Biologi Tingkatan 4: Bab 2

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

BAB 2 : STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL

STRUKTUR DAN FUNGSI SEL


1. Sel adalah unit asas kehidupan.
2. Sel terdiri drpd membran plasma yg menyelaputi protoplasma (nukleus dan sitoplasma).
3. Sitoplasma mengandungi banyak organel.
4. Organel → struktur khas yg diselaputi membran dan menjalankan fungsi tertentu.
5. Rajah 2.1 menunjukkan struktur satu sel haiwan dan satu sel tumbuhan yg dilihat melalui mikroskop elektron.

Rajah 2.1 Struktur sel haiwan dan sel tumbuhan

Komponen Sel Komponen Sel Struktur Fungsi


Membran plasma Membran separa telap yg nipis Mengawal pergerakan bahan-
BUKAN bahan masuk dan keluar drpd sel
ORGANEL Dinding sel Lapisan selulosa yg tebal, telap Mengekalkan bentuk sel.
sepenuhnya Memberikan sokongan.
Sitoplasma Bahan seperti jeli yg mengandungi Medium bagi t/b kimia.
organel Membekalkan bahan yg diperlukan
oleh organel.
nukleus * Mempunyai 2 lapisan *Mengawal dan mengatur semua
ORGANEL membran aktiviti sel
* mempunyai nukleolus, *Mengandungi bahan genetik yg
kromosom menentukan ciri dan fungsi
metabolisme sel

Ribosom Partikel halus yg wujud secara Mensintesis protein.


bebas di dlm sitoplasma atau pd
permukaan jalinan endoplasma
kasar
Jalinan endoplasma * Rangkaian membran yg Sistem pengangkutan bagi protein
1
2 jenis: berlipat (Jalinan endoplasma kasar) dan
(a) Jalinan endoplasma * Jalinan endoplasma kasar lipid (Jalinan endoplasma licin)
licin mempunyai ribosom
(b) Jalinan manakala jalinan endoplasma
endoplasma kasar licin tiada ribosom

* Organel berbentuk rod, yg Tapak respirasi aerob utk


diselaputi 2 lapisan membran menghasilkan tenaga
* Membran luar adalah licin
manakala membran dlm adalah
berlipat -lipat
Susunan kantung pipih *Mengubahsuai protein yg
bermembran dgn vesikel pd diangkut oleh jalinan endoplasma
hujungnya kasar kpd rembesan tertentu.
*Membungkus rembesan menjadi
vesikel rembesan , utk
dirembeskan ke luar
*Mengawal aktiviti perembesan
sel
Organel berbentuk sfera dgn enzim Memecahkan molekul organik
ORGANEL
Lisosom pencernaan kompleks, komponen sel yg rosak
dan partikel asing
Organel yang berbentuk cakera dan
diselaputi 2 lapisan membran Menjalankan fotosintesis

Terdiri daripada grana


(mengandungi klorofil) dan stroma

Kantung berisi sap sel dan * Mengandungi air, gula dan


Vakuol dikelilingi oleh membran separa mineral terlarut
telap yg dikenali sebagai tonoplas * Mengekalkan kesegahan sel
tumbuhan
Terdiri drpd 2 struktur berbentuk Membentuk gentian gelendong
Sentriol silinder yg bertentangan antara semasa pembahagian sel pd sel
satu sama lain haiwan.

*Tiada dlm sel tumbuhan.

2
Perbandingan antara Sel Haiwan dengan Sel Tumbuhan

Persamaan : Kedua-duanya mempunyai membran plasma, sitoplasma, nukleus, mitokondria, jasad Golgi dan jalinan
endoplasma.
Perbezaan :
SEL HAIWAN SEL TUMBUHAN
1. Tidak mempunyai bentuk tetap 1. mempunyai bentuk tetap
2. Tidak mempunyai dinding sel 2. Mempunyai dinding sel
3. Tidak mempunyai kloroplas 3. Mempunyai kloroplas yg mengandungi klorofil
4. Tiada vakuol. Jika hadir, vakuol adalah kecil 4. Mempunyai vakuol yg besar di dlm sel yg
dan sedikit matang
5. Karbohidrat disimpan dlm bentuk glikogen 5. Karbohidrat disimpan dlm bentuk kanji
6. Mempunyai sentriol 6. Tidak mempunyai sentriol

Hubungan antara Kepadatan Organel dgn Fungsi Sel


1. Kepadatan organel di dlm sel bergantung kpd fungsi organel tersebut.
2. Sel-sel yg aktif mempunyai banyak mitokondrion utk memberikan tenaga yg mencukupi bagi aktivitinya.

