International Organization For Standardization

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

International Organization for Standardization (ISO)

Maksud ISO

Sebuah badan bersekutu yang terdiri daripada banyak organisasi dari seluruh dunia
yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing. Tujuan
penubuhan ISO adalah untuk membolehkan satu standard antarabangsa dibentuk.
Badan ini menetapkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti
sesebuah organisasi bagi membolehkan pengeluaran produk atau perkhidmatan
menepati spesifikasi yang ditetapkan. Satu standard (piawaian) bertulis yang menetap
dan menerangkan elemen-elemen asas dalam sistem kualiti bagi memastikan
perkhidmatan atau produk yang diberikan atau diuruskan secara sistematik dan
didokumenkan serta diamalkan secara konsisten bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Dalam pengertian yang mudah ISO ialah dokumenkan apa yang dibuat dan buat apa
yang didokumenkan secara berterusan. ISO bukan memberi penekanan kepada kualiti
hasil keluaran (output) tetapi kepada sistem pengoperasian yang berkualiti dan
sistematik. Sijil dikeluarkan berdasarkan prestasi keseluruhan kumpulan (organisasi)
bukan prestasi jabatan.

ISO 9000

Satu standard bertulis yang menetap dan menerangkan tentang elemen-elemen


asas yang perlu ada dalam system kualiti bagi memastikan produk atau
perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi.

Sistem pengurusan kualiti berasaskan prinsip kepastian kualiti menyediakan rangka


kerja ke arah mewujudkan amalan pengurusan yang berkesan dikenal pasti melalui
pengiktirafan asas pelaksanaan TQM.

Prinsip-prinsip

Merupakan standard kepada sistem kualiti yang diamalkan oleh sesebuah


1 organisasi dan bukan standard bagi produk atau perkhidmatan yang
dihasilkan oleh organisasi tersebut.
 Memerlukan organisasi mendokumentasikan segala proses kerja kritikalnya,
2 melakukan apa yang didokumenkan dan membuktikan kepatuhan
kepadanya.
 Memberikan penekanan kepada pencegahan masalah daripada berlaku dan
3 bukan mengatasi masalah selepas ia berlaku.
 Memberi penekanan penambahbaikan secara berterusan
 Satu standard umum yang boleh digunakan oleh semua jenis organisasi.
 Standard hanya menggariskan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam
4
sistem kualiti sesebuah organisasi.
 Tidak dinyatakan secara terperinci.
Lima standard siri ISO 9000

1 ISO 9000  Garis panduan yang memperkenalkan standard-standard


yang lain dalam ISO 9000.
 Memberikan definisi istilah dan konsep berkaitan kualiti.
 Model kepastian kualiti reka bentuk, pembangunan,
2 ISO 9001
pengeluaran, pemasangan dan perkhidmatan.
 Model kepastian kualiti untuk pengeluaran, pemasangan
3 ISO 9002
dan perkhidmatan.
 Model kepastian kualiti untuk pemeriksaan akhir dan
4 ISO 9003
pengujian.
 Garis panduan bagi melaksanakan elemen sistem
5 ISO 9004
pengurusan kualiti.

ISO 14000

Satu siri standard yang direka untuk melindungi isu-isu berkenaan alam sekitar
bagi organisasi di pasaran antarabangsa, meliputi:

 Sistem pengurusan alam sekitar.


 Pengauditan alam sekitar.
 Penilaian persembahan alam sekitar.
 Pelabelan alam sekitar.
 Life cycle assessments.
 Aspek alam sekitar di dalam standard produk.

Membawa kepada tumpuan antarabangsa berkenaan alam sekitar, merangsang dunia


yang lebih bersih, selamat dan sihat.

You might also like