P.Vokasional - Pendawaian Domestik
P.Vokasional - Pendawaian Domestik
P.Vokasional - Pendawaian Domestik
SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH
PENDAWAIAN DOMESTIK
1
Sukatan Pelajaran Pendawaian Domestik KBSM
PENDAHULUAN
Pendawaian Domestik ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah
atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Murid yang mengikuti mata pelajaran
ini menguasai kemahiran asas memasang pendawaian rumah dengan aplikasi teori asas yang
berkaitan. Pendawaian Domestik adalah lanjutan dan peluasan mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha
Kementerian Pendidikan ke arah persediaan murid sebagai tenaga kerja yang berketrampilan dalam
menempuh alam pekerjaan di industri pembinaan.
Dalam mata pelajaran ini, murid menguasai kemahiran menggunakan alat tangan dan peralatan ujian
serta cara melakukan pemeriksaan dan pengujian pendawaian domestik. Penekanan diberi kepada
amali murid dalam pendawaian permukaan, pembuluh dan selongsong. Murid dilatih kemahiran
membaca dan mentafsir cetakan biru serta membuat lukisan skematik pelan rumah. Dengan
mengaplikasikan prinsip asas pemasangan litar elektrik, mereka melakukan kerja amali
menyambung, memasang dan menyenggara pendawaian serta membaik pulih pelbagai kerosakan
litar. Amalan keselamatan diutamakan dalam segala kerja pendawaian dengan mengikut peraturan
antarabangsa Institute of Electrical Engineers
(IEE) dan peraturan Akta Bekalan Elektrik 1990 (ABE).
Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai kecenderungan dan minat
menceburkan diri dalam bidang pendawaian elektrik. Dengan kemahiran dan pengalaman yang
diperoleh, murid boleh bekerja dalam industri pembinaan sebagai juruelektrik atau memajukan diri di
peringkat kemahiran yang lebih tinggi sebagai pendawai fasa tunggal PW1 (qualified single phase
wireman) dan pendawai fasa tiga PW3 (qualified 3 phase wireman).
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendawaian Domestik adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran
memasang, menyenggara dan membaik pulih pendawaian elektrik rumah dengan mengamalkan
langkah keselamatan dan budaya kerja yang baik serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau
berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja dalam bidang pendawaian elektrik.
OBJEKTIF
9. Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas serta budaya kerja yang baik
1
Sukatan Pelajaran Pendawaian Domestik KBSM
ORGANISASI KANDUNGAN
Mata pelajaran Pendawaian Domestik diolah dalam empat bidang pembelajaran. Setiap bidang
pembelajaran dibahagikan kepada unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi
dan senarai unit pembelajaran dalam empat bidang pembelajaran ini adalah seperti berikut :
Dalam bidang pembelajaran ini murid mempelajari sistem pendawaian domestik dan
pendawaian industri yang terdapat di Malaysia, jenis kabel dan alat lengkap serta peranti
perlindungan pendawaian. Seterusnya mereka mempraktikkan pelbagai kerja pendawaian.
Penjagaan keselamatan sentiasa diamalkan dengan rujukan peraturan IEE dan STM.
1.1 Pengenalan
a. Pendawaian domestik
b. Pendawaian industri
c. Peraturan IEE dan ABE
2
Sukatan Pelajaran Pendawaian Domestik KBSM
Kemahiran pendawaian domestik ditumpukan dalam bidang ini. Murid mempelajari tentang
pendawaian permukaan, pembuluh PVC dan selongsong PVC. Mereka menguasai
kemahiran kerja pendawaian litar elektrik untuk fasa tunggal.
Kemahiran pendawaian domestik dilanjutkan dalam bidang ini. Murid melakukan kerja
pemeriksaan dan pengujian pemasangan, mengesan kerosakan dan seterusnya membaik
pulih serta menyenggara pendawaian domestik. Mereka juga menguasai kemahiran
mentafsir cetak biru dan menyediakan lukisan pelan rumah secara susun atur dan skematik.
3
Sukatan Pelajaran Pendawaian Domestik KBSM
4. Keusahawanan
Dalam bidang pembelajaran ini, murid didedahkan dengan cara berkomunikasi yang
berkesan dan membuat keputusan. Mereka mempelajari cara menyediakan rancangan
perniagaan, membuat anggaran kos, bantuan perniagaan, pemasaran serta cara mendapat
pensijilan dan pendaftaran sebagai pendawai elektrik berkompeten.
4.6 Pemasaran