hidzir)
Pengerusi Setiausaha
Kelab Sukan Bola Baling Kelab Sukan Bola Baling
SMK Alang Iskandar, Bagan Serai. SMK Alang Iskandar, Bagan Serai.

Tarikh: ......................... Tarikh: ...........................

.........................................................
(Salmah Binti Mohd Nasir)
Guru Penasihat,
Kelab Sukan Bola Baling
SMK Alang Iskandar, Bagan Serai

Tarikh :........................

You might also like