Johor Bharu - Trial SPM 2020 3756-1

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

SULIT 2 3756/1

1 Rajah berikut menunjukkan sebahagian daripada kitaran perakaunan.

Imbangan Duga

Imbangan Duga
Terselaras

Apakah A?
A Lejar
B Buku Catatan Pertama
C Pelarasan
D Catatan Penutupan

2 Antara berikut, yang manakah merupakan komponen Penyata Kewangan?


I Akaun Perdagangan
II Akaun Untung Rugi
III Penyata Mengira Modal
IV Penyata Aliran Tunai

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 Maklumat berikut diambil daripada perniagaan Chen Enterprise.


“Chen Enterprise membeli sebuah kenderaan dengan harga RM350 000 pada
1 Januari 2016. Penilaian yang dibuat pada 1 Januari 2020 menunjukkan nilai pasaran
kenderaan tersebut adalah RM175 000.”
Berapakah nilai kenderaan dalam Penyata Kedudukan Kewangan?
A RM125 000
B RM175 000
C RM350 000
D RM525 000

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020
SULIT 3 3756/1

4 Manakah yang berikut merupakan aset semasa perniagaan?


A Pinjaman
B Akaun Belum Terima
C Overdraf Bank
D Alatan Pejabat

5 Pemilik Kedai Runcit Theva telah membawa masuk perabot peribadi ke dalam
perniagaan.
Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan?
Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik
A Bertambah Tiada kesan Bertambah
B Bertambah Bertambah Tiada kesan
C Berkurang Tiada kesan Berkurang
D Berkurang Berkurang Tiada kesan

6 Catatan kontra akan mengurangkan nilai akaun berkaitan. Apakah catatan kontra bagi
Aset Bukan Semasa?
A Ambilan
B Pulangan keluar
C Peruntukan hutang ragu
D Susut nilai terkumpul

7 Apakah fungsi dokumen perniagaan?


A Sebagai alat perancangan dan kawalan.
B Sebagai alat menyemak ketepatan catatan ke dalam lejar.
C Sebagai rujukan semasa penyediaan penyata kewangan.
D Sebagai bukti bertulis sesuatu urus niaga telah berlaku

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020
SULIT 4 3756/1

8 Dokumen 1 adalah keratan cek Edwin Enterprise.

Dokumen 1

Apakah urus niaga yang berlaku pada 20 Ogos 2020?


A Mengeluarkan tunai dari bank untuk belian barang niaga.
B Mengeluarkan tunai dari bank untuk keperluan peribadi.
C Mengeluarkan tunai dari bank untuk belian alatan pejabat.
D Mengeluarkan tunai dari bank untuk keperluan perniagaan.

9 Pernyataan berikut diambil daripada Kedai Alatan Sukan Shuib

Pemilik mengeluarkan alatan sukan dari inventori kedainya untuk


tujuan promosi.

Antara berikut, manakah catatan yang betul?

Debit Kredit

A Akaun Ambilan Akaun Belian

B Akaun Belian Akaun Ambilan

C Akaun Promosi Akaun Belian

D Akaun Belian Akaun Promosi

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020
SULIT 5 3756/1

10 Maklumat berikut diambil daripada Perniagaan Mira Filzah.

Pada 29 Jun 2020, Perniagaan Mira Filzah telah menghantar nota debit
kepada Kedai Ahmad Izzul berjumlah RM290 kerana kesilapan dalam
invois.

Apakah Buku Catatan Pertama yang akan digunakan oleh Perniagaan Mira Filzah
untuk merekod urus niaga di atas?
A Jurnal Jualan
B Jurnal Belian
C Jurnal Pulangan Jualan
D Jurnal Pulangan Belian

11 Maklumat Buku Tunai Runcit berikut di ambil daripada Azira Enterprise pada
30 Jun 2020.
Butiran RM
Baki pada 1 Jun 2020 45
Terimaan cek dari kerani akaun 155
Jumlah Pembayaran
Belanja pejabat 55
Belanja pos 40
Rak fail pejabat 95

Berapakah baki akhir Buku Tunai Runcit Azira Enterprise?