Sel Organel Contoh Nota


Haiwan Mitokondria Sel sperma, sel otot, sel hati, sel Sel yg aktif memerlukan tenaga yg
otot penerbangan pd burung cukup utk aktivitinya
Jasad Golgi & Sel pankreas, sel kelenjar liur Utk mensintesis dan merembeskan
jalinan enzim dan hormon
endoplasma
Tumbuhan Kloroplas Sel mesofil palisad, sel mesofil Menjalankan fotosintesis
span
Mitokondria Sel meristem (hujung pucuk dan Perlukan banyak tenaga utk
akar) menjalankan mitosis

ORGANISASI SEL - Proses Hidup Organisma Unisel


1. Organisma unisel → organisma yg terdiri drpd 1 sel sahaja.
2. Contoh organisma unisel adalah ameba dan paramesium.
3. Setiap organisma adalah unit hidup lengkap, yg boleh menjalankan semua proses hidup utk bermandiri spt
yg ditunjukkan dlm rajah di bawah.

3
PEMBIAKAN AMOEBA PEMAKANAN AMOEBA

Pengkhususan Sel Organisma Multisel


1. Organisma multisel → lebih drpd satu sel.
2. Organisma multisel adalah lebih besar dan lebih kompleks. Maka, organisma multisel memerlukan pengkhususan sel
utk menghasilkan pelbagai jenis sel yg berbeza utk menjalankan proses hidup.
3. Dlm pengkhususan sel, sel-sel membeza utk membentuk sel khusus dgn fungsi tertentu.
4. Organisasi sel juga berlaku dlm sel multisel utk membolehkan organisma ini menjalankan pelbagai fungsi secara
sistematik dan berkesan.
5. Dlm organisasi sel, organisma terbentuk berdasarkan aras berikut:

4
Sel → tisu → organ → sistem → organisma

6. Jadual 2.2 menunjukkan aras organisasi sel yg berbeza pd manusia dan tumbuhan.

Aras organisasi Manusia Tumbuhan

Sel
Sel membeza menjadi
sel khusus dgn fungsi
tertentu.
Sperma - Mensenyawakan sel telur

Sel saraf - Menghantar impuls saraf

Sel otot - Menyebabkan pergerakan Sel xilem - Mengangkut air dan garam
mineral

Sel darah merah


Mengangkut O2
Sel floem
Mengangkut makanan terlarut

Sel pengawal
Mengawal saiz stoma utk pertukaran gas
Tisu
Tisu adalah
sekumpulan sel yg
serupa yg
bekerjasama utk Tisu epitelium Tisu epidermis
menjalankan fungsi - Pd permukaan kulit atau melapisi - Ditemui di dlm epidermis daun.
tertentu. rongga badan. - Melindungi tisu di bawahnya,
- Melindungi sel di bawahnya, mengurangkan kehilangan air
menghasilkan rembesan dan menyerap
nutrien

5
Tisu saraf
Tisu meristem
- Ditemui di dlm saraf tunjang dan otak .
- Ditemui di hujung akar, hujung pucuk
- Menghantar dan menerima impuls
dan di dlm kambium batang.
saraf utk mengkoordinasi aktiviti
- Menghasilkan sel baharu melalui mitosis
badan.
semasa pembahagian sel

Tisu otot licin


- Ditemui pd dinding ileum.
- Menyebabkan peristalsis ileum.
Tisu vaskular
Tisu Penghubung - Mengangkut air, garam mineral dan
(a) Darah makanan terlarut.
- Terdiri drpd sel darah merah, sel darah
putih dan platlet dlm plasma darah. Tisu asas (3)
- Mengangkut nutrien dan gas respirasi - Tisu parenkima
(oksigen & karbon dioksida), mencegah (terdiri daripada sel berdinding nipis;
penyakit dan membantu dlm vakuol yg besar; menyimpan makanan,
pembekuan darah. dan mengandungi kloroplas utk
(b) Tulang menjalankan fotosintesis)
- Memberikan sokongan dan - Tisu kolenkima
perlindungan (terdiri daripada sel berdinding tebal;
(c) Rawan menyediakan sokongan kpd batang muda,
- Memberikan sokongan kpd hidung, tangkai daun)
telinga dan lain-lain - Tisu sklerenkima
(d) Tisu adipos (mempunyai dinding sel yg ditebalkan
- Menyimpan tenaga dan menebat oleh lignin secara seragam dan mungkin
badan merupakan tisu mati; menyokong dan
menguatkan bahagian tumbuhan yg
matang)
Organ Jantung Daun
Sekumpulan tisu yg - terdiri drpd otot jantung, tisu - terdiri drpd tisu epidermis, tisu vaskular,
berbeza yg penghubung (darah), tisu saraf dan tisu tisu asas (sel mesofil, sel parenkima)
bekerjasama utk epitelium utk mengepam darah ke untuk menjalankan fotosintesis.
menjalankan fungsi seluruh bahagian badan.
tertentu.
Sistem Sistem saraf (terdiri drpd otak, saraf Sistem akar
Terdiri drpd beberapa tunjang, saraf-saraf utk koordinasi dan terdiri drpd akar utk menyerap air, garam