A RM 45
B RM 10
C RM 155
D RM 105

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020
SULIT 6 3756/1

12 Akaun berikut diperoleh daripada buku Wani Enterprise.

Akaun Sewa
RM
Tunai 550
Antara berikut yang manakah menerangkan lejar di atas?

A Sewa dibayar dengan cek


B Sewa dibayar dengan tunai
C Sewa diterima dengan cek
D Sewa diterima dengan tunai

13 Antara berikut, urus niaga yang manakah direkodkan di sebelah debit Buku Tunai?
I Jualan Tunai
II Belian Tunai
III Menjelaskan hutang kepada Akaun Belum Bayar
IV Menerima cek daripada Akaun Belum Terima

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14 Antara berikut, yang manakah direkodkan dalam Lejar Jualan?


A Bank dan diskaun diterima
B Jualan kredit dan pulangan masuk
C Jualan kredit dan pulangan keluar
D Peruntukan hutang ragu dan hutang lapuk terpulih

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020
SULIT 7 3756/1

15 Imbangan duga di bawah diambil daripada Kedai Runcit MK


Imbangan Duga pada 30 Jun 2020
RM RM
Tunai 4 000 B 19 000
Perabot 3 000 Jualan 6 000
Bank 10 000 Pemborong Chong 900
Belian 9 000 Pulangan belian 100

Apakah butiran B?
A Modal
B Premis
C Akaun Belum Terima
D Penyelenggaraan kenderaan

16 Berikut merupakan petikan Akaun Perdagangan bagi Perniagaan Majoo


Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2020
Jualan 90 000
Kos Jualan
Inventori awal 30 000
Belian 40 000
Kos Barang untuk dijual 70 000
Inventori akhir (10 000)
Kos Jualan (60 000)
Untung Kasar ?

Apakah kesan kepada Untung Kasar jika nilai inventori akhir adalah RM15 000?
A Untung Kasar akan meningkat
B Untung Kasar akan berkurang
C Rugi Kasar akan meningkat
D Rugi Kasar akan berkurang

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020
SULIT 8 3756/1

17 Siapakah pengguna dalaman penyata kewangan?


A Kerajaan
B Bank
C Pelabur
D Pihak Pengurusan

18 Pada 1 April 2019, Perniagaan Nabilan telah membayar insurans tahunan kedainya
sebanyak RM1 200. Tempoh perakaunannya berakhir pada 31 Disember 2019.
Berapakah insurans yang dipindah ke Akaun Untung rugi bagi tahun berakhir
31 Disember 2019?
A RM 300
B RM 400

C RM 900

D RM 1000

19 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Mulla.


Imbangan Duga pada 31 Disember 2019
Debit (RM) Kredit (RM)
Akaun Belum Terima 800
Hutang Lapuk 300

Maklumat tambahan:
Seorang pelanggan yang berhutang RM 500 telah muflis. Hutangnya dihapuskan
sebagai hutang lapuk.
Berapakah amaun hutang lapuk direkodkan ke dalam Akaun Untung Rugi?
A RM200
B RM300

C RM500

D RM800

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020
SULIT 9 3756/1

20 Kim Berhad membeli sebuah mesin bernilai RM19 000. Mesin dijangka boleh
digunakan selama 10 tahun. Pada akhir tempoh penggunaan, nilai skrap mesin
dianggarkan sebanyak RM3 200. Berapakah susut nilai mesin tersebut?
A RM1 350

B RM1 580

C RM1 850

D RM1 900

21 Pada 1 Januari 2018, Peniagaan Hisham telah membeli sebuah mesin bernilai
RM28 500. Mesin ini disusut nilaikan pada kadar 10% setahun mengikut kaedah baki
berkurangan. Pada 31 Disember 2019, mesin telah dijual dengan harga RM20 550.
Kirakan untung atau rugi atas pelupusan yang diperoleh perniagaan Hisham.
A Rugi atas pelupusan RM2 535
B Untung atas pelupusan RM2 535
C Rugi atas pelupusan RM2 250
D Untung atas pelupusan RM2 250

22 Kesilapan manakah yang menyebabkan Imbangan Duga tidak seimbang?


I Kesilapan saling mengimbangi
II Kesilapan ketinggalan satu catatan
III Kesilapan menghitung jumlah jurnal
IV Kesilapan ketinggalan satu urus niaga

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020
SULIT 10 3756/1

23
Belanja membaiki premis RM 3 000 dengan cek tersilap rekod
ke Akaun Premis.

Bagaimanakah kesilapan ini diperbetulkan dalam Jurnal Am?


Butiran Debit (RM) Kredit (RM)
A Premis 3 000
Belanja Membaiki Premis 3 000
B Premis 3 000
Bank 3 000
C Belanja Membaiki Premis 3 000
Bank 3 000
D Belanja Membaiki Premis 3 000
Premis 3 000

24
Nisbah ini digunakan untuk mengukur untung atau rugi bersih yang
diperoleh daripada setiap ringgit jualan.

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Nisbah Semasa
B Pulangan Atas Modal
C Peratus Untung Kasar atas Jualan
D Peratus Untung Bersih atas Jualan

25 Antara berikut, yang manakah merupakan situasi rekod tak lengkap yang
berlaku dalam sesebuah perniagaan?
A Dokumen akaun telah tercicir atau musnah
B Peniaga tidak merancang perbelanjaan
C Tiada kawalan tunai dalam perniagaan
D Imbangan duga yang tidak seimbang

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020
SULIT 11 3756/1

26 Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Fazura


RM
Modal awal 25 000
Modal tambahan 10 000
Untung bersih 18 650
Ambilan 1 260
Hitung modal akhir Perniagaan Fazura

A RM53 650
B RM52 390
C RM32 390
D RM15 090

27 Cik Emily tidak menyimpan buku akaun dengan lengkap. Maklumat berikut
diperoleh pada 31 Julai 2020.

2019 RM
Ogos 1 Sewa belum bayar 560
2020
Julai 31 Jumlah pembayaran sewa 1 080
Sewa belum bayar 320

Berapakah jumlah sewa yang direkodkan dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun
berakhir 31 Julai 2020?

A RM 200
B RM 760
C RM 840
D RM1 320

28 Apakah tujuan peniaga mengawal tunai perniagaan?


A Menambah keuntungan perniagaan.
B Mengembangkan perniagaan.
C Memastikan tunai mencukupi.
D Mengetahui prestasi perniagaan.

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020
SULIT 12 3756/1

29 Penyata Penyesuaian Bank berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan.


Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Julai 2020
RM RM
Baki kredit di Buku Tunai (700)

Tambah : C 5 600 (700)


Dividen 1 400 7 000
6 300

Tolak : D 4 200
Caj bank 100 (4 300)
Baki kredit di Penyata Bank 2 000

Apakah C dan D?

C D
A Deposit belum dikreditkan Cek belum dikemukakan
B Cek belum dikemukakan Deposit belum dikreditkan
C Perintah sedia ada Faedah atas simpanan
D Buku cek Cek tak laku

30 Jadual di bawah ini menunjukkan anggaran jualan Perniagaan Pravin bagi bulan Januari
hingga Mac 2020
Bulan Jualan (RM)
Januari 50 000
Februari 60 000
Mac 65 000

Maklumat tambahan :

40% daripada jualan adalah secara kredit dengan tempoh kredit selama dua bulan.
Berapakah jumlah penerimaan tunai pada bulan Mac 2020?
A RM62 000
B RM54 000
C RM59 000
D RM75 000

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020
SULIT 13 3756/1

31 Antara berikut, item manakah yang didebitkan ke dalam Akaun Semasa Pekongsi?
I Ambilan
II Untung Akaun Pengasingan Untung Rugi
III Faedah atas ambilan
IV Faedah atas pinjaman

A I dan III
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV

32 Maklumat berikut diperolehi daripada Perkongsian Teck dan Suren


RM
Jumlah aset (termasuk bank) 68 000
Akaun belum bayar 10 000
Belanja realisasi 1 200
Bank 8 000
Maklumat tambahan:
i. Semua aset direalis dengan nilai RM 65 000.
ii. Liabiliti dijelaskan sepenuhnya dengan nilai RM8 500.