6
organ yg bekerjasama t/b) mineral drpd tanah dan utk mengukuhkan
utk menjalankan Sistem peredaran (terdiri drpd jantung, tumbuhan dlm tanah
proses hidup darah dan salur darah utk mengangkut
dan pertahanan badan melawan Sistem pucuk
penyakit) terdiri drpd batang, daun, tunas, bunga
Sistem integumen (kulit) dan buah. Penting utk sokongan,
Sistem otot (otot) pembiakan dan fotosintesis
Sistem rangka (tulang)
Sistem endokrin (kelenjar endokrin utk
menghasilkan hormon)
Sistem limfa (pertahanan badan
terhadap penyakit)
Sistem respirasi (peparu utk
membekalkan O2 bagi respirasi di dlm
sel)
Sistem pencernaan (perut dan usus utk
pencernaan makanan)
Sistem perkumuhan (ginjal utk
menyingkirkan bahan buangan)
Sistem pembiakan lelaki dan
perempuan (testis dan ovari bagi
pembiakan)

Penglibatan Sistem dlm Mengekalkan Persekitaran dalaman yg Optimum


1. Persekitaran dalaman → keadaan di dlm badan sesuatu organisma yg dihasilkan oleh bendalir di sekeliling sel yg
dipanggil bendalir interstis.
2. Persekitaran dalaman (bendalir interstis) suatu organisma dipengaruhi oleh faktor fizikal (suhu, tekanan darah) dan
faktor kimia (aras glukosa, aras pH, tekanan osmosis darah).
3. Proses utk mengawal atur faktor fizikal dan kimia dlm persekitaran dalaman supaya sentiasa malar dan berada
pd keadaan optimum utk sel berfungsi dgn berkesan dikenali sbg homeostasis.
4. Pelbagai sistem di dlm badan berfungsi dan berinteraksi antara satu sama lain utk mengekalkan persekitaran
dalaman yg stabil melalui homeostasis.
5. Jadual 2.3 merumuskan bagaimana pelbagai sistem terlibat utk mengawal atur faktor fizikal dan kimia dlm
persekitaran dalaman.

7
Jadual 2.3 Pelbagai sistem yang terlibat dalam mengawalatur persekitaran dalaman

Faktor Sistem yang terlibat Fungsi

• Sistem endokrin (pankreas merembeskan


hormon)
• Sistem pencernaan (hati mengawal atur aras
Mengawal atur dan mengekalkan aras glukosa
Aras glukosa darah glukosa dalam darah)
darah pd 90 mg per 100 ml darah
(faktor kimia) • Sistem peredaran (darah mengangkut
hormon ke hati)
• Sistem saraf (saraf mengesan perubahan aras
glukosa)
• Sistem respirasi
Kepekatan oksigen dan (peparu untuk bernafas)
karbon dioksida • Sistem peredaran (darah mengangkut oksigen
di dalam darah daripada peparu ke sel badan dan karbon
Mengawal atur aras pH darah
(aras pH) dioksida daripada sel badan ke peparu untuk
(faktor kimia) disingkirkan)
• Sistem saraf (saraf mengesan perubahan aras
pH)
• Sistem endokrin (kelenjar pituitari atau
kelenjar adrenal merembeskan hormon)
• Sistem saraf (saraf mengesan perubahan
Tekanan osmosis
tekanan osmosis darah) Mengawal atur jumlah air dan garam mineral
darah
• Sistem peredaran (darah mengangkut hormon di dalam darah
(faktor fizikal)
ke ginjal)
• Sistem perkumuhan (ginjal menyerap semula
air atau garam mineral)
• Sistem saraf (saraf mengesan perubahan
suhu badan)
• Sistem peredaran (darah mengangkut dan
mengedarkan haba dengan sekata)
Suhu badan
• Sistem integumen (kulit mempunyai struktur Mengawal atur suhu
(faktor fizikal)
khas untuk mengawal kehilangan haba dan
penyerapan haba)
• Sistem endokrin (kelenjar tiroid dan kelenjar
adrenal mengawal atur kadar metabolisme)

MENGHARGAI KEUNIKAN SEL


1. Sel adalah unik kerana boleh menjalani pengkhususan untuk menjadi sel khusus dan menjalankan fungsi
tertentu.
2. Kesemua komponen sel di dalam suatu sel berkerjasama secara harmoni untuk berfungsi dengan berkesan dan
memastikan kemandiriannya.
3. Sebarang kerosakan pada komponen sel boleh memberi kesan terhadap aktiviti sel dan mengancam
kemandirian sel itu.

You might also like