Berapakah untung atau rugi realisasi?


A Rugi realisasi RM3 800
B Rugi realisasi RM5 300
C Untung realisasi RM5 300
D Untung realisasi RM3 800

33 Pilih pernyataan yang benar tentang dividen?


I Dividen ialah sebahagian keuntungan yang diagihkan oleh syarikat
II Dividen interim diagihkan sebelum tamat tempoh perakaunan
III Dividen akhir juga dikenali sebagai dividen syer keutamaan
IV Pemegang syer biasa berhak menerima tunggakan dividen
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020
SULIT 14 3756/1

34 Persatuan Pandu Puteri Daerah Johor Bahru telah mengubah suai bangunan untuk
menampung jumlah ahli yang semakin bertambah. Perkara ini akan direkodkan
sebagai
A Perbelanjaan hasil
B Perbelanjaan modal
C Perbelanjaan kendalian
D Perbelanjaan bukan kendalian

35 Maklumat berikut menunjukkan penerimaan dan pembayaran Kelab Penduduk Fasa


Hazel sepanjang bulan Januari 2020

RM
Baki 1 Januari 2020 200
Penerimaan
Yuran 200
Derma 120
E 150

Pembayaran
Alat tulis 40
Belanja am 20

Apakah E?
A Belian sukaneka
B Upah
C Kutipan sukaneka
D Sewa

36 Akaun Yuran berikut diambil daripada Kelab Tari Bella bagi tahun berakhir
31 Disember 2019.
Akaun Yuran
2019 RM 2019 RM
Jan 1 Yuran Belum Terima 100 Dis 31 Bank 1 200
Dis 31 Pendapatan dan 1 300 Yuran Belum 200
perbelanjaan Terima
1 400 1 400
Apakah yang dimaksudkan dengan Yuran Belum Terima RM200 dalam akaun di
atas?

A Yuran ahli yang belum diterima untuk tahun 2018


B Yuran ahli yang belum diterima untuk tahun 2019
C Yuran ahli yang telah diterima untuk tahun 2019
D Yuran ahli yang telah diterima untuk tahun 2020

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020
SULIT 15 3756/1

37 Antara berikut ialah maklumat mengenai Persatuan Geografi SMKB.

1 Julai 2019 30 Jun 2020


RM RM
Yuran belum terperoleh 200 -
Yuran belum terima - 100

Yuran yang telah diterima sepanjang tahun itu ialah RM 400.

Catatan yang manakah dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan adalah benar ?
A Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
RM
Yuran 300
B Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
RM
Yuran 300
C Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
RM
Yuran 700
D Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
RM
Yuran 700

38 Maklumat berikut berkaitan komponen kos dalam akaun pengeluaran.

Apakah F ?
A Kos buruh langsung
B Kos pengeluaran
C Kos bahan langsung
D Kos overhead

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020
SULIT 16 3756/1

39 Maklumat berikut diperoleh daripada sebuah kilang batik.

RM
Kos bahan langsung 54 000
Kos buruh langsung 6 300
Belanja langsung 1 200
Kos overhed 7 230
Kerja dalam proses awal 8 230
Kerja dalam proses akhir 7 800

Berapakah jumlah kos pengeluaran ?


A RM84 760
B RM68 730
C RM69 160
D RM68 300

40 Pusat Kecantikan Jamillya menawarkan perkhidmatan rawatan muka yang berasaskan


‘Aroma Therapy Oil’. Kos yang terlibat dalam perkhidmatan tersebut adalah seperti
berikut:

RM
Harga rawatan satu sesi 250
Kos berubah rawatan satu sesi 80
Kos tetap 7 000

Berapakah bilangan perkhidmatan yang perlu diberikan sekiranya Pusat Kecantikan


Jamillya mensasarkan keuntungan sebanyak RM10 000?

A 100 sesi
B 125 sesi
C 40 sesi
D 59 sesi

KERTAS SOALAN TAMAT

3756/1 SULIT
[Lihat halaman sebelah
Koleksi Percubaan PPA SPM 2020

You might also like